Sunday, November 21, 2010

Teori 'Peak Uranium'


'Peak uranium' ialah titik pengeluaran uranium dunia mencapai tahap maksimun. Selepas titik itu kadar pengeluaran mula menurun. Uranium digunakan sebagai bahanapi loji janakuasa nuklear.

Konsep 'peak uranium" mengikuti teori 'peak oil' M.K. Hubbert. Uranium seperti juga minyak akan kehabisan bekalan.

Pengeluar utama uranium dunia ialah Canada (28%), Australia (23%), lain-lain termasuk Kazakhstan, Rusia, Namibia dan Niger. Pada tahun 2005, dunia mengeluarkan kadar puncak maksimun 41,720 tonnes (92.0×106 lb) uranium. Bekalan lain dari stok inventori disimpan oleh syarikat-syarikat tenaga, kitar semula bahanapi, stok inventori kerajaan, sisa bahanapi reaktor yang diproses, bahan kitar semula dari program nuklear militari dan stok uranium.

Pengeluaran uranium sudah melalui fasa ramalan pengeluaran menurun mungkin lebih baik dari ramalan 'peak oil'.



Graf  Sejarah dan  ramalan pengeluaran uranium berdasarkan sumber dunia.

Nampaknya 'peak uranium' muncul tiba sebelum tahun 2040 namun sedikit rezab masih ada menjelang tahun 2100.

Sebuah loji janakuasa nuklear boleh menjangkau umur hayatnya tidak lebih 60 tahun. Selepas itu bahanapi uranium perlu diganti baru. Dunia baru ada teknologi eksperimen bahanapi uranium yang boleh mencapai jangka hayat 80 tahun.

Jika Malaysia serius mahu bina loji janakuasa nuklear pula, satu kajian Energy Watch Group (EGW) memberi amaran pengeluaran uranium dunia akan memuncak antara 2030 dan 2035. Sumber uranium menjelang 2050 berlaku kekurangan bekalan. Permintaaan dunia akan melebehi bekalan dunia uranium pada dekad depan lebih daripada 400 juta pound.

Walaupun saintis telah memperkenalkan thorium sebagai potensi mengantikan uranium kerana bekalan sumber melimpah. Thorium masih memerlukan uranium untuk 'kick-start' nuclear chain reaction. Tenaga nuklear tidak cukup cekap untuk mengantikan bahan api fosil mengikut kadar sekarang. Pengeluaran loji nuklear dunia perlu ditingkatkan kepada 10.5% setiap tahun dari tahun 2010 hingga 2050.

Pada tahun 2005, tenaga nuklear menyumbang 6.3% tenaga dunia dan 15 % elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun mengeluarkan 56.5% tenaga elektrik dari loji nuklear.

Pada tahun 2007 International Atomic Energy Agency (IAEA) melaporkan terdapat 439 loji janakuasa nuklear beroperasi di seluruh dunia dalam 31 negara.

China merancang mahu membina lebih 100 loji nuklear. China mungkin mencapai perancangan jangka panjang mencapai 40,000 MW (40GW) lima tahun lebih awal dari jadual. 1/3 loji janakuasa nuklear yang dibina di dunia terdapat di China.

Juga Amerika Syarikat, Eropah, India, Jepun, Korea Selatan, Turki, Iran, Vietnam merancang mahu bina banyak loji janakuasa nuklear lagi.

Apa yang akan berlaku menjelang tahun 2080 dan tahun 2100 bilamana teori 'peak oil' dan teori 'peak uranium' menepati ramalannya dan benar berlaku? Tamadun industri dunia akan runtuh bersama-sama dengan berbagai masalah dan krisis dunia.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024