Saturday, December 8, 2012

Akhirnya Komuniti Cina Kuantan Tunduk Kepada Kepentingan Ekonomi Lynas!


Isu Kilang Lynas 'Rare Earth' Gebeng Kuantan adalah isu ciptaan Pakatan Rakyat yang bersumberkan fitnah lebih dari fakta saintifik.

Radioaktif politik yang dihasilkan Pakatan Rakyat hampir memperbodohkan rakyat Pahang walau Kerajaan Putrajaya dan Kuantan melalui beberapa agensi berkaitan, lampu hijau dari IAEA dan pakar nuklear dan Rare Earth telah memberi tanda bagus serta kesediaan Lynas akur dan patuh kepada regulasasi.

Rata-rata masyarakat Kuantan sebenarnya telah menerima kewujudan kilang itu. Ramai yang menentang pada awalnya terutama kaum bukan Melayu, kini dilihat mula berlembut.

Hanya segelintir sahaja dalam kalangan masyarakat Cina yang dilihat masih keliru dengan projek berkenaan akibat terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang.

Usaha badan-badan bukan kerajaan yang kebanyakannya bukan orang tempatan, selain manipulasi politik oleh parti pembangkang, dilihat sebagai sebab mengapa masyarakat Cina terpengaruh dengan fakta yang salah sebelum ini.

Kini rakyat khususnya kaum Cina di sini, sudah mula akur dan yakin dengan ketetapan yang dibuat. Pembangkang diminta jangan terus mempolitikkan isu Lynas untuk menjatuhkan imej kerajaan semata-mata bagi mengaut undi.

Masyarakat kini semakin yakin bahawa projek nadir bumi itu selain tidak akan menjejaskan kesejahteraan penduduk, ia akan menjana ekonomi.

Masyarakat semakin sedar bahawa industri nadir bumi boleh menjadi sektor pembangunan baharu negara bagi melonjakkan Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Kilang itu juga akan menjadi hab untuk aktiviti hiliran nadir bumi seperti televisyen, skrin komputer, telefon bimbit hinggalah kepada lampu yang menjimatkan tenaga, mesin imbasan magnetik dan juga komponen kenderaan

Alangkah ruginya Malaysia jika projek besar seperti ini terhenti kerana manipulasi politik semata-mata.


Menteri Besar Pahang DSD Adnan Yaakob berkata syarikat memproses nadir bumi itu perlu diberi peluang sebagai sebuah syarikat yang melabur dalam bidang yang penting bagi menjana ekonomi negara.

Beliau berkata Lynas adalah sebuah syarikat yang selain memberi pendapatan kepada ekonomi negara ia turut memberi peluang ekonomi dan pekerjaan kepada penduduk setempat dan negeri Pahang.

Berdasarkan fakta, projek itu telah menarik ramai pembeli dan juga rakan niaga termasuk satu dari Jerman yang menjanjikan pelaburan lebih RM1.5 bilion untuk menguruskan sebuah kilang yang akan memerlukan sekitar 1,200 pekerja.

Selain itu, syarikat-syarikat pembekal juga telah membina kilang mereka lebih dekat dengan tapak Lynas antaranya dua syarikat pembekal asid yang melaburkan RM300 juta dan menggaji sekitar 100 petugas.

Berikutan hasil bumi, minyak dan sumber lain yang semakin berkurangan, Malaysia sememangnya perlu meneroka ke dalam sektor ekonomi baharu. Loji nadir bumi di Gebeng dijangka mampu memproses 22,000 tan nadir bumi setahun iaitu bersamaan satu perlima permintaan global seterusnya menjana pendapatan tahunan sebanyak RM4 bilion.

Sehingga kini, para pengeluar dari China telah memonopoli industri itu tetapi menjelang 2016, dijangkakan sekitar 60,000 tan bekalan nadir bumi dunia akan diperoleh daripada pengeluar di luar China termasuk Malaysia.

Dengan bermulanya projek Lynas ini tanpa halangan lagi, Pahang kini boleh menantikan pulangan ekonomi yang besar dan manfaatnya akan dinikmati semua

6 comments:

Anonymous said...

Lynas is Safe....
but why not build in Australia?

Lynas is safe..
But why Australia refused to received lynas waste?

Lynas is safe...
but why Asian Rare Earth in Perak closed down?

timed bomb start clicking!!!!!!!
mari kita tengok siapa yg kena....

Anonymous said...

Wau! besarnya faedah yg orang Pahang akan dapat;

Projek ini diberi pengecualian cukai selama 10tn dan hanya kira2 350 orang tenaga pekerja diperlukan. Sebahagian besar pekerja terdiri dikalanagn Melayu manakala tenaga profissional diambil drp luar..


Selepas 10tn, loji kilang mula uzur. Masyarakat akan mula melupakan kesan negatif drp bahan radioaktif dan pihak berkuasa M'sia pula mula 'melembutkan' aktiviti pemantauan. Ini std M'sia yg diterajui UMNO.

Tanah utk pembangunan projek ini merupakan tanah 'anak raja'...kerabat Wan. Anak raja ini mendapat laba besar tanpa memperdulikan kesan keatas alam sekitar. Masyarakat Melayu yg 'betramadun' cara UMNO inilah yg disukai bro Wan...

Tengoklah nanti....

oldman said...

Harap En. Wan terangkan pejelaskan apa kah keuntungan besar pada penduduk Kuantan bukan lah kita anti Lynas cuma kita dah muak dengan cerita yg begegar propoganda yg berlebehan pelik nya satu projek yg begitu dah diPekan senya begitu sahaja apa dah jadi dulu kata ke untungan besar bagi rakyat Pahang.

Anonymous said...

Selamat tak selamat apa UMNO kira, asal masyuk sudahlah. Tentang cukai tak cukai apa UMNO kira , itu rakyat punya.

Kanpong man said...

Anon 12.39,

The international and local nuclear scientists have proven beyond doubt that the LYNAS plant is safe .Further, the court has made the decision that there is NO justifcarion and sufficient evidence to suggest that the plant is unsafe.

Look at the employment and the potenial spin off economics oppurtunities from the the plant for Gebeng and the Pekan folks.Lets open our mind and nove forward.It is not a NUCLEAR plant that we are building.Gebeng at night is a joy to see and wih more plants there inckuding the Lynas it is just ORGASMIC. Try visit Houston, Texas with hundreds of chemical and process plants and compare that wih Gebang .You find out and yet it was never politicised.All thanks to the PR political success in the last PRU 12 for he hurrah...The PRU 13 we do not know.Thanks for accepting that LYNAS is OK after all.

@ KM- Chemical and Process Eng.

Anonymous said...

org pahang akan dapat waste drp lynas buat baja kah kah kah kah kesiannnnnnn.......kalau projek ni bernilai jutaan ringgit apasal australia tolakkkkkkk

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...