Wednesday, November 24, 2010

BN Konsep Baru, Logo Baru, Strike Back


BN telah memperkenalkan konsep pintu terbuka baru untuk membuat pakatan BN lebih inklusif dan logo baru untuk gantikan dacing memcerminkan perkongsian yang lebih akrab.

Suka atau tidak, konsep baru dan imej baru mungkin membuka hati dan minda rakyat Malaysia terutama orang muda yang membentuk sebahagian besar pengundi bila tiba PRU 13 nanti.

PM DS Najib sebagai Pengerusi BN ambil inisiatif menjenamakan semula 'rebrand' BN setelah prestasi buruk BN dalam PRU 12.

Dalam mesyuarat terbaru Majlis Tertinggi BN, beliau megumumkan sesiapa yang ingin menyertai BN boleh mohon masuk BN secara terus sebagai ahli bersekutu.

Ini bermakna mereka tidak perlu menjadi ahli mana-mana parti politik untuk masuk kelab BN. Pemerhati politik percaya usaha baru BN ini merupakan strategi hebat menggalakkan orang yang tidak berapa minat dengan parti-parti lain dalam pakatan untuk menyokong BN sebagai ahli secara terus.

Banyak rakan-rakan BN mula membina kekuatan dalaman parti masing-masing selepas PRU 2008, membuat perubahan tetapi berakhir dengan kedudukan yang teruk.

UMNO tulang belakang BN telah sembuh cepat sejak DS Najib mengambilalih kepimpinan. Cara pendekatan beliau yang segar telah membawa harapan dan minat kepada kem BN yang dulu ditinggalkan malah memenangi sokongan penyokong yang telah melompat kapal.

Hari ini UMNO nampak berada dalam kedudukan yang lebih baik bersama dengan ramai NGO Melayu yang ingin bekerjasama dengan UMNO.

MCA parti kedua terbesar dalam BN masih tercari-cari jawapan kenapa komuniti Cina telah meninggalkan MCA. Perubahan kepimpinan MCA tidak memberi kesan sangat kepada orang Cina yang menjauhkan diri dari parti yang selama ini memperjuangkan nasib orang Cina.

MIC nampak belum lagi ada perubahan besar kecuali komuniti India masih tercari-cari parti berbilang kaum untuk dibuat payung.

Gerakan masih dalam bermimpi, asyik dengan masalah dalaman seperti MCA cuba mencari tapak lagi di kalangan orang cerdik pandai Cina ketika hilang warna multi-rasnya.

PPP pun tidak nampak prestasi masih dalam keadaan politik tidak sedar diri.

Di Sabah dan Sarawak, parti pakatan BN masih terdengar-dengar suara-suara bising parti pembangkang dari Semenanjung yang mengoda dengan slogan 'Politik Sabah dan Sarawak untuk orang tempatan'.

Polisi keahlian terus DS Najib adalah jawapan terbaik untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengundi bila ramai orang dan NGO menyokong BN tidak kepada ketua parti-parti dalam pakatan BN.

Sebelum DS Najib mengumumkan personaliti dan imej baru BN, beliau telah memenangi hati ramai rakyat muda Malaysia dengan facebook dan blog beliau. Beliau tahu orang muda inilah yang akan membentuk majoriti pengundi dalam PRU 13 nanti.

Mungkin cara pendekatan akarumbi DS Najib-berurusan secara terus dengan orang muda telah memberi beliau idea untuk membuka pintu BN kepada ahli bersekutu. Memang ini ialah gerakan yang betul.

Mungkin gerakan DS Najib ini tidak dapat sokongan yang sepenuhnya dari rakan-rakan BN tetapi beliau nampak tidak kisah dengan pemimpin-pemimpin itu kerana mereka itu masih berfikir cara lama.

Pertimbangan DS Najib jika dilihat dari polisi barunya ialah sikap ambil beratnya kepada rakyat yang akan menentukan nasib parti pemerintah.

Secara ringkasnya apa yang DS Najib buat sekarang ialah apa yang demokrasi laungkan selama ini-kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

Saya baru-baru datang di blog Anda dan telah membaca bersama. Saya pikir saya akan meninggalkan komentar pertama saya. Aku nggak tahu apa yang harus kukatakan kecuali bahwa saya telah menikmati membaca. Nice blog.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024