Friday, November 19, 2010

Pengkhianat Pembangunan Lembah Tembeling


Merujuk blog SPU menulis baca sini bertajuk PERUNTUKAN JAMBATAN GANTUNG KUALA TAHAN HILANG?...

"Blog WZWH seperti biasa terpaksa menjawab tohmahan dari blog-blog Hulu Tembeling dan Sembang Kedai Kopi berkenaan isu kemana perginya peruntukan Jembatan Gantung di Kuala Tahan yang dicadangkan dulu? Jika perhalusi dan membaca dengan betul-betul, akan timbul keraguan dari jawapan yang diberikan oleh WZWH itu. Jika benar, maka pemimpin UMNO masih belum mampu menjaga kebersihan diri mereka masing-masing, demikian imej pemimpin UMNO kepada rakyat."

WZWH mahu menjelaskan di sini ketika YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan beriya mahu membina jambatan gantung Kuala Tahan dengan berjaya mendapat kelulusan Putrajaya peruntukan sebanyak RM16 juta maka ada pihak minoriti baik di Tembeling dan Jerantut yang terlalu cerdik menentang dan membantah.

Bila projek itu ditangguhkan atas salah maklumat diberi kepada 'Pemerintah' oleh orang-orang ini yang boleh dilabel sebagai 'Pengkianat Pembangunan Lembah Tembeling' termasuk blog-blog yang merasakan mereka berjuang untuk orang Dun Tahan dan Tembeling KONONNYA maka YB Dato' Wan Amizan juga disalahkan.

WZWH mahu menjelaskan kepada blog SPU dan geng serta semua rakyat Jerantut. Pemimpin UMNO DUN Tahan tidak terlibat dengan konsesi balak hutan dara seluas 2000 ekar di hutan belakang Kampung Kuching. Konsesi selama 3 tahun itu telah tamat tempohnya dan meninggalkan hanya jalan balak dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal dan sebuah jambatan balak di hilir Kampung Kuching.

WZWH cakap lagi sekali tiada pemimpin UMNO Jerantut yang terlibat dalam konsesi pembalakan 2000 ekar di Kampung Kuching ini. YBM Tengku Azlan MP Jerantut, YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan YB Dato' Dr. Shukri ADUN Pulau Tawar adalah 'CLEAN' dan bersih dalam kes ini.

Jangan tanya siapa dapat konsesi itu. Ini nasihat WZWH. Kawasan balak itu dicadangkan menjadi 'Ladang Rakyat' dengan dividen tahunan akan diberi kepada penduduk atau JKKK Ulu Tembeling. Itu janjinya.

Maka sebab itu permohonan diminta kepada DS Najib supaya dinaiktarafkan jambatan balak dan jalan dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal ditarkan. Alhamdulillah peruntukan khas PM sebanyak RM16 juta telah diluluskan.

Oleh kerana projek jambatan gantung Kuala Tahan telah ditangguhkan maka peruntukan jambatan tersebut yang juga berjumlah RM16 juta dimohon bawa ke projek jambatan Kampung Kuching untuk dinaiktaraf bagi kemudahan orang kampung.

WZWH ingin bertanya di mana imej tidak bersih pemimpin UMNO terutama atas segala usaha yang dilakukan oleh ADUN Tahan. WZWH tidak minta rakyat ucap terima kasih kepada ADUN Tahan tetapi jangan lemparkan tohmahan dan tuduhan tidak berasas.

Kenapa wakil rakyat dulu baik ahli parlimen dan ADUN yang belajar tinggi-tinggi graduate dari universiti baik dari Malaya atau Amerika tidak mampu buat mencari peruntukan dan mudah lemah dengan karenah birokrasi pegawai kerajaan tidak dapat memajukan kawasan. 

Apa lagi yang rakyat Jerantut dan Dun Tahan mahu-tohmahan, kata-kata nista, fitnah, tentangan, bantahan, tunjuk perasaan? Tukar ADUN? Tukar kerajaan? Adakah ini boleh menyelesaikan masalah?

Dengarlah cakap WZWH...dengar...dengar...dengar!

8 comments:

chenerong ular said...

Salam saudara WZWH, jangan terlalu emosi sangat, pernahkah didalam tulisan saya menyebut nama nama pemimpin besar yang yang menjadi punca isu isu yang di bangkitkan sekarang ?.

Untuk makluman, saya hanya menulis pemimpin pemimpin parti politik tanpa menyebut nama, itu pun sekadar menyatakan perkara yang difikirkan tak betul di lakukan oleh mereka, ada saya tulis siapa dapat balak saiapa tidak ?,

JIKA KITA BERTANYA KEPADA SESIAPA SEKALI PUN HATTA MUSA PETAI,DIA JUGA AKAN MENJAWAB PERKARA YANG SAMA, CUBA BAYANGKAN DAN KATAKAN LAH SEORANG PEGAWAI KERAJAAN MEMILIKI HARTA BENDA YANG MELAMPAU,GAJINYA KITA BOLEH HITONG,PENDAPATAN BOLEH DI KIRA,TETAPI CARANYA DENGAN MEMBELI KERETA MEWAH, RUMAH MEWAH, BINI MEWAH DAN BERBAGAI BAGAI LAGI MEWAH ?, TAPI JIKA ADA HAMBA ALLAH YANG MERAGUI DAN BERTANYA KITA TAK BOLEH MARAH, KERANA CARA DIA MENDAPATKAN HARTA TERSEBUT DI RAGUI PUNCANYA BOLEH DIPEROLEHO DARI PENYALAHGUNAAN KUASA.?

TIADA ORANG YANG SENGAJA HENDAK MEREKA CERITA JIKA TIADA MAKLUMAT YANG AGAK TEPAT, POKOK TAKKAN BERGOYANG JIKA TIDAK DI TIUP ANGIN ?.

ADA PERKARA PERKARA YANG BAIK DI LAKUKAN OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN KITA TELAH DI SANJUNG OLEH SAYA DAN JUGA RAKYAT YANG LAIN,CONTOHNYA USAHA MEMBINA JALAN DARI KUALA TAHAN KE KAMPUNG PAGI,TIDAK KITA NAFIKAN USAHA PEMIMPIN ITU, SYABAS, TAPI JANGAN LAH MARAH JIKA ADA RAKYAT YANG BERCAKAP JIKA ADA PERKARA YANG TAK BERAPA BETUL DI LAKUKAN OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN,SEBAGAI CONTOH PEMILIHAN PESERTA SAHAM FELCRA, PEMBERIAN TANAH TANAH LOT KEPADA INDIVIDU DAN BERMACAM MACAM LAGI.

PEMIMPIN SEHARUSNYA MEMIKIRKAN KEUTAMAAN SETIAP PEROJEK YANG INGIN DI POHON,IANYA WAJIB BERLANDASKAN KEPERLUAN UTAMA DI MASA INI.

JANGAN MARAH SAYA CUMA INGATKAN SAHAJA,SUPAYA PEMIMPIN PEMIMPIN MEMIKIRKAN RAKYAT DAHULU SEBELUM PENYOKONG PENYOKONGNYA,PEMIMPIN BEGINI AKAN DI SAYANGI OLEH RAKYAT.

nikcy aziz said...

celako! celako! celako!

Anonymous said...

As a Newbie, I am always searching online for articles that can help me. Thank you Wow! Thank you! I always wanted to write in my site something like that. Can I take part of your post to my blog?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:46,
Yes, you are welcome. Thank you.

Anonymous said...

А! 博客信息张贴在这里真的我的朋友。我只想说跟上注释和质量工作。我刚才书签您的博客,我会回来看我的朋友在未来更多!还精心挑选的主题是一切顺利,在我看来谦虚博客的颜色:)

Anonymous said...

You made some nice points there. I did a search on the subject matter and found mainly people will consent with your blog.

Anonymous said...

wan zurik balas comment ngan diri sniri...

Anonymous said...

Your Domain Name replica gucci handbags look at this website replica ysl handbags look at here now replica designer bags wholesale

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024