Tuesday, November 15, 2011

Pusat Pelancongan Kuala Tahan @ Taman Negara Perlukan Mesin ATM


Kuala Tahan @ Taman Negara Jerantut pusat pelancongan ecotourist terkenal dunia dengan hutan hujan khatulistiwa 130 tahun tertua di dunia. Flora dan fauna Taman Negara sungguh indah menggamit pelancong dan khazanah berharga negara.

Industri pelancongan Taman Negara Kuala Tahan menghasilkan ratusan juta RM bagi ekonomi Malaysia dan Pahang. Kementerian Pelancongan berkempen puluhan juta bagi menarik pengunjung datang melawat Malaysia dan Taman Negara.

Industri bank dan kewangan Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau Asia. Bank-bank Malaysia seperti Maybank, CIMB, RHB, Public, Hong Leong, Ambank, Affin juga BSN.

Sayang..tidakkah CEO-CEO bank-bank tempatan ini berfikir untuk meletakkan sebuah mesin ATM di Kuala Tahan? Kalau pun tidak untung sekurangnya memberi servis kepada masyarakat.

Ramai pelancong-pelancong asing dari Eropah, Jepun, Amerika bertanya kepada WZWH mengapa tiada perkhidmatan mesin ATM walau sebuah pun di Kuala Tahan. Ini untuk bukan sahaja kemudahan pelancong-pelancong asing tapi juga untuk penduduk tempatan Tembeling Tengah dan Ulu Tembeling.

Duit orang Kuala Tahan ni tak muat dah nak letak bawah bantal..mereka mengeluh hendak letak kat mana lagi. Duit orang Kuala Tahan  sampai ada yang kena makan di lipas....!

Kajian bebas mendapati jika ada kemudahan mesin ATM ini akan menambah perbelanjaan pelancong sebanyak 15%.

Sampai sekarang WZWH berfikir kenapa CEO-CEO bank-bank Malaysia ini tidak terfikir untuk meletakkan walau sebuah mesin ATM di Kuala Tahan @ Taman negara.

Setidaknya  Nazir Tun Razak CEO CIMB perlu mengenang Kuala Tahan adalah ecotourist dunia di negeri Pahang negeri asal usul bapanya.

Ng Yen Yen Menteri Pelancongan seorang  Menteri dari Pahang pun tidak berfikir keperluan simple ini.

Tak kan ini pun nak tunggu arahan dari DS Najib Perdana Menteri!

Hello CEO guys, if your banks place ATM machines in Kuala Tahan @ Taman Negara then WZWH can says Banking with Nature!

10 comments:

Yb Raz said...

mungkin CEO ni langsung tak tahu wujudnya Kuala Tahan..maklumlah orang kaya..mana nak melancong dalam negara.

Anonymous said...

kuala tahan ulu tuuu ade apeeee. air sungai mcm air tehhhh nakkan mesim ATM. porayyyyyy. tulaaaa hrp YB Umno Bn ade apeeee. deme lagi leeeee

Anonymous said...

merugikannnnnn kalau buat atm tuuuuu

Anonymous said...

wan zurik..kabo ke cikgu pian tu...nasihat sikit lah..malu...nk baca blog dia...

Anonymous said...

Buat apa ATM...duit simpan bawah tilam jee...

prebet sapu bandar jerantut said...

mmg sepatutnya mesin ATM perlu ada dikawasan tersebut, jgn asyik nak buat rumah berjuta2 ringgit, nak tunjuk pada rakyat, rakyat nak kemudahan awam, bukan kemudahan untuk diri sendiri

Anonymous said...

banyak jga komen2 bodo...mungkin banyak makan babi kot...kalau baca dan faham apa yg wzwh tulis 2, tak ada laa komen2 yg merapu....heheheheheh

Anonymous said...

Allah SWT ada perjanjian dengan semua makhloknya. Perakara yang paling ringan untuk tinggal ialah sembahyang lima waktu sehari semalam. Perkara yang amat berat untuk ditunakan ialah amanah. Dari itu ingatlah semua yang diamanahkan itu mesti ditunaikan, kerana kita semua akan berhadapan dengan Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya walaupun dihati kecil terlindung sebarang kekeliruan sebesar zarah sekali pun...

Banir...

Anonymous said...

sama mcm anjing jer yg komen merapu tu..puii.. benda mcm ni kemudahan yg perlu ada dekat taman negara.benda baik..jgn jd anjing kurap menyalak xtentu hala.

zahari said...

Satu idea yang sangat baik...Terima kasih.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...