Nuffnang Ads

Pages

Friday, November 19, 2010

Konsert Air Supply Kuantan


Malam tadi 18 November berlansung konsert Air Supply yang hebat dan nostalgia di Sukpa ,Indera Mahkota Kuantan. 

Blog Pahang Daily membantah keras konsert Air Supply di Kuantan. Baca sini. WZWH difahamkan oleh Star Planet penganjur konsert tersebut, Air Supply dalam siri konsert mengelilingi dunia kesuntukan masa untuk memilih tarikh yang sesuai.

WZWH fikir konsert ini adalah bagi mengenang 35 tahun penglibatan Air Supply dalam dunia muzik. Konsert ini diadakan di Kuantan pula dan tidak mungkin ada konsert yang sama lagi dan bukan senang untuk menikmati lagu-lagu tema cinta Air Supply secara 'live'.

Lagi pun WZWH dapat tiket free VVIP yang berharga dekat RM500 maka kenapa tidak 'enjoy the show'. Lagi pun Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan  Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail turut menghadiri maka WZWH pun ikut samalah mengiringi.

Walaupun vokal Air Supply sudah tua umur mereka berdua tetapi suaranya tetap 'power' sama saja dengan suara CD. Persembahan Air Supply sungguh bertenaga dan menghiburkan dengan lagu-lagu nostalgia cinta sepanjang 35 tahun dulu.

Sedikit sejarah band Air Supply.

Air Supply adalah band soft rock asal Australia yang mengetengahkan duo Graham Russell dan Russell Hitchcock. Graham Russel (gitar, vokal) lahir sebagai Graham Cyril Russell, 11 Jun 1950 di Sherwood, Nottingham, England. Russell Hitchcock (vokal) lahir sebagai Russell Charles Hitchcock, 15 Jun 1949 di Melbourne, Victoria, Australia. Band Air Supply ditubuhkan pada tahun 1975.



Grup Air Supply telah menghasilkan lebih 30 album sejak tahun 1975 hingga 2010. Antara lagu-lagu yang top dalam carta muzik seluruh dunia;
  • "Lost In Love" (1980)
  • "All Out of Love" (1980)
  • "Every Woman in the World" (1980)
  • "The One That You Love" (1981)
  • "Here I Am (Just When I Thought I Was Over You)" (1981)
  • "Sweet Dreams" (1982)
  • "Even The Nights Are Better" (1982)
  • "Young Love" (1983)
  • "Two Less Lonely People in the World" (1983)
  • "Making Love out of Nothing at All" (1983)
  • "Just As I Am" (1985)
  • "The Power of Love (You Are My Lady)" (1985)
  • "Lonely Is the Night" (1986)
  • "Without You" (1991)
  • "Goodbye" (1993)
  • "Someone" (1995)

No comments: