Keluasan Lembah Tembeling ialah 570,068.78 hektar iaitu 75% dari keluasan Daerah Jerantut. Oleh kerana keluasan tanah Lembah Tembeling adalah 75% dari seluruh keluasan Daerah Jerantut seluas 755,771.93 hektar maka ini adalah aset ekonomi kepada Lembah Tembeling.
Industri burung walit yang memiliki potensi besar dalam pasaran menjadi antara pilihan usahawan hari ini. Bermula dari hutan ke desa dan bermastautin di bandar, industri burung walit semakin berkembang memandangkan ia mendapat permintaan tinggi kerana kandungan khasiatnya yang tinggi. Hasil dari peternakan walit ini adalah sarangnya yang dibuat dari air liurnya (saliva). Sarang walit ini selain mempunyai harga yang tinggi, juga dapat bermanfaat bagi dunia kesihatan. Sarang walit berguna untuk menyembuhkan paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan penambah tenaga.
Ini mendorong Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menggalakkan lebih ramai usahawan terlibat dengan industri burung walit ini bertujuan untuk mencapai Bidang Keberhasilan Utama (KRA) dalam meningkatkan pengeluaran sarang burung walit daripada 250 tan metrik bernilai RM1 bilion pada tahun 2008 kepada 500 tan metrik dengan anggaran nilai sebanyak RM5 bilion pada tahun 2020.
WZWH mencadangkan kepada penduduk Lembah Tembeling dan DUN Tahan supaya menceburkan diri dalam industri yang berpotensi lumayan. Dikatakan hutan hujan tropika Lembah Tembeling berusia lebih 130 juta tahun, kualiti udara yang sangat baik dan makanan serangga beraneka sangat baik untuk burung walit menghasilkan saliva (air liur) gred A lebih baik dari Gua Niah , Sarawak.
Adalah diharap industri burung walit di Lembah Tembeling boleh memberi pulangan ekonomi yang baik kepada pengusahanya dengan bantuan kerajaan yang terlibat seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani , Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Agrobank, Pihak Berkuasa Tempatan dan sokongan wakil rakyat.
Bagi mencapai pengeluaran yang telah dirancang, pelan induk pembangunan industri sarang burung walit ini menggariskan Bidang Keberhasilan Utama yang perlu dicapai iaitu:
- Undang-undang dan peraturan serta garis panduan yang menyeluruh bagi pembangunan industri burung walit;
- Premis perladangan burung walit yang mapan dan mesra alam;
- Pengeluaran produk sarang burung walit bebas penyakit haiwan;
- Pembangunan peluang pemasaran dan pengiktirafan standard sarang burung walit di persada dunia;
- Peningkatan kecekapan dalam penghasilan produk melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D);
- Mengadakan dana bagi perladangan dan pemprosesan sarang burung walit melibatkan penyertaan golongan miskin dan miskin tegar; dan
- Pembangunan guna tenaga manusia yang mahir dan cekap dalam membangunkan industri sarang burung walit.
- Penutupan pintu dan tingkap.
- Pembinaan lubang pengudaraan.
- Penyediaan pintu masuk.
- Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan.
- Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu.
- Memasang sistem audio.
Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux. Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.
Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan perlu diperolehi.
Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walit akan menetap dan terus menetap. Rumah walit perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akam berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-
- Sistem ventilasi bagi mengawal suhu.
- Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari.
- Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi.
- Penyediaan beluti untuk burung bersarang.
- Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
- Pemasangan sistem audio.
- Notis amaran di lokasi sesuai.
Persyaratan lingkungan lokasi rumah adalah:
- Dataran rendah dengan ketinggian maksimum 1000 m dari aras laut.
- Daerah yang jauh dari jangkauan pengaruh kemajuan teknologi dan perkembangan masyarakat.
- Daerah yang jauh dari gangguan burung-burung buas pemakan daging.
- Persawahan, padang rumput, hutan-hutan terbuka, pantai, danau, sungai,rawa-rawa merupakan daerah yang paling tepat.
Bagi kejayaan pembinaan rumah walit, ujian kesesuaian lokasi perlu dijalankan terlebih dahulu. Tujuannya menentukan kawasan tersebut sesuai atau tidak untuk dibina rumah walit. Alat pengesan khas digunakan, walit akan mendekati alat pengesan jika bilangannya banyak. Ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko pelaburan. Ujian dijalankan dikawasan tapak cadangan rumah burung atau pun di premis yang dicadang untuk di jadikan rumah burung. Ujian kesesuaian dijalankan pada awal pagi dan lewat petang. Kehadiran burung walit yang banyak semasa ujian akan dijadikan penunjuk kawasan itu berpotensi dibangunkan rumah burung walit.
CASH FLOW
A. MODAL PERMULAAN
(Mendirikan Bangunan Baru tidak termasuk tanah; cth 20’X60’ -3 tkt)
1. Bangunan dan kelengkapan/material
a. Bangunan (RM70.00 sekaki persegi)
RM70X1200=RM84000.00 X 3 =RM252,000.00
b. Sistem Audio dan Alarm sistem
RM30,000.00
c. Kayu papan(sirip) burung bersarang (meranti merah ) RM3500 satu tan
RM3500.00 x 5 =RM17500.00
d. Lain-lain(Elektrik dan Air)
RM10,000.00
JUMLAH
RM309,500.00
B. Pulangan
Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 309,500.00
Modal Pusingan Setahun
Kos tenaga buroh = RM 7,200.00
Eletrik dan air =RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 317,700.00
Anggaran Hasil Sarang burung (minima):
Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 3,000 = RM 1,500.00
Akhir tahun 2, 4 kg X RM 3,500 =RM 14,000.00
Akhir tahun 3, 8 kg X RM 4,200 =RM 33,600.00
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 4,200 =RM 84,000.00
Akhir tahun 5, 30kg X RM 4,500 =RM 135,000.00
Akhir tahun 6, 35kg X RM 4,500 = RM 157,500.00
Keuntungan Tahunan
Tahun 1, RM 1,500 – (RM 317,700.00) =(- ) RM 316,200.00
Tahun 2, RM 14,000 – (RM 316,200.00) =(-)RM 302,200.00
Tahun 3, RM 33,600 – RM 302,200=(-)RM 268,600.00
Tahun 4, RM 84,000 – RM 268,600=(-)RM 184,600.00
Tahun 5, RM 135,000 – RM 184,600=(-)RM 49,600.00
Tahun 6, RM157,500 – RM 49,600.00 = RM107,400.00
Di akhir tahun keenam modal di perolehi sepenuhnya.
A. MODAL PERMULAAN
(Mendirikan Bangunan Baru tidak termasuk tanah; cth 20’X60’ -3 tkt)
1. Bangunan dan kelengkapan/material
a. Bangunan (RM70.00 sekaki persegi)
RM70X1200=RM84000.00 X 3 =RM252,000.00
b. Sistem Audio dan Alarm sistem
RM30,000.00
c. Kayu papan(sirip) burung bersarang (meranti merah ) RM3500 satu tan
RM3500.00 x 5 =RM17500.00
d. Lain-lain(Elektrik dan Air)
RM10,000.00
JUMLAH
RM309,500.00
B. Pulangan
Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 309,500.00
Modal Pusingan Setahun
Kos tenaga buroh = RM 7,200.00
Eletrik dan air =RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 317,700.00
Anggaran Hasil Sarang burung (minima):
Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 3,000 = RM 1,500.00
Akhir tahun 2, 4 kg X RM 3,500 =RM 14,000.00
Akhir tahun 3, 8 kg X RM 4,200 =RM 33,600.00
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 4,200 =RM 84,000.00
Akhir tahun 5, 30kg X RM 4,500 =RM 135,000.00
Akhir tahun 6, 35kg X RM 4,500 = RM 157,500.00
Keuntungan Tahunan
Tahun 1, RM 1,500 – (RM 317,700.00) =(- ) RM 316,200.00
Tahun 2, RM 14,000 – (RM 316,200.00) =(-)RM 302,200.00
Tahun 3, RM 33,600 – RM 302,200=(-)RM 268,600.00
Tahun 4, RM 84,000 – RM 268,600=(-)RM 184,600.00
Tahun 5, RM 135,000 – RM 184,600=(-)RM 49,600.00
Tahun 6, RM157,500 – RM 49,600.00 = RM107,400.00
Di akhir tahun keenam modal di perolehi sepenuhnya.
Kesedaran awam terutamanya kepada penduduk di Lembah Tembeling perlu dipupuk bagi meningkat kefahaman yang jelas tentang industri walit dari aspek pengenalan burung walit serta kesan industri pada orang awam. Justeru, perusahaan walit memberi tambah nilai kepada eko-sistem, tanah terbiar dan hutan. Ini juga membantu dalam meningkatkan pendapatan kemiskinan bandar dan luarbandar dengan program yang telah dirangka oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
8 comments:
Air liur keh tak nak?
Salam Anon 1:50,
Kuat ong nih buat hamlo ekekekeke...
air kencing pun bole, kan?
hoi 16, 2010 12:16 PM!
ko minum la air kencing ko tu..
kekadang pelik jugak pemberi komen di blog ni....
punyer ler x suka tuan blog... maka apa yang dicakapkan semua menjadi negatif...ini termasuklah di post ini... ingatkan akan ada komenter membina tetapi yang ditulis pelik bebetol....
jika rasa tuan blog tidak betul... beri tahu salahnya dan kalau boleh beritahu sekali apa yang betul....
berkenaan topik ini, ada bagusnya jika wzwh memasukkan juga risiko2 dan ancaman yang boleh menggagalkan potensi pelaburan...
Dan 1lebih elok jika WZWH sekali memasukkan idea2 bagaimana hendak menjadikan idea pembinaan sarang burung walit di di Kuala menjadi kenyataan dengan memperincikan senarai bantuan dari pihak2 berkuas di Jerantut atau memnubuhkan JK Sarang burung walit di peringkat pemuda umno bahagian sesuai status tuan blog sebagai AJK pemuda....
Salam Dobit127,
Terima kasih dengan idea dan pandangan yang bernas dari saudara.
salam..
bukan apa.. kita sebagai warga P81 bersama-sama berusaha melalui pelbagai cara tidak kira menerusi tulisan mahupun tindakan terus yang akhirnya ke arah kemakmuran kawasan kita...
cuma nak tanya.. elok jer lapang tanah kat jerantut Ferry tu... khabar-khabarkan lah di blog ni...ramai warga naka tahu apa yang berlaku di situ...
Post a Comment