Sunday, November 21, 2010

Pemimpin Ini Sudah Insaf dan Redha

Gambar YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan ketika wukuf di Arafah.


Gambar YB Dato' Wan Amizan semasa sedang saei dari Safa ke Marwa.

YB Dato' Wan Amizan di Masjid Nabawi Madinah.

Pemimpin ini sudah insaf dan redha. Beliau sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah. Beliau sangat bersyukur dengan kehidupan yang dinikmati diberi Allah.

Beliau anak kelahiran Kampung Paya Koran, Jong Berlaboh, Tembeling Tengah Jerantut. Dalam umurnya yang ke 35, beliau telah:
  • Menjadi wakil rakyat ADUN Tahan
  • Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut selama 3 penggal
  • Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut
  • EXCO Pemuda UMNO Malaysia
  • Penerangan Pemuda UMNO Pahang
Beliau juga berjaya dalam dunia korporat. Beliau sudah hidup mewah sebelum dipilih menjadi wakil rakyat. Beliau banyak berkorban masa, idea, tenaga, wang ringgit untuk parti sebelum dan selepas menjadi wakil rakyat.

Beliau sudah tidak mahu apa-apa lagi dalam hidupnya. WZWH akui YB Dato' Wan Amizan sudah tua dan matang sebelum masanya. Beliau perlukan masa untuk diri dan keluarganya. 

YB Dato' Wan Amizan sudah insaf dan redha dengan kehidupannya dan takdir yang bakal terjadi terutama dalam politik. Beliau mahu menghabiskan masa-masa terakhir penggal DUN Tahan dengan berkhidmat penuh berdedikasi kepada rakyat DUN Tahan.

Jika beliau tidak terpilih pilihanraya, beliau redha dan tidak ada perasaan marah, dendam. tidak puas hati dan sebagainya. Beliau akan mengikuti jejak YBM Tengku Azlan bersara dari politik UMNO Bahagian Jerantut.

Beliau meminta banyak maaf kepada rakyat Jerantut jika beliau tersilap, terkasar, melukakan hati sesiapa yang berkenaan. Beliau mahu bakal pegantinya nanti akan menjaga DUN Tahan sebaik-baiknya dan lebih baik lagi dari beliau.

WZWH ingin mengingatkan kepada semua ahli UMNO Bahagian Jerantut, YB Dato' Wan Amizan dan YBM Tengku Azlan akan mahu bersara dari politik UMNO Bahagian Jerantut maka pilihlah pemimpin-pemimpin UMNO yang sebaiknya menjaga UMNO Jerantut dan rakyat Jerantut.

Carilah pemimpin-pemimpin yang berpelajaran tinggi, bersih, amanah, berdedikasi, dekat dengan rakyat, berpengetahuan tinggi IT dan yang paling penting majoriti rakyat Jerantut suka.

WZWH harap semua AJK UMNO Bahagian Jerantut perlu bersiap siaga dari sekarang. Bersedialah giliran anda semua akan terpilih. Jika Allah memberkati anda dan disapu oleh para malaikat ke muka anda dengan restu para anbiya dan wali maka anda mesti bangkit ke depan sebagai pemimpin memimpin UMNO Bahagian Jerantut dan segala hamba rakyatnya.

Kepada mantan-mantan wakil rakyat, ahli parlimen, adun semua anda juga berpeluang jika dipanggil dan seru oleh DS Najib. Pengalaman-pengalaman anda semua diperlu dan ditagih oleh parti. Politik seperti roda, ada masa turun, ada masa naik.

Kepada blogger-blogger Jerantut tulislah pilihan pemimpin-pemimpin anda. Nyatakan ciri-ciri pemimpin-pemimpin yang anda mahu.

WZWH ucapkan selamat maju jaya , 'God bless you all'. Teruskan bekerja untuk UMNO Bahagian Jerantut dan rakyatnya. Patah tumbuh hilang berganti.

YB Dato' Wan Amizan dalam satu majlis tahlil bersama kepimpinan PAS DUN Tahan.

11 comments:

Anonymous said...

...tak perlu cerita insaf ke tak...Tuhan Maha Mengetahui...

Anonymous said...

mungkin wan amizan benar2 insaf. kita serah pada Allah tapi ngapa WZWH ngada2 nak propagamda kat blog picisan ini?

Tak perlu ni semua dalam soal Allah dan hambaNya

Anonymous said...

INSAF? BALIK JANGAN BUAT HAL LAGI.

Anonymous said...

kalau benar dh taubat, berenti memungkar, Allah tak suka pembohong

mata angin said...

syukulah Datuk Wan Amizan telah selamat haji. Harap dia benar-benar berubah, matang dan alim. Lepas ini kita panggil dia 'Haji Datuk w amizan biar dia ingat sikit yang dioa itu dah haji kah..kah..kah..'

Helang Buana said...

PINJAM GAMBAR JAP

Anonymous said...

Rakyat di Jerantut mendoakan agar YB Dato selamat dan mendapat Haji yang mabrur. Selamat pulang ke Jerantut. Dalam diam-diam rupanya sayang juga orang Jerantut dengan YB ini. Ramai yang menyebut-nyebut YB ketika YB ke sana.

Tapi ada yang buat cerita yang YB bukan pergi mengerjakan haji, tapi ke Cina. Ini kerja orang PAS lah, orang pergi haji pun nak dipolitik kan. Kata alim sangat.

Gambar ini bukannya nak menunjuk-nunjuk, tapi cuma nak bagi tahu orang yang bercakap tu supaya bila YB balik nanti, datanglah minta maaf. Insaflah sebelum terlambat.

MUDAH-MUDAHAN KITA SEMUA AKAN DIRESTUI ALLAH, SAMPAI MASA INSYA ALLAH KITA PULA PERGI MENUNAIKAN HAJI.

SELAMAT PULANG SEMUA RAKYAT MALAYSIA KE TANAH AIR YANG TERCINTA. AMIN

chenerong ular said...

SELAMAT PULANG DENGAN SELAMAT DAN SEHAT SEJAHTRA HENDAHNYA, SEMOGA KEDUA DUA DATO DAN DATIN MENDAPAT HAJI YANG MABROO DAN DI AMPUNKAN OLEH ALLAH SWT KEATAS DOSA DOSA TERHADAPNYA . AMIN.... SALAM,

Anonymous said...

Syukor kerana dia sudah insaf dan reda. Soal nya adakah orang memaafkan kesalahan nya , baling batu sembunyi tangan?.

Gambar memberi makna 1001 benda, nampak muka macam ndak lagi.
Buleh percaya ke urag pulituik ini.

Lepas ini tempat WZWH itu terutama kg apa ..koran..sepi lah dari pemungkor dan pemungkir janji. Maka aman lah tempat aoh Zurik.

CG PIan akuq pun nork pinjam jap gambor yang aok pinjam tu...boleh.

Anonymous said...

Salam Encik WZWH

Kerayan oihh. mcm larh encik WZWH tau yg encik Dumpok tu doh insaf. Tkutnya dieq nye insaf masa di sinun haje. klu encik Dumpok tu doh insaf, kamik di ulu neh pun nork insaf larh juga..

Dari: URANG SG KUCING

Anonymous said...

jangan bercerita hal orang....cite hal sendiri jela
keburukan orang aok nampak...keburukan sendiri????

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024