Monday, November 7, 2011

Calon Potensi PAS DUN Pulau Tawar PRU 13


Bintang baru politik PAS Jerantut, Yohanis Ahmad calon potensi PAS DUN Pulau Tawar.

Balik beraya Haji ke Jerantut ini WZWH dapat banyak maklumat dari peminat blog WZWH. Mereka mahu WZWH buat posting yang menyentuh calon potensi PAS selain UMNO dan BN di parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar, Tahan dan Damak.

Mereka ini ramai dari FB Dewan Parlimen Jerantut yang WZWH juga co-admin bersama dengan anak-anak muda Jerantut. Mereka ini ramai yang atas pagar, ada yang pro UMNO dan pro PAS. 

Bagi yang pro PAS mahu WZWH buat liputan calon PAS kesukaan dan harapan mereka. Mereka kata WZWH jangan bias tunjukkan yang WZWH anak jati Jerantut yang terbuka pemikiran dan kenal pasti promote anak-anak muda Jerantut tidak kira apa parti. Yang penting baik untuk kemajuan politik, sosial dan ekonomi Jerantut. Baik untuk kebajikan rakyat Jerantut.

OK WZWH akur...blog WZWH adalah blog rakyat Jerantut. Maka posting kali ini WZWH akan tonjolkan bintang baru politik PAS Jerantut. Bagus untuk calon-calon UMNO Jerantut buat homework studi kekuatan dan kelemahan calon potensi PAS ini bagi bekalan strategi PRU 13 nanti.

Yohanis bin Ahmad adalah Ketua Pemuda PAS Jerantut, berumur 30an. Yohanis ini anak jati Pulau Tawar...Kg Kedondong kelulusan Azhar universiti dan berkerja di firma guaman. Ayah beliau peneroka  Felda Kota Gelanggi 1 bererti Yohanis adalah anak peneroka. Yohanis juga Pengerusi ANAK Peneroka Pahang.

WZWH nampak ada talent saudara Yohanis ini. Bolehlah kalau dicalon oleh PAS Jerantut lawan Dato Dr Shukri. Orang Pulau Tawar Gelanggi kawasan sekitar semua kenal dia.

Siapa calon-calon UMNO yang terpilih nanti tidak kira Dato' Dr Shukri, Mohd Zukarmi, Dato' Hj Nazri, Mohd Adil, Ketua Wanita kenali lawan anda dalam PRU 13 nanti.

WZWH rasa kena anak peneroka juga untuk berhadapan dengan Yohanis ini. Dato' Hj Nazri mungkin boleh. Susah sangat Ku Lan pun boleh.

Ketua Pemuda PAS Jerantut, Yohanis Ahmad sedang berceramah sempena pelancaran Borang Tanah FELDA untuk Generasi 2 di Kota Gelanggi 2.

Ini pada WZWH strategi pungkar (bohong) PAS edar borang tanah Felda untuk generasi ke-2. PAS tiada kuasa. Kalau PAS berkuasa macamana nak bubarkan tanah Felda plantation yang lebih 51% dimiliki oleh Koperasi Peneroka Felda.

Isu pengagihan satu hal. Tanah Felda Plantation yang seluas itu mahu dibahagi kepada ratusan ribu anak peneroka. Berapa meter square dapat? Generasi ke-dua makin membiak, tidak akan ada kesudahan penyelesaian isu ini. Apa hal pula isu generasi anak-anak kampung tradisional Pahang. Ada ke tanah untuk mereka? Mampukah kerajaan negeri Pahang beri tanah kepada semua rakyat Pahang?

Yang penting beri anak-anak peneroka pendidikan pelajaran dan kemahiran. Bantu mereka berdikari dalam kehidupan. Setakat edar borang pancing undi pengundi muda anak-anak peneroka itu hanyalah gimik dan lip servis politik PAS.

Kita lihat apa DS Najib beri kepada ratusan ribu peneroka Felda nanti sebelum PRU 13!

9 comments:

Anonymous said...

Kelmarin kas g ceramoh ANAK d jengka 10..x berapa nak menyokong pun org ramei biler penceramoh sebut nama dia ni sbgai calon...

Anonymous said...

Cuba ceramah cara berhemah...mempromomsi apa yang nak dibuat...bukan mencari salah orang buat..barulah islamik

Anonymous said...

la kami anak peneroka, jagan tipu peneroka lagi laaa

Anonymous said...

harap harap calon umnooo tuuuu semua hapihhh belaka. generasi ke 2 felda mahu anak peneroka yang berwibawa. Hj Nadzri masalah....Zukrarmi masalah...Hj Nadzlan masalaahhhh

Anonymous said...

PAS akan menang di DUN Pulau Tawar PRU13. Bukan sebab mereka kuat, tetapi MeNanG sebab BN lemah.. dn sgt lemah di DUN Pulau Tawar.. tak Percaya?!.. tengok je la nanti....

Anonymous said...

memerintahlah koh boon heng nanti!

Anonymous said...

ha..ha..ha.. bru betul ader ank Pahang bertandingggg,,,,nie dok kabor asal calun Pas org Kelantan...Takbir....

Anonymous said...

'Kita lihat apa DS Najib beri kepada ratusan ribu peneroka Felda nanti sebelum PRU 13!'

silap tu WZWH..sepatutnya tulis mcm ni..
'Kita lihat berapa byk kes peneroka menang saman felda nanti sebelum PRU 13'

'Tun razak buat felda untuk bantu rakyat malaysia berbangsa melayu,cina,india dan org asal'

Tapi Umno/BN selepas tu senang2 bahan duit.....
Cian peneroka yg bertungkus lumus selama ni di tipu...
Tapi sekarang peneroka baru sedar....
Tahniah 'ANAK'

Anonymous said...

saya dah tak nampok sape calon bn di dun pulau tawar.....senarai yg ada tu semua penyangak tlg semak semua pakai kereta beso tanh sana sini maknanya tak bersih

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...