Nuffnang Ads

Pages

Friday, December 3, 2010

Najib Perlu Downsizing Sektor Awam Malaysia Beransur-ansur

bookwarwick

"Jika kita melihat kepada pelbagai pemikiran dan istilah yang telah digunapakai selama ini satu ketika dulu disebutkan tentang downsizing, maknanya untuk mengecilkan lagi saiz birokrasi. Selepas itu, disebut pula rightsizing, tak kena pulak downsizing, rightsizing. Ada pulak kata small is beautiful, ada pula yang kata big is better, kata orang Pahang. Dalam konteks hari ini, pada hemat saya yang lebih tepat lagi ialah bukan soal saiz, bukan soal besar ataupun kecil tetapi soal keberkesanan, effectiveness, itu dia yang paling utama yang menjadi perhitungan kita. Oleh itu ratarata di dunia sekarang disebut bagaimana kita boleh melahirkan Kerajaan yang efektif."
Amanat YAB PM DS Najib sempena Majlis Perhimpunan Penjawat Awam tahun 2010 pada 14 Mei 2010, Putrajaya.

WZWH bersetuju dengan kenyataan DS Najib bahawa sektor perkhidmatan awam perlu melahirkan Kerajaan yang efektif. WZWH yang mempunyai latar belakang akauntan lebih berminat dengan saiz kerana ianya melibatkan kos.

Sekarang penjawat awam Malaysia berjumlah 1.2 juta daripada 28 juta penduduk iaitu 4.28%. Nisbah perkhidmatan awam kepada jumlah penduduk adalah peratus yang paling tinggi dalam negara Asia. Ini membimbangkan dari segi bebanan ekonomi kepada Kerajaan. 

Kerajaan telah membelanjakan emolumen perkhidmatan awam sebanyak 30.6% daripada GDP pada tahun 2010. Kita lihat apa yang berlaku kepada masalah ekonomi Britain.

Warwick Lightfoot mantan Penasihat Khas Perbendaharaan Britain telah meninggalkan nota berbunyi "Sorry,  we have no money" setelah bersara sebagai gurauan. Tetapi perkataan itu telah menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku tentang kedudukan ekonomi Britain. Warrick Lightfoot telah menulis buku tentang masalah ekonomi Britain.

Masalahnya ialah sektor perkhidmatan awam sangat besar sama dengan Malaysia. Walaupun pengarang menekankan kebaikan aktiviti sektor awam, beliau menyimpulkan bahawa ada satu titik bila kos dan kerosakan dibuat mengatasi kebaikan. Secara peratus kasar, masalah  ini berlaku kepada negara maju bila perbelanjaan sektor awam peratusnya kepada GDP mengatasi 30-35%. Britain telah mencapai peratus ini pada tahun 1960an dan sudah menjangkau kebaikan negatif. Kerajaan buruh selepas itu telah menambah perbelanjaan sektor awam kepada 48% daripada GDP tanpa penambahbaikan output.

Warwick Lightfoot mencadangkan kepada Kerajaan Britain strategi mengurangkan sektor awam kepada 40% daripada GDP yang mana langkah ini akan menyelesaikan masalah pinjaman kerajaan UK tetapi tidak cukup menyelesaikan masalah jangka sederhana dan panjang struktur perbelanjaaan awam. Sepatutnya pengurangan perbelanjaan sektor awam kepada 35% daripada GDP. Ini akan meningkatkan prestasi ekonomi.

Kerajaan UK telah membelanjakan lebih dari pendapatan pada paras yang telah merosakkan keupayaan ekonomi swasta menghasilkan kekayaan. Potong sektor awam kepada paras yang boleh diurus dan kapasiti menghasilkan kekayaan negara akan meningkat.

Malaysia perlu belajar dari pengalaman Britain. Bagaimana Kerajaan UK telah membelanjakan perbelanjaan sektor awam kepada 48% daripada GDP. Malaysia tidak mahu terkena penyakit "British Disease". Walaupun perbelanjaan sektor awam Malaysia ialah 30.6% daripada GDP, untuk mencapai Wawasan 20202 lagi sepuluh tahun, Malaysia perlu mengambil strategi mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awamnya secara beransur-ansur. PM DS Najib perlu menikirkannya.

5 comments:

Average Joe said...

Sedikit pembetulan....

Bagi data dari kebanyakan negara lain, angka yang diberi biasanya tidak termasuk guru (yg lazimnyaa merupakan kumpulan terbesar) serta pasukan beruniform (polis, tentera, bomba, civil defence), tetapi data Malaysia seringkali merangkumkan kesemuanya sekali. Daripada 1.14 juta tersebut, ia termasuklah ~400,000 guru. itu yg menyebabkan angka kakitangan awam Malaysia kelihatan begitu besar. komposisi dan integriti data dari setiap negara juga perlu diteliti, jangan main rembat jer.

Average Joe said...

Yang lebih penting bukannya downsizing atau rightsizing, tetapi meningkatkan produktiviti, inovasi dan integriti sektor awam. Saya fikir tidak seharusnya timbul soal jumlah penjawat awam terlalu ramai sedangkan JPA dan kementerian-kementerian sudahpun mengkaji manpower yg diperlukan bagi setiap skim perkhitmatan di setiap kementerian, jabatan dan agensi.

pentingkan yg lebih penting. jangan kerana ghairah nak downsize & rightsize perkhidmatan awam (asalnya pembangkang yg sibuk melalak isu jumlah penjawat awam nih), nanti Najib dan BN pula yg di-downsize kan pada PRU-13 kelak!

Anonymous said...

Apa yang penting adalah kualiti..

Bukankah ini menunjukkan bahawa KErajaan Malaysia adalah kerajaan berkebajikan kerana berkeupayaan untuk menggaji penjawat awam seramai itu?

Kalau PR bole ke buat macam ni? mahu ramai yang kena berhentikan.. YAng sokong mereka sahaja akan di kekalkan..

WZWH said...

Salam Average Joe dan Anon 11.58,
Terima kasih sudi beri komen dalam blog picisan WZWH. WZWH faham sebenarnya Kerajaan Malaysia adalah negara kebajikan kerana mengambil sektor awam yang tinggi peratus dari jumlah penduduknya. WZWH pun sedar boleh dikatakan hampir 90% penjawat awam adalah Melayu dan Bumiputera. Bukan Melayu tidak berminat kerana mereka mahukan kebebasan dan mahu cepat kaya. WZWH lebih minat dengan kos. Sampai bila Malaysia boleh mampu menanggung kos yang begini besar. Masa ekonomi baik ok tapi bila tidak baik masalah. WZWH tidak yakin JPA dan lain-lain kementerian buat kajian betul tentang manpower. Satu kajian semula yang komprehensif perlu dibuat adakah polisi pengambilan mampower sektor awam ini relevan dengan keperluan negara. Kanapa saiz sektor awam Malaysia begitu besar jika dibandingkan dengan negara lain di Asia. Kerajaan perlu galakkan Orang Melayu menceburi lebih sektor swasta. WZWH dapat baca jika PR memerintah sektor awam akan didownsizing dengan lebih besar dan formula pengambilan penjawat awam 30:30:30:10 Melayu, Cina, India, dll bangsa!

Average Joe said...

Salam semua

Terima kasih atas penjelasan, tetapi seperti yg telah saya bangkitkan pada komen yg awal, figure penjawat awam di negara2 lain itu kebanyakannya TIDAK termasuk bilangan penjawat dalam profesion pendidikan dan beruniform, kerana di negara2 tersebut jawatan2 berkenaan tidak dimasukkan sekali sebagai "public service" but rather separately as "education service", "security service", "military service", "fire/civil defence service" dan seumpamanya. Sedangkan angka penjawat awam Malaysia yg hampir 1.2 juta itu sebenarnya termasuk ~400,000 guru, ~90,000 tentera, ~90,000 polis serta ribuan anggota tetap bomba dan pertahanan awam. Itulah yg menyebabkan angka penjawat awam Malaysia kelihatan "terlalu besar" sedangkan hakikat sebenarnya tidaklah sebesar mana pun. Kalau ditolak angka guru, polis dan tentera tersebut, angka penjawat awam Malaysia akan tinggal sekitar ~600,000, lebih rendah daripada jumlah penjawat awam Australia (yg tidak termasuk profesion pendidikan mereka) berjumlah ~900,000. Dan jauh lebih rendah juga (bilangannya dan peratusannya) berbanding negara2 lain yg dibuat perbandingan itu.

Point utama yg saya bangkitkan dari awal lagi di sini ialah sejauh mana integriti data-data yang digunakan oleh Malaysiakini (lalu dipetik oleh blog tuan). Kenapa hanya bagi Malaysia dan Taiwan sahaja dirujuk data 2005 sedangkan angka2 negara lain diambil dari data tahun 1999 dan 2000? Seperti kita sedia maklum, Malaysiakini terkenal dengan sikapnya menggunakan data2 yang boleh dianggap "irreproducible" (itu perkataan sopan, perkataan kasarnya ialah "rubbish") dan diolah semula daripada sumber asal sedemikian rupa untuk menyedapkan propaganda mereka sahaja. Periksa-periksalah integriti sumber maklumat yang kita gunakan.

Salam hormat.