Friday, November 18, 2011

Pakar Properti Dunia Mahu Belajar Dengan NFC Melabur!


Pengerusi Eksekutif NFC, DS Salleh Ismail sedang memberi penjelasan tentang pengurusan korporat NFC bela lembu.

Salleh Ismail (suami Shahrizat) berkata projek feedlot tidak disalah urus sila klik sini. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 pengurusan NFC "in a mess". 

Mana satu rakyat Malaysia nak percaya? Penjelasan NFC atau Laporan Ketua Audit Negara yang independent direct dibawah YDP Agung.

WZWH lebih berminat dengan penjelasan pembelian kondo mewah. Salleh Ismail menjelaskan NFC beli 2 unit kondo berharga RM13.8 juta kerana ada lebihan duit maka NFC melabur properti. Sewa tahunan dapat ke NFC RM900,000.

Ini bermakna sebulan sewa dapat RM75,000. Siapa mahu menyewa kondo semahal ini di KL?. Sewa kondo paling tinggi di KL antara RM15,000 ke RM25,000. Barangkali Raja-Raja Arab atau Sultan Brunei menyewanya.

Pakar Properti KL dan dunia mahu belajar melabur dari NFC kerana pendapatan yang lumayan.



Dari segi prinsipnya jika kerajaan beri dana soft loan untuk bela lembu maka bela lembulah. Kenapa mahu melabur properti kondo? Kalau dakwa ada duit lebih pulang balik kepada Treasury.

Ramai pengundi Malaysia atas pagar sudah mula tidak yakin dan mula ragu dengan kerajaan BN hari ini ekoran isu NFC ini. Ramai orang kampung terutama penternak lembu tradisional berkata,"kami pun mahu soft loan bela lembu".

Jika RIDSA boleh membantu pekebun-pekebun kecil di kampung kenapa tidak Kementerian Pertanian membantu penternak-penternak lembu scala kecil dengan dana RM250 juta itu. Tentu puluhan ribu orang kampung dapat dibantu. Banyak undi puluhan ribu penternak lembu tradisional itu.

Di Pahang lihat contoh DS SUK Negeri Pahang adalah contoh terbaik kalau penternak-penternak kecil lembu Pahang mahu belajar kerana banyak lembu-lembu DS SUK bela di ladang-ladang di seluruh negeri Pahang tanpa dapat soft loan pun.

Antara komen-komen pembaca blog WZWH:

Ternak lembu dalam ladang kelapa sawit FELDA lagi baik. Rumput free, tanah free, cukup setahun seekor anak lembu mesti keluar dari lembu betina. Tak payah pakai ladang satelit pun untuk letak satelit track lembu yang tak berapa banyak tu. Cuba bagi aku rm 3 juta, dah tentu lembu aku dalam 5 tahun lebih 3000 ekor. Berani bet? Kita ni jangan lah tolol sangat. Nak jadi Menteri pun jangan lah bahlul sangat dengar je cakap orang. Baik turun kat FELDA, tanya macamana orang ternak lembu dgn rumput free dan tanah ladang. Lembu gemuk juga.

Another can of worms opened..I agree with MP Bung Mokhtar..What is wrong is still wrong regardless which sides you are. The scheme is so called "Nation" but controlled by family member of a Minister..what is this? Why cant it be given to several companies or to FAMA, Ministry of Agriculture under Ladang Rakyat, etc. 

Shahrizat should give explanation or else resign..

11 comments:

Anonymous said...

CITE DIA MACAM NIE,YANG TANGKAP JABATAN AUDIT NEGARA DARI LAPORANNYA TEMPOH HARI BUKAN PEMBANGKANG.....YANG JADI ISU MORAL NIEE SUAMI SHARIZAT LEMBU NIE DAH PERNAH DAPAT PROJEK RM100++ tahun 2000 tun m award di taman teknology mengenai ayam dan fish...canggih,malangnya DOE tak luluskan jadi projek tak leh jalan dan duit kerajaan habis lagi...so dah ada kes dan file di JPM,PADA TAHUN 2008 DI AWARDKAN OLEH LEMBU JANTAN PAGOH P143 MAHYUDDIN TOTOK PADA ERA TUN ABDULLAH BADWI-MORALNYA DISINI 6 COMPANY MASUK SELECTIVE TENDER SATU DAPAT DEKAT LAMBERT AUSTRALIA DAN SATU NFC NIE LEMBU BETINA ONE MENRUNG PUNYA SUAMI DAN ANAK-ANAK DIA..SEBAGAI MENTERI SENIOR YANG DAH TAHU SUAMI SHARIZAT ADA KES PADA TAHUN 2000 PUNYA PROJEK DAN SEBAGAI ISTERI DAN MENTERI SENIOR YANG TAHU SUAMI DAH ADA KES ADALAH MENJADI TANGGUNG JAWAB DIA MENASIHATKAN SUAMI AGAR TIDAK MASUK SELECTIVE TENDER.MENGIKUT RISIKAN ADA PIHAK MOA BARUA LEMBU JANTAN PAGOH NIE YANG CALL SUAMI SHARIZAT THE LEMBU BETINA ONE MENERUNG UNTUK HANTAR PROPOSAL,SUAMI DIA LECTURER UPM DENGAN TUNTAS LEMBU JANTAN PAGOH DAH BAGI SIGNAL JADI DIA HANTARLAH IKUT SOP.LEMBU JANTAN PAGOH MERANCANG INI SEBAGAI JANGKA MASA DEPAN UNTUK JATUHKAN NAJIB DAN SOKONGAN DARI WANITA JIKA PRU 12 TAK DAPAT 2/3 MAJORITI MACAM PAK LAH KENA.SEMASA NAJIB AMBIL ALIH DI MOF DAH SOUND DAH MANA BULE TAPI MOA KATA DIA IKUT SOP SELECTIVE TENDER,JADI MOF BERHATI-HATI DAN TERTUBUHLAH JAWATAN KUASA TEKNIKAL YANG NAJIB ARAHKAN SEBAGAI BACKUP KES DI KEMUDIAN HARI...TUP2 AUDITOR GOV PUN DAPAT JUMPA MISTAKE...DENGAN KEHEBATAN PEMBANGKANG YANG CEKAP MENCARI APA AJE SILAP KERAJAAN BN MENGOREK DAN JUMPA PELBAGAI BUKTI CEK-4 CEK UNTUK PEMBELIAN ONE MENERUNG DAN LAIN2 LAGI,SEWA OFFICE KAT MONT KIARA 1 MILLION DAN MCM-MCM LAGI BUKTI SEDANGKAN ITU DUIT YANG DIALURKAN SECARA SAH MENGIKUT PROSEDUR JAWATANKUASA TEKNIKAL YANG TOK AJIB ARAH TUBUHKAN......BIASALAH SAPE BULE LAWAN KEHANDALAN AUDITOR GOV MSIA...PEH HANDAL MEREKA DETACT SATU PER SATU...JADI ISU 4 CEK ITU DATANG DARI CIMB TTDI DAN SEHINGGALAH AHLI UMNO MCM PAPA BENGANG GILER SEBAB DAH TERANG LAGI BERSULUH ETIKA PEMBELIAN KONDO ITU BUKAN RASUAH UNLESS DIA HADIAHKAN KAT LEMBU JANTAN PAGOH THAN BARU ADA KES SPRM,JADI TIADA KES TEKNIKAL RASUAH SERAH KAT POLIS DAN TADI KETUA POLIS NEGARA JAWAB BELUM TERIMA UNTUK DIBAWA KE SURUHANJAYA DIRAJA MENYIASATNYA,DATO NAJIB MEMANG ADIL DAN JUJUR DAH BERAPA SURUHAN JAYA DIRAJA DITUBUHKAN UNTUK MEMBERSIHKAN KERAJAAN BN DAN SPR PILIHANRAYA.....PAHAM TAK ABG2 SEMUA.MORALNYA ETIKA PENGGUNAAN DUIT ITU SALAH CARANYA KERANA BERTUJUAN UNTUK NFC TETAPI BUKAN JENAYAH KALAU DIA NAK LABUR KAT ONE MENERUNG PAHAM TAK.MORALNYA LAGI BAGAIMANA SUAMI SHARIZAT BULE DAPAT BALIK PROJEK DAN BAGAIMANA SEORANG MINISTER YANG SENIOR SEKALI DALAM BN BULE BERIYA2 NAK BAGI SUAMI SHARIZAT DAN BERANGGAPAN MCA/MIC/PPP DLL LAGI AKAN AKUR DENGAN KEPUTUSANNYA....LIMIT RM250JUTA MEMANG BAWAH MENTERI PERTANIAN PADA MASA ITU BUKAN PADA PAK LAH....SEBAB TU PAK LAH CAKAP HARAPKAN PAGAR-PAGAR MAKAN PADI...WASALAM...KENA RESIGNLAH DUA EKOR NIE SEBAB MORAL/ETIKA DAN IMEJ PARTI TU

Anonymous said...

umno dah tak bole d slamatkan..

Anonymous said...

Kawan sokong artikel WZWH ni...

Ni nak ugut PKR ke mahkamah kerana mendedahkan scandal duit lembu beli kondo...

Sila la kalau berani.. di mahkamah nanti akan di rungkai satu persatu dan rakyat akan lebih maklum...

kalau berani dakwa la sekali ketua audit negara tu... kerana membuat audit dan menghina syarikat NFC....

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam Sdra Wan.
Blog sdra sudah saya pautkan di blog saya.Kita perlu lebih ramai blogger kritis macam sdra dan saya untuk memastikan amanah dan tanggung jawap pemimpin dilakukan dengan sebaik mungkin.

Salam perjuangan.

Anonymous said...

tengkorak engakau wan. ingat tanah felda tu freee keeee bodohhhh punye penasihat wan mizam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 3:02,
Jangan singkat akal pakat-pakatlah dengan Pengurusan Felda apa susah kena ada kira-kira he he he, boleh bela lembu di DUN Tahan ni tapi harimau-harimau DUN buas-buas belaka ekekekekeke...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam bro Aku Peduli Apa@APA,
Tk bro, terus menulis posting kritis.

Anonymous said...

hariHarimau takpeee jgn deme yg gambiknyeee. baik bele kerbau leee di Dun Tahan. Jdi penasihat yg baik BELA KERBAU DI DUN TAHAN PASTI GEMPAK PUNYEEE

Anonymous said...

......cam na kalau rakan kita minta pinjam duit...alasan nak bela lembu...alih2 pegi beli benda lain...tak ke kita rasa tertipu.....

Anonymous said...

Memang kita rasa tertipu....walau pun lambat laun hutang kita berbayar....

Tapi lain kali tak de la nak bagi pinjam lagi....

tapi puak2 umno/bn siap back up lg rakan2 'penipu' tu....duit tu duit org ramai weh....

bukan duit mat yassin/abdullah bedawi.... kalau duit dia org lantak dia la....

Kerajaan mcm ni yg nak diharap menjaga amanah org ramai?..

pengundi atas pagar said...

Shahrizat wajib, harus dan patut letak jawatan, memalukan umno dan berkemungkin menyebabkan umno hilang undi dalam pru13

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...