Friday, November 5, 2010

Strategi Ku Li Dalam Kajian Strategis UMNO

YBM Tengku Razaleigh Hamzah (TRH) percaya kesetiaan tidak ada tarikh luput selagi calon berpegang teguh kepada janji.

Ini dibuktikan di Galas bila BN menang majoriti besar 1190 undi, berganda dari yang dimenangi PAS pada PRU 2008.

TRH menggepalai jentera BN, mesra dengan nama Ku Li, tidak asing lagi kepada pengundi di Galas di bawah parlimennya Gua Musang.

TRH telah membuktikan kepada BN, parti tidak perlu duit beli undi, tidak perlu janji bulan dan bintang untuk menyakinkan rakyat, tidak perlu tunjuk kuasa dengan lancar projek-projek.

TRH sudah tunjuk satu-satu jalan untuk memenangi hati dan minda pengundi ialah dengan setia dan jujur ikhlas kepada rakyat.

Bila dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya, TRH mencipta strategi yang berbaloi: tiada bangunan-bangunan baru, tiada sekolah-sekolah baru, tiada projek-projek baru, tiada jalan-jalan diturap, tiada baiki jambatan-jambatan, tiada bagi duit pengeras.

TRH juga memastikan tiada Menteri-Menteri datang merasmi majlis-majlis dengan konvoi yang berkereta mewah dan "bling-bling".

Kempen secara gentelman dan budiman, kedua pesaing mengelakkan serangan peribadi seperti "character assassination" dan komen menjatuh maruah.

TRH telah membuktikan pertempuran politik boleh dimenangi tanpa buat kecoh atau menyinggung sesama perasaan.

TRH menunduk rakyat dengan kemesraan dan personaliti tetapi yang paling penting, beliau telah tunjuk bahawa beliau tidak hilang kepercayaan rakyat yang beliau telah berkhidmat lebih 40 tahun sebagai ahli parlimen.

Walaupun ada sedikit masalah dalaman UMNO Bahagian Gua Musang dari kumpulan-kumpulan kecil yang ingin memboikot PRK tetapi TRH secara rendah diri pergi berkempen dari rumah ke rumah menguatkan lagi ikatan dan memperbaharui ikatan lama.

Sekali lagi rakyat berdiri teguh dibelakang panji TRH dengan menolak PAS di PRU Galas. Orang Cina, orang India dan orang Asli telah mengundi BN tanpa mencari laba dan pengeras.

Itu lah kuasa tarikan TRH hinggakan penceramah-penceramah PAS tidak berani mencalar beliau. UMNO perlu perhati pahlawan tua ini masih ada bisa dan berapi menyelamatkan maruah UMNO.

TRH telah membuktikan bahawa UMNO masih lagi relevan dan ini memberi semangat dan motivasi kepada 192 bahagian UMNO di seluruh Malaysia. Juga parti-parti komponen terutamanya MCA dan MIC bersemangat dan gembira bahawa sudah ada tanda-tanda pemulihan dan kebangkitan UMNO untuk memperjuangkan negara, bangsa dan agama.

Inilah jasa-jasa TRH yang sepatutnya telah lama menjadi Perdana Menteri Malaysia tetapi takdir Allah mengatasi semuanya. TRH akur kepada qadar dan qadar ilahi dan yang buat WZWH kagum TRH tetap berkorban membakar diri seperti lilin demi setia kepada parti tercintanya UMNO.

Tidakkah ini memberi satu nilai yang mulia dan budaya yang terpuji demi ikutan generasi pemimpin-pemimpin muda UMNO.

Strategi Ku Li dalam kajian strategis UMNO untuk ditambah nilai dan diperbaiki serta akan diimplementasi dalam PRU 13 nanti. DS Najib pasti tersenyum gembira akan masa depan parti UMNO dan BN yang bakal gemilang dan cerah masa depan membangunkan negara.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024