Thursday, October 13, 2011

Menghargai Pengundi Tertua Jerantut Yang Setia


Menghormati orang tua-tua adalah amalan mulia dituntut agama dan amalan mana-mana budaya di dunia. Kita disuruh menjaga orang tua. Mengingati orang tua. Menziarahi kubur nenek moyang yang sudah pergi.

Dalam posting WZWH bertajuk Permintaan Lelaki Tertua Di Pahang Kepada DS Najib...WZWH telah melanjutkan permintaan dan harapan seorang ahli UMNO tertua di Pahang mahu berjumpa dengan DS Najib di Kampung Bantal, Ulu Tembeling.

Lanjutan daripada itu ramai orang call dan SMS kepada ADUN Tahan apa betul berita posting WZWH itu kerana ada pihak mahu mengurus DS Najib berjumpa dengan lelaki tertua itu. Mungkin selepas DS Najib balik dari menunaikan ibadah haji.

WZWH juga menerima emel dari seseorang yang rapat dengan DS Najib. Berikut emel seseorang yang WZWH rahsiakan namanya...

To: "zamzuri68@yahoo.com"
Sent: Tuesday, October 4, 2011 1:04 PM
Subject: PENGUNDI TERTUA


Assalamualaikum Wan,


Pak Long Abu Zaman Yusuf (KP 180507065059) berumur 93 tahun adalah pengundi tertua di Peti Undi Kg Bantal. Terdapat 3 orang pengundi di Jerantut yang berumur lebih daripada 100 tahun. Midah Kadir (030815065006) 108 tahun, Kg Bandar Pulau Tawar, Lee Moh (110423715209) 100 tahun, Kg Batu Balai dan Chan Thye (100807715284) 101 tahun.


Salam

Maka dari info ini kita dapati pengundi tertua di Jerantut mengikut kad pengenalan ialah:

  • Midah Kadir (KP 030815065006) 108 tahun, Kg Bandar Pulau Tawar 
  • Chan Thye (KP 100807715284) 101 tahun 
  • Lee Moh (KP 110423715209) 100 tahun, Kg Batu Balai 
  • Pak Long Abu Zaman Yusuf (KP 180507065059) 93 tahun, Kg Bantal

WZWH percaya umur keempat orang tua di atas mungkin umur sebenar lebih tua lagi. WZWH tidak pasti adakah mereka masih hidup lagi atau sudah meninggal dunia. Yang pasti Pak Long Abu Zaman masih ada.

Sesiapa orang Jerantut yang kenal dengan orang-orang tua di atas sama ada sekampung atau sedara mara sila beri komen dalam blog WZWH.

WZWH percaya mereka telah mengundi dalam PRU dari PRU 1 hingga PRU 12. Pasti mereka mengundi Perikatan @ BN selama ini. Mereka orang tua yang setia.

WZWH amat berharap pihak UMNO Bahagian Jerantut, BN Jerantut atau Badan Perhubungan UMNO Pahang melalui MB malah DS Najib sendiri perlu memberi penghargaan sebagai tanda penghormatan kepada mereka pengundi tertua Jerantut atau mungkin Pahang yang setia.

Supaya mereka berasa dihargai oleh pemimpin UMNO dan BN yang mereka sokong selama ini. Perjuangan mereka tidak sia-sia. Negara Malaysia aman damai selamat dan makmur serta sejahtera.

WZWH bukan ahli parlimen Jerantut, bukan juga ADUN di Jerantut tapi atas rasa hormat, kagum, menghargai, kemanusiaan terpanggil di hati untuk berbuat sesuatu kebaikan buat mereka kenangi sebagai momento yang manis dan indah serta mungkin yang terakhir....

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024