Geronimo dihari tuanya (1905). Wajahnya iras-iras wajah Mat Kilau Pahlawan Padang Kangsa.
Geronimo semasa mudanya digeruni oleh tentera Mexico dan tentera Amerika Syarikat.
Geronimo (Chiricahua: Goyaałé, "dia yang menguap" (16 Jun, 1829 – 17 Februari, 1909) adalah seorang pemimpin dan pejuang hak pribumi yang berasal Chiricahua Apache Amerika yang terkenal kerana menentang Mexico dan Amerika Syarikat dan perluasan mereka ke atas tanah puak Apache untuk beberapa dekad semasa Perang Apache.
Geronimo adalah pejuang bangsa Apache terakhir yang akhirnya menjadi idola tentera Amerika Syarikat. Kapal perang marin Amerika dinamakan SS Geronimo. Regimen payung terjun Amerika guna namanya. 3 bandar di Amerika dinamakan Geronimo.
501st Infantry Regiment Distinctive Unit Insignia
Geronimo dan pengikut Apache dipenjara di Fort Pickens, Pensacola, Florida. Sebelum meninggal dunia, di katilnya beliau mengaku kepada anak saudaranya bahawa beliau menyesal dengan keputusannya menyerah diri kepada tentera Amerika Syarikat.
Moral cerita Geronimo ini ialah kita jangan sekali-kali mudah mengaku kalah dalam perjuangan. Terus berjuang hingga kita sampai satu peringkat kita 'boleh deal dengan kepimpinan atasan'. Biar pemimpin besar tertarik mahu lihat apa kita buat, apa perancangan kita, apa yang kita boleh offer dan jangan mudah putus asa.
Jika kita mahu lihat Lembah Tembeling maju dan membangun maka kita mesti jadi Geronimo Lembah Tembeling. Kita pastikan pucuk pimpinan dengar cakap kita atau kita sendiri yang jadi pemimpin besar kalau susah sangat!
2 comments:
Hai...hoh wan zurik,
"Cantik nye anak rimau tu,... no. 2 sebiji macam WZWH dari segi renungan mata dan mimik muka nya..... cuba renung betul..betul almaklum la selalu memikir kemajuam mega.....mega......mana bajet nye...mana.....besar sikit anak rimau tu habis di timbok nak jual kulit nya buat periasan......anak rimau mati tinggalkan belang....WZWH tinggal kan ape ye?...hehah...hah.... WZWH adalah GERONIMO Lembah Tembeling. GERONIMO US mati dalam penempatan terhad di Florida. Apa pun WZWH adalah Geronimo Lembah Tembeling. UD dan CU setujuk ke dengan kateq akuq nie.?.
November 23, 2010 4:07 PM"
Napok gaye nye WZWH, setuju jugek akuq gelo diek GERONIMO LEMBAH TEMBELING...... Yek..... Hai....ha.
Tetapi ingat Geronimo US tu kena tipu atau akel oleh Sang Jenderal US dengan menjanjikan Apache itu di beri tanah 30 ekar seorang nak bertani, bila nyerah diri dihantar ke petempatan terkawal aka penjarek lah aka Kg Baru semasa darurat di sini. hAPAH TANAH TERSEBUT TAK DI BERI, kerana jenderal mana ada kuasa beri tanah. UD, CU dan seangkatan napok ke kateq akuq nie.
Tapi agok nye WZWH aka Geronimo lembah Tembeling tak tertipu lah atau mudah di tipu kerana dia urag kuat Al -Pungkar. Hehe...hehe.Yang faham segala gerak nye.
Geronimo, contoh yang baik. Ada semangat kental tp terperangkap dengan kebijaksanaan pembohong. Geronimo orang lurus bendul. Seorang pemimpin tidak lurus bendul. Pemimpin lurus bendul akan diperdayakan.
Post a Comment