Saturday, November 5, 2011

Konspirasi Politik PTD Menguasai Kementerian Pelajaran, JPN, PPD dan Sekolah


Ada lebih kurang 7000 orang pegawai PTD. Mereka adalah pegawai kerajaan paling ego kerana selalu merasakan golongan mereka yang paling cerdik dan berkuasa.

Pentadbiran kerajaan Malaysia yang diwarisi dari British buat PTD menguasai hampir kesemua Kementerian, Jabatan Kerajaan baik Putrajaya mahu pun negeri. PTD claim mereka adalah tulang belakang pentadbiran negara.

Oleh kerana PTD menguasai dan buat dasar serta membantu dan menasihat Menteri maka PTD menonjolkan diri mereka sebagai kasta paling tinggi dengan berbagai keistimewaan lain dari government servant yang lain.

Berikut kata seorang PTD,"PTD adalah golongan bijak pandai..lebih pandai dari cikgu..dan cepat naik pangkat dia orang nii...41 ke 44 ke 48.. kalau cikgu yg sama umur dok kat 41 lagi member PTD ni boleh lenjan ke 48 dah...diarang ni kerja kuat dan tak bising bising.."

Sebenarnya golongan PTD sudah lama sakit hati dengan Guru sebab PTD sudah lama mahu masuk dalam Kementerian Pelajaran, JPN, PPD dan Sekolah secara 'en masses' tapi dihalang oleh guru. Namun PTD telah meyakinkan pemimpin kerajaan dan berjaya meletakkan orang mereka di JPN dan PPD namun mereka masih tidak puas hati.

PTD mahu letak lebih ramai pegawai-pegawai mereka dalam dunia pendidikan. Berikut komen seorang Guru,"persoalannya sekarang ini ialah mengapa PTD (pegawai tamak dengki) sibuk-sibuk hasut Muhyiddin untuk ubah sistem yang ada. Sistem lama dah terbukti melahirkan ramai insan yang berjaya. Mengapa nak ubah. kalau tak kacau guru tak boleh ke?

PTD hasut Menteri Pelajaran ubah sistem adalah kerana dendam mereka sebab tak dapat masuk kerja dalam kalangan warga pendidik.

Setelah tempat di jabatan-jabatan lain sudah penuh dengan PTD yang begitu rakus mengejar pangkat mereka mulalah nak masuk dalam bidang pendidikan nak jadi Pengetua dan Pegawai Pendidikan Daerah dan Negeri. Bayangkanlah betapa banyaknya jawatan yang mereka boleh sapu. Sebab itulah mereka beria-ia sangat nak menembusi bidang pendidikan. Nasib baiklah kesatuan guru sangat kuat dan berjaya menghalang puak yang hanya ada ijazah pertama tapi nak tunjuk hebat dan pandai sangat. Sedangkan guru berlambak-lambak ada Phd dan Master.

Golongan PTD hanya mementingkan golongan mereka saja. Bayangkanlah 3 tahun kerja dah dapat M44, 3 tahun kemudian M48,  3 tahun lagi dapat M52. Sedangkan guru disekat 10 tahun baru dapat DG44. Mana keadilannya? Jangan ingat guru aje menyampah dengan puak penyangak ni, tanya lah doktor, jurutera kerajaan, polis dan lain-lain jabatan, mereka lagilah menyampah. Dengan ijazah kelas 3 mereka kontrol sistem khidmat awam agar hanya memihak kepada golongan mereka saja. Bayangkan kalau mereka berjaya masuk dalam bidang pendidikan dan kepolisian, betapa ramai lah guru dan polis tak dapat naik pangkat nya sapu semua ke deme.

Bila PTD mahu masuk sekolah maka PTD mahu tunjuk kuasa mahu ubah waktu kerja guru ikut General Order kononnya selama lebih 60 tahun guru kerja 6 jam sehari mengajar maka PTD mencadangkan kepada Menteri Pelajaran supaya waktu kerja guru ditambah kepada 9 jam ikut GO.

Kenapa PTD mahu kacau 'comfort zone' guru? Kenapa PTD sakit hati dengan guru? Guru sudah lah tidak ada kuasa dan guru tidak korupsi macam PTD. Sebenarnya PTD lebih korup dari ahli politik. Tidak percaya lihat rumah-rumah dan harta bekas PTD pencen, rakyat boleh menilainya.

Satu lagi penyakit PTD ini dia mahu pangkat dan gelaran. Berapa ramai yang dapat title Dato'ship majoriti dari PTD senior. Ada golongan goverment servant lain dapat? PJK ada la.

Orang politik dapat duit berabis dengan pengikut dan pengundi. Cuba bandingkan PTD yang dapat duit kemut simpan dalam bank. Apa rakyat dapat?

WZWH menyeru 400,000 guru seluruh Malaysia tentang hasrat PTD mahu mempengaruhi Menteri Pelajaran dan Kabinet mahu ubah waktu kerja guru yang selama lebih 60 tahun bekerja waktu bekerja yang sebegitu. Jangan kita kooperasi dengan pilot projek cadangan dengki PTD ini.

Cakap sama Menteri Pelajaran jangan dengar semua cakap PTD, bukan semua betul, semua mahu mengena kepentingan PTD semata-mata. Zaman kegemilangan PTD seperti dulu sudah berlalu.

12 comments:

adrianiamri said...

ai bos....

Tetiba je mengamuk kat PTD apasai....

Walaubagaimanapon, golongan PTD ni memang agak tidak disukai oleh guru atas satu sebab...Iaitu golongan PTD ni lambat laun akan mengambil alih jawatan ketua jabatan,,, Bayangkan ada 10,000 ketua jabatan di KPM ni... Banyak jawatan ni...

Ada kalanya PTD ni bagus, melancarkan pentadbiran yang mana kadangkala guru-guru biasa kurang cekap.. Di sini sepatutnya PTD membantu bukannya take over...

Kalau nak masuk sangat PTD, boleh.... Masukkan sebagai eksekutif pentadbiran dan kewangan.. Biar dia tadbir sekolah dan duit.. Hal Ehwal pengurusan sekolah bagi cikgu2 urus...

Tapi dari ambil PTD, baik lantik seorang guru untuk buat semua tu.. Bagi kursus 6 Bulan seperti PTD, lebih bagus kerana mereka lebih memahami sekolah berbanding orang lain...

Perkasakan Guru Data ..

Unknown said...

Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini, blog WZWH telah dilink diblog hamba..Terima Kasih.
http://klboyzwangsa.blogspot.com

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ok, WZWH dah link KL Boyz, Tq.

Kutukandewata said...

PTD ni sebenarya warisan penjajah.tak sesuai lagi dizaman ini.

lebih baik setiap jabatan itu dipilih orang yang layak untuk berkursus seperti mana kursus yang di ambil oleh ptd sekarang ini.itu lebih adil kepada pegawai yang mahir dalam bidangnya seperti guru,doktor dan polis dan lain-lain.
cukup-cukuplah ptd yang ada ni menjaga kepentingan kelompok sendiri.
bila dah tak cukup tempat untuknya mulalah ganggu orang lain.zaman pegawai bodoh dah berakhir.sekarang ni dah terlalu ramai pegawai kerajaan yang cerdik malah jauh lebih cerdik daripada ptd.setakat lulus ijazah pertama tapi cepat melompat sampai M52,orang lain pun boleh.cuma peluang di sekat.

Anonymous said...

Satu penulisan yang sangat dengkal
dan persangka.Seorang yang mengakat
dirinya sebagai pemikir,tetapi tidak
berfikir secara bijak.Luahan pinanya
boleh dibaca dengan senang oleh semua
pembaca.Banyak sangat fakta yang
salah telah dikeluarkam oleh penulis.

Contoh yang sangat ketara dakwaan
penulis,bahawa gelaran2 yang diterima oleh PTD seolah2nya dicadang oleh PTD sendiri,perlu kita maklum,bahawa segala gelaran,bintang dan pingat hak
mutlak Sultan dan Raja sebuah negeri dan KDYMM YANG DIPERTUAN
AGONG diperingka kebangsaan.Saya harap penulis sila semak Perlambagaan Malaysia dan undang2
tubuh negeri2,anda akan dapat
jawapan yang tepat.

Penulis juga memperagakan PTD adalah warisan sistam penjajah.Ini
adalah benar tidak boleh dinafaikan
sesiapapun.Persoalannya bagimana
dengan prejawatan lain seperti
polis,tentera malah perkhidmatan
perguruaan/pendidikan juga warisan
penjajah.Sebenarnya hampir semua
perjawatan yang kita guna sekarang
adalah warisan atau tngalan penjajah,hata MARA sekalipun pada asalnya RIDA adalah diujudkan pada
zamam penjajah.Sooo apalagi tuan
pemikir mahu dakwa.....

Saya rasa anda sangat alijik dengan PTD, mungkin ada yang
maha teriat sebab itulah tajuk
dimulakan dengan perkatan konspirasi,macam biasa dilaunkan
oleh puak2 Anuar sahaja.Pelik...
bin ajaib pemikir UMNO ini.....


PRU 13 dah hanpir,,,,tk.

Anonymous said...

Mohon maaf...cuma mahu membetulkan fakta...sapa yang ckp PTD klu gred 41 lepas 3 tahun leh naik 44??saya ambil contoh kawan saya sendiri, dh 4 tahun kot Gred41...xde pulak dgr dh naik 44...memangku 44 pun blom, apatah lagi naik 44...saya tidak menyebelahi mana2 skim...sebab pada saya semua skim ada kekuatan dan kelemahan masing2...kita ni hamba Allah...x perlu nak mempertikai kerja masing2 kerana pada saya org yg bekerja dgn ikhlas tidak akan mempersoalkan kerja yg dia buat dgn kerja yang org lain lakukan...Jika betul la PTD nk menganiayai atau dengki kpd skim perguruan, knp basic gaji guru naik banyak dlm SBPA sedangkan basic gaji PTD sendiri turun?bila jd org dewasa, berfikirla secara org dewasa...betullah kat org, manusia ni x pernah nak bersyukur dgn ape yg dia ada...asyik mempersoalkan sahaja...sekadar mengingatkan sesama insan...klu rasa x suka, bolehla delete komen ini..Assalamualaikum...

me said...

saya menyokong anon..saya sendiri telah 4 tahun berkerja dan masih tidak naik m44..kadang2 fakta yg disebar perlu disemak dahulu sebelum dilemparkan ke kertas..

sekadar pendapat =]

triple_h said...

Apa ni, tak payah gaduh2 antara cikgu atau PTD..dedua penjawat awam dgn kepakaran dan tugas masing2..

Biarla PTD nak buat admin, kewangan dah itu mmg kepakaran mereka..cikgu tumpu pada pengurusan perguruan..ko-kurikulum..

Cikgu aku masa sekolah dulu pon ckp, nnt jangan kerja cikgu.. sbb tu aku tak jd cikgu.. aku sgt respek pada cikgu dulu2...tak mcm cikgu skrg.. asik dengki ja.. balik keja kui 6 dah kata susah.. byk lg penjawat awam keja lebih 12 jam..

Ada juga aku jumpa cikgu yg tak kenal KSU Kem. Pelajaran..apa cita?

Losernya kau said...

Inilah masalah org kita. Main ckp je membuta tuli tanpa fakta yang tepat. Suka2 je ckp PTD buat sume jawatan dkt JPN dan KPM. Do your research la Bro. Kat KPM pun ada dua wing, yang bahagian profesioonal yang melibatkan perguruan harta penempatan dan pertukaran tu sume GURU sahaja yg jawat. PTD di KPM hanya uruskan selain daripadamelibatkan PROFESIONALISME perguruan. Jgn ckp PTD Pro kerajaan sbb byk je bekas PTD yg kuar dan join pembangkang.

Rezeki sume masing-masing. Yg bagus naik 44 cepat, yang tak bagus kena work hard sama macam org lain. Malah kalau nak kata psl cepat naik pangkat, skim L untuk pegawai Undang-undang lagi cepat naik kot, kenapa bro tak hentam?

Mungkin dlu bro nak apply PTD pastu fail PAC byk kali sbb xlepas fitness test dan skrg cari point untuk jatuhkan PTD.

Wakeup la bro. PTD skit pun tak terguris.! Sbb tu la KAMU JEALOUS!

Anonymous said...

HMMM.. PENULISAN YANG NAMPAK MACAM KECEWA DAN ADA UNSUR DENGKI.

Anonymous said...

"WZWH menyeru 400,000 guru seluruh Malaysia tentang hasrat PTD mahu mempengaruhi Menteri Pelajaran dan Kabinet mahu ubah waktu kerja guru yang selama lebih 60 tahun bekerja waktu bekerja yang sebegitu. "

mmg patut ubah dahhh.... 60 tahun dah cikgu wehhh.... KALAU CIKGU TAKNAK BERUBAH, MACAMANA NAK DIDIK ANAK BANGSA SUPAYA BERUBAH..
Lahirkanlah anak bangsa yang cemerlang.. tunjukkan hasil.. bila ramai anak murid cemerlang di bawah tunjuk ajar cikgu, kompom cikgu akan diberi perhatian sewajarnya untuk kenaikan pangkat...

Anonymous said...

Walaupun dah 2021..almost 10 tahun dari usia post ni...sy terpanggil untuk komen.

Memang betul PTD dah tak sesuai sekarang, kerana asalnya PTD hanyalah orang yang dipilih yang pandai cakap omputeh untuk menjadi org tgh antara Biritish dan rakyat..

sekarang ni 80% tugas PTD2 adalah menjadi POSMEN idea, atau mesej daripada KP, TKP, TBP, (Pengurusan Tertinggi) kepada Kumpulan pelaksana. Contoh, idea dari Timbalan Pengarah (biasa Jusa C,B A) akan sampai ke M54, M54 akan bagitau kat M48, M48 akan bagitau kat M44 dan kumpulan Pelaksana (Biasanya N,F,U, tak kesahlah mana kemneterian pun)...jadi dari 10 orang dalam ranitaian ni..6 orang sebagai POSMEN..2-3 orang kat bawah je buat keje semua..yang lain tukang arah dan tukang bagi 'idea'(sebenarnya most of them just pandai cakap je..jadi macam seolah2 banyak idea..aku boleh confirm sampai 54 pun belum tentu ada idea2 yang munasahabah..lagila 54 ni golongan2 tua...emm panjang lagi cerita tu..)

Aku tak simplify atau over generalize..tapi mostly macam tu..sebab jawatan PTD ni memang didesign untuk menjadikan penjawatnya macamtu..dan jugak PTD nila jugak yang merekabentuk jawatan mereka sendiri..sebab tu gaji mereka paling tinggi, naik nombor paling cepat, paling banyak elaun, paling sikit kerja, paling gempak nama jawatan, dan tahu tak Klasifikasi Perkhidmatan M ni ada satu je iaitu Skim- Pegawai Tadbir Diplomatik...power tak diorang ni angkat bakul sendiri..power kan..namun aku tak kata semua..kalau aku kata semua maka jadi logical fallacy..tapi kebanyakkannya macamtula..

golongan ptd ni yang akhirnya akan jadi Ketua pengarah mana2 Sektor, Bahagian, Jabatan, Kementerian...dan mostly, bila jadi KP baru kat satu tempat...diorang tak tahu jalan kerja org bawah..sebabtula kita tengok outcome keputusan kerajaan ni hampeh dan disconnected..mmgpun sebab yg atas taktahu menahu pun org bawah keje camne..banyakla contoh korang boleh tengok..kalau korang nak tahu salah satu sebab punca proses kerajaan ni lambat sebab diorang2 nila buat birokrasi proses kerja yang ntah apa2 dan tak efektif yang penting diorang tiap2 tahun buat penambahan kepada rantaian proses kerja perjawatan kerajaan atas sebab KPI..KPI...KPI...bangang kan?

I can assure you, I have many in my pocket contoh betapa corrupt, prode and prejudicenya depa ni..tin kosong lebih..kumpulan pelaksana banyak buat kerja angkat bakul diorang ni..yang akhirnya diorang dapat nama..please someone dari PTD(M) TP, KPP, PP. I would love to hear from you guys..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...