Nuffnang Ads

Pages

Saturday, December 4, 2010

Wan Azizah Penyelamat Bangsa Melayu?


WZWH berpendapat pemimpin UMNO perlu berterimakasih dengan Wan Azizah, Presiden PKR kerana berjaya menarik begitu minat orang Melayu kepada "reverse motivation". Laungan Wan Azizah dengan serius dan bersungguh-sungguh "hapuskan ketuanan Melayu" bergema di telinga dan menaikkan bulu roma orang Melayu.

Ucapan Wan Azizah membuatkan beberapa orang Sultan Melayu menjadi insaf seketika. Dulu Tun Mahathir adalah jagoh Melayu yang cuba membuang atau mengurangkan imuniti Raja-Raja Melayu demi kepentingan jangka pendek politik beliau dan berjaya. Tetapi dari segi jangka panjang tindakan Tun Mahathir itu memberikan masa depan yang kabur tentang ketuanan Melayu. Memecahkan pesempadanan semula kawasan pilihanraya majoriti Melayu kepada banyak kawasan bercampur juga kesilapan Tun Mahathir menambah perit survival politik orang Melayu.

Anwar Ibrahim kemudian memutarkan lagu "ketuanan rakyat" bagi menjelaskan pandangan Presiden PKR yang mendapat tentangan dari majoriti orang Melayu. Anwar Ibrahim menafikan ketuanan Melayu merujuk kepada Raja-Raja Melayu. Ramai ahli parlimen PAS sudah berani memperkatakan politik rakyat perlu ditakuti oleh Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu perlu dengar kehendak dan kepentingan rakyat. Raja-Raja Melayu tiada kuasa ikut saja kehendak majoriti Dewan Rakyat.

Ini ekoran ucapan Sultan Selangor yang menegur ada segelintir Melayu yang sudah lupa identiti keperibadiaan jati diri Melayunya sanggup mahu buang Melayu. Ada pemimpin tertinggi DAP berbangsa Melayu pergi lebih jauh lagi dengan mencadangkan supaya Sultan-Sultan (Raja-Raja ) Melayu ini dibuang perkataan Melayunya hanya tinggal Sultan @ Raja saja kononnya tidak mahu isu ketuanan Melayu dipolemikkan.

WZWH suka mengingatkan majoriti ahli-ahli politik yang berani mempersoalkan kekuasaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu ini tinggal di negeri Selangor. Mereka ini tidak tahu bahawa sebenarnya Raja-Raja Melayu ada satu kuasa boleh membuang negeri kepada orang yang tidak tahu beradat dengan Raja-Raja Melayu.

Raja-Raja Melayu boleh menarik balik kebesaran-kebesaran yang diberi kepada mereka ahli-ahli politik yang lebih suka mempolemikkan istilah-istilah ini demi pengaruh dari berminat untuk bekerja memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan masing-masing.

Ahli-ahli politik bukan ahli sejarah. Ahli-ahli politik suka bercakap istilah-istilah yang direka mengikut keperluan semasa. Istilah seperti ketuanan Melayu, Ketuanan Rakyat dan banyak lagi tidak pernah kita belajar dalam pelembagaan negara. Ahli politik suka mereka istilah. kemudian mereka bergaduh dan bertaki serta berpolemik dengan istilah-istilah yang tidak wujud entitinya dalam perlembagaan negara. Semua itu istilah abstrak yang tiada yang betul dan tiada yang salah!

Dalam hikayat-hikayat klasik Melayu lama yang kita baca tiada kita pernah dengar istilah ketuanan Melayu, ketuanan rakyat, ketuanan Raja. Hang Tuah tidak pernah bercakap, Hang Jebat yang derhaka kepada Sultan Melaka pun tidak pernah bercakap ketuanan rakyat.

Betapa kreatifnya ahli-ahli politik kita bermain dengan istilah-istilah abstrak memainkan sentimen mempengaruhi rakyat. Mereka ahli-ahli politik terpaksa pula menerima reaksi dan respon NGO-NGO Melayu maka hasilnya Wan Azizah dilabelkan sebagai "pelacur politik" dan Anwar Ibrahim dilabel sebagai "utusan syaitan". Dan sudah ada rombongan mengadap Sultan Selangor mohon dibuang negeri dan ditarik balik kebesaran kepada ahli-ahli politik yang suka memperjuangkan istilah abstrak ini.

PKR boleh bercakap memperjuangkan ketuanan rakyat. Orang Melayu tidak marah. Tetapi bila PKR bercakap mahu hapuskan ketuanan Melayu, memomok-momokkan ketuanan Melayu itu buat orang Melayu marah. Maka tidak pasal-pasal Anwar Ibrahim mendapat makam yang tinggi iaitu dipanggil "Ketuanan Anwar"!

2 comments:

Anonymous said...

DULU ... bila mahathir buangkan imuniti raja-raja melayu ..... semua orang UMNO akur dengan kehendak mahathir .... mahathirlah raja ketika itu ... semua sokong apa mahathir cakap..... dalam parlimen tiada MP BN yang tidak sokong semua sokong kecuali MP PAS dan S46 yg tak sokong .... Menteri sekrang yang tak sokong ialah Rais Yatim .... kalau betul UMNO nak perjuangkan dan anggap ketuanan melayu itu ialah bermaksud raja-raja melayu maka martabatkan semula kekuatan raja-raja yang telah dirampas oleh umno dulu .... dulu UMNO ingat dia boleh selama-lamanya berkuasa ....bila dia ingat dialah selama-lamanya berkuasa maka dia ingat dia boleh ganti raja untuk mempertahankan pepatah takkan melayu hilang di dunia itu ... tapi umno suruh orang baca sejarah tapi dia sendiri tak baca sejarah ....tak de satu parti politik dalam dunia , tiada satu kerajaan dalam dunia boleh memerintah selama-lamanya .... kerajaan PAS kelantan pun tak boleh bertahan selama-lamanya ... dan uMNO dan PAS juga akan hancur sehancur hancurnya suatu masa nanti.... raja pun tak akan wujud selama-lamanya ... tapi selagi raja itu adil dan diperlukan rakyat maka selagi itulah institusi raja itu wujud ....

institusi raja perlu di perkukuhkan kembali ...ianya bukan tanggungjawab umno seorang ... setiap ahli MP Melayu dalam parlimen bertanggungjawab .... samaada dia UMNO , dia PKR dia PAS ... ia menjadi tanggungjawab mereka sekarang ..... biarlah dulu hanya UMNO dan BN menjadi pemusnah imuniti raja .... itu sudah jadi sejarah ..... hari ini tanggungjawab mengembalikan imuniti tersebut adalah kepada ahli parlimen sekarang ... dengan mengembalikan kuasa check and balance kepada raja maka malaysia akan lebih stabil ... rasanya laaa .... kalau bukan raja siapa lagi boleh jadi check and balance kepada kerajaan ....sebenarnya sepatutnya dewan negara menjadi check and balance kepada dewan rakyat tetapi struktur dan pola undian yang ada kat malaysia sekarang ini tidak memungkinkan dewan negara menjadi check dan balance tersebut ....

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Wan Azizah Penyelamat Bangsa Melayu?

Anon 4, 2010 0836...,

Jangan mempersendakan ketuanan Melayu, jika sama serumpun. Imuniti bukan untuk menghapus Raja2 Melayu, hanya sedikit kekebalan, jika seseorang Raja Melayu bertindak luar batasan, itu pun masih lagi ada "defence" terhadap batang tubuh Raja2 Melayu. Kena amatinya, jangan cetekan tafsiran. perlembagaan dan faham intipati perundangan... Jangan salahkan orang lain... Semua pihak dalam sebarang gerak bentuk mesti berlaku adil. Rakyat jangan mendomba nak jadi Raja, Raja boleh jadi rakyat biasa...!!!

Pang5 Banir, sentiasa memelihara kehormonian Institusi Raja2 dan Perundangan...