Wednesday, November 16, 2011

Shahrizat Panggil Semua Ketua Wanita UMNO Negeri Ke Rumahnya Minta Janji Setia

Walaupun ramai pemimpin tertinggi UMNO mempertahankan Shahrizat dalam skandal NFC namun itu semua tidak boleh meyakinkan rakyat Malaysia dan majoriti ahli UMNO yang mula mempersoalkan kredibiliti dan integriti Shahrizat.

Dalam posting blog WZWH bertajuk: "Shahrizat Perlu Letak Jawatan Menteri Dan Ketua Wanita Demi Kebaikan UMNO/BN" sila klik sini, WZWH menyarankan:

  • Wanita UMNO perlu bangkit dan berani mendesak Shahrizat melepaskan semua jawatan parti demi nama baik dan ketelusan UMNO ekoran skandal NFC melibatkan bisnes keluarga Shahrizat.
  • Wanita UMNO Bahagian Jerantut perlu mengusulkan satu usul tergempar dalam Mesyuarat Agung Wanita UMNO Kebangsaan pada hujung tahun ini. WZWH boleh membantu Ketua Wanita UMNO Jerantut menderaf usul tersebut.
Ekoran itu Shahrizat telah memanggil semua Ketua Wanita UMNO Negeri ke rumahnya hari ini juga Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail (Suami Sharizat) telah mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri di kediaman Shahrizat.

Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri turut mendesak Shahrizat agar TIDAK MELETAK JAWATAN, dan Ketua-Ketua Wanita UMNO Negeri dijangka akan turut mengadakan mesyuarat tergempar bersama Ketua-Ketua Wanita UMNO Bahagian di negeri masing-masing esok.

Dari pertemuan itu WZWH dapat menyimpulkan bahawa Shahrizat tidak akan sama sekali melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia jauh sekali jawatan Senator dan Menteri.

Shahrizat ialah ahli UMNO paling bertuah dalam sejarah UMNO dekad ini. Beliau amat disayangi pemimpin UMNO.

Shahrizat kalah bertanding PRU 12 di parlimen Lembah Pantai DS Najib lantik senator dan Menteri.

Shahrizat dapat projek NFC RM250 juta walau ada masalah dikritik oleh Ketua Audit Negara namun Pak Lah dan Muhyiddin mempertahankannya.

28 juta rakyat Malaysia dan 3.2 juta ahli UMNO termenong memikir bahawa betapa specialnya pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

WZWH sebagai ahli UMNO mahu Shahrizat bertanggungjawab di atas segala skandal NFC dan mahu beliau meletakkan jawatan.

Namun kalau itu pemimpin tertinggi UMNO tidak sanggup menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah maka jika UMNO dan BN tumbang dalam PRU 13 maka Shahrizatlah puncanya.

140 ahli parlimen UMNO/BN yang menang bertanding yang tidak dilantik Menteri atau Timbalan Menteri hanya letih menang pilihanraya tapi tidak diberi tempat.

70 Ketua UMNO Bahagian yang tidak berjawatan dan berpangkat hanya duduk diam saja tiada mood mahu buat kerja.

3.2 juta ahli UMNO diakar umbi sudah bosan melihat permainan pemimpin tertinggi UMNO di atas yang lebih memikir kepentingan peribadi dari negara.

Rakyat Malaysia pun sudah bosan dan meluat melihat kemungkaran ini yang merupakan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia.

Tapi masih sempat lagi Shahrizat mencadangkan kepada DS Najib bahawa DUN Tahan di parlimen Jerantut itu perlu diberi kepada calon Wanita UMNO.....!

10 comments:

Anonymous said...

Ni ke UMNO yg WZWH ajak orang undi? Bengap jugak WZWH ni.Dah tau UMNO tu haprak.masih nak undi UMNO

Anonymous said...

yang dapat projek RM128 Juta apa cerita ... tak nak letak jawatan ke ?

Anonymous said...

Kalau Ketua2 Wanita Negeri dengar cakap Shahrizat yang dah nak kojol politiknya maka Ketua wanita negeri tu sama perangai macam Sharizat. Maka Ketua wanita negeri itu juga kena disuruh letak jawatan jugak...ini termasuk Ketua wanita Umno Negeri Pahang SEBAB bebal macam lembu Shahrizat. Kalau ada wanita2 Bahagian di Pahang yang sokong dia pun sama bebal macam lembu Shahrizat berketuakan LEMBU SAKIT kata orang putih macam penyakit MAD COW. Jangan jadi bodoh Wanita Pahang jangan sokong bawak rebah pulak.....

Anonymous said...

WZWH tak jadi penasihat 10% dia tu le sibokkk je la jajeee cerite org Umno0 Bn bodoh tuuuuu.
org cerdik tak jadi penasihat pada yg bahalolllll

Anonymous said...

Cerita pasal NFC. Baru RM250 juta. Apa cerita FFF 5 billion? Dapat pada siapa? Apasal KJ terjerit-jerit?

Anonymous said...

byk wang rakyat disalahgunakan begitu saja....
Wang rakyat di lantak dan dibahagi2 kepada kroni...contoh perwaja...berbilion duit rakyat habis ke cina (eric chia)...PKFZ-berbilion dapat di cina (lee liong sik)dan mcm2 lagila seprti vincent tan,..tak nak sebut byk2 nanti kata aku racist plak..
tapi itula umno... berdegar2 tuduh DAP tu racist...habisla melayu kalau DAP memerintah... yg aku tengok umno yg byk mengkhianati melayu.... dari segi ekonomi.. pelajaran.. pertanian.. balak dsbnya...
DAP di penang.. ada juga tambah elaun cikgu kafa.. tambahh duit jabatan agama islam.. sediakan bas free ke seberang/jetty..
masa cina gerakan dulu apa yg dapat?..
umno takutkan org dengan DAP seperti org melayu takutkan anak kecil dgn hantu....
Bukan aku nak backing DAP.. tapi aku tengok umno yg terlalu byk mengkhianati melayu... mahathir pun berani cakap umno ni busuk... sampai ke usus busuknya... MCA/MIC/Gerakan tak sebusuk itu ke?

Anonymous said...

Shahrizat disarankan lepas jawatan KPWUMNO, jawatan tersebut elok dipangku oleh ketua Dewan Muslimat untuk membersihkan diri dari sebarang skandal rasuah salah guna kuasa...

Kutukandewata said...

anon 4.50,
baik kau pangkah dap aje kalau kau rasa parti itu boleh membahagiakan kau.tapiaku tetap memegang prinsip kelambu tak akan aku bakar kerana marahkan nyamuk.apa yang perlu dilakukan aku akan picit nyamuk itu sampai mati.

pak su udin said...

saya setuju dgn wzwh, yg betol tetap betol yg salah tetap salah, tapi orang macam wzwh menjadi ancaman kpd pemimpin2 umno, sbb bagi umno betol dan salah sama sahaja.

mungkin wzwh banyak belajar ttg tasauf, ahli2 umno yg lain banyak belajar sauk je, hihihihihi

sherry said...

Saya amat setuju dgn saranan saudara...jom kita ahli wanita UMNO Selangor ramai2..sokong usul tersebut..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...