Monday, November 14, 2011

Kenapa Wakil Rakyat UMNO/BN Pahang Tidak Nampak Intelek Dan Suka Buat Kerja Remeh Temeh?


Ini posting cerita wakil rakyat UMNO/BN negeri WZWH sendiri untuk dikongsi dengan negeri-negeri lain. Supaya dapat mengetahui apa rahsia Pahang ini kekal UMNO/BN memerintah lama.

Wakil rakyat UMNO/BN Pahang ini penampilannya tidak nampak intelek. Kalau kita suruh wakil rakyat UMNO/BN Pahang bercakap dalam sesuatu isu tidak lama mereka boleh bercakap. Mereka sebenarnya tidak bercakap mengenai isu terutama isu Kuala Lumpur.

Kalau dibuat pentas debat antara wakil rakyat UMNO/BN dengan wakil rakyat PR sudah tentu wakil rakyat BN kalah dan ramai yang tidak sanggup berdiri di pentas.

Wakil rakyat UMNO/BN Pahang sudah dilatih untuk tidak bersuara. Wakil rakyat UMNO/BN dilatih untuk mendiamkan diri. Kalau anda mahu pendapat mendengar pandangan wakil rakyat UMNO/BN Pahang dalam apa-apa isu nasional mahu pun negeri, jangan harap anda boleh mendapat penerangan sebab mereka tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu.

Dari segi isu, UMNO/BN sudah kalah. Isu apa? Felda? UMNO Kalah! Isu korupsi? UMNO kalah! Isu Orang Asal? UMNO kalah! Isu ekonomi? UMNO kalah! Isu agama? UMNO kalah! Isu liwat DSAI? UMNO kalah! Isu Negara? UMNO kalah! Isu Negeri? UMNO kalah.

Jika pertandingan didalam Pilihanraya Umum di Malaysia ini ditentukan oleh Isu, maka tidak ada sebab PR tidak boleh menang! Demikianlah persepsi ramai pemikir politik PR Pahang.

Bila banyak isu UMNO/BN kalah...yang terkini isu Lynas pun kalah kenapa susah PR mahu tawan Pahang?

Kenapa wakil rakyat UMNO/BN Pahang suka buat kerja-kerja yang boleh menarik pengaruh adalah kerja yang kadang-kadang dianggap remeh temeh seperti kerja-kerja yang dilakukan didalam majlis kenduri kahwin dan juga semasa menyempurnakan jenazah. Kerja-kerja gotong royong, kerja-kerja kemasyarakatan, kerja-kerja di kubur, kerja-kerja di sekolah, kerja-kerja di masjid dan kerja-kerja yang dianggap tidak penting ini kadang-kadang membawa kesan yang lebih baik.

Wakil rakyat UMNO/BN Pahang pantang kalau ada mendengar berita kesusahan atau kemalangan orang dalam DUNnya seperti rumah terbakar, banjir, masalah ibu tunggal, anak yatim, anak orang susah mahu belajar masuk sekolah dan universiti, orang sakit dll itu yang wakil rakyat UMNO/BN cepat bertindak.

Wakil rakyat UMNO/BN Pahang mengambil berat apa-apa isu yang menyentuh DUNnya. Walaupun wakil rakyat UMNO/BN Pahang tidak nampak intelek dan suka buat kerja-kerja yang nampak remeh temeh tapi itu rakyat Pahang suka.

Rakyat Pahang tidak mahu memilih bakal wakil rakyat-wakil rakyat yang pandai bercakap mengenai isu-isu nasional, nampak intelek pandai ceramah cakap berapi-api kerana dibimbangi wakil-wakil rakyat yang intelek dan cerdik ini nanti bila dipilih akan menipu mereka orang  kampung.

Orang kampung Pahang lebih suka memilih wakil-wakil rakyat UMNO/BN yang nampak tidak intelek tapi senang ditipu dari wakil-wakil rakyat PR yang intelek dan akan kuat menipu orang kampung!

Bila tiba pilihanraya orang Pahang akan memilih wakil-wakil rakyat yang tidak nampak intelek dan suka buat kerja remeh temeh ini...dari bakal-bakal calon yang berceramah cakap berdegar-degar, apa semua kerajaan buat tidak betul, kerajaan ini syaitan hanya mereka malaikat, mereka lah kononnya penyelamat umat dan masyarakat.

Punya cerdiknya mereka bakal-bakal wakil rakyat PR, mereka menghina dan mencerca serta memperlekeh PM Malaysia yang berasal dari Pulau Keladi Pekan. 1.5 juta rakyat Pahang tahu kalau tolak PM ini mereka tidak akan berjumpa lagi PM dari Pahang mungkin terpaksa menunggu 100 atau 200 ratus tahun lagi!

Adakah rakyat Pahang begitu dungu untuk buang orang sendiri yang paling berkuasa di persada politik Malaysia kini? Simple logik. Jawapannya terserah kepada 1.5 juta penduduk Pahang. 

WZWH kira sudah memberi jawapan kenapa wakil rakyat UMNO/BN Pahang tidak nampak intelek dan suka buat kerja remeh temeh. Ada yang tidak berpuas hati dengan posting WZWH ini? WZWH pun orang kampung pun tidak nampak intelek! WZWH hanya tipikal budak kampung Pahang.

13 comments:

PemikirpolitikJerantut said...

HIHI

Anonymous said...

TERIMA KASIH wzwh.....anda telah membuka minda kita.....persoalan yang dilontarkan oleh wzwh mengenai isu wakil rakyat nampaknya telah dijawab oleh wzwh sendiri.

wakil rakyat BN/UMNO tak byk cakap sebeb mereka telah diarahkan kunci mulut.
kedua...mereka sibuk untuk mengaut kekayaan dalam senyap2..kalau bising nanti org tau.

Anonymous said...

Laa baru kawe tahu... tak nampak interlek tak per janji projek jalan.Mashuk...

Anonymous said...

YB BN dia rela berabis duit gaji kalau dengan rakyatnya .... YB PAS mane ada duit nak bagi kat rakyat ... YB PAS duit dia kena potong 30% masuk akaun PAS Kawasan .... 30% lagi masuk akaun Pusat Khidmat masyrakat .... tinggal 40% jer untuk dia dari duit elaun ADUN tu ... YB BN 100% duit elaun ADUN dia sedekah kat rakyat ... tak cukup dia lagi dia korek dengan tokey cina bagi kat rakyat ... tak cukup lagi dia jual balak .... tak cukup lagi dia korek bijih .... tak cukup agi dia mintak projek jalan ada untung dia bagi kat rakyat ... tak cukup lagi dia mungkain akan jual kereta dia yang 5 biji tu .....semua tu untuk tolong rakyat ...

Anonymous said...

laaa bru tahuuuu keeeee. lame dah bodohnya, itulah kita nak pembangkang do pahangg nieee. biar org umno/bn cari org cerdikkkk. jangan org ulu dahhhhh

Anonymous said...

pemuda, puteri umno baangunnnn laaaa. cari org bijak sana bijak sini bukan kontrak sana kontrak siniiii. SU Umno jtut tgk lalaaaaaa

spirit of pasir tambang said...

nak kena pelempang anon ni hina orang ulu.bedebah kau ngan mak kau kerana melahirkan orang macam kau.

Anonymous said...

Orang bijakpandai menghasikan kerja dengan bermutu melalaui pemikiran yamg
tajam ,bukan melalui pidato yang
dipentas,disuru dan dimajlis pungut
wang seperti yang dibuat oleh PAS ,PIA,PUS.

Cuba anda perhatikan bagaimana Tun
Abd Razak berfikir dan berkerja sehingga negara kita ada seperti sekarang.Bandinkan dgn Dato' Asri dan Nike Ajis apa yang mereka buat
dan lakukan kapada negeri mereka perentah.Mereka pandai debat dan
bersarah.Kalau betul apa yang
dicakap dan buat apa yang dikata,
syurga dunia telah lahir disana,,,,,cakap,,,cakap,,,,tak
pandai buat apa yang dia cakap,itulah munafik namanya,,,,

Pemimpin UMNO/BN cakap apa yang mampu dibuat,orang ramai kebanyakanya menilai perlaksanaan,,,,,bukan cakap sedap tapi elek.... pelaksanaan,


MINTA JAUHKAN DRP MUNAFIK ,tk

Anonymous said...

kamu ni anon 12:44..nak kata banggang...salah pulak...sebab banggang tu tak cukup dengan ketololan anda tu...
Ada ke nak bezakan nik aziz tu dgn Abd razak?....
nik aziz tu cuma menteri besar....
Datok Asri tu pulak apa sgtla jawatan dia?...
Abd razak tu PM....

Tapi satu la nak aku bagi tau kamu...
kalau isteri dan anak kamu tak bertudung kepala/menutup aurat di Kota bharu..aku rasa kau akan rasa mcm janggal dan malu.....
tapi kalau di kuantan.....kau tak akan rasa mcm tu....tak caya la try...
lagi satu...jgn sesuka hati menuduh org munafik..... kalau ilmu agama kamu tu sekadar setakat hujung jari je.... Allah maha mengetahui dan azab Allah amat besar...

Anonymous said...

Tuan anon 1;18 PM.

Terima kasih atas nesihat anta,ana rasa anta dulu tadika PASTI ,dan anta belajar pulak diskolah wali selipar,sebab itulah hijah anata makan diri.Cuba anta perhati balik hujah anata,[sekiranya anak /isteri ana keKELANTAN tidak menutup urat ana akan malu].Orang Islam beral salleh bukan kerana segan dan malu kapada nakhluk tetapi kapada Allah semata2,seperti apa yang kita janjikan setip kali sembahyan,iaitu selepas takbirratul ikharam,yang dinamakan do'a iftitah ,ada faham,,,, tuan yang alim ,,,,

Kalau anda betul2 alim dan mempunyi
fahaman yang tingi dan betul2 menghayati ajaran Islam ,tentu tuan beramal kerana Allah semata mata,jika lain dari itu maka munafi lah,lebeh jauh lagi boleh pergi sampai syirik ,mohon dijauhi Allah hendakya.

Allah maha mengtahui dan azab Allah amat besar,itu kita tidak boleh nafikan,seba itulah jangan berpura pura dengan ibadat ,samaada perdu ain mahupun fardu kipayah ada faham tuan yang alim,,,,,.Ana rasa anta... alim kucing sahaja ,bila di Rantau Panjang berserban,jemerang keGolok
dah lain cerita...hah,,,heh,,,heh.


TUAN GURU MUSANG BERJANGUT...TK

Anonymous said...

Anon 3:28..

bahasa apa yg kau tulis ni?....
ejaan lintang pukang...dan apa yg dimerapu akupun tak faham la...

belajar mengeja la dulu dengan cikgu WZWH...

Anonymous said...

Tuan anon 9;58,

Kesian budak PASTI,tak faham... atau
tak mampu memahami kerana terlalu pandai atau alim... maaflah aku tak
sekolah,aku cuma buruh kasar saja.

Aku perfikir dengan akal yang Allah kurniakan kapada semua orang.
Aku tutup kepala tapi tida tutup otak atau pun akal,sebab islam suruh buka minda iaitu akal ,bukan macam pengikut PAS,PIS,PUSSS, diajar mengikut sahaja ,walak kapada pemimpin tampa soal[Samikna Waata'na],ciri2
kepimpinan si'eah ada faham ,,tuan
alim,,,

Memang tuan alim tak fahampu,
sebab tuan alim sembahyang semasa
tahyat ,semua jari tunjuk kedepan,
lantaran itulan tuan yang alim
tak nampak ketololan diri,,,,,

hah,,,,hah,,,hah takberrrrrr....

TUAN GURU MUSANG BERJANGGUT..TK

Anonymous said...

Mane tak yer...ketika pemilihan parti pun main duit!, bnyk la yb beduit drpd yb yg bijak khususnye dlm UMNO skrg...Dlm demokrasi sebenar, wakil rakyat bertindok sbgai penggubal dasar,Kenelah bnyk mmbaca, nak bg dasar yg terbaik utk rakyat...tp Malaysia punye trend, ahli UMNO nak yb nak cari kekayaan...bak kate2 pengomen di atas JANJI MASYUK....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...