Tuesday, November 1, 2011

Program Sukaneka Kg Labu/Jong Berlabuh DUN Tahan



















YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan merasmi menutup Program Sukaneka KEMAS Jerantut bersama penduduk Kg Labu dan Kg Jong Berlabuh. Dari kiri En. Hamdan Tok Empat Kg Labu, En. Zul Penghulu Tembeling Tengah, sebelah kanan ADUN Tahan ialah En. Razak Pegawai Kemas Daerah Jerantut.

Selepas hilir ke Kuala Tahan pada 31 Oktober dari Ulu Tembeling, WZWH bergegas ke Kg Labu, Tembeling Tengah. WZWH adalah ahli UMNO cawangan Kg Labu.

Kg Labu ialah kampung Diraja Lembah Tembeling. Pemerintah Tembeling menjadikan Kg Labu sebagai pusat pentadbiran. Wan Husain (Marhum Kg Labu) ialah cicit Tun Da Ibni  Bendahara Tun Abdul Majid Raja Bendahara Pahang. WZWH ialah generasi ke 6 Wan Husain.

Seperti dijelaskan oleh W. Linehan dalam bukunya A History Of Pahang,"The Bendaharas naturally did not encourage territorial ambitions amongst their relatives, do not giving lands to potential rivals. There was however one part of Pahang where men of the Bendahara's stock held sway. The valley of the Tembeling was controlled by the Wans descendents of Bendahara Tun Abdul Majid whose son Tun Da migrated to that valley. To keep watch on their doings the Bendahara stationed in the Tembeling a Penghulu Raja who was under the direct orders of his master. The water shed of the Tembeling has been held at least from the beginning of the 17th century by the relatives of the rulers".

Seterusnya W. Linehan memperinci lagi,"The third meeting of the State Council was held on 11th December 1890 when Hugh Clifford was acting as Resident. The Resident raised the question of an allowance to Wan Husain of the Tembeling, and explained that in Tembeling were two chiefs, the Penghulu Raja and Wan Husain, the former being the head man of the district, and the later holding an authority from the Sultan to rule over the Wan class and any others who might care to folow. The Penghulu Raja had an annual grant of $20. It was decided to give Wan Husain a similar amount".

Oleh kerana Wan Husain ada 8 isteri kesemuanya ( 4 dalam satu masa)...maka semua tanah di Kg Labu dam Kg Jong Berlabuh diberi kepada isteri-isterinya. Wan Husain hanya ada seorang anak lelaki bernama Wan Mahmud. Maka keturunan keluarga yang ada di Kg Labu dan Kg Jong Berlabuh sekarang ini majoritinya dari keluarga isteri-isteri Wan Husain.

Wan Husain dimakam di dalam tanahnya sendiri di Kg Labu. Inggeris tidak suka Wan Husain kerana beliau telah membiayai kempen perjuangan pahlawan Mat Kilau secara diam-diam. Akibatnya Wan Husain telah ditamatkan elaun dan pencen kerabatnya dan statusnya dilucutkan atas nasihat British. Demikian sejarah ringkas sejarah Kg labu.

Program Sukaneka Kg Labu/Jong Berlabuh anjuran bersama dengan KEMAS Jerantut. Berbagai acara diadakan. Program ini menambah hubungan erat antara penduduk.





























4 comments:

Anonymous said...

Seronok betul dok Jerantut ni..banyak betul program... Jom Heboh bila nak datang Jerantut?

Anonymous said...

Dun tahan ngan dun pulau tawar aje banyak program.Dun damak hampeh.harap ke ajk bahagian jerantut je banyak.handal dalam perhimpunan umno aje.dengan pengundi tak popular langsung terutama sekali hj rosdi.wa tak respek lu.

haji rusdi said...

lu tak respek pun bro, kawas Dato juga, kawas ahli majlis daerah sampai mati juga, kawas kaya raya juga banding dengan u yang dunggu tu, apa masaalah dengan lu, lu atak pandai, tengok kawas, derjah enam jer, tapi? ekekekek, dengki lah puluok

wan clayrru said...

kau tak payah menyamarlah.ayat kau tu ayat bahasa terbalik.ayat hj rusdi tak macam tu,lebih berhemah dari kau.ayat bodohlah tu.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...