Tuesday, November 15, 2011

Kenapa Pak Lah Dan Muhyiddin Beriya Mempertahankan Shahrizat Dari Digugur Dari Kabinet?

Cowboy Mahyuddin mempertahankan skandal Projek National Feedlot Corporation Sdn Bhd milik keluarga Shahrizat bernilai RM250 juta.

Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Mokthar Radin meminta Shahrizat meletak jawatan Senator dan Menteri kerana skandal NFC RM250 juta melibatkan keluarga Shahrizat.

Pak Lah selepas menantunya KJ, mempertahan Shahrizat. Pak Lah kata itu bisnes keluarga suami Shahrizat yang uruskan. Jangan salahkan Shahrizat.

Lebih menarik lagi Muhyiddin turut mempertahankan Shahrizat tidak perlu letak jawatan Menteri. Muhyidin pula menegur Bung Mokthar tidak elok suruh "orang sesama kita letak jawatan".

Alasan Pak lah dan Muhyiddin ialah Shahrizat tidak terlibat secara lansung. Itu bisnes keluarga-suami dan anak-anak!

28 juta rakyat Malaysia dan 3.2 juta ahli UMNO tergelak sakan. Mereka bertanya beberapa soalan seperti :

  • Suami Shahrizat dapat dana kerajaan RM250 juta macamana dapat?
  • Kalau Shahrizat itu Shahrizat Jerantut boleh ke suami dia dapat dana RM250 juta?
  • Adakah kedudukan Ketua Wanita UMNO Malaysia membolehkan suami Shahrizat dapat dana RM250 juta?
  • Nama bisnes keluarga-suami dan anak-anak. Adakah isteri tidak masuk campur?

Kenapa Pak Lah dan Muhyiddin beriya mempertahankan Shahrizat dari dipaksa meletakkan jawatan?

Jawapnya mudah: 

  • Projek NFC bela lembu itu di era Pak Lah menjadi Perdana Menteri
  • Projek NFC bela lembu itu semasa Muhyiddin menjadi Menteri Pertanian

Bila projek ini 'in a mess' seperti laporan Ketua Audit Negara maka Muhyiddin bertanggungjawab kerana memberi projek kepada usahawan yang 'incompetent' tidak cekap dan tidak berkesan.

Muhyiddin beri dana RM250 juta kepada orang yang salah tidak kena pada tempatnya!

Banyak dana RM250 juta ini boleh buat Projek Jalanraya Ulu Tembeling fasa 1 dan fasa 2 yang didambakan oleh penduduk Ulu Tembeling sejak 60 tahun dulu.

Pembangkang memomokkan projek NFC ini, kalau dulu Sanusi cadang tanam padi atas atap rumah kini bela lembu di kondo berharga hampir RM10 juta di Bangsar. Projek bela lembu  paling unik dan canggih dalam dunia.

Muhyiddin banyak buat silap. Baru-baru ini  Muhyiddin mahu guru kerja 9 jam. Maka Muhyiddin mengarahkan dibuat eksperimen akan menjadikan guru-guru di empat buah negeri 'kubu BN' iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai 'guinea pigs' sistem waktu bekerja 9 jam sehari kerana menjangka guru-guru di negeri-negeri berkenaan umpama 'lembu-lembu fidlot' yang akan meragut apa saja. Sanggupkah guru-guru di negeri-negeri berkenaan meletakkan martabat diri guru-guru setaraf lembu-lembu fidlot?

Majoriti 400,000 guru dan Kesatuan Guru menentang tapi Muhyiddin tidak peduli apa reaksi guru-guru yang akan protes dalam PRU 13 nanti jika DS Najib gagal menangani isu ini dengan baik. 400,000 guru boleh berkembang menjadi 1.2 juta undi. Muhyiddin tidak peduli walaupun dasar itu tidak popular.

WZWH berpendapat Pak Lah dan Muhyiddin membuat kesilapan besar bila mempertahankan Shahrizat dari digugurkan dari Menteri Kabinet. Rakyat Malaysia dan ahli UMNO majoriti tidak akan percaya kepada integriti pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO/BN jika ini sikap yang diambil.

13 comments:

Anonymous said...

Bukan Shahrizat aja menteri yang patut digugurkan.Ramai lagi termasuk najib dan muhyidin sendiri tidak layak menjadi menteri huhu,Buang mereka semua tu dulu baru UMNO nampak bersih

Anonymous said...

Sharizat hebat... bukan MP pun boleh jadi menteri... korang apa ada?

prebet sapu bandar jerantut said...

mmg shahrizat patut dipecat, rakyat dah mula muak dgn projek2 yg tak berfaedah kpd rakyat, tapi berfaedah kepada kroni.

kenapa pemimpin umno terlalu BERMEWAH2 nak tunjuk kat sapa?

Wan Shamsudin said...

Syarizat tu LEMBU BAKA BAIK, keturnan MAMI, tentu ramai LEMBU LEMBU haprak nak berkawan.....manalah tau dapat cuik cuik sikit, hilang gian......

Anonymous said...

Ramai lagi pemimpin oemimpin UMNO yang terlibat dengan rasuah,Kenapa tidak dibersihkan?.Memang umno dan nampak kotor mcm tahi lembu dah sekarang ni.Orang tak ada akal aje yg masih undi UMNO

Anonymous said...

Anon 12:23 Salah.
Orang yang banyak akal lah yang akan terus undi UMNO. Kalau tak percaya tanya WZ.. tak gitu.

Anonymous said...

Gambar Sharizat dah banyak keluar...gambar Muhyidin dah keluar.. kawan dah tak sabar menunggu gambar anak Sahrizat yg urus projek lembu tu...kenala tuan WZWH lambat sangat siar gambar dia tu..emm..emm..

Anonymous said...

Anon 12;23 PM,

Lemah sangat hujah dan kurang sangat fikirannya.Kalau hujah awak
diterima pakai oleh semua politican
Malaysia saya sokong,tapi awak berfikir sabelah otak sahaja,begitu
juga desakan yang awak buat untuk sebelah kerajaan sahaja.

Cuba desak NIKE AJISS sama letak jawatan sama atas kesalahan yang
tersanarai spt dibawah;

1,Menipu rakyat Kelantan dengan membut pinjaman drp Kerajaan Persekutan sebanya 600 juta lebeh dgn tujuan mempertingkakan bekalan
air berseh,tapi tidak dijanlankan
dan seliwang kapada projek kepentingan politik sahaja.

2,Melantik menantu sendiri sebagai
CEO Perbadanan Menteri Besar dan
salahurus perbadan tersebut oleh
menantunya dia pertahankan ,sedangkan dia yang melantiknya,bukankah itu keroni dan salah gunakuasa yang sangat nyata.

3,Telah disponsor oleh sebuah syarikt untuk haji anakberanak,terpaksa dibatal sebab
orang dah heboh satu negara,tuan guru wali selipor melantak resuah,sedangkan syerikat itu dapat
kontrek juta2 diPerbandaran KotA
Baru ,sedangkan dia pengurusiny.

Soo u ada berani suruh dia letak jawatan.Kalau awak mengaku molek sangat dan islamnya lebeh sangat drp orang lain,tentu anda akan mencari kebenaran....jangan pejam sebelah mata dan jangan berfikir
sebelah otok sahaja yaaa......

Anonymous said...

Begini sebabnya PakLah dan Mahyudin beriya-iya benar membela Shahrizat sebab ada per sentage dalam lembu Shahrizat...macam cerita P.Ramli lah. 50% untuk PakLah TIDOR dan 20% untuk Mayuddin SEMBAB dan 30% untuk keluarga MAMI Shahrizat. Jangan nak bagi alasan kononnya sebab dia Ketua Wanita jadi pembangkang attack dia untuk melemahkan pergerakan wanita UMNO. Ini takde kena mengena dengan Wanita Umno. Yang dapat dana kerajaan RM250 juta adalah keluarga Shahrizat bukan Pergerakan Wanita Umno. Yang dapat kekayaan keluarga Shahrizat bukannya Wanita Umno yang dapat menafaatnya. Jadi Wanita Umno dapat APA? Mengapa pula Sharizat desak Ketua2 Wanita Umno Negeri menyokong dia dan mengapa pula ketua2 wanita Umno negeri BODOH sangat dan membabi buta mendesak Shahrizat supaya tak letak jawatan Ketua. Shahrizat dah takut kehilangan segala-galanya yang dia punyai dek sebab lembu fitlotnya. Silap haribulan wanita2 Umno pulak kena tahi lembu shahrizat. Nampak sangat wanita2 Umno ni macam ....LEMBU CUCUK HIDUNG!!!!

Anonymous said...

Anon 12:23

Nik aziz seleweng duit kerajaan pusat 600 Juta semata2 projek air bersih?...mengigau ke apa kau ni?...ada ke kerajaan pusat sanggup bagi duit sebanyak itu kat negeri pembangkang?.... jgn harap..
apa kerajaan persekutuan suruh pasang paip emas ke?...apa ke bodonya kau ni mcm lembu shahrizat...

BN melantik anak beranak tak apa plak... bila PAS buat dengki plak... siap panggil SPRM siasat menantu kwn tu...siasat pagi petang siang dan mlm, berbulan2 tapi ada ke dia didapati rasuah dsbnya?...anak2 serta laki bini kroni BN tu...ada ke pernah kena siasat dgn SPRM?

Tapi aku respek pada Nik Aziz... walaupun dia dah jadi Menteri basar tapi masih ada masa untuk teruskan kuliah agama...masih ada masa jadi 'tok guru dan imam' jawatan menteri besar tak sedikitpun mengubah kehidupan masa sebelum menteri besar....menteri besar negeri lain senang ke org ramai nak jumpa..samada ada di pejabat atau di rumah?...jgn harapla...
di tuduh duit rasuah untuk buat umrah...nik aziz tak pergi...menantu jadi CEO...dia suruh menantu dia letak jawatan...
dia mendengar cakap org...yg puak2 BN tu ada yg sanggup/berani buat gitu?

spririt of pasir tambang said...

anon 9.40,
betul,betul tu.iipin dan upin yang cakap,bukan aku!

Anonymous said...

Anon 9:40 PM,

Sah awak berfikir sebelah otak.Nampak sangat awak tidak faham sisstem pentedbiran kerajaan.Cuba awak semak dalam penyata odit akan ada keterangan hutang2 kerajaan2 negeri termasuklah hutanghutang KERAJAAN NEGERI KELANTAN kapad Kerajaan Persekutuan.Awak mudah sangat membuat keputusan
tampa membuat penyelidikan,biar pandai sikit bila buat cadangan ataupun membuat penapian ya,,,gunakan ilmu dan semua otak jangan pakai sabelah saja,begitu juga gunakan dua mata jangan pakai satu saja,satu mati puak2 dajal yang disebuta dalam kitab akan menjual syurga diakhir zaman,,,,

Awak kata Nike Ajiss suruh menantu dia letak jawatan sebah dia tahu dia yang melantik dan bercangah dengan peraturan dan boleh disyaki salah guna kuasa,bermakna dia mengaku salah dengan apa yang diabuat,itulah lojiknya ,ada faham otok sebelah,awak ni betullah lembu cucuk hidong wali seliper,,,,, baru kena buku dengan ruas ,,,,

Saya pun respek dia sebagi manusia,saya tak respek pebuatan dan patua2 yang karut marut yang semua orang tahu,dia tak pergi umrah seba orang tahu dan ada bukti,kalau dia pergi juga lingkuplah jawabnya,,,,.Saya cabar awak tujukan mana satu menteri besar yang melantik anak ataupun menantu sebagi CEO GLC yang mana CLC itu MB jadi pengursinya ada berani... lembu wali selipar ,celako ,celakooo,celakooooo blogerrrrrr.

Jangan mureh yaaa.

Anonymous said...

bismillahirrahmanirrahim...
ya allah, smoga hamba2 mu yg kerdil dan hina ini mndapat kbnaran.. boleh membezakan yg hak dan batil..
mereka lupa asal mereka dr tanah..
sekiranya mereka tetap memfitnah , laknatlah mereka..

agama islam kini diputar belitkan..tiada yang ambil peduli..
penipuan dimana2..tidak dipeduli malah disokong murni..

subhanallah..smoga daku masih dikalangan org2 yg benar.

igtlah manusia yg mmfitnah,mmakan duit dan segala kekufuran..hukum allah mmg xnmpak..tp andai esok lusa didatangi malaikat maut..
adakah sempat anda bertaubat...
adakah lg kesucian dihati utk kembali kpd-Nya.

laknatlah manusia yg melawan n memutarbelit hukum allah...
laknat jugalah manusia yg memberi sokongn wlupn hanya sekadar kata2 atau bagi mereka tulisan kosong..

sekian.sekadar renungan andai tersalah jalan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...