Sunday, November 13, 2011

400,000 Guru Akan Kerja 9 Jam Sehari Jika Undi BN, Tak Sempat Muhyiddin Nak Jadi PM!

Dasar tidak popular BN dalam isu perubahan waktu kerja guru akan buat 400,000 guru dan keluarga akan buat keputusan yang bakal merugikan BN dalam PRU 13 nanti.

DS Najib kerja kuat nak bagi BN menang PRU 13. Kalau tak dapat 2/3 pun cuma mengekalkan simple majoriti itu pun dikira bernasib baik.

Malangnya ada Menteri buat tahi satu demi satu...menimbulkan banyak isu, polemik dan menambah persepsi negatif rakyat terhadap Menteri. Menteri beri jawapan bodoh.

Menteri Pemandu pastikan skrip ETP suruh DS Najib baca umum kepada rakyat itu betul-betul boleh dilaksana kerana ada projek ETP itu selepas hebahan tiada apa-apa response contoh Bandar Herba Berbilion-bilion Kg Pasir Raja Terengganu.

TPM Muhyiddin Yassin pula buat dasar tidak popular walaupun diperingkat percubaan pada 6 bulan pertama tahun depan guru bekerja 9 jam sehari di sekolah-sekolah terpilih yang menggangu mental dan emosi 400,000 guru gundah gulana. 

Ini bahaya kerana bila katakan DS Najib mahu PRU 13 diadakan bulan Mac atau April, percubaan dasar itu sedang berjalan, maka 400,000 guru dibimbangi akan melepaskan tekanan perasaan tidak akan mengundi BN dan amat malang 400,000 guru ini akan mempengaruhi keluarga dan sahabat. Besar multiplier effectnya angka boleh pergi 1.2 juta pengundi. Lari 500,000 undi saja boleh buat BN tumbang seluruh negara.

BN akan menjadikan guru-guru di empat buah negeri 'kubu BN' iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai 'guinea pigs' sistem waktu bekerja 9 jam sehari kerana menjangka guru-guru di negeri-negeri berkenaan umpama 'lembu-lembu fidlot' yang akan meragut apa saja idea umno/BN. Sanggupkah guru-guru di negeri-negeri berkenaan meletakkan martabat diri guru-guru setaraf lembu-lembu fidlot?

Projek itu yang akan dilaksanakan mulai Januari tahun depan di empat negeri — Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak — berasaskan satu kajian di Melaka Tengah yang mengenalpasti tempoh bekerja yang ideal bagi guru.

Laporan media menyebut kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.

Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah. "Walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

"NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah. "Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,"

“Jadi saya rasa mungkin ada guru-guru yang khuatir kerana mereka merasakan tempoh sembilan jam waktu bekerja itu tidak mengambil kira waktu persediaan mengajar dan juga penglibatan dalam kokurikulum. Saya rasa semua itu akan diambil kira,” kata Wee Ka Siong. Projek itu bagi melihat sama ada benar pendapat orang ramai bahawa tugas seorang guru itu sangat mudah.

Walaupun Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong menasihatkan para guru agar tidak 'panik' dengan projek rintis sistem bekerja sembilan jam Kementerian Pelajaran namun majoriti 400,000 guru menentang cadangan perubahan waktu kerja guru ini.

WZWH mahu menasihati Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran BATALKAN percubaan waktu guru itu nanti bakal buat BN tumbang PRU 13. Muhyiddin jangan buat dasar yang tidak popular. Jangan ambil mudah apa yang WZWH perkatakan ini. Tak sempat Muhyiddin mahu jadi Perdana Menteri Malaysia nanti.

DS Najib perlu bertegas dalam isu hidup mati BN dalam PRU 13 nanti....kalau berkeras  juga...jawapnya:

Orang Pahang hatinya keras...
Sungguhpun keras mudah ditipu...

Ini reaksi seorang guru: 

"Jika rakan-rakan di jabatan lain, enak bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin, guru pula terpaksa berpeluh-peluh mengajar di dalam kelas yang panas dan merimaskan. Bayangkanlah, suasana dalam kelas sewaktu pukul 1.00 hingga pukul 3.00 petang. Guru terpaksa turun pada hari Sabtu dan Ahad untuk melakukan kerja-kerja yang diarahkan di sekolah dan pelbagai kegiatan kokurukulum".

19 comments:

Anonymous said...

saya rasa betul wzwh kata....jangan buat sekarang,bahaya buat BN,,,,kalau nak buat juga selepas pilihanraya..sebab lembu2 yg memang lembu di pahang,johor, sarawak dan melaka penyokong kuat BN. kenapa dia tak lembukan di negeri pakatan rakyat?

saya rasa kementerian pelajaran adalah satu kementerian makmal percubaan pelbagai dasar dan pelaksanaan. sehingga banyak perkara gagal.

1989/1990 - idea Penilaian kemajuan berasaskan sekolah (PKBS) gagal. kemudian buat lagi dalam KSSR dan bakal ke KSSM

Sekolah wawasan, sekolah bestari dan banyak lagi...semua gagal

sekolah vokasional dulu adalah baik utk mereka yang kurang minat dalam akademik telah dimansuhkan. Bila kesatuan guru memberi pandangan mengembalikan semula, Pemuda UMNO yang lembu menentang kononnya berbalik ke belakang, sekrang apa jadi? nk diadakan semula......

Anonymous said...

Sebagai seorang guru, saya akan lihat dan menilai dulu percubaan untuk melaksanakan tempoh bekerja guru selama 9 jam sehari bermula 7.30 pagi sehingga 4.30 petang. Namun begitu di sini saya ingin menghuraikan serba sedikit perjalanan masa guru sehari di sekolah.

7.30 Pagi : Masuk kelas mengajar

10.00 - 10.30 Pg : Guru berehat macam penjawat awam lain. ( Pelajar akan dibiarkan berehat juga)

10.30 - 1.00 : Masuk kelas dan mengajar

1.00 - 2.00 Ptg : Guru akan keluar berehat macam penjawat awam lain. Pelajar akan dibiarkan berehat. Tetapi kalau diikutkan jadual pelajar biasa, pukul 1.00, waktu belajar belum habis lagi maka kena sambung lagi sikit

2.00 - 3.40 : Guru dan pelajar mesti sambung semula belajar dan mengajar.

3.40 : Pelajar balik
3.40 - 4.30 : Guru membuat persiapan untuk mengajar besok atau menanda buku atau latihan pelajar

ATAU

3.40 - 4.30 : Aktiviti Kokurikulum

TAMAT BEKERJA : 4.30 PETANG

KESIMPULAN :

SELEPAS INI SEMUA AKTIVITI KOKO, KELAS TAMBAHAN, LATIHAN SUKAN ATAU APA APA AKTIVITI YANG MELIBATKAN SELEPAS WAKTU 4.30 PTG TIDAK PERLU DIADAKAN, TERMASUK JUGA HARI SABTU DAN AHAD

KESANNYA ......

: GURU TIDAK ADA APA APA YANG RUGI KERANA SUDAH BIASA KERJA LEBIH DARIPADA ITU

: PELAJAR YANG RUGI KERANA TIADA LAGI MASA YANG AKAN DILEBIHKAN KEPADA MEREKA.

AKHIRNTA : KALAU ORANG BERKIRA MASA DENGAN KITA, KITAPUN AKAN BERKIRA MASA DENGAN ORANG.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Terimakasih Cikgu Anon 1:15 PM kerana beri input detail memberi gambaran kehidupan kerja seharian seorang guru.

Anonymous said...

hebat keje cikgu 9 jam jeee. selama ini KERAjaan tak tahu kerja guru melebihi waktu ituuu. Kami tidak berkira, tapi nak suruh keje 9 jam kami akan berkira-kira seperti lagu "Raja dalam rumah buat kira-kira, curi dlm dapur makan roti gula..."
INgat PRU 13 menanti cikgu2 pangkah pembangkang yg tak tahu ape2.....

Anonymous said...

pengsan la cikgu2.. budak2 pun ikut sama.. yg di SBP tahan lg.. yg sekolah harian biasa ni entahlah.. kot makin ramai yg panjat pagar je.. kalau dpt di bahagikan akademik dan kelas kemahiran tak apa juga..

Anonymous said...

murid 7 jam ada kat sekolah dah nak pengsan..kalau 9 jam ..mcmne?..mungkin ramai guru yg stroke dan stress...

Anonymous said...

kul 2.00 lebih2 pun dah rasa melekit2 badan...bukan duduk dalam a/c...terpaksa ke kelas2 yang berlain....akhir kalam UNDI PROTES!!!!

Anonymous said...

BN AKAN TERKUBUR AKHIRNYA...YES!

Anonymous said...

baru 9 jam dah bising.yb dan tok4 keja 24 jam tak heran pun..buat je muhyidin..byar gaji mahal kat ikgu kita belasah cikgu cukup2..hehe

Anonymous said...

jgn mrhla cikgu2 semua...
cikgu kena ikut hasrat kerajaan...
kena didik murid sebagaimana yg kerajaan impikan....
kerajaan dah bagi mcm2 kemudahan pada cikgu2..gaji pun dah dinaikkan beberapa kali....
cikgu kena sokong kerajaan...sebab tak de kerajaan BN tak akan ada cikgu2 dan sekolah2 di malaysia ni...semua sekolah di malaysia umno/bn yg buat....pas/keadilan/dap mana mampu memerintah sebaik bn..
apa yg menteri suruh tu ada hikmah disebaliknya....
ke cikgu2 nak jadi mcm negeri PP,selangor,kedah dan kelantan.....
semua cikgu tak de kerja...semua sekolah tutup dan mengajar di sekolah pondok/kuil hindu/tok pekong....

Anonymous said...

WZWH..tak lama lagi Nama sekolah akan ditukar "Sekolah dan Pusat Asuhan Kanak-Kanak"

Anonymous said...

Saya ingin mencelah...Hendak buat tu boleh..tapi perlu penelitian yang lebih detail..jangan jadi macam ETEMS sudahlah. Nak buat tiada perbincangan lansung ..umum ajer terus ajer jalan..lepas tu sampai Notebook ke sekolah dengan harga RM6500 seunit...LCD RM14,000 seunit dan banyak lagi perkakasan yang dihantar. Bila nak tutup macam-macam perbincangan dibuat meja bulatlah..meja panjanglah..meja empat segilah..dan banyak macam jenis meja telah diperbincangankan akhirnya keluar pula kenyataan baru-baru ini ada pula sekolah terpilih yang boleh meneruskan dasar PPSMI...cm Menteri tiada pendirian..ajer. Ini nak buat dasar 9 jam bersekolah...entahlah ko labu...Jangan nanti ko terjun dengan LABU ko sekali dalam sungai Kelang dah lah...

Anonymous said...

Kemana nak letakkan guru-guru agama KAFA, guru-guru agama kerajaan negeri dan guru-guru agama Negeri JOHOR tu...wahai Dato Menteri...Jangan nanti negeri ko pula ke cundang ke tangan pembangkang...udah leeee...

Anonymous said...

Ni laa padahnya bila yang tak dapat kerja lain dan cikgu menjadi pilihan akhir untuk kerjaya. Institusi perguruan dipenuhi oleh mereka yang pemalas...

Anonymous said...

Dulu memanglah cikgu jadi pilihan terakhir..tapi sekarang sudah berubah wahai Anonymous di atas...bukan senag nak jadi cikgu sekarang...sebelum isi borang apply jadi cikgu kat Universiti atau maktab kena lulus peperiksaan kelayakan dan lulus temuduga dulu. Bukannya senang beb..adik dan anak sedara aku baru-baru ni kandas.

Anonymous said...

Tapi golongan yang menjadikan guru profesyen yg terakhir masih ramai lagi. Kena tunggu 20 tahun baru la golongan baru muncul sebagai majoriti.

Kutukandewata said...

OH BANGAU OH BANGAU MENGAPA KAU KURUS?

9 JAM UNTUK GURU TAK APA.CUMA JANGAN LIBATKAN MURID.KESIAN,6 JAM PUN MURID DAH LESU.CIKGU DAH BIASA KERJA SAMPAI 18 JAM PUN.

JADI ANON2 DI ATAS MINTAK JADI CIKGU BARU TAHU KEADAAN YANG SEBENARNYA.JANGAN PAKAI TUDUH DAN HINA CIKGU SAMPAI TAHAP TAK MENGHORMATI PERASAAN DAN HATI ORANG LAIN.

YANG PENTING BUDAK-BUDAK TU PUKUL 1.30 TENGAHARI BIAR DIA BALIK RUMAH.DIA ORANG NAK BERMASA BERMANJA JUGA DENGAN MAK BAPAK.CIKGU DAH BIASA BERMANJA DENGAN BINI PUKUL 1 PAGI.

KALAU 9 JAM TU MASIH MELIBATKAN MURID AKU CADANGKAN BAWAK SEKALI BAYI-BAYI YANG ADA DI RUMAH TU ATAU BAWAK SEKALI NENEK DAN DATUK YANG UZUR TU.TAK APA CIKGU ADA JADI PENGASUH ,JIMAT SIKIT DUIT UPAH MENJAGA DAN MENGASUH TU.TAK GITU ANON SEMUA

Anonymous said...

aku nak jadi tok4..best..

Anonymous said...

Sabar cikgu2 semua....
yg penting cikgu2 semua kena bersatu hati....
kalau bersatu hati menentang insyaAllah tak jadi punyala...
Kuasa cikgu2 amat besar..percayala....bukan setakat mampu memperjuangkan nasib2 cikgu dan murid2 tapi boleh menumbangkan kerajaan dan pilih yg boleh menjaga kebajikan cikgu/murid dgn lebih baik lg...

yg penting jgn marahkan kerajaan...murid2 yg jadi mangsa....ingatla..murid2 tu ibarat kain putih...cikgu2 la yg akan membentuk sehingga mereka berjaya....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...