Thursday, November 3, 2011

Muhyiddin Kenapa Dengar Cakap PTD Ganggu Waktu Kerja Guru?


Ini cerita PTD mahu tunjuk kuasa. PTD melalui KemPel mahu pilot projek dijalankan dibeberapa sekolah di seluruh negara kerana mahu guru bekerja 9 jam mengikut 'General Order'( GO).

Selama lebih 60 tahun guru-guru Malaysia bekerja jika:

  • Sesi pagi dari 7.30 am hingga 1.30pm
  • Sesi petang dari 12.45pm  hingga 6.40pm

Pukul rata 6 jam. Bagi sekolah satu sesi biasanya ada guru yang balik antara 2.30pm hingga 4pm bergantung kepada pengetua SMK bagi urusan mesyuarat, koko dsb.

Memang kita nampak 6 jam namun ramai guru bawa balik buku latihan murid-murid ke rumah untuk disemak.

Alasan PTD ramai guru komplen beban kerja bertambah dan mahu samada guru tumpu kepada Pengajaran dan Pembalajaran (PnP) atau menyelesaikan kerja-kerja pengkeranian semasa tambahan 3 jam waktu kerja sehari seperti yang dicadangkan oleh PTD.

WZWH nampak ini menganggu 'comfort zone' guru yang selesa bekerja secara rasmi 6 jam sehari.

Memang kalau ikut GO betul hujah PTD ini namun persoalan yang WZWH mahu lontarkan:

Setelah lebih 60 tahun waktu kerja guru kecuali yang bekerja di PPD, JPN dan Kementerian ikut GO mengapa mahu kacau 'comfort zone' guru?

Sistem bekerja guru selama 60 tahun inilah yang menghasilkan tokoh-tokoh seperti;

  • Tunku Abd Rahman
  • Tun Razak
  • Tun Hussein Onn
  • Tun Mahathir
  • Tun Abdullah
  • DS Najib dan juga TS Muhyiddin serta semua pegawai PTD!
Sistem pendidikan negara yang diamalkan selama 60 tahun ini juga menghasilkan profesional, teknokrat, tenaga mahir dan separuh mahir juga para cendiakawan.

Ada lebih 400,000 orang guru di seluruh Malaysia. Bila dihitung sekali dengan keluarga boleh mencecah lebih 1.2 juta. Ini angka yang signifikan boleh merubah PRU 13 dan seterusnya.

WZWH telah risik-risik ramai guru dan apa yang WZWH boleh kata majoriti guru tidak bersetuju.

Tapi kalau PTD berkuasa, boleh menasihatkan TS Muhyiddin dan meyakinkan DS Najib maka itu adalah keputusan yang boleh WZWH kira menimbulkan risiko besar kepada BN.

Jika majoriti 400,000 guru tidak bersetuju, terima kerana dipaksa, menyimpan dalam hati maka 400,000 guru dan keluarga serta sahabat mereka boleh mengubah kerajaan yang ada pada hari ini beralih kepada kerajaan alternatif yang mahu mendengar pandangan guru.

WZWH berpendapat cadangan dan pilot projek ini boleh buat kerajaan BN terjejas dan tumbang dalam PRU 13 nanti...

WZWH mahu bertanya kepada DS Najib dan TS Muhyiddin mana YAB-YAB mahu dengar? Cakap PTD atau cakap Guru-Guru?

PTD peduli apa jika sekiranya pilot projek yang dirancang boleh menjejaskan kerajaan BN. PTD tidak kisah. Tapi WZWH kisah kerana WZWH tidak mahu kerajaan BN ini tumbang kerana kesilapan yang buat majoriti guru tidak ceria.

WZWH juga ahli politik dan guru faham senario dan kemungkinan yang akan berlaku. WZWH secara tidak lansung bercakap bagi pihak 400,000 orang guru.

Ada perkara-perkara dalam pentadbiran yang PTD tidak tahu atau sengaja buat tidak tahu. Jangan biarkan kita pemimpin diperbodohkan oleh keputusan PTD yang tidak mengambilkira kesan politik.

Muhyiddin kenapa dengar cakap PTD ganggu waktu kerja guru? 

23 comments:

Jerayawara said...

padanlah dengan gaji yang diterima...tu....

Anonymous said...

aku seorang guru..nama je 6 jam..kao ingat gaji banyak ngat ke..ari2 balik kul 230 atou 3..pastu ada sukan kul 430 hingga kul 615..ape cite..tak bising pun..ptd amat tidak disukai oleh para guru.

Kutukandewata said...

Boleh keje ikut GO,tapi keje ko=kurikulum waktu petang malah ada sampai malam tu kena kira overtime lah.kerajaan nak berkira sangat,kita pun berkira juga lah.orang berbudi kita berbahasa.

Anonymous said...

salam,
dah lama tak komen..PTD memang golongan yg tak ada cita-cita atau gagal capai cita2..ada ka budak sekolah tulis cita2 nak jadi PTD? sebab tu dari dulu saya yakin PTD golongan paling bodoh dlm SPA sebab cuba tunjuk pandai walau pun tak pandai.

_abu

Anonymous said...

d.o, penghulu, tok4 semua keja 24 jam..tak bising pun

Anonymous said...

1. Cikgu yg bawak balik buku kat rumah untuk di periksa tu adalah jenis yg tak pandai menguruskan masa.

2. Kakak aku cikgu..aku tanya dia kenapa tak bawak balik buku kat rumah..dia kata macam yg aku tulis kat atas laa...

3.Cikgu sekarang dah naik lemak dah..sebab yg tak dapat kerja baru laa mintak jadi cikgu. Jadi golongan yg gagal jadi PTD pun raomai jadi cikgu..berdendam laa dgn PTD.

4. Masa 6 jam tu bukan mengajar sepenuh masa pun ..bukan kerja kilang tak henti henti...2-3 subjet je satu hari... kalau pemalas tu kerja senang adalah kerja dgn kerajaan laa..

5. WZ tak payah mengampu cikgu laa.. undi BN bukan bergantung sangat pada cikgu pun ...makcik dan pakcik felda akan tetap sokong BN punya...

Anonymous said...

Nak kerja senang ..jadi laa tuan penasihat ADUN ka.. MP ke..Menteri ke.. tak payah jadi cikgu laa.. kata berkorban untuk bangsa da negara..porah..org lain kerja lagi teruk..bonus pun tak de.. korang plak yg bising..

Anonymous said...

PTD adalah golongan bijak pandai..lebih pandai dari cikgu..dan cepat naik pangkat dia orang nii...41 ke 44 ke 48.. kalau cikgu yg sama umur dok kat 41 lagi member PTD ni boleh lenjan ke 48 dah...diarang ni kerja kuat dan tak bising bising..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH cakap sama bapak Menteri nak menang ke nak kalah? WZWH bagi pandangan akar umbi guru..

Sekarang politik sudah lain bukan kaum lain, NGO-NGO dan parti2 politik pandai demand saja pandai demand. Guru2 pun boleh demand!

WZWH bagi pandangan logik Najib atau Muhyiddin mahu kalah atau mahu menang PRU 13?

Kalau nak menang ikut cakap WZWH!

Anonymous said...

WZ bagi pandangan berdasarkan akar umbi di Jerantut je... don't worry la kat area Jerantut tu banyak kawasan felda, DS Najib & TS Muhyiddin tahu tu..cikgu bukan penentu undi sekarang ni.. 30 tahun dulu ya laa... sekarang yg memberi undi mantap kepada UMNO BN adalah makcik dan pakcik Felda.

Anonymous said...

Buat apa nak dengar WZ .. WZ bukan penasihat mentiri pong... politik WZ adalah sekitar kampung Jerantut jee..kita perlukan strategi 1Malaysia.. Jerantut ada apa? Berapa bijik sekolah? IPT? Berapa kerat ke cikgu kat Jerantut pun..tu pun ramai yg tunggu mintak transfer..yg tinggal adalah yg asal dari Jerantut jee..

Anonymous said...

Biar menag atau kalah pun. Jika ikhlas untuk mendidik anak bangsa, hujan panas sanggup diredahi. Lihat betapa orang kampung mengharapkan bantuan kerajaan, tidak pernah merungut, lihat jauh sedikit polis dan beberapa penguatkuasaan yang berkerja bertungkus lumus berhujankan peluru dan bermandikan darah, demi sesuap nasi dan keutamaan keselamatan negara dengan upah tak seberapa berbanding mereka berkerja mengharapkan bantuan politik semua hendakkan kemudahan dari kerajaan. Jangan buat rumah didepan sekolah jika tak mahu jadi pendidik.

P5Banir...

Anonymous said...

Apa korang tak nampak apa WZWH kira-kira: 400,000 guru campur keluarga = 1.2 juta pengundi ini boleh meruntuhkan kerajaan BN! Jangan main dengan angka yang banyak ni Anon-Anon semua.

Anonymous said...

Saya kesia dengan guru2 ni,bila bajit baru2 ini amat banyak yang
dicurahkan kapada kaum pendidik,tapi
kebanyakan mereka tidakpun cuba
memikirkan bagi mana susahnya
kerajaan mencari duit.Semuanya
senyum lebar malah timbul pulak
rasa banga kerana menjadi pendidik.

Sikap pendidik sekarang sangat memalukan[BUKAN SEMUA],malah ada antara
mereka tidak layak menjadi guru dengan
perangai yang tidak melambangkan
seorang pendidik.Mereka menjadi guru/
pendidik kerana tiada pilihan,bukan kerana minat.Saya masih ingat semasa
PR 12 dulu mereka telah mengugut kerajaan disebakan tak dapat bonos satu
bulan gaji,itu saya dengar sendiri,.

Cuba perhati dengan iklish dan jujur,bagaimana pegawai2 lain berkerjaq,barulah dapat pertimbangan
yang adil.Mereka terlalu mengukit2 dan
sangat berjasa kapada negara.Perlu kita
akui setiap penjawat awam sangat2 bejasa
kapada negara.Takpayahlah kita penjawat
awam memperjungkan nasib kelompok kita
sahaja.Sepatutnya kita hendaklah berfikir
dan bertindak mengikut kepentingan awam,barulah sesuai sebagai seorang yang
berpelajaran dan berpendidikan.


Perhatikan betapa bertuahnya guru malaysia.
Garauanpun sekarang mengajar sekolah rendak
dan kerjaan telah membenarkan guru2 kumpulan
[a]berpolitik walaupun amat bercangah dg
GO,,,,. Istimewa bukan ,adakah ini dikecapi
oleh pegawai2 lain yang setaraf dengan
mereka.Cuba perhati berapa rami guru yang
mejawat jawatan parti disemua bagian UMNO,
lepas itu mereka akan melalak,merekalah
pejung parti dan segala adalah mereka ,,,
mereka,,,,,mereka,,,,,,,.

GURU2 DAN ANUAR WAJIB BERTUBAT,,,,,TK

Anonymous said...

Ini laa bahananya bila cikgu pro PAS di campak ke hutan... mereka buka markas pas di kawasan hutan ni.. dulu orang kat hutan semua sokong BN sekarang ni ..tak tahu laa... Orang kat bandar dah lama campak BN dalam longkang dah... lepas ni WZ kena nasihat Muhyidin utk campak cikgu yg pro Pas ke bandar dan cikgu yg pro BN masuk dalam hutan balik...

berguru kepalang ajar said...

Betul tu wzwh.Anon2 di atas tu tak faham isi posting ko.sebab itu dia orang merapu-rapu menghina golongan cikgu.lupa pulak aku, dia orang sekolah dulu belajar dengan bapak beruk sebab tu perangai macam buruk.

persoalannya sekarang ini ialah mengapa PTD(pegawai tamak dengki)sibuk-sibuk hasut muhyidin untuk ubah sistem yang ada.Sistem lama dah terbukti melahirkan ramai insan yang berjaya.mengapa nak ubah.kalau tak kacau guru tak bolehke?sistem lama ini lah juga yang memboleh kan anon2 yang mengutuk dan menghina guru seperti anon2 diatas jadi pandai.sampai pandai guna komputer dan hina orang.

PTD hasut menteri pelajaran ubah sistem adalah kerana dendam mereka sebab tak dapat masuk kerja dalam kalangan warga pendidik.

setelah tempat di jabatan2lain sudah penuh dengan PTD yang begitu rakus mengejar pangkat mereka mulalah nak masuk dalam bidang pendidikan nak jadi pengetua dan pegawai pendidikan daerah dan negeri.Bayangkanlah betapa banyaknya jawatan yang mereka boleh sapu.sebab itulah mereka beria-ia sangat nak menembusi bidang pendidikan.Nasib baiklah kesatuan guru sangat kuat dan berjaya menghalang puak yang hanya ada ijazah pertama tapi nak tunjuk hebat dan pandai sangat.sedangkan guru berlambak-lambak ada phd dan master.

Golongan PTD hanya memntingkan golongan mereka saja.Bayangkanlah 3 tahun kerja dah dapat M44,3 tahun kemudian M48,3 tahun lagi dapat M52.sedangkan guru disekat 10 tahun baru dapat dg44.Mana keadilannya?Jangan ingat guru aje menyampah dengan puak penyangak ni,tanya lah doktor,jurutera kerajaan,polis dan lain-lain jabatan,mereka lagilah menyampah.Dengan ijazah kelas 3 mereka kontrol sistem khidmat awam agar hanya memihak kepada golongan mereka saja.Bayangkan kalau mereka berjaya masuk dalam bidang pendidikan dan kepolisian,betapa ramai lah guru dan polis tak dapat naik pangkat nya sapu semua ke deme.

itulah isu utama yang disentuh wzwh bukan seperti yang diungkit2 anan2 di atas.Mungkin mereka anon2 di atas tidak dihalalkan ilmunya oleh guru2 mereka dulu yang menyebabkan mereka jadi mulut lancang bangat.

Kutukandewata said...

anon 12.21,
jangan konfiden sangat,pru 12 undi popular BN hanyalah 1 juta lebih aje.itu pun termasuklah yang di bantu oleh guru-guru yang masih setia pada BN.

Kalau najib dan muhyidin bersikap dan beranggapan seperti awok habislah barisan nasional.daripada 1.2juta yang di sebut wzwh,kalau lari 500 000 pun BN dah goyang.Parlimen pun boleh tergantung sementara waktu seperti berlaku di britain.Jangan lah angkuh sangat.wzwh hanya mengingat sahaja.jangan rasa selesa sangat bro.!!!

Anonymous said...

Raminya pendidik melalak disini,macam hampir tak seuanan dg
hijah2 gila.Babi gila pun tak berhujah macam itu,itulah guru sekarang.

Buat apa marah sangat kapada PTD,
PTD tak ramipun dalam Malaysia , tak sampaipun tujuh ribu termasuk yang
bekhdimat diluar negara.

Dipejabat Daerh dan Tanah 8 orang saja ,jaga satu daerah.Biasalah kami
kena maki dan caci,tapi kami buat tak
kisah ataupun tak ambil hati.Sebab
kami dilatih cool walaupun berkerja
tak cukup tangan.Kalau kat MITI dan
Kementerian KEWANGAN Allah yang
tahu betapa azabnya kami........

Cubalah gunakan akal yang Allah beri,
baru boleh dijadikan contohteladan
kapada orang rami'''''''

TERIMA KASIH CIK GUUUUUU
SELAMAT BERFIKIR....FIKIR BAIK2 YA,

Anonymous said...

guru kerja dengan ikhlas.
guru nak undi siapa, jangan di persoal. kitakan demokrasi. gurukan antara orang terpelajar. tak salah pun guru pangkah pembangkang asalkan kerja sebagai guru dilaksana dengan IKHLAS.

Anonymous said...

KALAU DASAR PEMBANGKANG LEBIH HEBAT DARI DASAR KERAJAAN, TAK SALAH KITA RAKYAT MALAYSIA MENGUNDI PEMBANGKANG. DAN TAK SALAHPUN MENGUNDI KERAJAAN KALAU DASAR KERAJAAN BETUL DAN TEPAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

dobit127 said...

seronok membaca pandangan=pandangan terutamanya anon-anon yang tidak dikenali...

Baca pula berkenaan bab-bab cikgu-cikgi... laig kawan suka....Teruskan komentar anda....Jangan malu-malu...

Kawan tak nak komen.. kawan hanya nak membaca dulu....

Anonymous said...

anon semua,cuba perhatikan siapa
pemilik blog ini,dia seorang guru,
tujuan dia bukan hendak membila
masyarakat guru.dia cuma hendak
menarik perhatian sahaja.

majlis guru besar negeri dan peringkat kebangsaan takkan tidor
atau terlalu dungu dalam pekara ini.
mungkin ada cara mereka mengatasi
perkara yang tidak sesuai akan
dikemukakan kapada bapak menteri
untuk dikaji dan semak semula,lagipun belum dilaksanakan.
harap para guru bertenang,jangan
bersikap macam murid tadika ya....
malu tau perangai macam budak
hingusan....


saya kerani sekolah saja.hari2
jumpa guru.memang guru sekarang
tidak macam guru saya dahulu.terutama yang ada ijazah
mengajar sekolah rendah.mereka
pun berlagak sakan,tapi hasilnya
tak seberapa.rugi kerjaan bayar
gaji saja....maaf ya cik gu,,.

SRP SAJA. TK

spirit of pasir tambang said...

nampak sangat boboknya,mana ada kerani lulus srp aje.koma-koman spm.nak menyamar biar cerdik.malu ke nak mengaku tukang kebun.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...