Sunday, November 13, 2011

UMNO Perlu Ambil Iktibar 'Confession' Jujur Seorang Aktivis Tersohor PKR Pahang


Bila seorang aktivis tersohor PKR Pahang yang ikhlas buat kerja dengan prinsip-prinsip perjuangan membuat confession pengakuan jujur bahawa beliau kecewa dan frust dengan organisasi Pakatan Rakyat maka WZWH jatuh simpati kerana semua gejala-gejala negatif berorganisasi politik adalah penyakit kepada semua parti-parti politik di Malaysia.

UMNO pun tidak terkecuali...rasional WZWH ialah organisasi melibatkan orang ramai yang punya berbagai perangai dan hati. Orang ramai dan ahli-ahli yang samada secara individu, berkumpulan dan berparti punya agenda-agenda politik tersendiri. Manusia adalah 'political animal'. Itu kata pemikir politik. Kalau kita menjaga kawanan kerbau, lembu, kambing, ayam itik senang kita boleh kawal dan pantau...

Apa yang perlu kepada organisasi politik ialah seorang pemimpin-leader yang boleh mengarah orang ramai kepada satu arahan tersusun dan terancang serta berstruktur. Setakat mana orang ramai dan ahli parti boleh mengikut arahan pemimpin itu menentukan level kualiti kepimpinannya.

Realiti politik...realiti masyarakat...buat ahli politik-ahli politik berpijak dibumi nyata...

WZWH persembahkan satu 'confession' pengakuan jujur seorang aktivis tersohor PKR-PR Pahang yang mula membayangkan angan-angan menuju Putrajaya akan gagal kerana sikap orang ramai dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Dari blog Spirit of Lubok Kawah, WZWH CnP sepenuhnya...

Saya masih ingat apabila seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran berkata kepada Tan Sri Khalil Yaacob: "Dato, ceramah yang PAS adakan di Paya Pasir dihadiri oleh lebih kurang 10,000 manusia, teruk kita Dato."

Jawapan Tan Sri Khalil yang pada ketika itu adalah Menteri Besar Pahang dari UMNO adalah mudah, "Kalau ada masa awak pergi catatkan nombor-nombor kereta yang hadir. Simpan nombor-nombor tu. Bila PAS buat ceramah di Temerloh atau Kuantan, awak pergi lagi dan catat juga nombor-nombor tu. Catat nombor-nombor kereta didalam semua ceramah PAS. Awak akan dapati, kereta-kereta yang sama juga yang hadir di semua ceramah. Jadi, apa kita nak takutkan, orang yang sama yang hadir ceramah mereka. Yang kita susah hati kalau PAS buat ceramah dalam kampong dan semua penduduk kampong keluar mendengar ceramah mereka. Kalau PAS ceramah di Kg Paya Pasir dan yang datang itu dari Jerantut, Lipis, Kuantan, Pekan, Rompin, Temerloh bahkan dari Terengganu atau Negeri Sembilan, kita nak takut apa? Yang penting penduduk Paya Pasir tak keluar. Kalau tak yakin, mari kita lihat keputusan Pilihanraya nanti.

"Awak tau tak, PAS ni dia cari duit melalui Ceramah dia. Dia boleh kumpul sampai RM10,000.00 dari ceramah besar dia. Itu sahajalah tujuannya, bukan dia nak cari pengaruh."

Bunyinya senang sahaja jawapan Tan Sri Khalil itu, dan sebagai ahli PAS kita pun terasa marah dan terasa terhina juga dengan perkataan-perkataan dia. Tetapi tidakkah itu satu kebenaran?

Kalau nak diikutkan dengan kehadiran begitu ramai didalam ceramah-ceramah PR maka sudah lamalah UMNO/BN itu jatuh terpukang. Tetapi tidak. PR yang masih tidak mampu menembusi kampong-kampong yang tradisinya masih kuat mempertahankan UMNO/BN terutamanya didalam kawasan-kawasan Rancangan Felda.

UMNO masih mampu mengekang perubahan pemikiran orang-orang Melayu di luar bandar dengan imbuhan, ugutan, penipuan, salahguna kuasa, dan orang-orang Melayu luar bandar masih terikat dengan saluran informasi yang dipenuhi oleh pembohongan yang setiap hari disalurkan oleh channel-channel tv dan media citak seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian; manakala media alternatif tidak sampai kepada mereka.

Disetiap kampong UMNO mempunyai cawangan-cawangannya. Samada mereka melakukan kerja baik atau buruk mereka mempunyai saluran organisasi. Setiap tahun cawangan-cawangan ini bersidang dan setiap 3 tahun sekali memilih pimpinan melalui proses pemilihan.

Ranting atau cawangan PR pula kebanyakan hidup pada nama sahaja, tidak bergerak mengikut saluran organisasi yang betul, entahkan ada mesyuarat bulanan, atau mesyuarat agung tahunan, dan kadang-kadang jumlah keahliannya hanya sekadar boleh menubuhkan jawatankuasa sahaja.

Kalaupun ada cawangan yang hanya sekadar mempunyai jawatankuasa tetapi terus bergerak menemui penduduk se tempat, se kampong, lama kelamaan tentu juga dapat menembusi penduduk-penduduk itu; tetapi kebanyakannya hanya menunggu apabila Parti mengadakan ceramah besar-besaran untuk mereka turut hadir dan menyumbangkan jumlah wang yang mereka mahu infakkan untuk akhirat.

Lebih baik bagi mereka untuk bercakap sesama sendiri dengan masing-masing mengatakan bahawa: "Kali ini mampuslah UMNO." sedangkan di kampong masing-masing tak seorang pun ahli UMNO yang keluar dari parti itu.

Isu - UMNO sudah kalah dengan semua isu. Dan jika pengurusan isu dikendalikan untuk menembusi minda penduduk, sudah tentu UMNO sukar untuk bertegak. Malangnya isu yang memihak kepada PR ini tidak digunakan sepenuhnya untuk menembusi minda penduduk.

Bagaimanakah isu ini boleh menembusi penduduk. Jentera parti hendaklah bekerja untuk menyampaikan maklumat. Diantara kerja yang paling berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk ialah dengan pengedaran isu-isu itu kepada mereka dari rumah ke rumah. Bila hendak dibuat? Kalau boleh setiap hari, tak boleh? 3 hari sekali, tak boleh? Seminggu sekali, tak boleh? 2 minggu sekali, tak boleh? sebulan sekali, tak boleh? Setahun sekali, tak boleh juga? Mimpilah disiang hari!!!!!!

Organisasi parti kena kompak. Mesti ada struktur organisasi yang mampu bergerak, mampu mengadakan mesyuarat bukan sekadar sebulan sekali, tetapi apabila diperlukan, 2 kali, 3 kali atau 4 kali sebulan. Kerja sukarela ini tidak bererti nak kerja, kerja, tak nak kerja tak perlu kerja. Ia hanya menjadi sukarela setakat kita tidak menjadi ahli dan tidak menjadi AJK. Apabila kita menjadi ahli dan menjadi AJK maka kita sudah terikat dengan tanggungjawab, dan mesti laksanakan tangggungjawab itu.

Kemudian kita perlu ada Jentera yang berkesan. Bukan hanya sekadar melantik struktur jentera tetapi jentera itu bukan sahaja tidak bergerak bahkan tak tau pun apakah peranan yang hendak dimainkan.

Tiba-tiba datanglah musim Pilihanraya. Mulalah diantara parti-parti didalam PR membuat cadangan bahawa calon dari parti masing-masing adalah terbaik. Mulalah dicadangkan bahawa kawasan itu adalah kawasan tradisi bagi parti itu walaupun sejak 1955 lagi parti itu tidak pernah menang, dan ahli-ahli parti mulalah mengambil sikap berbelah bagi bahawa "Kalau bukan parti kita yang bertanding, pasti kita kalah" walhal parti itu sudah hampir lebih 10 kali pilihanraya kalah di kawasan yang sama. Itu adalah sikap mementingkan diri dan parti sendiri tanpa memikirkan kepentingan PR yang lebih besar.

Kelemahan yang terdapat kepada PR juga boleh ditengok kepada bakal-bakal calon yang hendak diletakkan didalam Pilihanraya.

Kadang-kadang calon itu menonjolkan juga dikalangan ahli-ahli parti kerana mereka selalu berceramah (dan mendapat upah semasa berceramah, sikap tidak ikhlas didalam perjuangan!), mereka merasakan bahawa populariti mereka sudah melonjak, walhal dikalangan masyarakat umum mereka itu tidak diketahui pun.

Mereka tidak bergaul dengan masyarakat, tidak terlibat dengan kerja-kerja masyarakat, kadang-kadang angkuh dan sombong.

Disebalik segala itu, UMNO/BN mempunyai berbagai jentera yang mereka boleh gunakan selain dari jentera parti seperti jabatan-jabatan kerajaan dan organisasi-organisasi kampong yang dibiayai melalui bajet kerajaan. UMNO/BN tidak perlu bekerja menggunakan jentera parti, tetapi mereka menggunakan jentera kerajaan. Walaupun ini adalah salah guna kuasa tetapi inilah yang mereka telah gunakan selama ini.

Melalui pelbagai subsidi yang mereka keluarkan mereka boleh ugut penduduk bahawa jika mereka tidak sokong UMNO/BN mereka akan dinafikan pelbagai kemudahan, dan kepada penduduk yang belum mempunyai geran tanah mereka gunakan kesempatan itu untuk menyatakan bahawa kalau mereka menyokong PR geran tanah untuk mereka tidak akan dikeluarkan.

Jahat, UMNO memang jahat. Tetapi itulah sifat UMNO, dan hanya sekadar mengetahui sifat UMNO dan PR tidak melakukan tindakan untuk mengatasi kejahatan itu, maka kejahatan UMNOlah yang akan menang!

Bila PR sebut UBAH, bukan bermakna Ubah kerajaan sahaja. Orang-orang PR mesti berubah. Ubah pemikiran, ubah cara kerja, ubah cara berorganisai, ubah dengan mengadakan jentera yang berkesan, ubah dengan rajin membuat kerja, ubah demi perubahan!

Kalau tidak apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Khalil semasa beliau menjadi Menteri Besar Pahang itu akan terus kekal dan harapan untuk PR memerintah Negara hanya tinggal impian!

8 comments:

Anonymous said...

cuba cerita lain dari dalam malaysia, awok tengok wan shahril, cerita pasal jepun, ada oda, tukugawa, kage bunshin no jutsu..baru lah blog intelek..and dont drag me to your level k...

Anonymous said...

hebat juga cakap Khalil Yaakob tu ya....
org ramai yg pergi ceramah pembangkang...tapi org yg sama....

tapi tengokla...siapa yg terpungkang...khalil terpungkang ke melaka....
pembangkang dari 1 negeri dapat 5 negeri PRU 12...
dan tunggula PRU13 kita sama2 tengok....siapa yg terpungkang.....

Anonymous said...

PKR Hampas...harapkan PAS je buat kerja...tapi PAS tak pandai main politik...sebab tu tak menang banyak kerusi ...

Anonymous said...

Tan Sri Khalil betul...PAS ni parti ceramah jee...penyokong syok dengar ceramah...gerakkerja tak setara mana pun..

Kutukandewata said...

TSUNAMI DULU PR UNTUNG.TSUNAMI SEKARANG BELUM TENTU.BUNYI GURUH KUAT HUJAN BELUM TENTU.

Kutukandewata said...

ANON ATAS SEKALI,
NAMA PUN BLOG JERANTUT.TENTU CERITA TENTANG JERANTUT.KALAU AWOK SUKA SANGAT CERITA LUAR BACA AJE BLOG AMERICAN THINKING.ADA LINK DALAM BLOG ZURI INI.SELAMAT JADI ORANG INTELEK YA!

Anonymous said...

ANON ATAS SEKALI

kesian si dungu,masuk maktab utk jadi cikgu macam kutukan dewata pun tak lepas,becakap pasal intelek la,hape la..

betul kata bidalan, bagai ayam si tombong,kokok berderai-derai,ekor bergelumang tahi...(sila google)

aduu laa bangsa ku...

neaunaez said...

j2w60u9n98 d6h25h7q02 s6z79k8v22 p1r21b9u45 q7s53u8f10 z2j61v5m63

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...