Saturday, May 12, 2012

DS Najib Lontar 7 Prinsip Pertimbangan Buat 12 Juta Pengundi PRU 13

DS Najib pemimpin berkarisma membangkitkan semangat juang seramai 120,000 ahli UMNO di Stadium Bukit Jalil dan 3.2 juta lagi di rumah sempena Sambutan 66 tahun UMNO. Foto Ihsan Utusan.


Ahli Pemuda UMNO mengibarkan bendera gergasi UMNO. Foto Ihsan Utusan.


Sebahagian dari 120,000 ahli UMNO di Stadium Bukit Jalil. Foto Ihsan Utusan.

DS Najib merumuskan 7 prinsip pertimbangan yang perlu direnung oleh rakyat Malaysia sebelum Parlimen boleh dibubarkan, iaitu:

1) Antara BN dan pembangkang, mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan janjinya ditepati. Siapa sudah bagi BR1M, Baucar Buku 1Malaysia kepada mana-mana sekolah, siapa sudah beri bonus atau durian runtuh kepada peneroka Felda.

Siapa sudah buat Klinik Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, jalan luar bandar dan dalam bandar, siapa sudah buat sekolah. Siapa sudah buat segala-galanya...bukankah BN.

Namun, sebelum saya pergi ke prinsip kedua, saya nak tuan-tuan nyatakan siapa yang ‘pegang kepala’ Kampung Buah Pala di Pulau Pinang yang janji pakatan pembangkang, kalau mereka menang, mahu kekalkan kampung berkenaan.

Siapa pula buat 22 janji di Selangor tetapi sebahagian besarnya gagal ditunaikan. Siapa yang gagal uruskan soal air?

2) Yang kedua, kalau tentu parti itu nak dipilih, tentukan kita pilih hari esok lebih baik dari hari ini. Siapa yang boleh beritahu ini?

3) Siapa boleh pelihara kedaulatan undang-undang, kesucian Islam, keluhuran Perlembagaan, institusi raja-raja serta hak-hak kaum lain.

4) Siapa boleh uruskan ekonomi kita yang sangat baik ini serta membawa pertumbuhan yang memberangsangkan?

5) Siapa yang boleh menjamin keharmonian dan perpaduan kaum berkekalan?

6) Siapa yang boleh membuat pembaharuan secara tersusun. Siapa yang membawa transformasi kepada negara ini?

7) Siapa yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga hari ini dengan izin Allah boleh menjadi negara yang berpendapatan tinggi?

“Siapa kata dokongan orang Melayu pada UMNO sudah menurun sedangkan hari ini kita menyaksikan sokongan kepada kita semakin meningkat".

“Saya nak tanya, apabila kedudukan orang Melayu dipersoal, Islam diasak, bila institusi raja-raja diketepikan, siapa yang pertahankannya".

“Sesungguhnya UMNO sudah berjalan begitu jauh, setiap inci tanah sudah dimakmurkan. Jangan sesekali kita biarkan kita dibinasakan. Biar putih tulang, jangan biar rakyat dan bangsa dibinasakan, kelak anak cucu terbangsat hidup mereka,’’.

“Ayuhlah, jangankan gerimis, hujan pun kita akan redah, ribut taufan kita akan harungi, jangankan air bah, gelombang pun kita akan harungi... jangankan gerhana, gelap gelita pun kita harungi. Biar berdentum guruh di langit, hidup UMNO untuk BN".

1 comment:

Anonymous said...

Najib telah membuat yang terbaik untuk kita rakyat Malaysia dam sokongan ahli UMNO memang tidak berbelah bagi.Allah berikan yang terbaik bagi negara Malaysia dan jauhi kami dari perangsangka buruk Pembangkang yang mahu merobohkan keamanan kami.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024