Monday, November 7, 2011

'Orang Ikut' Ahli Parlimen Jerantut Maki Budak Kerana Langgar Bontot Kereta Mewahnya


Ini kisah tauladan WZWH nak cerita etika kalau kita jadi orang kuat seseorang MP atau ADUN.

MP Jerantut ialah YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Satu Malaysia kenal kerana Ku Lan adik Tuanku Sultan Pahang dan pernah satu masa menantu Yang Tuan Negeri Sembilan @ Agung.

Ahli parlimen WZWH ini anak raja yang humble dan sangat baik budi pekerti. Maka orang Jerantut pun ingat orang-orang yang selalu ikut Ku Lan bila balik ke Jerantut dari Kuala Lumpur juga berperangai demikian.

Orang ini bukan orang kuat Ku Lan sebab kalau orang kuat dia mesti berjawatan dalam UMNO samada peringkat Bahagian mahu pun cawangan. Orang ini bukan orang Jerantut dia orang Kuala Lumpur mungkin berasal dari Pekan.

Orang ini dipanggil sebagai 'orang ikut' kerana sering mengikuti Ku Lan balik ke Jerantut atas urusan parti dan parlimen.

Satu hari semasa 'orang ikut' ini mengikut Ku Lan menghadiri satu majlis politik di Jerantut. Berlakulah kemalangan kecil ketika 'orang ikut' ini mahu membelok keretanya ke satu simpang. Mungkin kerana 'orang ikut' ini lambat bagi signal maka bontot kereta mewahnya dilanggar oleh sebuah motosikal.

Kemiklah bontot kereta mewah 'orang ikut' ini. Motosikal itu kepunyaan seorang budak muda anak sedara kepada seorang Ketua Cawangan UMNO di Ulu Tembeling. Budak muda itu terpelanting ke tepi jalan dan luka. Motosikalnya rosak teruk juga.

Sepatutnya 'orang ikut' ini bawa budak itu ke hospital Jerantut tetapi apa yang berlaku 'orang ikut' itu memaki dan memarahi budak muda itu," kalau kat KL aku sudah tampar budak ni".

Ketika kemalangan itu ramailah orang Jerantut berkerumun termasuk orang UMNO dan orang Jerantut. Kebetulan pula Ketua Cawangan UMNO Ulu Tembeling ada bersama melihat anak saudaranya yang luka. Ketua Cawangan Ulu Tembeling itu kata,"ini Jerantut bukan KL, tak payah tamparlah."

'Orang ikut' jawab,"kereta aku ini kereta mahal dan mewah". 

Kebetulan pula budak muda itu lesennya  mati tidak diperbaharui dan motosikalnya juga tiada 'road tax'. Maka 'orang ikut' mahu buat report polis. Orang UMNO Jerantut nasihat kepada 'orang ikut' itu janganlah buat report polis.

Tapi akhirnya 'orang ikut' buat juga report polis. Maka bapa budak muda itu bimbang kerana anaknya tiada lesen hidup dan 'road tax'.

Di kedai kopi Jerantut ramai orang bercerita," itulah perangai orang UMNO...sepatutnya tolong budak muda itu bawa ke hospital atau klinik bukan memarahi dan memaki budak muda itu".

WZWH dengar bapa budak muda itu mahu mengadap Ku Lan mahu berceritakan hal. Biasalah orang Ulu Tembeling dengan anak raja perangai mereka bila ada kesulitan mereka jumpa raja.

Kisah teladan dan etika WZWH nak sampaikan jika kita orang kuat MP atau ADUN jika terjadi kes yang demikian jangan kita cepat melenting, marah-marah dan maki-maki. Kita kena cool. Segala kerosakan dan kerugian kita senyum saja tanggung sendiri.

Sekarang orang Jerantut satu taman perumahan dengan budak muda itu bercerita...di kedai kopi bercerita...kepada WZWH juga orang bercerita. Bapa budak muda itu pun bercerita kes itu kepada WZWH lebih-lebih lagi bapa budak muda itu orang Ulu Tembeling.

WZWH harap 'orang ikut' itu tahu dan faham etika jadi orang kuat Ku Lan. 

3 comments:

Jawa Rangers said...

Orang yang seperti inilah yang merosakkan UMNO. Kalau koi ade situh ..... koi kabo derek je ...... ini bukan KL .... aok tak diperlukan di sini. Balik je lah ke KL tuh. Lagi pun aok tak de sangkut paut pon ngan jerantut .....

Anonymous said...

kalau nak ikut buatlah cara nak ikut...

Average Joe said...

Salam,

Perangai orang2 kuat atau orang2 ikut inilah yg banyak "membantu" menjatuhkan UMNO selain sikap dan tingkahlaku pemimpin2 itu sendiri. Bukan di Jerantut atau di Pahang sahaja, malah di mana-mana pun.

Paling meluat aku tengok bila orang kuat/orang ikut ni lagaknya mengalahkan YB sendiri. Isu/urusan yang boleh settle kalau berurusan direct dengan YB, sebaliknya jadi tertangguh dan "diperam dalam laci" kalau kena melalui org kuat/org ikut ni. Apa saja perangai org kuat/org ikut ni samada baik atau buruk, YB juga yang dapat nama. Jangan nanti kerana sakit hati dengan perangai org kuat/org ikut ini pengundi melepaskan geram di kertas undi pula. Nak menang pilihanraya bukan faktor calon sahaja, faktor org kuat/org ikut kepada calon tersebut perlu juga diambil kira. Ahli2 Yang Berhormat, pantaulah orang kuat/orang ikut anda!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...