Tuesday, December 18, 2012

Bila Bapak Presiden SBY Bersuara...Maka Zam Perlu Hentikan Polemik BJ Habibie!


BJ Habibie bekas Bapak Presiden Indonesia memang seorang yang hebat. Terutama teknokrat dan teknologi aviation. Ini Melayu Bugis yang paling genious di Indonesia.

WZWH mengerti kita tidak boleh bicara politik Indonesia menyentuh Bapak Presiden dan mantan Presiden lebih lagi yang masih hidup secara terbuka.

Jika kita bicara Bapak Sukarno secara negatif pun tidak boleh. Sensitif diplomatik. Hanya simpan semua itu sesama kita.

Apa lagi hal Bapak Suharto yang banyak membantu Malaysia ketika konfrantasi dan selepasnya.

Kita pun tahu hubungan yang amat rapat antara Bapak BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim sejak tahun 1990an lagi.

Sebab itu bila Anwar Ibrahim menjemput Bapak BJ Habibie datang ke Selangor itu tidak perlu kita komen dan bising. Kita tutup mulut sahaja.

Bila Zam tulis hal negatif tentang BJ Habibie maka Anwar Ibrahim yang untung sebab 1Indonesia menyokong Anwar Ibrahim dalam polemik Bapak BJ Habibie.

Bila Bapak Presiden SBY bersuara...adalah tidak wajar dan tidak beretika.

Artikel itu, katanya boleh menjejaskan hubungan baik antara Indonesia dan Malaysia.

“Kami telah bincangkannya, Menteri Luar akan mengambil nota diplomatik di sini dan juga di Kuala Lumpur,”

WZWH kira baik hentikan polemik BJ Habibie. Walau kita tidak suka tapi ini menyentuh murka Bapak-Bapak Presiden Indonesia maka elok Zam 'say sorry'.

Boleh kritik Anwar Ibrahim tapi jangan libatkan dan kritik Bapak BJ Habibie.

Nah...Anwar Ibrahim menang lagi dalam isu ini...

75 comments:

Anonymous said...

Dari ayat2 di atas, nampaknya ada tanda2 yg Wan nak koner baring...meninggalkan team Najib (Najib, Rosmah dan Hisyamuddin) dan menyokong team Mahathir (Mahathir, Mahyudeen dan Mokhris).

Team Mahathir nampaknya begerak tersangat pantas... Objektifnya ialah bagi menyelamatkan UMNO. Tanpa UMNO, missi untuk meletakkan Mokhris dipuncak takhta tidak akan kesampaian malah diri beliau sendiri akan terdedah dgn macam2 dawaan penyelewengan semasa berkuasa dulu.

Untuk merealisasikan missi ini, Mahyuddeen akan dijadikan kambing hitam. Bagi Mahyudeen, inilah peluang terbaik utk menjatuhkan Najib. Jika terlambat, alamatnya bukan saja beliau gagal untuk menjadi PM kerana faktor usia malah beliau dijangka berada dibarisan pembangkang selepas PRU13nanti.

Teori menyatakan Deepak dan Musa Hassan dijadikan alat untuk menjayakan missi ini tidak boleh diketepikan sama sekali....buktinya, masakan Deepak dibiarkan dgn sewenang2 boleh membuat kenyataan memburukan Najib yg berkaitan isu2 yg boleh memudaratkan beliau sebagai PM dan negara..

Anwar bukan saja mendapat laba dalam permainan ini malah menguatkan lagi teori 'RAHMAN' bahawa Najib adalah PM UMNO yg terakhir...

Saya harap Wan tidak terasa apa2dgn komen ini. Pengalaman lampau, iaitu cara bagaimana Anwar dijatuhkan yg bermula dgn PAU UMNO pada tahun 1997 dulu menyebabkan saya meletakkan kepercayaan bahawa terori ini ada asasnya...

Betul atau tidak, tunggulah sebulan dua ini...

Anonymous said...

Kas tak nok komen politik sebob kalau nak cuci orang melayu ni bersih-bersih, umno kena turun juga.
Itulah hakikatnya.

Cuma kas suka bila tengok ada orang umno cuba sakat Habibie, bekas no 1 indonesia.
Kalau Indonesia pulok sakat bekas pemimpin Malaysia, bagaimana agoknya.

Anonymous said...

anon 11:12

Mengapa Deepak dibiarkan mendedahkan rahsia-rahsia yang memburuk-burukkan Najib tanpa halangan?

Jawabnya - perancang dah buat andaian bahawa bila Najib diserang oleh Deepak, satu-satunya sekutu Najib yang akan datang membantu ialah Hishamuddin, Menteri dalam Negeri.

Sebab itu pihak perancang telah membuat langkah untuk checkmate atau mematikan langkah Hishamudin melalui serang yang dibuat oleh Musa Hassan.

Serangan Deepak dan Musa Hassan datang sekaligus. Perhatikan apa tindakan Hishamuddin selepas kedua-dua serangan kembar tersebut.

Hishamuddin hanya mengulas tentang tuduhan Musa sahaja dan tidak menyentuh langsung tentang serangan Deepak untuk membela Najib.

Saya percaya serangan kembar keatas Najib ini sudah diketahui oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka tahu ini adalah serangan dari dalam. Serangan ini juga secara berselindung memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang lain agar jangan masuk campur.

Bayangkan, masakan mereka akan melepas peluang untuk membela Najib di saat-saat Najib mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan calon-calon winnable dalam PRU 13 nanti !. Mereka tak nak berbudi ke kat Najib dalam saat-saat genting yang dihadapi oleh Najib sekarang?

Dalam keadaan biasa, apabila Najib diserang pembangkang,muncullah oportunis yang ingin mengambil kesempatan berbudi kepada Najib, muncullah KJ, muncul lah Puad Zarkasi dll. Yang paling bising mempertahankan Najib tentulah Ibrahim Ali dan Perkasa.

Ibrahim Ali pun dah mendendangkan lagu bernada lain untuk merayu diberi peluang menjadi calon winnable UMNO. Ibrahim Ali pun dok dendang lagu opera cina.

Cikgu Ngah said...

Salam WZWH

Sebenarnya Anwar Ibrahim tidak menang dan Zainuddin Maidin tidak kalah dalam isu ini. Pandangan Zam terhadap BJ Habibie itu adalah pandangan peribadinya dan tidak mencerminkan pandangan kerajaan Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia, Zam berhak utk mempertahankan kebebasan dan kedaulatan negaranya daripada diperkotak-katikkan. Siapa Habibie nak masuk campur urusan politik di Malaysia? Dia tak berhak utk mengkritik demokrasi di Malaysia.
Mahathir pernah juga dijemput memberi ucapan di Indonesia tapi saya tak pernah dengar dia cuba mencampuri urusan politik republik itu. Malaysia lebih demokratik dari Indonesia. Anwar Ibrahim bertanding pilihanraya sejak 1982 dan tak pernah kalah setakat ini. Mahathir juga pernah kalah dalam pilihan raya.

Habibie tidak memainkan peranan yang besar dalam proses reformasi Indonesia. Dia hanya mendapat 'kerusi terpijak' menjadi Presiden Indonesia ke 3 semata-mata kerana dia dipilih Pak Harto jadi Naib Presiden awal tahun 1998. Yg memainkan peranan besar dlm reformasi Indonesia 1998 ialah Amien Rais, Megawati dan Gus Dur. Pak Harto memilih Habibie jadi Naib Presiden di awal tahun itu kerana dia seorang teknorat dan bukannya ahli politik. Pak Harto mungkin berfikir yg dengan Habibie sbg Naib Presiden, dia akan dapat memerintah tanpa sebarang gangguan dari timbalannya. Tapi masa dan ketika tidak menyebelahi Pak Harto. Dia ditolak rakyat kesan krisis ekonomi 1997-98. Maka tak semena-mena jadilah Habibi seorang Bapak Presiden. Mungkin Habibie sendiri tak terfikir dia akan jadi Presiden Indonesia.

Dalam isu ini Susilo Bambang Yudhoyono is merely being a politician. Dia sedar bahawa rakyat Indonesia lebih dibuai sentimen daripada realiti. Kalau soal batik, rendang dan tarian pun boleh dijadikan modal utk serang Kedutaan Malaysia, maka kritikan terhadap seorang bekas Presiden boleh jadi satu senjata utk mencetuskan perang dan huru-hara. Maka Susilo hanya jadi chorus line pada rakyatnya. Dia hanya menyuarakan perkara yg rakyatnya hendak dengar. Mungkin dia risau backlash pada dirinya sendiri. Sebenarnya rakyat Indonesia sendirilah yang tak pandai menghargai kegeniusan dan ketokohan Habibie. Kalau rakyat Indonesia benar-benar sayang dan menyanjungi Habibie tidaklah dia jadi Presiden yg paling singkat pemerintahannya dalam sejarah Indonesia.

Kepada rakyat Malaysia, polemik Habibie ini hanya membuktikan satu perkara sahaja - Anwar sememangnya seorang pengkhianat bangsa dan pembawa agenda liberalisme. Lihat sahaja ucapan Habibie di UNISEL yg menyokong pluralisme agama. Anwar juga rapat dgn Gus Dur yg terang-terangan menyokong Israel. Jika Anwar jadi Perdana Menteri, adakah Habibie akan jadi Penasihat Hal Ehwal Demokrasi pada Perdana Menteri Malaysia?

Saya enggak mahu dan selamanya tidak bisa dijajah oleh sesiapa, hatta Indonesia! Malaysia dan Indonesia selamanya bersaudara. Tapi kalau Indonesia mahu kita menghormatinya, maka dia juga perlulah belajar menghormati Malaysia. Tak perlu Indonesia nak menunjuk pandai dan cuba mengajar Malaysia dalam hal ehwal negara kami sendiri. Wassalam.

Anonymous said...

cikgu ngah,

satu pandangan yang bernas dan rasional dari seorang lama yang sarat dengan pengalaman hidup.

Sebenarnya banyak lagi isu yang Zam boleh ulas dan zahirkan tanpa melibatkan hubungan antara 2 negara.Ia adalah satu kealpaan yang terlepas pandang oleh Zam dan ketidak pekaan utusan menyiarkan.

Kampong man said...

Anon 11 .12 masih mencuba memainkan isu leadership UMNO dan tidak bertepatan dengan theori yang pernah SWK cuba dan gagal.Tidak ada percubaan merebut kuasa dalam UMNO sebenarnya dan ini kita lihat dalam PAU baru baru ini.UMNO delegates bersatu hati menentukan survival parti UMNO lebih penting dari individu .

UMNO mempunyai structure organisasi yang terbukti jitu dan kukuh.Semua tahu bagaimana delegates DAP TIDAK mahukan orang Melayu dalam CEC DAP dan tidak hairan lah akan bermulanya penolakan pengundi Melayu sekarang dari DAP kepada MCA / BN dan besar kemungkinan 2/3 majoriti boleh di capai.

Isu Deepak dan Musa Hasan hanyslah isu biada dan mungkin menghilangkan keyakinan orang Melayu kepada UMNO.

Elok di ulangi lagi trend pengundi kaum Melayu pada pada UMNO dan BN tidak lah ketara dan pernah fakta ini KM bentangkan .

Bagi Parlimen,Undi mengikut kaum analisanya:

2004 Melayu 62%, Cina 56%,India 72%

2008 Melayu 54%,Cina 40%,India 10%

Bagaimana pula keadaan di March 2013 nanti?.Anda fikirkanlah.

Isu hilangnya keyakinam delegate DAP pada Melayu membuatkan kita semua terfikir apakah DAP tamak pada kuasa dan sebenarnya tidak mahu memberi kuasa dan tidak punyai toleransi pada kuasa yang ada pada orang melayu.Melayu dalam DAP kemanakah arah mereka dalam DAP ?.Sekira yang 36 tahun dilihat TIDAK LAYAK saorang pun apakah message ini ? dan bagaimana agaknya yang baru setahun saperti Sakmongkol dan Aspan.?Setakat menkaburkan mata anon 5.05.bat8 dan mat pendang dan anons yang berselindung boleh lah.Mana agak larinya rakan saya tu ?Teringat PLAGARISM teringat mereka.Penyokong UMNO/BN rasanya bijak menilainya. Wallahwuallam.

Anonymous said...

KM tidak pernah merasai gelodak dalam kepimpinan UMNO. Kesan drp gelodakan tsb berlakunya perpecahan yg amat dasyat dikalangan orang Melayu penyokong dan pendokong UMNO pada tahun2 1988dan 1997.

PAU sebenarnya menjadi medan untuk org2 UMNO menabur fitnah. Beberapa surat layang dan buku untuk memburukkan seseorang terutama terhadap pimpinan UMNO yg berpotensi menjadi presiden dan PM telah disebarkan serta diedarkan secara meluas. Jika KM mengikuti PAU 1997 terdapat sebuah buku "100 Dalil Mengapa Anwar Tidak Layak Jadi PM' telah diedarkan. Tidak lama selepas persidangan itu maka Anwar pun dipecat atas kesalahan salahguna kuasa dan meliwat konon...

Hal yg hampir sama berlaku pada PAU kali ini...cuma Deepak dan Musa Hassan dijadikan kambing hitam. Siapa yg mengkambing hitamkan Deepak dan Musa wallahualam...

KM tak perlu menuding jri keatas DAP sahaj...tudinglah jari anda juga keatas puak2 yg suka memecahbelah perpaduan UMNO..kesianlah Najib dan Rosmah baru 4tn merasa nikmat jadi PM dan The First Lady...

Anonymous said...

WZWH,
Awak dan ramai pengomen diblog ini terlalu tebal memandang DAP dan parti2 yg bukan UMNO menerusi kacamata UMNO. Dalam UMNO, apabila sesaorang itu menampilkan diri dan mengeluarkan kenyataan2 yg hebat berintikan Melayu/UMNO dan disiarkan di media cetak/massa UMNO, hampir keseluruhan makhluknya membuat keputusan orang ini akan mendapat jawatan dlm UMNO. Agak janggal dan mustahil apabila seorang UMNO itu beria2 menonjolkan diri tapi tidak mengharapkan jawatan, semata2 untuk bangsa dan negara. Kerana kalau begitu dia bukan UMNO sepenuh hatinya. Ahli2 lain akan sangsi dengan tujuannya malah mungkin menyangka anasir jahat dlm selimut.

Melalui pendirian dan perspektif sebegini, orang2 UMNO senantiasa berfikir orang lain pun macam dia juga. Mereka tidak dapat menerima pendekatan yg lain dari perimeter kebiasaan minda mereka berfungsi.

Kalau mereka makan rasuah, mereka kata orang lain pun makan rasuah juga. Kalau mereka mengunakan kuasa mencuri duit kerajaan, mereka kata kerajaan parti apapun akan curi juga. Kalau mereka menyimpan perempuan selain isteri mereka, orang lain pun mereka sangka begitu juga. Setiap keburukan yg ada pada mereka, mesti ada pada orang lain, begitulah selalunya pendapat mereka.

Tidak hairanlah pemimpin UMNO saperti Sharizat apabila menghadapi tuduhan2 melibatkan NFC berkata lebih kurang " mana ada pemimpin ( baca UMNO ) yg tidak bermasaalah ".

WZWH dan penyokong2 sekalian. Apa juga parti yg bukan UMNO, mereka ada cara mereka sendiri samada dlm struktur pentadbiran, ideologi atau pemilihan wakil. SOPnya pasti bukan SOP UMNO. Kalau semuanya macam UMNO belaka, tak perlu ada parti politik lainlah, pakai UMNO saje seumur hidup.

Apakah sukar menerima cara pemilihan wakil parti dlm DAP,PAS atau apapun parti tidak sama dgn UMNO? Bolehkah kita terima cara berfikir perwakilan UMNO tidak sama dengan cara perwakilan parti lain berfikir?




Anonymous said...


Sifir KM mengenai UMNO ni senang sahaja. Semua mengenai UMNO elok. tak ada apa cacat celapun engan UMNO.

Yang buruk, semua pihak pembangkang. Yang bergolak hanya pembangkang.

Tuduhan Deepak pun perkara biasa. Deepak tu kawan baik keluarga Najib. Deepak tuduh mengenai peranan dalam isu SD bala perkara biasa.

Deepak menuduh, mencemarkan nama baik Perdana Menteri Malaysia. Dia mengaitkan Najib, seorang Perdana Menteri malaysia, dengan satu kes pembunuhan sebuah waranegara Mongolia yang ditembak dikepala dan diletup hingga berkecai dengan C4 yang hanya boleh dijumpai dalam tentera, bukan bahan letupan yang boleh di beli dikedai runcit Apek di hujung kampong.

Tuduhan Deepak ni tuduhan serius. Tuduhan Perdana Menteri kita mempunyai kaitan dengan satu kes pembunuhan rakyat asing.

mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan yang serius menahan Deepak. Yang lebih pelik...mengapa Deepak dibiarkan bermaharajalela mendedahkan pelbagai perkara berkaitan dengan SD sesuka hati dia seperti dia seorang Raja?

Km kata pekara biasa. Tak tahulah aku nak kelaskan KM ni dalam kelas manusia apa.

Apakah kerana Najib Perdana Menteri Malaysia tu kebetulan Presiden parti KM maka perkara biasa.

Persoalannya, siapa yang tak siuman ni....KM ke kita semua.....kalau kita terima logik KM

Cikgu Ngah said...

Salam saudara WZWH,

Sifir puak2 pembangkang ni pun amatlah senang juga. Segala yg buruk itu datangnya dari UMNO, yg baik datangnya daripada mereka. Bila tak ada orang Melayu yg dipilih dalam CEC DAP, Kit Siang kata ini semua salah UMNO yg sentiasa memfitnah DAP sebagai parti rasis Cina. Padahal, yg berkuasa memilih dan melantik ahli-ahli CEC itu adalah para perwakilan DAP. Adakah Kit Siang nak kata para perwakilan DAP masa nak mengundi itu dia ikut nasihat para pemimpin UMNO? Nyanyuk ke apa orang tua ini?

Bila ibu2 tunggal dan orang miskin di Selangor saman Kerajaan Negeri PKR utk dapatkan elaun dan bekalan air percuma yg dijanjikan dlm manifesto Pakatan Rakyat, Menteri Besar kata mereka ini perlu buktikan bahawa mereka telah undi Pakatan dalam PRU 12 dulu.

Adakah Kerajaan BN kata setiap penerima BR1M perlu buktikan yg dia dulu undi BN? Kalau kerajaan kata setiap kali nak dapatkan rawatan di hospital dan beli minyak RON 95 perlu tunjuk bukti undi BN dlm PRU, maka berkokoklah Saktongkol, Aspan, Amenoworld, Tukul Besi menuduh Kerajaan BN zalim dan kuku besi tak habis2.

Dalam isu Deepak ini pun nampak sangat buta perutnya puak2 pembangkang ni. Siapa saja yg entah datang dari mana buat tuduhan ke atas Perdana Menteri dan isteri, maka percakapan mereka ini dianggap sebagai 'gospel truth' - kebenaran yg hakiki. Walhal tak ada sebarang bukti kukuh pun yg dikemukakan. Bila timbul video seks Anwar Ibrahim, tiba-tiba mereka kata ini besi dan tak boleh jadi bukti. Tapi bila penguatkuasa Kerajaan PAS Kelantan saman dua orang lelaki yg kononnya buat 'tak senonoh' dlm kereta, Takiyuddin Hassan kata mereka ada video sebagai bukti. Kalau ini bukan hipokrit namanya, saya tak tahu lagilah nak panggil apa. Tidakkah ini munafik namanya?

Bila kamera AES dipasang, pembangkang tuduh kerajaan BN nak kayakan kroni, rompak rakyat. Tapi bila kerajaan PKR Selangor naikkan cukai pintu dan cukai tanah, mereka ini disanjung sebagai Robin Hood! Yg peliknya pada masa yg sama elaun ahli-ahli majlis PBT di Selangor dinaikkan ke RM 1500 sebulan. Memanglah malang nasib orang2 UMNO di Pahang yg jadi ahli majlis, cuma dapat RM 300 saja sebulan. Nampak gaya nak kena undi PKR lah lepas ni kalau nak cepat jadi kaya.

Kepada puak2 pembangkang, berhentilah jadi hipokrit ni. Sifat munafik ni kan satu dosa di sisi agama. Tapi tak apa lah. Nik Aziz boleh ampunkan dosa kamu semua. Wassalam.

Kampong man said...

Salam semua,

Ini bukanlah masanya bagi UMNO berpecah belah dengan theori deception lagi terutama apabila datangnya kelumpuk pro Mahasiswa yang telah lama graduate.Najib sebagai boss sahaja yang mesti 'call the shot' satelah berbincang dan mendengar pandangan rakan dalam Majlis Tertinggi.Mohy sudah berikrar malah semua ahli dan jentera parti sudah berikrar dan bersedia bagi menghadapi pilihanraya yang getir.Kepada rakan rakan yang mahukan parti mereka menang besar bharus bantu parti mereka bukan menimbulkan isu lapok tahun 1988 tahun 1997 yang tidak lagi relevan dihari ini.

KM bukanlah politician tetapi mengikuti apa yang berlaku.Pada KM DSAI adalah sepatutnya hanyalah tinggal SEJARAH dan sudah tidak sesuai lagi di lantik sebagai PM sekira dikatakanlah PR berjaya.Orang Melayu MESTI tolak DSAI, .Sebab apa ?.Tidak perlu lagi dibincangkan.Secara coincident Tun Dr Mahathir( Sri Perdama) , DSAI dan KM tinggal di satu tempat dan berjiran di Bukit Persekutuan (Federal Hill) limgkungan radius 1 km selama 16 tahun.Sudah pasti KM mengikuti perjalan politik mereka.Bagaimana KM tidak lupakan 13 May bagitulah juga rally REFORMASI disekitar Sri Perdana dulu.Huruhara !!

Didalam buku Tun 'DR IN THE HOUSE' Tun said :

" I may have made some mistakes in my tenure but in the case of Anuar( The sacking ) it is NOT " something to that effect.

KM bersimpati pada DSAI , setakat itu sajalah.Jangan hairan orang kuat PKR turut tidak lagi bersama beliau saperti Ezam Noor, Zulkifli Nordin, Zafrain,Chandra Mustafa,Zaid Ibrahim dan ramai lagi .Kenapa ? Tanya lah mereka .

Ingat lagi dengan fakta ini .PKR 1 kerusi( Permatang Pauh) di 2004 dan 31 kerusi 2008.Di 2013 yang pasti PKR akan kecundang teruk dan DAP yang dominant dalam PR dan PAS ada peningkatan sadikit .Dengarnya MB Pahang mahu sapu bersih semua parliman Pahang betul ke ? .Ini kita serahkan bulat bulat kepada pengundi Pahang.Enough said .

PKR is doomed dan tidak mungkin PAS mahukan Anuar sebagai PM.Tetapi Karpal Singh dan LGE mahukan Anuar pulak.Kecoh Karpal Singh ini .Dulu bencikan Anuar sekarang sayang pulak, macam macam,ghh janji DAP dictate.

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

"Sifir puak2 pembangkang ni pun amatlah senang juga. Segala yg buruk itu datangnya dari UMNO, yg baik datangnya daripada mereka."
...........
Cikgu Ngah tak tengok ke video-video yang dimuatkan siapakah kumpulan-kumpulan yang sering menganggu dan membuat huruhara di ceramah-ceramah Pakatan di serata negara. Terbaru insiden di Gombak tempohari.

Perhatikan bendera parti mana yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan ini? Kalau tak nampak, cikgu kena pi check mata kat hospital...kot-kot nak kena tambah power cermin mata tu. Juga supaya apabila membaca atau melihat apa-apa, nampak jelas, bukan kabur atau samar-samar.

"Bila tak ada orang Melayu yg dipilih dalam CEC DAP, Kit Siang kata ini semua salah UMNO yg sentiasa memfitnah DAP sebagai parti rasis Cina. Padahal, yg berkuasa memilih dan melantik ahli-ahli CEC itu adalah para perwakilan DAP. Adakah Kit Siang nak kata para perwakilan DAP masa nak mengundi itu dia ikut nasihat para pemimpin UMNO? Nyanyuk ke apa orang tua ini? "

.............

saya ada 2 komen mengenai apa yang cikgu tulis diatas.

Pertama, Utusan Malaysia, Berita harian, NSTP dan lain-lain saluran media yang dikuasai UMNO DOK JAJA DAP PARTI MELAYU KE SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN DULU?

Kedua, saya petik, jawapan dari komen seorang pembahas blog WZWH juga. Butiran komen disertakan

"Tajuk Posting WZWH - Sakmongkol AK47 Lambat Beritahu Lim Guan Eng Kelemahan Implementasi "Inclusiveness" - Ahad 16/12/2012

Anon December 16, 2012 11:35 PM

....Mengikut sesetengah pihak, di anggarkan terdapat lebih kurang 400,000 ahli UMNO Sabah yang terdiri dari BUMIPUTRA BUKAN ISLAM, majoritinya Kristian.

Jumlah keseluruhan ahli-ahli UMNO seluruh negara adalah lebih kurang 3.5 juta orang.

400,000 ribu ni adalah lebih kurang 11% dari jumlah keseluruhan ahli UMNO. Berapa peratuslah jumlah orang melayu yang menjadi ahli DAP?....ade sampai 20%?

Dengan keahlian seramai 400,000 orang ini terbit 2 persoalan:

a. Takkan tak ada seorangpun pemimpin dikalangan mereka yang layak dan melepasi kuota untuk bertanding merebut jawatan ahli MKT UMNO?

Sedangkan UMNO Sabah merupakan fixed deposit yang begitu berjasa kepada UMNO selama ini.

b. Dengan keahlian mencecah 11%, mengapa Presiden UMNO tidak menggunakan kuasanya melantik seorang dua wakil dari golongan ini menjawat ahli MKT yang dilantik bagi menunjukkan inclusivity dalam UMNO?

December 16, 2012 11:35 PM "

Cikgu tahu ke jumlah ahli UMNO bumiputra bukan Islam ( majoriti kristian) di Sabah 400,000 orang atau +- 11% dari keseluruhan ahli UMNO? Berapa orang wakil mereka dalam MKT?..Now, berapa peratus orang melayu menjadi ahli DAP...20%?


....bersambung

Zack

Anonymous said...

....sambungan

Cikgu Ngah kata,

"Bila ibu2 tunggal dan orang miskin di Selangor saman Kerajaan Negeri PKR utk dapatkan elaun dan bekalan air percuma yg dijanjikan dlm manifesto Pakatan Rakyat, Menteri Besar kata mereka ini perlu buktikan bahawa mereka telah undi Pakatan dalam PRU 12 dulu."

................

tuduhan cikgu " Menteri Besar kata mereka ini perlu buktikan bahawa mereka telah undi Pakatan dalam PRU 12 dulu." - perlu disertakan bukti kerana jika benar, bukan khayalan cikgu semata-mata, dah riuh statement ini dijaja.

Mengenai masalah ibu tunggal ini, saya sertakan jawapan oleh Exco negeri selangor lah..dia bagi angka-angka, cikgu pun kena lawan dengan faktalah - bukan dengan khayalan atau fantasi...

"SHAH ALAM, 14 DIS : Seramai 19,454 ibu tunggal di Selangor telah mendapat manfaat dan kemudahan daripada berbagai skim yang dimulakan Kerajaan Selangor antaranya bantuan kewangan dan program keusahawanan.

Mereka adala daripada 24,009 ibu tunggal yang disahkan layak menerima skim-skim tersebut, berdasarkan statistik yang dikeluarkan portal rasmi ibu tunggal, e-bu.selangor.

gov.

my sehingga November.

Daripada 24,009, sebanyak 75.01 peratus didominasi kaum Melayu, diikuti India seramai 6.5 peratus, Cina 3.3 peratus, Orang Asal 0.01 peratus, dan kaum lain 15.12 peratus.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknnologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Negeri komited dalam mengendalikan serta menawarkan pelbagai skim serta kemudahan kepada ibu tunggal yang tidak pernah diberikan Kerajaan Umno-BN sebelum ini.

Beliau berkata, skim itu antaranya ialah Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSel), Skim Mikrokredit Bandar (MiMBAR), Skim Mikrokredit Wanita Ladang (Wala), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKembar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

“Selain itu, ia turut merangkumi program Pemberdayaan Wanita Selangor menerusi Pusat Wanita Berdaya (PWB), program Pemberdayaan Ibu Tunggal SOHO Selangor (PET-SOHO-S), Skim wanita kerja dari rumah, Bantuan Am sebanyak RM250, Laman Dapur, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor dan Lembaga Zakat Selangor.

“Skim-skim yang ditawarkan adalah berkonsepkan mentor-mentee di mana seramai 19,454 ibu tunggal telah mendapat skim dan kemudahan yang ditawarkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, kesemua skim yang ditawarkan memberi peluang kepada ibu tunggal berpendapatan kurang RM1,500 mendapat kemudahan dengan hanya mendaftar.

Dalam pada itu, Rodzuah turut menyarankan mana-mana ibu tunggal yang layak tetapi belum menerima bantuan untuk merujuk kepada Kerajaan Negeri.

“Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersifat terbuka terhadap kritikan dan bersedia mendengar idea yang bernas dan konstruktif kerana Kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Berkaitan saman terhadap Kerajaan Selangor oleh pihak yang berkenaan, segalanya akan dijawab di dalam mahkamah. Penegasan lengkap dan menyeluruh akan dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor sebaik ketetapan mahkamah diperolehi,” katanya lagi. -selangorku "

Jangan pulak cikgu kata angka-angka rasmi dari kerajaan Selangor ni tipu pulak. Sebabnya senang, orang pun boleh kata, angka-angka yang dikeluarkan oleh kerajaan yang didokong oleh parti cikgu jugak tipu!...xselesai masaalah.

...bersambung

zack

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

....bersambung

Cikgu Ngah bertanya siapa Deepak.

agaknya Deepak ni orang DAP kot, cikgu!Amat malang dan sedih cikgu melihat tidak memahami implikasi isu ini kepada negara dan hanya melihat isu tuduhan Deepak ini dari kacamata seorang yang taksub banget dengan politik kepartian.

Cikgu kena ingat, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. PM kepada 29 juta rakyat bukan hanya PM Malaysia kepada 3.5 juta ahli UMNO sahaja. Implikasinya bukan sahaja buruk di mata dunia malah memberi kesan kepada penilaian para pelabur-pelabur untuk melihat Malaysia sebagai destinasi pelaburan.

Cikgu pun tahukan, bagaimana teruknya FDI yang masuk ke negara kita, hatta Vietnam berjaya menarik FDI yang lebih banyak dari negara kita dalam 2/3 tahun lepas. Tetapi cikgu sengaja membutakan mata kepada kesan lebih besar kepada negara.

Kesan tuduhan Deepak ini lebih besar daripada kesan isu video sex Anwar atau Chua Soi Lek ( Cikgu pura-pura buta mengenai isu video CSL ni). Najib adalah PM Malaysia....sedangkan Anwar dan Chua Soi Lek adalah pemimpin parti politik tempatan sahaja. Mereka bukan berurusan dengan negara-negara luar sebagai ketua kerajaan!

CIKGU PAHAM KE APA TUDUHAN DEEPAK KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA NI? APAKAH RAKYAT MALAYSIA YANG SELAIN DARI AHLI UMNO( jumlah mereka 25.5 juta!) TIDAK MEMPUNYAI HAK UNTUK MEMINTA SATU SIASATAN UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA PERDANA MENTERI MEREKA?

Sebut cerita video seks Anwar ini, kita juga kena lihat juga isu video seks CSL. Layanan yang sama perlu diberi...tetapi adakah begitu? Video Anwar disiasat menggunakan undang-undang sivil, cikgu( bukan shariah)....mengapa video seks CSL tidak dibuat siasatan dan disensasikan seperti video Anwar?

jadi, soal video ni menunjukkan ketaksuban kepartian terlampau di pihak cikgu....dengan kata lain, sikap cikgu ini adalah sikap yang ekstrim( ekstrim ertinya melampau!) tanpa cikgu sedari...

kata orang yang waras, ketaksuban kepada parti politik bukan tiket ke syurga, baik PAS atau UMNO atau PKR. DAP, MCA, MIC DLL tu tak masuk kira le....ke depa pun boleh masuk syurga sebab sokong UMNO, cikgu?

Cikgu Ngah juga membangkitkan isu AES. Sebahagian rakyat tidak membantah AES. Yang dibantah adalah cara perlaksanaannya.

Antara yang tidak bersetuju dengan cara perlaksanaan AES yang ada sekarang ialah DATO A.KADIR JASIN....cikgu tentu kenalkan. Beliau berpendapat bahawa isu penguatkuasaan undang-undang yang menjadi tanggungjawab asas kerajaan tidak patut diserahkan kepada pihak swasta.

Logiknya begini, pada fahaman saya. Wajarkah tugas dan fungsi PDRM dikontrakkan oleh kerajaan kepada pihak swasta?

jadi, cikgu pi la kat blog beliau dengan membawa hujah-hujah cikgu kat sana. alamat blog dia ialah www.kadirjasin.blogspot.com

Zack

Anonymous said...

Zack,

That was a mouthful and a lot of thoughts .I too can write by pages on end what BN and PR contributions thus far.You are easy in DAP malay blogs and praise them like hell the bloggers and the commentators there.Too bad we the pro gomen people cannot get a chance to defend ourselves there just because we are pro gomen.Reza had a point but everyone hits at him so was Batu Ronson and even Kampong man the reasonble guy was harrased by the fools there.Now you are brainwashing us here the Jerantut people with your supposedly logical thought.Come on babe Zack it is all propaganda.Just get the hell out of here be where you should be in those frustrated and unwanted malays DAP blogs.Your tricks wont work and it is irritating to say the least.

Anak Felda

Anonymous said...

Anak Felda,

Tak ada masaalah jika sdra berbuat demikian. Malah dialu-alukan. point yang penting ialah ia berasaskan fakta, bukan khayalan atau persepsi sempit yang jika difikir sedikt mendalam adalah hujahan yang remeh temeh. ini yang saya, sebagai pendatang baru di blog ini, bersama-sama dengan Anon 5:05 cuba ketengahkan.

Sebenarnya perbahasan yang berfakta, logikal dan mampu bertahan apabila dibahaskan sepatutnya digalakkan. Bukan khayalan atau fantasi yang apabila dibahas dengan lebih dalam, menunjukkan kelemahan hujah, tidak logikal dan lebih kepada emosional dari kebenaran.

Soal menyokong mana-mana parti politik yang sah dan berdaftar adalah hak setiap individu yang menjadi rakyat di negara ini yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Dari hujahan sdra, seolah-olah sesiapa yang menjadi ahli atau menyokong selain dari UMNO tidak mempunyai locus standi untuk berbicara dan menyatakan pendapat dan pendirian di negara ini. Hak untuk mempropaganda, menuduh orang lain dsb hanya menjadi hak ahli-ahli UMNO yang berjumalah 3.5 juta orang sahaja. Rakyat lain yang majoriti ia itu seramai 25.5 juta tidak mempunyai hak itu!

Biaq betul, anak felda....ada ke syarat ini di sebut dalam Perlembagaan Malaysia?


Saya tidak mempertikaikan sdra menggunakan bahasa Inggeris walaupun saya juga mampu. saya menghormati hak sdra. Gunalah bahasa apapun jika kita mampu menjelaskan maksud pemikiran kita.

Kehebatan seseorang terletak pada banyak perkara-perkara lain dan bahasa adalah salah satu je.Jangan konpius....

Zack

Anonymous said...

Anak Felda
You are a typical UMNO supporter. When you cannot rebutt Zack's argument in a factual intelligent discourse you say it is propoganda. Zack's arguments are backed by figures and we welcome your thoughts if you think otherwise. Enlighten us, with facts of course. You don't chase away your opponents in a healthy debate just because you are losing.

You wouldn't want to be called a sore loser, would you?

Ash Wednesday

Anonymous said...

Jgn jadi bodoh. Itu pertikian pendapat dan keluhuran seorang jiwa anak bangsa Tanah Melayu. Syabas Zam. Jika nak pertikaikan nak mainkan isu penting katakan pemimpin pasiqun lagi tarak guna. Hatta pemimpin fuckatan lagi hebat dari segalanya. Jika punaisiat gemarkan "lubang jubur n "p""i" ini akan beriringan diantara mereka. Contoh di dakwa sebuah negeri serambi mekah seorang didewakan bergelar ularmak @ pukimark telah sanggup mengorbankan tanah seluas lebihkurang 10,000+++ demi menjaga maruah parti isle ditambah pula sewaktu menjadi mb telah memberikan kepemilikan tanah selama hampir 1,000tahun, apakah maknanya semua ini?. Bermula negeri untuk digadai dan diikuti kepada negara. Kow semua lihatlah bukti samada jelas dan nyata. Cuba bayangkan jika puak2 haramjadah ni berkuasa, anak bini, samada anak jantan anak betina, haiwan termasuk babi dan anjing akan dihalakan untuk dikerjakan.

Sapa2 bijak tolong jawab dengan fkta...

Banir, lama tak berbicara, berminat melihat kelemahan sendiri.

Anonymous said...

Anak Felda,

" Jika punaisiat gemarkan lubang jubur n "p""i"

"...bergelar ularmak @ pukimark..."

Inikah yang sdra maksudkan cara berhujah berfakta dan kebenaran?

Agak-agak ini proganda parti lawan kot?

Camne sdra nak pertahankan perbuatan sebegini berdasarkan komen sdra kepada komen saya diatas?....silakan!

Zack

Anonymous said...

Zack,

I am not answerable to you and do i need to answer you?.Who the hell are you.Cik gu Ngah too do not have to answer to you.I read you.You are but a pr rat.

Anak Felda

Anonymous said...

Jgn jadi bodoh aku katakan aku melihat kelemahan sendiri. Jawap dgn fakta hujah aku...

Banir...

Anonymous said...

Anak Felda,

my advice to u is "please refer to ASh Wednesday's comment above!

Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai!...dok dendiam je!

Zack

Anonymous said...

Nape lak nak bagi alasan dan sandarkan kepada mentaliti yg rendah didakwa penulisan dialah paling hebat. Dalam kandang singa boleh jadi raja singa, dalam laut boleh jadi jong segala jong, dalam sungai boleh jadi buaya naga. Jika berdolak dalik "Jahui disambar petir".

Banir,.. WanauzubiLlah.

Anonymous said...

Banir,

Kalau dgn mencarut kamu rasa hebat, kalau dgn caci maki kamu rasa gah dan dgn berkata2 tanpa bukti kamu berasa bangga, teruskanlah...

Ini adalah sebahagian drp kitab2 demokrasi yg kamu telah khatam secara bertalaqi dgn tok2 guru UMNO kamu.. teruskalah..ini hak kamu.

Zack dan kami semua tak marah pun...cuma kami sikit kesal dgn cara kamu berfikir.. Betulah kata Mat Periba yg otak kamu telah dibonsaikan...

Maaf..

Jom solat Zuhur...masuk dah ni

Anonymous said...

Jika nak berludah @ burhujah menerusi tetingkap maya jangan cari alasan dan sandarkan kepada ramai pihak. Aku tak berminat berkongsi ilmu songsang dengan tiada sebarang bukti dengan pemikiran seorang ”otak udang”. Umpil disitu sini jadi satu cerpen dan diadaptasikan ke sebuah buku dan di novelkan. Gilalah cerita itu. Radiasi fakta itu yang dimahukan. Tapi, pengecut, masih belum menjawab yang diperjuangkan!!!

- 1.16 sepatutnya dah berada di Masjid. Solat sunat tahayutul masjid/wudhu, solat sunat zuhur, solat sunat qobliah zuhur, dan sebagainya. Bukan hanya mengajak orang bersolat zohor. Time kasihlah aku bari balik dari masjid.
Banir,.. aku menyokong membangkang tapi bukan membontot pembangkang.

Kampong man said...

Salam semua,

Apa benda semua ini.Kita pun tidak pernah jumpa hanya dilaman cyber sahaja. Kadang kadang kata kata kita membuakan ada hati yang tidak senang.Anda bermain di laman BN pasti lah anda kena tapi tak lah seteruk puak puak pro gomen di blog Pro PR sana.

Tak percaya lihat bagimana KM kena belasah di blog Pirates dengan bodoh, bangang , asshole, shit ,moron ...bla bla..itu KM tahu datang dari pencacai PR dari blog bro Sakmongkol dan Aspan .Mereka semuanya melayu.@ gheng lama dia melayu dari PAS kan ? Dalam terlampau excited hendakkan PAS menang he loose his head dan kadang kadang dia beremosi sikit .KM tidak mudah melatah dengan kanak kanak macam ni.

"Lama hidup banyak dirasa , Jauh perjalaban banyak pandangan " arwah datok selalu berkata.Maalumlah orang kampong.

Jadi betul lah kata Zack kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi laut.Secara kebetulan ada pula anak saudara meninggal di Kampong baru zohor ni.Rumah kampong kami benar pun ditepi laut, di Melaka Sungai Linggi.Aksn balik ke kampong sekejap lagi.

Yang baiknya, write what you want to write and be dammed macam A .Kadir Yasin .

Maaf nak cakaplah.Kadang kadang ramai kami yang cuba juga mahu rationalise kan isu di blog PR,ceritanya sama dan lagi teruk. Kesiankanlah budak Reza Zainal( blog Aspan) dan Kampong man (blog pirates)sikit.Ada tuan tuan kisah to put sense into those bias comments ? Because we are just a nuisance in those blogs right ?

Jadi KM setujulah dengan cerita gelombang dan rumah tepi laut tu.KM bagi fakta apa pun kena maki juga BUT sebagai orang lama semua ini tidak akan memberi kesan pada hati,jiwa dan diri, insyaallah.Anda dengan perjuangan parti anda kami tetap dengan perjuangan parti kami UMNO dulu kini dan selamanya.Mana yang tidak baik kami ingin memperbaikinya dari dalam bukan lari bertukar perjuangan kerana kechewa dsb nya Salam.

@ Blog Wan dan blog Pirates tidak ada lembaga cencorship saperti FINAS.Speak your mind and be dammed.Blog DAP Sakmongkol dan bro Aspan kena tapis dulu.Mana QD agaknya menghilangkan diri.Uncle dia kesaorangan kena brladah kaw kaw kata anon 5.05.Maaf, sekira terkasar sikit.

Che Gu Ngah said...


Salam saudara WZWH. Izinkanlah saya jawab sedikit atas pandangan seorang pembahas blog ini yg bernama Zack.

Pertama saya nak ucap terima kasih lah pada Saudara Zack atas jawapan yg panjang lebar itu. Memandangkan saudara adalah orang yg suka berbahas cara intelektual, maka saya hormatlah pandangan saudara dan saya harap saudara bacalah pula pandangan dua sen saya ini.

Saudara kata puak2 UMNO selalu membuat kacau dan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat di sana sini. Buktinya adalah bendera yg kumpulan pengacau ini bawa dan video2 yg dimuatnaik oleh blog2 pembangkang.

Saya nak pula tanya saudara, apakah saudara tak melihat keganasan dan kekacauan yg puak2 saudara timbulkan masa BERSIH 3.0 dulu? Adakah itu suatu yg bertamadun dan bermoral? Mana dia orang yg saudara semua dakwa berada di bawah kereta polis yg diterbalikkan itu? Apakah dia telah diangkat ke langit macam Nabi Isa? Kalau saudara berhak utk dakwa video2 pembangkang adalah benar, maka saya juga berhak nak kata video keganasan pembangkang dlm BERSIH 3.0 adalah benar belaka.

Saudara hanya nampak kebenaran jika ianya ditunjukkan oleh puak saudara sahaja. Tapi bila bukti dikemukakan oleh kerajaan dan UMNO, maka ianya adalah penipuan belaka. Ini bukan satu cara utk menilai secara adil dan bijaksana.

Saudara tanya saya adakah media2 UMNO telah menjaja DAP sebagai parti Melayu selama ini? Jawapannya tentulah tidak. DAP ialah parti perkauman cina. Memang itulah hakikat yg kami cuba tonjolkan selama ini. Cuma saudara dan puak2 Saktongkol Towkey Besi Kuari, Balak LKPP sahaja yg nampak DAP itu sbg a multi racial party. Kami cuma nak menunjukkan pada rakyat siapa sebenarnya DAP. Dan setelah keputusan pemilihan baru-baru ini, maka benarlah segala tuduhan kami selama ini.

Saudara kata ada seramai 400,000 ahli2 UMNO yg berketurunan peribumi Sabah yg tidak beragama Islam dan mereka ini membentuk 11% ahli-ahli UMNO. Mereka ini tidak diwakili dlm MKT UMNO. Saya nak tanya di mana saudara dapat fakta ini? Adakah saudara kenal manusia yg bernama Datuk John Ghani? Kalau saudara nak tahu dia adalah seorang Ketua Bahagian UMNO di Sabah dan dia berketurunan peribumi dan bukan beragama Islam. Sekurang-kurangnya ahli-ahli MKT UMNO dipilih menerusi proses pemilihan yg demokratik dan sah dlm perhimpunan agung. Setiap jawatan daripada Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Pemuda, Wanita, Puteri, sampailah ahli-ahli MKT dipertandingkan. Adakah DAP buat begitu? Pemilihan DAP adalah pemilihan 'ala kongsi gelap'. Perwakilan pilih ahli CEC dan lepas itu barulah puak2 Lim, Singh dan Ngeh bersaudara bermesyuarat sesama sendiri utk tentukan siapa jd Setiausaha Agung, Pengerusi dan sebagainya. Inikah demokrasi? Hebat sangatkah Guan Eng dan adakah hanya dia saja yg layak jadi Setiausaha Agung? Kalau jawatan itu dipertandingkan adakah dia berani guarantee dia akan menang? Sebenarnya dia adalah manusia pengecut yg berselindung di sebalik bapanya sendiri.

Saya akan cuba jawab tuduhan2 saudara yg lain itu secara beransur-ansur. Wassalam.

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

Terima kasih atas respond cikgu. dari beberapa isu yang cikgu timbulkan sebelum ini, saya telah menjawab beberapa isu. nampaknya cikgu berpuashati dengan pandangan saya mengenai ibu tunggal dan AES. terima kasih cikgu.

kali ini cikgu menyambung hujah dengan membawa isu keganasan semasa Bersih 3.0 sebagai isu pertama.

dalam isu bukti saya untuk melihat video-video ganguan ceramah oleh sebuah parti keatas ceramah Pakatan rasanya cikgu dapat menerimanya kerana cikgu membawa hujah sambungan dengan mengaitkan Bersih 3.0

Sebelum itu, saya pasti cikgu telah mengetahui keputusan saman YB Sahuddin Ayub dan YB Mahfuz Omar yan diber ganti rugi RM 70k kerana ditangkap oleh polis semasa Bersih 2.0. Bersih 2.0 diisytiharkan haram oleh kerajaan. Keputusan mahkamah itu menyesahkan sebaliknya. sila ujuk penghakiman Hakim kes tersebut.

tanpa memulakan semula perbincangan mengenai Bersih 3.0 sekali lagi, video-video yang menunjukkan keganasan kedua-dua belah pihak banyak telah disiarkan. Cikgu membangkitkan video menterbalikkan kereta. Ok...benar, saya akui menonton video itu.

Bagaimana dengan video polis-polis membelasah pendemo-pendemo atau yang mengacu pistol kepada orang awam? Cikgu ada tengok ke?

Sekarang ini terdapat 2 badan sedang menyiasat apa yang berlaku semasa Bersih 3.0. Satu badan khas yang ditubuhkan oleh kerajaan yang dipengerusikan oleh tun Haniff Omar. Dan satu lagi yang dijalankan oleh SUHAKAM. Cikgu, SUHAKAM ditubuhkan oleh kerajaan dibawah satu aktau tau....bukan yang ditubuhkan oleh pembangkang!

Dalam soal Bersih 3.0 ni saya minta "Gencatan Senjata " sehingga kedua-dua Badan Menyiasat ini selesai dan megeluarkan laporan. Baru kita bincang balik.

Kalau tidak, kita dua orang nampak kurang cerdik, dok masing-masing nak menegak benang basah!...Setuju?

saya jawap pasal DAP rasis dan pasal 400,000 ahli UMNO bukan Islam kat sabah dalam posting berikut, tak nak panjang.

Zack

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

DAP PART RASIS

Cikgu yang komplen, saya paste statement cikgu: B....., Kit Siang kata ini semua salah UMNO yg sentiasa memfitnah DAP sebagai parti rasis Cina".

Saya dah jawab melalui pertanyaan :"Pertama, Utusan Malaysia, Berita harian, NSTP dan lain-lain saluran media yang dikuasai UMNO DOK JAJA DAP PARTI MELAYU KE SEJAK BERPULUH-PULUH TAHUN DULU?"

Sebelum saya lanjutkan, saya ingin jelaskan bahawa saya bukan ahli mana-mana parti politik dan berpendirian neutral. saya adalah ahli mana-mana kumpulan yang menentang ketaksuban membabi buta politik kepartian dikalangan orang melayu yang meletakkan parti politik melebihi ugama kita, Islam!....faham betul2....

Apakah bukti DAP parti rasis pada pandangan cikgu. Cikgu perlu menjelaskan dengan lebih terang maksud cikgu? Apakah dinyatakan dalam perlembagaan parti tersebut...atau apa?

Mengapa saya bertanya begitu. Secara logiknya kita kena tengok perlembagaan dan dasar-dasar sesuatu parti dahulu sebagai langkah pertama.

Pertayaan saya, apakah dasar dan perlembagaan MCA dan MIC? Sebuah parti "multi-racial" atau parti berbentuk perkauman?

Setakat tu dulu bab ni. Sambung jap lagi.

Zack



Che Gu Ngah said...


Salam Saudara WZWH. Izinkan saya sambung balik jawapan saya pada saudara Zack.

Dalam isu DAP parti yg rasis, saya rasa sama saudara memang seorang yg buta hati atau pun buta tuli bila mana saudara gagal mengadili dan menghakimi segala tindak tanduk parti DAP selama ini yg jelas bersikap rasis. Parti itu mendakwa diri sbg parti yg multi racial, tapi segala tindak tanduknya hanya menguntungkan satu-satu kaum sahaja. Tak perlulah cakap fasal perlembagaan parti dan sebagainya. Perlembagaan parti itu tidak memberi apa2 makna bila tindakan yg diambil para pemimpin mereka bertentangan dengan perlembagaan parti itu sendiri. Kenapa orang Melayu dilabel sebagai bangsa yg korup semata-mata kerana Melayu mendominasi perkhidmatan awam? Kenapa dasar2 kerajaan P. Pinang mengutamakan pembinaan rumah2 mewah yg jelas tak mampu dimiliki oleh orang2 Melayu? Saudara juga tak boleh jawab kenapa perwakilan DAP yg majoritinya berbangsa cina tak mahu undi calon berbangsa Melayu ke dalam CEC.

Tak perlulah saudara nak kaitkan MCA dan MIC dalam hal ini. Memang jelas UMNO, MCA dan MIC adalah race-based party. Tak pernah kami cuba nak jadi sumpah2 yg dlm hal ini. Setiap parti memang mewakili hak dan kepentingan kaum masing2 tapi kami bekerjasama menerusi pakatan Barisan Nasional utk mewujudkan keharmonian dan kestabilan di Malaysia. Saudara juga tak perlulah nak tuduh orang lain sebagai taksub. Saudara sendiri jelas taksub dengan pandangan saudara sendiri.

Che Gu Ngah said...

Dalam isu ibu tunggal ni, saya juga boleh list perkara2 yg telah Kerajaan BN buat sejak dulu lagi utk bantu golongan ini. Daripada Amanah Ikhtiar, TEKUN hinggalah kepada KARISMA dan Program 1 Azam, semuanya diadakan untuk membantu kaum wanita dan ibu tunggal utk mengangkat taraf ekonomi mereka. Program Karisma contohnya memberikan bantuan barangan bernilai RM 3000 - RM 5O00 utk golongan peniaga wanita dan ibu tunggal. Itu belum saya cerita lagi kisah pemimpin BN yg beri bantuan mengikut case2 tertentu. Saya sendiri secara peribadi pernah membawa seorang ibu tunggal yg tak memiliki rumah untuk jumpa MB Pahang dan berkat pertolongan beliau, ibu tunggal itu kini sudah pun menetap di rumah milik pangsa milik Kerajaan Negeri. Mungkin saudara akan kata saya tipu, jadi saya boleh perkenalkan saudara kepada ibu tunggal ini bila2 masa sahaja.

Saya jg tak nak pertikailah fakta2 yg saudara telah bagi berkenaan dgn program2 yg dibuat oleh K'jaan Selangor itu. Baguslah, untung para ibu tunggal di Selangor. Jadi, apalah susahnya bagi K'jaan Selangor nak bagi bantuan RM 100 tiap2 bulan seperti yg telah dijanjikan tu? Itu janji Pakatan sendiri, bukan janji BN. Kalau boleh bagi bantuan2 yg lain, tunaikan sahajalah janji yg ini. Habis cerita. Tak payahlah saya nak tengok muka Shohaimi Shahadan dan lawyer Kamarudin Ahmad keluar TV3 hari2. Potong sikit elaun ahli majlis yg ribu2 tu, takkan tak boleh kut?

Che Gu Ngah said...


Saya juga nak ucapkan terima kasih lah atas sokongan saudara pada penguatkuasaan undang2 jalan raya. Kalau begitu lah pendiriannya, kenapa nak bantah AES? AES hanyalah salah satu cara yg dpt meningkatkan lagi kecekapan dlm penguatkuasaan undang2 di jln raya. Isu nya bukan soal penswastaan undang2. Syarikat Beta Tegap itu tak ada hak nak keluarkan saman. Kerja dia cuma tangkap gambar saja. Semua gambar diserah pada JPJ. Yg keluar saman ialah pihak JPJ. Kalau kamera AES tangkap gambar kereta saudara pada kelajuan 100 KM/H di highway, adakah saudara akan kena saman? Bodohlah JPJ kalau menyaman saudara, betul tak? Pokoknya bawa lah kereta ikut peraturan dan had laju yg ditetapkan. Kalau ikut peraturan, tak payahlah takut pada AES tu. Lagi pun kerajaan bukannya sembunyikan kamera tu. Segala macam papan tanda amaran dah dipasang. Iklan di surat khabar pun dah dibuat. Segala ceruk lokasi AES pun rakyat dah tahu. Jadi di lokasi2 tu, bawalah kereta elok2. Jiwa selamat, poket pun tak rabak.

Che Gu Ngah said...

Isu tuduhan Deepak pada Perdana Menteri. Saya nak tanya saudara satu sajalah. Kalau Deepak dan Anwar Ibrahim betul2 ada bukti kukuh, apa fasal tak buat report secara rasmi pada pihak yg berkenaan. Panggil segala mak nenek media Malaysia dan antarabangsa, lepas tu pergi ramai2 ke balai polis ataupun pejabat SPRM utk failkan satu pertuduhan rasmi. Apa fasal nak siar kat blog pula. Ini sikap orang yg pengecut namanya. Saudara juga kata tuduhan ke atas Perdana Menteri tak sama implikasinya seperti tuduhan2 ke atas Anwar Ibrahim, kerana Anwar hanyalah seorang pemimpin parti? Kalau macam itu senanglah hidup Anwar. Kalau lepas ini ada video dia meliwat saudara Zack timbul, maka Anwar akan kata, "isu ini tak penting, saya bukan Perdana Menteri", begitu? Semua pemimpin politik bertanggungjawab utk membuktikan kebersihan moral mereka kpd masyarakat dan rakyat, tak kiralah kerajaan atau pembangkang. Sekurang-kurangnya Najib dan berkali-kali bersumpah di masjid menafikan penglibatannya dalam isu Altantuya. Anwar tak berani nak angkat sumpah di mahkamah pun. Kenapa pula saudara nak kaitkan isu Chua Soi Lek dalam hal ini? Dia dah pun mengaku dan dia dah pun letak jawatan sbg menteri. Dia bukannya bacul mcm Anwar yg mendakwa 'muka sama mcm saya, tapi perut bukan perut saya'. Saya juga nak tegaskan bhw ketaksuban pada mana parti politik memang tak boleh jadi tiket ke syurga. Oleh itu silalah saudara sampaikan hal ini pada Nik Aziz dan Hadi Awang ya. Tak perlulah depa nak terpekik terlolong di stadium utk doakan kehancuran sesama Islam kerana lebih baik doa itu digunakan utk meminta kebaikan dan rahmat buat seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia. Wassalam.

Anonymous said...

Dah ku katakan!!!. Jangan jadi kera melompat tak nak bagi pokok bergoyang. Bergendang bertetawak kemudian menari berentak sendiri. Bersiul berdendang berangan sendiri. Apakah perlu bertingkah, cuma hanyalah syok dan siotlah puak2 awak. Fakta tu Najib Razak tak heran langsung. Hadi memberang pun tak lihat. N Ajis muhsyidul tak meroyan pon. Anwaq mungkin tergila2 sebab punai dah lama tak merotan...

Anonymous said...

Saya sedang menunggu Anon 5:05 dan Kampung Man memberi komen pula...mana mereka???

Berdasarkan hujah2 yg diberi oleh kedua2 pembahas Zack dan Che'gu Ngah saya meletakkan Zack jauh kehadapan VS Che'gu Ngah umpama pasukan bola sepak Thailand mewakili Zack (3) dan M'sia mewakili Che'gu Ngah (1)....maaf Che'gu. Hujah anda bertaraf STPM shj...

Saya minta Che'gu mengemukan hujah yg lebih kongkrit bertaraf thesis dan bukan hipothesis...

Saya rasa nak tergelak juga apabila Che'gu menyebut bahawa seorang janda telah 'diselamatkan' oleh Che'gu drp duduk dibawah atap nipah setelah bertemu MB. 'Ketawa' disebabkan betapa MB bertaraf ketua eksekutif (CEO) terpaksa menggunakan khidmat guru pencen untuk menyelamatkan seorang janda...mana pergi pegawai2 Jab Kebajikan, mana pergi Tok4 & Tok Penghulu. Tak kerja ke para2 ADUN UMNO...kan ADUN2 std UMNO suka jadi mak bidan..takkan tak perasan ada janda yg tak berumah...


Mat Periba

Che Gu Ngah said...


Saudara Mat Periba,

Tak apalah kalau hujah saya itu bertaraf STPM sahaja. Saya tak kisah itu semua. Kalau saudara dan juga Zack mampu berhujah taraf Sarjana mahupun PhD, maka silalah jawab hujah2 STPM yg saya kemukakan itu. Itu sahaja.

Mungkin kalau saudara jadi Menteri Besar maka saudara rasa bukan taraf saudara utk selesaikan soal masalah rumah seorang mak janda. Tapi itulah Dato Sri Diraja Adnan Yaakob. Beliau sudi mendengar dan berjumpa dgn seorang rakyat biasa yg di dalam kesusahan. Mungkin Saudara Mat Periba duduk dalam rumah banglo, maka saudara tak rasa kegembiraan ibu tunggal berkenaan yg dapat rumah baru yg selesa setelah dibantu oleh Menteri Besar Pahang. Untuk makluman saya membawa beliau berjumpa MB itu sbg last resort kerana setelah permohonan rumah beliau itu tertangguh berbulan lamanya di Pejabat SUK sendiri. Setelah berjumpa MB, tak sampai 2 minggu masalah beliau selesai.

Kalau Zack atau Mat Periba jadi Menteri Besar atau Perdana Menteri, jangan beranganlah kita rakyat biasa ni nak berjumpa dgn mereka. Cikgu2 pun kalau setakat lulusan STPM mereka pandang sebelah mata sahaja. Kalau mak janda apatah lagi.

Wassalam.

Anonymous said...

Che'gu Ngah,

Bukan saya nak memperlekehkan usaha Che'gu (semoga Allah SWT memberkati usaha Che'gu ini) namun saya berpandangan bahawa peranan MB seharusnaya jauh lebih besar..mengerakkan segala institusi bagi mempastikan segala strategi dan inisiatif2 pembangunan dapat berfungsi dgn lebih baik..

Seorang MB mesti memandang dari sudut yg lebih tinggi, paling tidak umpama melihat dari atas sebuah setalite bukan sekadar melihat dari puncak bangunan...baru boleh nampak apa yg berlaku keatas negeri yg dipimpinnya. Kalau tidak isu seperti hutan simpan dikawasan tadahan air Selendang (Taman Negara Endau Rompin) yg digondolkan oleh makhluk yg 'tidak berhati perut' akan terus berlaku.....

Che Gu Ngah said...


Untuk makluman saudara Mat Periba, Menteri Besar Pahang tak kenal saya dan saya juga tak kenal dia. Pertemuan antara saya dengan beliau itu juga bukanlah satu pertemuan rasmi yg berlangsung di pejabatnya. Pertemuan yg hanya memakan masa lima minit ini berlaku ketika beliau menghadiri jamuan hari raya UMNO di Lipis dahulu. Saya mengambil kesempatan bertemu dgn beliau dan membawa ibu tunggal berkenaan dan meminta ibu tunggal itu sendiri menjelaskan segala permasalahan yg dihadapi olehnya kepada Menteri Besar. Menteri Besar melayan kami dgn sangat baik dan pertemuan yg amat singkat itu telah menyelesaikan masalah ibu tunggal itu yg telah berlanjutan berbulan-bulan lamanya.

Tidakkah ini bukti bahawa Dato Sri Diraja Adnan adalah seorang pemimpin yg mesra, jujur, komited, ikhlas dan mudah didampingi oleh setiap lapisan rakyat? Beliau bukanlah samseng seperti yg dimomok-momokkan pembangkang. Malah Sakmongkol sendiri selalu memuji Adnan dalam blognya dan tak pernah sekali pun dia mengkritik Adnan. Untuk makluman Sakmongkol dapat lombong besi, kuari dan kawasan balak LKPP. Maka mungkin dia ada sebab tersendiri tidak mengkritik Adnan. Tapi saya tak ada sebarang kepentingan peribadi bila saya memuji kepimpinan beliau. Bak kata Mat Periba 'saya hanyalah seorang cikgu berkelulusan SPTM'.

Kalau dlm soal mikro seperti ini Adnan hanya mengambil masa lima utk menyelesaikannya maka saya percaya beliau juga mempunyai kemampuan utk melihat 'dari sudut yg lebih tinggi', to look at the bigger picture dan menyelesaikan isu2 yg makro. Kelemahan2 yg berlaku dlm isu2 penguatkuasaan tanah di Cameron Highlands dan lain2 bukanlah salahnya secara peribadi tapi kelemahan jentera pentadbiran kerajaan negeri. Saya fikir Adnan tentu maklum hal ini dan beliau juga berusaha mengatasinya.

Sampai bila-bila pun saya lebih rela bermenteri besarkan Adnan daripada Guan Eng, Azizan Razak, Nik Aziz, Khalid Ibrahim mahupun Tuan Ibrahim Tuan Man. Wassalam.

Anonymous said...

Che'gu Ngah,

Che'gu tak perlu berasa hati sangat apabila saya menyatakan pendapat Che'gu bertaraf STPM. Bandingkan pula bagaimana PM sendiri menggunakan perkatan 'haramjadah' keatas peneroka yg mempertikaikan kewajaran kerja2 listing FGV ke Bursa M'sia. Adakah para2 peneroka terlalu bodoh dan hodoh sangat sehingga di'carut'kan sebagini rupa...

Dalam isu ini, sebagai negara demokrasi sepatutnya para peneroka diberi hak juga untuk bersuara.

Che'gu,

Sekali lagi saya nak sentuh pasal peranan MB. Jika MB tahu peranannya, beliau tidak perlu menyelesaikan sendiri masalah seorang janda tidak berumah. Serah saja masalah tsb kpd ADUN2 yg terlibat utk menyelesaiknya, habis cerita...

Isu yg lebih besar yg beliau patut beri keutamaan yg berkaitan dgn perumahan ialah seperti isu projek rumah kos rendah yg terbengkalai seperti projek perumahan awam kos rendah Taman Jayadiri Dua di Chenor, Maran Pahang ini masih belum siap selepas 12 tahun....


Kampong man said...

Salam semua terutama kepada Cik gu Ngah dan sdr Zack,
Syabas,pandangan berbeza yang baik dan bernas.
Maaf ,tidak dapat hendak berceloteh kerana baru balik dari Melaka menghadiri perkebumian anak saudara di kampong.

KM tidak setuju apabila Mat Periba melabelkan pemikiran Cik Gu Ngah bertaraf STPM.KM kagum dengan banyak fakta yang kita semua pelajari dari forum ini dari kedua pihak.Cuma apa yang KM tidak setuju ialah bagaiman NEUTRAL pun Zack beliau tetap mempertahankan PR(DAP,PKR,PAS) ini KM establish baik diblog WZWH mahupun di blog bro Aspan ,komen Reza Zaianal dan dino kenapa tidak yang lain apa mereka tidak taksub ?.Kecenderongan Zack adalah hanya berhujah against anything UMNO/BN kerana TIDAK pernah saya terbaca Zack berhujah menentang dengan sesiapa pun penyokong PR yang taksub.Bro Sakmonglol dan bro Aspan TAKSUB bangat (bahasa Habibie)dengan DAP mereka sampai menjadi gila MERENDAHKAN Najib,Mahathir dan apa juga UMNO.Mungkin KM terlepas pandang .Sila Zack beri reference diblog mana dan artikal apa,ok. Just for reference to convince myself that hey KM you are not right here that Zack adalah sangat NEUTRAL sama macam rakan KM anon 5.05 yang seacuan dengan Zack sikit tak tumpah sebijik sangat neutaral. Ahem .. selalu nya dalam perbincangan begini manakan anon 5.05 tidak memberi pendapat?. Sayang masih belum timbul ? Tidak mahu salah berandaian kita sambung kembali.

Sdra Mat Periba, kita berdua adalah orang teknikal dan bukan orang sastera .We are more direct and precise in the manner we present our views.Antara kita berdua walaupun orang teknikal mempunyai pengalaman dan pendedahan berbeza dan keterbukaan berbeza tetapi masih bangga berbangsa Melayu dan Islam cuma berbeza ideologi politik,itu sahaja.Tidak perlulah merendahkan Cik Gu Ngah. Pada KM beliau memberi pandangan yang SANGAT bernas dan berfakta kerana banyak info yang KM pelajari.Maalumlah KM tak tahu apa itu pencen dan masih terus menjadi ushawan bagi memperbaiki hidup mereka yang terdekat dan juga bangsa ku MELAYU memberi peluang pekerjaan pada mereka dan secara tidak langsong kepada keluarga mereka juga dan tidak mestinya melalui politik sahaja.Masing masing dengan pendekatan masing masing bagi berbakti semata mencari keredzaan tuhan juga akhirnya dengan masa yang selalu terhad.Balik pulak fikir yang di hormati Tun Dr Mahathir masih berbakti pada negara dan bangsa dalam usia lanjut.SELAMAT HARI JADI TUN semoga Allah memberi nikmat kesihatan pada Tun dan di panjangkan umur.Satu doa .

KM fikir Zack harus jangan biarkan mereka mereka yang TAKSUB berpolitik dalam blog Sakmongkol dan Aspan tu.Tolong katakan tidak baik kata Mahathir keling mamak kutty,Mahadeyy dan bla..bla..bla..dengan DEGRATORY REMARKS kerana ini unislamic namanya atau dalam kata lain overly TAKSUB dan orang puteh kata FANATIC.Boleh ? .Maaf,salam.


Kampong man said...

Opss...mohon tambah sikit sahaja lagi..

Berbalik kisah perkebumian semalam di Melaka teringt balik isu SEBAK Pirates dan di blog Paneh Miang blogspot kisah ' Demi anak'.

Arwah yang meninggal adalah anak kepada ibu tunggal berumur 65 tahun membiayai tiga anak lelaki yang OKU (dua orang)bekerja sebagai 'Cleaner ' di bangunan dan pejabat di KL dan kini tinggal di Setingan Garden di kampong Kerinci ,Lembah Pantai kawasan Nurul Izzah dari PKR .Tolong pergi tanya bakti Shahrizat ,saorang lawyer ,kepada kampong Kerinci dan kawasan lembah Pantai yang berdekatan termadok the effluent Bangsar semasa beliau sebagai MP di sana dan bandingkan apa yang Nurul Izzah telah baktikan kepada penduduk di sana .Jawapannya TARAK apa yang boleh dibanggakan langsong dan langsong dan langsong.KM marah ni.Sebaliknya Roshyam Noor (pekun drama) yang dari keluarga asal kg Kerinchi memberi beras bulanan pada ramai ibu tunggal saperti ibu ini kerana mereka penduduk asal di situ.

Anda masih ingat kisah asal Kampong Congo ? Kenapa diberi nama Kampong Congo dan apa akhirnya kampong ini sekarang dan lihat di Kampong Kerinci dengan Bangsar South nya.Apa masih mahu berpecah dan semua salahkan UMNO melayu merempat di kota ?.Bukankah kita sama sama yang terlebih sikit ni turut membantu dari segi ilmu, tulang empat kerat,wang ringgit yang terlebih dan palng tidak pun masa bersama mereka ini.

Jangan khuatir ada ramai Melayu cerdik pandai Professor.PhD's, Professionals, entreprenur di luar politik sana yang dalam diam tanpa perlu menjadi ahli UMNO pun masih di belakang UMNO.Tidak hairan UMNO terus menjadi parti tunjang orang Melayu khasnya dan kaum bumiputra lain amnya(Takut Zack dan bro Anon 5.05 ahemm.. buka piring hitam lama Sabah pulak ) .UMNO akan terus relevan dengan transformasi barunya mengikut selera dan kehendak rakyat semasa.UMNO yang sangat bertoleransi,moderate tidak extremis demi menjaga hati semua kaum dan semua ugama sesuai bagi negara Malaysia ,period.Ini semua tidak banyak ada dalam DAP, PKR dan pastinya PAS tak bagitu ?.55 tahun dipilih rakyat majoriti selama ini adalah satu rekod keyakinan rakyat Malaysia.Biarlah mereka berkokok dan menyalak.Biarkan Si Luncai terjun dengan labu labunya.Piak pi, piak pi kat depa nooh...

Aki saya kata "ANJING MENYALAK BUKIT TAKKAN RUNTUH "Itu arwah aki saya kata.Wallahwuallam

Che Gu Ngah said...


Saudara Mat Periba yg dihormati,

Saya langsung tak terasa hati bila saudara memperkecilkan taraf hujah saya itu. Saya sedar saya hanyalah seorang cikgu. Saudara kata tidak salah memperkecilkan orang kerana PM sendiri guna istilah 'haram jadah' pada peneroka FELDA yg bantah listing FGV. Saudara jg tentu setuju bila saya kata pembangkang jg pernah guna segala macam kata nista yg lebih teruk atau sama teruknya pd PM sendiri. Betul atau tidak? PM jg manusia biasa. Mungkin dia hilang sabar pada hari itu.

Saudara kata MB patut tahu peranannya dan dia patut serah pada ADUN saja isu2 kecil seperti rumah mak janda ini. Apakah perasaan rakyat jika ketika bertemu MB utk meminta tolong, MB kata "Pergi jumpa ADUN saja. Ini bukan taraf kerja saya." MB tahu bhw beliau mampu utk selesaikan masalah ibu tunggal itu dgn mudah sahaja. Dan seperti yg saya telah terangkan pertemuan itu hanya mengambil masa 5 minit saja. Saya langsung tidak membazirkan masa beliau dan beliau telah berjumpa dan selesaikan masalah ramai orang pada hari berkenaan. Inilah contoh pemimpin yg hands on. Berkenaan isu rumah terbengkalai di Chenor itu apa kata saudara sendiri pergi jumpa MB? Saya yakin kalau 'cikgu pencen' mcm saya ni pun diberi layan yg baik oleh MB, sudah tentu saudara Mat Periba yg intelek dan bijaksana, dgn hujah2 yg bertaraf PHD akan dpt meyakinkan MB utk menyelesaikan masalah berkenaan. Saya percaya MB tak akan kata pada saudara "Ini kerja ADUN. Bukan kerja saya." Lagipun Chenor tak ada ADUN sekarang. Sudah tentu MB Pahang tak kisah utk membantu rakyat Chenor yg tidak mempunyai ADUN itu. Cuma saya harap saudara Mat Periba janganlah menghina golongan cikgu2 bila berjumpa MB nanti. Beliau pun dulu cikgu juga. Wassalam.

Anonymous said...

cikgu Ngah,

Saya minta maaf atas kelewatan memberi respon kerana ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Membaca komen-komen cikgu, kesimpulannya, cikgu masih melihat dari kacamata ketaksuban politik yang tegar. Ibaratnya begini, kita tahu kambing tak boleh terbang. Tapi bagi orang yang taksub, sampai bila-bilapun dia akan tetap kata kambing itu boleh terbang...faham betul-betul, walaupun hakikat yang semua orang tahu kambing itu tak boleh terbang.

ISU IBU TUNGGAL

DIigatkan kembali komen cikgu mengenai perkara ini. Kefahaman dari ulasan cikgu mengenai soal ini seolah-olah Selangor tak buat apa-apa.

Bagi menjawab tuduhan cikgu, saya tidak merekacipta hujah sendiri tetapi mengemukakan jawapan kerajaan negeri yang penuh dengan fakta untuk menunjukkan sebaliknya.

Membalas kenyataan itu, cikgu meraban meraba dengan cerita lain kerajaan BN juga buat? Cikgu introduce polimek baru pula seolah-olah usaha kerajaan BN dipertikaikan. Ini masaalah cerita kambing boleh terbang kat atas ni.

DAP PARTI RASIS

Dalam bab ini, sikap ketaksuban yang melampau stail kambing boleh terbang cikgu teserlah. Asyik-asyik dengan ayat sebaris "DAP rasis". Rasisnya dimana? Apa menesfasi sikap rasis itu?

Dalam komen pertama cikgu menunjukkan persetujuan yang akhbar-ahbar kawalan UMNO yang sejak berdekad melabelkan DAP itu rasis.

Izinkan saya menjelaskan maksud saya. Apa bila saya bertanya apakah dasar dan perlembagaan MCA dan MIC - ia bagi memudahkan kita mengenal dimana punca sikap rasis itu.

Adakah sikap rasis itu berpunca dari dasar/perlembagaan parti yang diterjemah dalam bentuk tindakan rasmi parti atau dasar pati multi-etnik tetapi bertindak secara rasis sebagai tindakan rasmi parti?



.....bersambung

Zack

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

...sambungan

Ia tidak semudah sebab berdekad-dekad propaganda sesebuah parti.

Jadi cikgu kena jelaskan dalam konteks ini, bukan dengan 1 baris kenyataan dan selebihnya putarbelit emosional.

Untuk memudahkan kefahaman apa yang saya maksud, saya bawa satu contoh.Ingat insiden tahun 1987 yang melibatkan perbalahan dimana Dato Lim Kim Sai, naib presiden MCA/Menteri Kesihatan MEMPERSOALKAN HAK_HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU?

Pemuda UMNO memberi respon melalui satu perhimpunan di stadium TPCA, Kampong baru. Di dalam perhimpunan, ketua pemuda telah berucap sesuatu seolah mahu keris melayu bermandikan darah.

Sebagai seorang lama, cikgu tentu tahu suhu yang tinggi ekoran peristiwa ini dan jika tidak ditangani dengan baik masa itu boleh mengakibatkan pertumpahan darah!

MCA, sebagai sebuah parti berasaskan kaum, rasis lahkan yang menjadi dasar dan perlembagaan parti telah menterjemahkan dalam bentuk tindakan rasissma - mempersoalkan kedudukan keistimewaan orang melayu.

Yang paling mudah dalam isu ini, senaraikan apa yang DAP buta dalam bentuk tindakan yang sejelas tindakan MCA yang saya utarakan diatas - bukan sebaris ayat je.

AES

Dalam perkara ini cikgu meraban merata-rata lagi ala kambing boleh terbang!...bukan cikgu tidak faham isu.

iSUNYA - TIADA SIAPAPUN MENENTANG AES. YANG DIPERTIKAIKAN IALAH PERLAKSANAANNYA.

Seperti biasa cikgu menggunakan kacamata ketaksuban politik kepartian yang tegar, sekali lagi cikgu guna tektik kambing boleh terbang!Sikit-sikit tengok semua isu dari kacamata,ketaksuban politik yang tegar...

Faham betul-betul! Yang dipertikaikan oleh kebanyakan orang berkisar kepada 2 aspek.

Aspek pertama, mengapakah penguatkuasaan undang-undang yang menjadi fungsi asas kerajaan perlu diserahkan kepada pihak swasta yang 150% bermotifkan keuntungan?

Dalam aspek ini, apa itu penguatkuasaan, cikgu kena faham! Dalam AES, aspek penguatkuasaan ialah menentukan melalui rakaman siapa yang melanggar undang-undang berkaitan? Swasta atau JPJ?Maksud lain siapakah yang dok tentukan?

Sistem sekarang pihak swasta yang menentukan kesalahan, JPJ hanya buat kerja kerani sahaja.

Tujuan undang-undang adalah untuk mengawal dan sebarang hukuman bertujuan untuk mendidik.

Jika motif keuntungan menjadi tujuan utama, aspek mendidik itu sudah tiada. Dalam aspek ini, boleh juga dikatakan bahawa kerajaan telah menyerahkan fungsi asasnya kepada swasta.

Contoh lain yang saya bawa ialah bagaimana kalau kita menyerahkan fungsi dan tangungjawab PDRM kepada pihak swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata? Apa akan jadi?....

Kedua, ia melibatkan keuntungan kewangan yang perlu dikongsi dengan swasta yang merugikan kerajaan.

Tahukah cikgu keuntungan yang kerajaan kena beri berjumlah berbilion-billion bagi melaksanakan fungsi yang bukan canggih manapun yan juga sedang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain seperti LLM.

Operasinya senang je cikgu - operate kamera yang mempunyai ciri boleh mengesan pemandu yang memandu
yang melebihi had laju. Kemudian kamera itu ( bukan orang!) ke pusat kawalan untuk dikeluarkan saman.

LLM juga mempunyai kamera-kamera yang memantau perjalanan kenderaan di lebuhraya-lebuhraya kita. Fungsi memantau. Bezakan alatan dan sistem sahaja, fungsi sama. Retraining bukan isunya jika berbanding dengan keuntungan yang kerajaan kena serah kepada pihak swasta.

Apakah kerajaan kita seperti kelab belia kat kampong tidak mempunyai kemampuan mengatasi mesaalah nak operate sendiri.

Berbillion-billion akan menjadi sumber kewangan baru kerajaan, cikgu - mengapa kena serah kepada swasta

...bersambung

Zack

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

..sambungan

ISU DEEPAK

Masya Allah...ketaksuban tegar yang terlampau mengabui mata cikgu...eloklah cikgu pergi checkmata cikgu agar mata cikgu tidak memperbodohkan cikgu dengan realiti yang ada.

Cikgu tahu ke betapa beratnya tuduhan Deepak itu kepada Perdana Menteri malaysia...PERDANA MENTERI MALAYSIA...BUKAN...BUKAN PERDANA MENTERI UMNO YANG BERJUMLAH 3.5 JUTA ORANG!

DEEPAK TUDUH PERDANA MENTERI MALAYSIA TERLIBAT DENGAN PEMBUNUHAN SEORANG RAKYAT ASING! DIA DITEMBAK DIKEPALA DAN DILETUPKAN DENGAN C4 YANG DIGUNAKAN OLEH PIHAK TENTERA HINGGA BERKECAI!......BERKECAI CIKGU. MANGSA TERSEBUT TELAH DISAH DIBUNUH, BUKAN TUDUHAN DAN PERTUDUHAN JUGA TELAH DIBUAT MAHKAMAH DAN HUKUMAN TELAH DIJATUHKAN!

TIDAKKAH KES INI MELIBATKAN NEGARA. TIDAKKAH IA MEMBERI KESAN KEPADA NEGARA DALAM PELBAGAI ASPEK!
....bengap sangat ke nak faham isu kes ini?

Dalam kes pembunuh biasa, pihak berkuasa begitu TEGAS MENJALANKAN TUGAS.

ISUNYA - TUDUHAN DIBUAT KEATAS PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG MEMBERIKAN BESAR KEPADA NEGARA TERMASUK DARI SEGI PELABURAN ASING!

bERBEZA DENGAN ISU VIDEO SEKS ANWAR DAN CSL SEBAB MEREKA ADALAH PEMIMPIN PARTI DALAM KONTEKS TEMPATAN BUKAN INTERNASIONAL!

Kalau isu ini tak boleh nak faham...tak tahulah nak kata apa. Nilai moral saya tidak serendah Banir yang akan mencarut habis.

Terpulanglah kepada pembahas-pembahas untuk membuat penilaian. Yang jelas cikgu adalah contoh sejelas-jelasnya sikap ketaksuban politik kepartian yang tegar dimana sikap sedemikianlah menjadi punca kepada kemunduran kita orang melayu - taksub membuta babi

Inilah sikap yang saya cuba ubah.

Zack

Anonymous said...

Cikgu Ngah dan Pembahas,

Sedikit tambahan mengenai AES.

Sekarang ini, AGC telah menangguhan kes saman AES di mahkamah.

Pada pendapat saya isu perundangan yang timbul adalah isu PENGUATKUASAAN" yang saya sebutkan diatas.

Seperti yang saya katakan diatas, penguatkuasaan dalam AES tidak terletak ditangan JPJ tetapi ditangan pihak swasta yang operate kamera-kamera itu. Pihak ini yang mengesahkan gambar-gambar mana yang melanggar undang-undang. INI BERMAKNA PIHAK INI YANG MENJALANKAN TUGAS PENGUATKUASAAN TERSEBUT!

Tindakan AGC ini mengesahkan kekhuwatiran pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan cara perlaksanaan AES tetapi tidak menentang AES.

Disini letaknya perbezaan hujah cikgu Ngah dimana dia dengan panjang lebar menggunakan hujah yang tiada siapa mempertikaikan.Tak cerdik....

Kalau tidak salah saya, JPJ akan kehilangan RM 3 Billion jika AES ini dilaksanakan. RM 3 Billion nak bagi free kat orang ke sedangkan JPJ boleh operate sistem itu sendiri dan mengatasi masaalah perundangan yang timbul sekarang.

Zack

Anonymous said...

Che'gu Ngah,

Maaf Che'gu kalaulah kata2 saya diatas telah menyebabkan Che'gu tersinggung. Saya tidak bermaksud utk menghina Che'gu atau mana2 cge'gu secara peribadi termasuk Che'gu Nan. Apa yg saya tegur cuma dalam kontek perbahasan...sikap ketaksuban che'gu telah menyebabkan taraf fikir che'gu menjadi lemah. Ini merendahkan martabat che'gu sendiri.

Bila lemah, kesimpulan hujah turut menjadi lemah...

Saya ada ramai kawan termasuk YB Senator Syed Saharil (orang Sega Raub dan mungkin anak murid Che'gu dan bekas presiden MTUC). Beliau berpendidikan setakat SPM namun setiap kali berhujah belaiu dapat mengemukakan hujahnya dgn agak mantap dan meyakinkan..

Che'gu, kekaguman che'gu kpd MB kita Che'gu Nan agak luar biasa sehingga meletakkan TGNA, LGE, Khalid dan Ustaz Azizan sebagai MB bertaraf sampah...Apa rasionalnya che'gu.

Kita tolak dulu soal kecantikan peribadi seseorang MB/KM sebaliknya kita fokus kpd pencapaian KPI kesemua MB berkenaan. Kalau che'gu lebih rasional dan menerima Laporan Audit yg lepas sebagai sumber yg benar dan tidak bias, saya percaya Che'gu akan meletakkan Che'gu Nan pada kedudukkan terkebelakang...

Kadang2 saya cuba juga bersikap positif terhadap MB kita ini namun sukar untuk mencarinya. Cuma ada satu agaknya..sepatah kata sahabat saya bekas S/U sulit kpd Dato' Nan, "Dato' Nan ini kalau kita mintak sesuatu dgn lembut tanpa jerkah2, intan dan belian akan diserahkan kepada kita". Kes dia bergaduh dgn KB UMNO Maran Datuk Ahmad Tajudin bukan kerana marah sangat pasal banyak tanah reserve Melayu terlepas ketangan taukeh2 'cha ya nun alif' tetapi tabiat Tajudin ni yg suka jerkah2...

Seorang MB yg baik, seharusnya memberi lebih perihatin soal kesejahteraan rakyat...isu Lynas umpamanya mesti dilihat melebihi jangkauan sempadan politik tetapi lebih kepada soal keselamatan. Dalam isu ini, MB mesti melihat cara bagimana sisa buangan yg mengandungan bahan radioaktif thorium diurus dan bukan semata2 melihat akan nilai produk kilang dari sudut ekonomi semata2. Memandangkan beliau tidak mengurus isu dgn baik..sentiasa berkeras cara brutal, sekarang apa jadi, oramg luar melihat Pahang sebagi Darul Lynas... ini tidak cerdik! Akhirnya orang akan berkata che'gu memang tak layak menjadi MB.

Che Gu Ngah said...

Salam kepada Saudara Zack dan Saudara Mat Periba yg dihormati, tak lupa Saudara WZWH yg bermurah hati membenarkan kita berbahas di sini.

Zack tuduh saya taksub. Saya pun boleh tuduh Zack sbg taksub sbb apa juga fakta yg kerajaan bagi Zack tak akan terima dan percaya. Jadi saya mengakulah saya memang taksub dgn UMNO/BN. Jadi silalah saudara Zack pun mengaku bhw saudara jg sebenarnya sangat taksub dgn pembangkang, betul?

Mat Periba puji Zack sbg orang yg mampu berhujah taraf 'thesis', manakala saya hanya di taraf 'hepotesis'/STPM sahaja. Bila orang yg bertaraf 'thesis' menjawab hujah pakai cerita kambing terbang, lebih baiklah kita dengar cakap cikgu lulusan Sekolah Melayu Darjah 5.

Dalam isu ibu tunggal, saya kan dah kata bhw saya tak pertikai langsung fakta yg Zack beri itu. Malah saya puji pun, saya kata untunglah para ibu tunggal di Selangor. Jadi persoalan yg saya ulang sekali lagi di sini ialah apa yg susah sangat nak tunai janji beri elaun RM 100 tiap2 bulan itu? Siapa yg buat janji itu? Najib? Khir Toyo? Che Gu Ngah? Jawapannya ialah Pakatan Rakyat. Jadi sila lah Kerajaan Pakatan Rakyat jawab BOLEH atau TAK BOLEH tunai janji ini. Kalau TAK BOLEH, apa sebabnya?

Zack kata MCA rasis sbb dlm pernah mempertikai hak istimewa Melayu. Lupakah saudara betapa Guan Eng dgn bangganya mengumumkan bhw dia akan menghapuskan DEB di Pulau Pinang? Bukankah DEB itu sebahagian daripada hak istimewa orang Melayu yg terjamin di bawah perlembagaan? Mengapa Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua serang dan belasah Syed Mokhtar Al Bukhary - bilionair Melayu paling berjaya setiap kali beliau diberikan kontrak oleh kerajaan? Kenapa Tony Pua tak pertikai berpuluh2 orang Cina dan seorang India yg telah jadi kaya raya atas bantuan dan pertolongan kerajaan? Tak rasiskah itu wahai Zack dan Mat Periba? Di manakah kambing yang terbang di sini?

Berhubung isu AES, jawapan yg saya beri itu adalah jawapan yg saya dapat daripada penjelasan yg diberi oleh Ketua Pengarah JPJ sendiri, Dato' Solah Mat Hassan semasa ditemubual oleh RTM dulu. Kalau Ketua Pengarah JPJ tipu, maka tipulah saya. Kalau beliau tipu, maka Solah Mat Hassan as the head of JPJ is liable and you are most welcomed to sue him in the court of law. Cumanya saya nak tanya Zack, di mana saudara dapat fakta2 saudara berkenaan isu AES ini? Angka 3 bilion dan sebagainya itu datang dari mana? Dari Roket Daily, Haramkah Daily atau mana? Kalau inilah sumber2 fakta saudara, maka saudara janganlah nak tuduh saya taksub. Saudara pun dua kali lima mcm saya juga.

Sekali lagi saya nak tanya pada Zack dan Mat Periba, kalau saudara bawa kereta ikut aturan dan had laju, kena saman atau tidak? Di manakah merabannya soalan ini? Kalau semua rakyat Malaysia bawa kereta ikut peraturan dan undang2, dapatkah Beta Tegap itu mengutip untung dari saman?

Dalam isu Deepak Zack minta saya membetulkan kaca mata saya supaya dpt melihat realiti yg ada. Realiti apa? Betul lah Deepak buat tuduhan pada Perdana Menteri Malaysia. Tapi di mana buktinya? Di mana faktanya?
Saya tegaskan sekali lagi kalau dia ada BUKTI, buatlah laporan yg sahih! Dulu bila Raja Petra dakwa Rosmah Mansor ada di tempat kejadian Altantuya diletupkan, saudara2 semua percaya, walaupun tak ada bukti yg dikemukakan. Bila Raja Petra tarik balik jawapan itu, saudara semua tuduh pulak Raja Petra penipu.

Betulkah tuduhan Deepak itu akan menjejaskan aliran FDI ke Malaysia? Thesis mana yg Zack ambil utk buktikan tuduhan ini? Pelabur2 asing bukannya berfikir mcm saudara Zack dan Mat Periba. Mereka buat pelaburan ikut analisis ekonomi dan jangkaan keuntungan. Sebenarnya orang2 mcm Zack dan Mat Periba lah yg menakut-nakutkan pelabur asing ke Malaysia. Lynas nak melabur di Gebeng dituduh sbg loji nuklear.


Che Gu Ngah said...


Prestasi ekonomi Malaysia di bawah Najib dipuji oleh Ketua IMF sampaikan dia kata hanya unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia saja yg terpaksa disemak semula kerana mengalami peningkatan yg ketara. Adakah Ketua IMF itu peduli tuduhan Deepak itu?
Kalau betullah tuduhan Deepak dan isu Altantuya itu telah menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, maka saya rasa dah lama Lynas dan lain2 pelabur asing lari dari Malaysia.
Hari ini pelabur asing lari dari Malaysia bukan kerana Najib, tapi kerana pembangkang yg suka membuat fitnah tak tentu hala.

Bila Dr Che Rosli Che Mat, saintis nuklear dan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat kata Lynas selamat, Zack dan Mat Periba tak percaya. Pergi dengar cakap Fuziah Salleh yg entah setinggi mana ilmu sains nya itu. Sikap PAS dalam isu Lynas ini bukti jelas bahawa PAS sebenarnya langsung tak hargai para ilmuwan dan cendekiawan dalam parti mereka. Saya sarankan Dr Che Rosli keluar sajalah dari PAS. PAS dan golongan mcm Zack serta Mat Periba langsung tak pandang keilmuan saudara. Bila saintis dan profesional masuk PAS mereka bangga. Tapi bila orang2 ini nak bercakap, langsung tak diberi muka.

Mat Periba puji Syed Shahir sebagai orang yg dpt berhujah dgn mantap dan meyakinkan walaupun hanya berkelulusan SPM sahaja. Nampaknya Mat Periba ini memang suka memandang orang ikut tahap pelajarannya sahaja. Sebenarnya kalau saya ni ada PhD dari Universiti Harvard sekali pun, Mat Periba tetap akan gelar saya ini bodoh kerana apa yg saya cakap ini 'tak sebulu' dgn Mat Periba. Semua orang berhujah sealiran dan sehaluan dgn Zack dan Mat Periba adalah bijak bistari, semua yg tak sebulu adalah taksub, rendah pelajaran dan buta belaka. Begitulah alkisahnya.

Saya juga tak pernah melabelkan Khalid Ibrahim, Nik Aziz, Guan Eng dan Azizan sbg 'Menteri Besar sampah'. Saudaralah yg telah melabelkan mereka begitu. Saudaralah yg telah menghina mereka sebenarnya. Saya hanya kata bahawa saya tak rela berketuakan mereka kerana dasar2 dan pendirian mereka yg tak sehaluan dgn saya itu sahaja.

Mat Periba juga kata MB yg baik perlu memberi perhatian kpd soal kesejahteraan rakyat. Apakah menjaga kebajikan semua golongan termasuklah ibu tunggal itu bukannya mengambil berat kebajikan rakyat? Apakah memberi keutamaan pada ekonomi dan menggalakkan pelaburan seperti Lynas yg dpt memberi pekerjaan dan menambah kekayaan negara itu bukan satu cara memastikan kesejahteraan rakyat?
Siapakah yg melabel Pahang sebagai Darul Lynas? Adnan Yaakob atau Mat Periba? Betulkah Lynas itu loji nuklear? Siapakah yg tipu? Mat Periba atau Dr Che Rosli Che Mat?

Saya harap soalan2 saya ini tidak lah dianggap sebagai suatu yg meraban ataupun kambing yg boleh terbang. Wassalam.

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

"Prestasi ekonomi Malaysia di bawah Najib dipuji oleh Ketua IMF sampaikan dia kata hanya unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia saja yg terpaksa disemak semula kerana mengalami peningkatan yg ketara. Adakah Ketua IMF itu peduli tuduhan Deepak itu?
Kalau betullah tuduhan Deepak dan isu Altantuya itu telah menjejaskan imej Malaysia di mata dunia, maka saya rasa dah lama Lynas dan lain2 pelabur asing lari dari Malaysia.
Hari ini pelabur asing lari dari Malaysia bukan kerana Najib, tapi kerana pembangkang yg suka membuat fitnah tak tentu hala. "


Bukak kacamata ketaksuban politik kepartian tegar dan nilai isu deepak dengan rasional.

Hujahan saya masih kukuh.

Cikgu...sampai kiamat pun kambing tak boleh terbang!

Zack

Anonymous said...

Cikgu Ngah yang dihormati,

Relax cikgu,jantan tension sangat. Tak ada hadiah RM 1 juta nak direbut disini. Jom kita buat lawak skit.

Betul Zack kata sampai kiamat pun kambing tak boleh terbang...hehehe

Tapi kambing boleh dibawa naik kapal terbang....hehehehe. Boleh ke kita kata kambing terbang

Kampong man said...

Salam bro Zack,

Astagafirullullah halazim, apa yang meroyan dan loghat sangat ni bro Zack ? .Siapalah Zack dan siapalah Chik gu Ngah dalam isu AES ini yang mahu dibahaskan bermati matian huh !

Banyak kontoversi pro dan kontra AES ini telah diperbincangkan dimerata akhbar perdana,TV dan akhbar tabloid Sinar, Harakah, Roket,Suara Keadilan ,Siasah , Buletin Rakyat dan berbagai bagai sumber internet.Sekira mahu mudah, Google sahaja "ISU AES Malaysia " baca dan buat keputusan sendiri. Jadi isu kambing terbang tidak ujud lagi.

Zack kata :

"Membaca komen-komen cikgu, kesimpulannya, cikgu masih melihat dari kacamata ketaksuban politik yang tegar. Ibaratnya begini, kita tahu kambing tak boleh terbang. Tapi bagi orang yang taksub, sampai bila-bilapun dia akan tetap kata kambing itu boleh terbang...faham betul-betul, walaupun hakikat yang semua orang tahu kambing itu tak boleh terbang."

Dalam isu AES pula yang ini :

"Seperti biasa cikgu menggunakan kacamata ketaksuban politik kepartian yang tegar, sekali lagi cikgu guna tektik kambing boleh terbang!Sikit-sikit tengok semua isu dari kacamata,ketaksuban politik yang tegar." Dalam perkara ini cikgu meraban merata-rata lagi ala kambing boleh terbang!...bukan cikgu tidak faham isu.

iSUNYA - TIADA SIAPAPUN MENENTANG AES. YANG DIPERTIKAIKAN IALAH PERLAKSANAANNYA.

Seperti biasa cikgu menggunakan kacamata ketaksuban politik kepartian yang tegar, sekali lagi cikgu guna tektik kambing boleh terbang!Sikit-sikit tengok semua isu dari kacamata,ketaksuban politik yang tegar..."

Disini letaknya perbezaan hujah cikgu Ngah dimana dia dengan panjang lebar menggunakan hujah yang tiada siapa mempertikaikan.Tak cerdik...."

Dalam ISU DEEPAK inin dia :

"Masya Allah...ketaksuban tegar yang terlampau mengabui mata cikgu...eloklah cikgu pergi checkmata cikgu agar mata cikgu tidak memperbodohkan cikgu dengan realiti yang ada."


Kampong man kata :

OH !! isunya hanyalah isu TAKSUB dan masok bakul angkat sendiri dan merendahkan pendapat orang lagi .Ini kita panggil "self praise is no praise " tanpa disedari sebenarnya dan bukan di sengajakan , hopefully.Please feel free to write but you dont make judgement and tell other people TAKSUB bro ! No can do !!,kata dalam satu lagu Anita Sarawak.

Quote yang KM terakan diatas dari bro Zack (assuming beliau bukan Anon 5.05 aheemm..)adalah satu piring hitamlah juga,recycling menggunakan peti suara piring hitam .Dulu kita gunakan jenama HMV (His Masters Voice) dengan satu corong besar dan ada anjing (bukan DAPig) duduk di hadapan.

KM tidak berminat hendak bertikam lidah dan berbahas bagi nak rak kerana kurang arif dalam isu AES ni.Sdra Zack kata sdra neutaral dan masih memperjuangkan DSAI dan DAP dan ini tidak taksub.Semua pencacai UMNO taksub dan pencacai DAP,PKR dan PAS dalam blog Sakmongkol dan Aspan TIDAK taksub.Banyak yang tersinggung bro cara begini.Menjaga perasaan lebih penting dari menonjolkan neutrality yang tak lah sangat neutral .Election telah hampir maka lagi dashatlah fitnahnya. Isshhh….

Isu DAP parti RACIS dan CHAUVANISTIC yang ini KM setuju penuh kerana KM mengharungi 13 May.Zack sempat ke ? atau masih di primary school lagi.I will tell you my experience in the next posting.Maaf dan ada yang KM setuju dan ada yang KM tidak setuju tetapi siapa peduli kan.I too speak my mind.Peace bro and maaf.


@ pada pembaca semua maaf kerana memboringkan anda.Cheerio..

Anonymous said...

kampongman,

Dalam perbahasan saya dengan Cikgu Ngah, saya cuba mengelak serangan peribadi. Saya menyerang sikap. Sikap apa? Ketaksuban kepartian yang tegar. Bezakan serangan sikap saya dengan serangan peribadi yang dilakukan di blog ini.

Ketaksuban melampau akhirnya boleh menyebabkan sikap " kambing boleh terbang". Inilah salah satu sikap yang menyebabkan keadaan lemah kita orang melayu hari ini tidak mengira parti.

Rasanya tidak perlu diulangi berapa jumlah ahli UMNO berbanding jumlah orang melayu berada diluar UMNO kan. Sikap sdra....masaalah sikap.

Zack

Anonymous said...

uncle kampongman,

Saya adalah generasi 80an.

Mengenai ""self praise is no praise " uncle adalah orang terakhir yang layak untuk menyebutnya. Kerana uncle dok buat setiap kali ada kesempatan, tetapi saya rasa ia tanpa disedari.

Satu kelebihan generasi kami, kami tidak membawa dan memikul" mayat-mayat lampau" kehari ini dan melihat setiap perkara dari kacamata itu.

Benar 13 Mei adalah satu peristiwa hitam kepada kita rakyat malaysia dan bukan hanya kepada sesatu kaum sahaja. Tidak guna kita menakut-nakutkan diri kita dengan sesuatu yang ngeri yang berlaku satu masa yang lalu.

Benar ia berlaku. Banyak iktibar dan langkah-langkah diambil untuk mengelak ianya dari terjadi. yang harus dibuat ialah mengambil iktibar bersekali berusaha mengelak ianya berlaku lagi. Setakat ini kita berjaya dan bergerak kehadapan.

Apa itu sejarah? Sejarah adalah rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam satu mata rantai peradaban. Kita melihat balik sejarah untuk mencari jalan untuk bergerak kehadapan dengan lebih yakin.

Adalah salah Kita mengimbau balik sejarah untuk mencipta sejarah itu kembali pada masa kini. hantu-hantu pahit dari sesuatu kejadian lampau telah disemadikan lama dulu. Luka-luka telah sembuh.

yang jadi masaalahnya sekarang, ada juga kumpulan-kumpulan yang mengunakan sejarah untuk tujuan lain dan menjadikan media untuk mempegaruhi dan menakutkan massa ...itu masaalahnya.

jadi uncle, jangan kata generasi kami buta sejarah dan tidak menghayati sejarah. jangan kata kami tidak dapat menyelami keperitan yang timbul masa itu.

Begitu juga bila kita bercakap tentang politik. Sejarah politik perlu difahami tetapi kita tidak boleh ikat diri kita dihari ini dengan setup masa lampau yang telah berlalu. Cabaran dan realiti dulu lain dan sekarang lain. baca dan tafsir realiti hari ini dengan masa lampau sifir lampau.

Masaalah hari ini diselesaikan dengan realiti hari ini dengan berpandukan rantaian sejarah. Bukan mengambil sejarah menyelesai realiti hari ini.

Inilah yang cuba dilakukan sesetengah orang. maka terkapai-kapailah jadinya.

Zack



Che Gu Ngah said...


Salam saudara WZWH dan para pembahas di sini yg saya hormati.

Pusing punya pusing akhirnya isu yg dibawa oleh Zack ialah kambing terbang. Dia kata saya taksub, dan saya dah pun mengaku memang saya taksub. Tapi dia sendiri tak boleh nak mengaku bahawa dia juga seorang yg taksub. Taksub dgn apa? Nilai lah sendiri.

Saya percaya kalau Anwar Ibrahim kata kambing boleh terbang, Zack akan mempercayai. Wassalam.

Anonymous said...

Cikgu Ngah,

Saya sebenarnya mungkin boleh dianggap taraf cucu atau anak kepada cikgu. Saya meminta maaf jika berlaku kata-kata yang boleh menyinggung cikgu. yang muda kena beralah, itu budaya kita orang melayu.

harap cikgu faham tentang generasi kami. kami tidak terikat dengan bebanan masa lampau, kami lebih memfokuskan kepada isu.

Zack

Che Gu Ngah said...


Saudara Zack yg dihormati.

Zack tak langsung menyinggung perasaan saya. Baguslah kalau orang muda berfikiran kritis dan memfokuskan pada isu. Tapi janganlah lupa, sesuatu isu itu boleh jadi sengaja diada-adakan, apatah lagi bila dekat pilihanraya.

Saya tak pernah sebut langsung ttg bebanan masa lampau dlm komen ini. Saya hanya jawab dan komen ttg isu2 yg dibangkitkan sahaja dan kebanyakannya adalah isu yg berlaku pada hari ini.

Atau pun mungkinkah isu janji dalam manifesto 2008 itu adalah bebanan lampau yg patut dilupakan? Kalau begitu nasihat saya pada Pakatan janganlah keluar manifesto pada PRU ke 13 nanti. Jangan buat sebarang janji supaya nanti tak boleh lah rakyat nak persoalkan bila tidak ditepati. Jom kita semua solat maghrib. Wassalam.

Anonymous said...

Penyampain dan punch yang sangat baik dalam hujah Zack. Teruskan Zack.....
Cikgu Ngah... Masih terburu-buru dalam menekan dan mempadat isu...pelan-pelan bila melantak serbuk peledak....banyak yang meletup semasa di laras...kena sendiri...
Yang lain tu buat selingan saja...biarkan zack dan cikgu

Anonymous said...

Syabas Zack
I belong to the old school mindset but with new school approach. It is indeed a pleasure to read your comments with stimulating engagement in a discourse of factual arguments. This is the generation that Malaysia deserves moving forward.

Well done Zack


Thoren TD 125

Anonymous said...

syok dan siotlah puak2 awak...//

Anonymous said...

Zack,

I saw your selective sincerity but you must not assumed UMNO malays are mostly taksub and that they cannot think outside the box as perceived.

As a newcomer or rather a new kid on the block you have underestimated the strength of many humble UMNO freaks here .No harm trying my boy but do not overdo and respect different views.Let others be the judge not yourself.Appreciate your PERSISTENCE and value your critical fresh thought and yout engagement with me , your pro gomen uncle , colour blind but very Melayu , a rarity in other DAP blog .Keep it simple and to the point like as uncle Thorens TD 125 prefers that.

On the subject of History do try to follow and emulate this but another an old HMV gramaphone who look and value HISTORY differently from yours,Professor Khoo Kay Kim.


Lin Sondek LP 12@dino- The SOTA gramaphone, your uncle Kampong man.

Anonymous said...

Aku tidak dapat tidur.Terlalu banyak berfikir.Aku perlu rekodkan pemikiran ini cepat sebelum ianya lari bersama sunyi malam.Perjuangan aki aku menentang MALAYAN UNION dulu satu sejarah dan tercetusnya UMNO satu wadah perjuangan orang Melayu dari cengkaman penjajah berakhir dengan satu kemenangan , KEMERDEKAAN bagi Persekutuan Tanah Melayu.

Sekarang berbeza negara ini dinamakan MALAYSIA .Bangsa aku ni telah berpecah belah, bercakaran dan tidak memikirkan perjuangan lagi saperti aki aku.Ada yang berpaling tadah meninggalkan perjuangan lama mereka dalam UMNO, satu satunya parti tunjang orang Melayu kononya mencari kelainan kerana perjuangan mereka dahulu adalah DEMI SAKU , ini pasti walau apa pun aladan mereka.Pada analisa aku mereka TIDAK JUJUR dalam perjuangan mereka bersama UMNO dulu kerana mereka sebenarnya tidak ada CINTA .Mereka pastinya tidak ada RASA...Selamat malam.

@Kampong man

Anonymous said...

Aku tidur lena semalam. Aku bangun dan terus mengerjakan kerja-kerja rutin harianku.

Selepas membuat sedikit bacaan ringgan dan sarapan pagi, aku buka beberapa blog termasuk blog ni. Rupa-rupanya Kampong Man tak boleh tidur hingga 4:22 pagi

Aku percaya ramai yg dalam kategori KM mengalami masaalah yg sama.


Anonymous said...

Pagi yg dingin ini menjadi saksi kepada banyak kezaliman. Sebahagian Pemuka2, zalim berselindung atas nama Pembela Melayu, Pelindung Agama dan Pendaulat Raja2. Ini suara2 hiprokrasi yg membenih didalam hati dan telah mati jiwa..aku benci!

Tidak zalimkah mereka jika menggunakan harta negara dan rakyat untuk kemegahan diri dan keluarga...boleh tidur dihotel mewah berharga beribu2 dolar..membeli berlian serta menggunakan jet eksekutif untuk berpoya atas nama negara.

Aku tahu...kamu2 pun tahu. Bumi yg subur ini telah dirobek oleh tangan2 yg kotor..penguasa gila hanya tahu mengumpul harta...'satu untuk kamu 1000 untuk saya'.

Aku tidak dengki malah berbangga jika harta dikumpul dgn jalan usaha. Namu apa yang aku perhati semua diperolehi dgn jalan salah guna kuasa. Mana mungkin selepas satu penggal sudah memiliki banglo tersegam macam istana raja...Elaun RM5,000 masakan boleh memiliki tanah berhektar2...kereta dilaman rumah berbaris macam kereta lumba...aku sedih dan keciwa.

Kamu mungkin tidak merasa apa2...kamu tinggal dirumah banglo bertingkat2 dihiasi landskap menyejuk mata. Dihalaman tersegam kolam airnya bak permata...Shoping! Tak main didalam negara...Kereta!! Sebut apa saja jenama, semua ada...malah motosilak superbike cc beribu kuda....

Lihatlah...
Betapa sengsaranya aku tinggal diapartmen murah DBKL pinggiran kota. Motosikal capcai tidak sebanding lansung dgn kegagahan Hummer memecut dijalan raya. Wang RM50 tidak boleh membeli barang walau seraga....apa erti ini semua. Adakah aku malas! Cammon! Aku bangun seawal 6 pagi meredah denai kota memerah keringat utk mendapat seringgit dua dan pulang selepas senja...

Wahai penguasa! Kezaliman ini tidak dapat ditutupi melalui 'halus'nya budi, tidak dapat diselindung melalui manisnya kata2.

Inilah agaknya ajaran kitab kapitalis sukalar yg UMNO pelajari dan taati dari penjajah durjana sampai bila2..jika ada pembela maka terus dilebel sebagai pengkhianat negara..

Semoga UMNO tidak kekal lama. Tidak menjadi dosa aku mendoakan kehancuran mu demi menegakkan keadilan dan kemaslahatan warga...

Anonymous said...

Salam semua,

Alhamdulillah, pagi ini aku segar semula banyak undangan kahwin yang aku harus hadir bersama.Teringat aku satu pepatah inggeris yang kadang kadang membuat aku tidak mudah terguris.Aku bukanlah mamat sastera tetapi aku mahu bangsa aku pasti terus berjaya.Apa yang aku perolehi dari usha aku sendiri 100% tidak penting jadi jangan hairanlah aku tidak sekali mudah melenting.Aku masih ingat kata kata ini dari cik gu chik gu lama ku di STAR dan ku harap ianya menjadi sumber inspirasi untuk kita bagi boleh berdiri sendiri tanpa perlu tongkat sakti.Nah ini dia bagi pedoman kita semua.

" AS A BEAUTY I AM NOT A STAR, THERE ARE MANY PEOE WHO ARE HANDSOME BY FAR.
MY FACE I DON'T MIND IT, I AM BEHIND IT "

"CONTINUE TO DO YOUR BEST , YOU SHOULD ACHIEVE SUCCSS"

"YOU CAN IF YOU THINK YOU CAN !!"

Kata kata kecil ini aku tidak lupa jauh sekali aku alpa.Perjuangan aku bukan untuk kaya dan harta hanya mahu jauhkan sengketa sesama bangsa kerana" MELAYU MUDAH LUPA"...kata Tun yang aku cinta.
Wassallam.


@ Kampong man

Anonymous said...

SOTA tu apa bendanya eekk..

Anonymous said...

uncle kampongan,

Terima kasih atas nasihat diatas. saya tidak kata kesemua dan tulisan atau hentaman saya bukan untuk semua ahli-ahli UMNO.

Terdapat ramai juga ahli-ahli UMNO yang ikhlas dengan perjuangan UMNO tanpa mengharap balasan. Demi mereka ini juga saya menghentam mana-mana ahli yang saya kategorikan taksub yang melalmpau sehingga tidak nampak realiti yang ada, kepelbagaian dan rencam yang wujud.

Saya percaya ahli-ahli UMNO yang humble ini tidak taksub membabi buta sehingga melihat realiti dengan kacamata taksub yang tegar. Saya merasakan mereka ini realistik, menerima kelebihan-kelebihan yang ada pada parti yang mereka sokong dan menerima juga kelemahan-kelemahan yang ada. Yang paling penting mereka, saya percaya, mengguna kelebihan yang ada untuk mengorak langkah kehadapan, dalam masa yang sama melakukan restropektif kebelakang untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

Saya salut kepada mereka-mereka ini kerana hak memilih pegangan politik adalah hak demokratik setiap rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.Mereka tahu membezakan sejauh mana politik itu boleh dibawa agar tidak meletakkan ugama dibelakang politik, samada secara sedar atau tidak sedar.

Sedangkan golongan taksub yang tegar berpendirian sebaliknya.

Saya kira dengan penjelasan ini, uncle dapat mengenali dan menyelami jiwa melayu dan Islam saya.

wassalam

Zack


Anonymous said...

Sdra Zack,

Terbaca di blog Pak Aspan dari Gmail terbaru bahawa Tun dalam pemerintahanya berjaya mengumpul $44 Billion wang persendirian. Apa kah data fitnah ini benar atau tidak? .Kenapakah pada pandangan Zack Pak Aspan terlalu taksub menghentam Tun sampai tak habis habis ?.

Saya inginkan pencerahan dan pandangan saudara pada dua soalan saya diatas.Terima kasih.

Anonymous said...

Anon 4:50am
Soalan yg sangat perlu awak tanya ialah SIAPA kata Tun M berjaya kumpul USD44 billion? Nota: Anda tidak akan jumpa jawapannya dlm media massa yg anda selalu baca.

Sama saperti soalan siapa kata
keluarga Shahrizat terlibat dalam
kes penyelewengan wang NFC? Anda boleh dapat jawapannya kalau anda baca Auditor-General DID report on NFC

Persoalannya, adakah anda mahu jawapan sebenar atau jawapan yg sedap didengar?


















Anonymous said...

Anon 4:50 am,

Saya tidak tahu dan tak ada bukti sebab bukan saya yang mengeluarkan data itu. saya tidak mempunyai keupayaan untuk menyemak maklumat-maklumat bagi mengesah atau menolak dakwaan tersebut.Sebab itu saya tidak pernah mengguna atau menjaja isu tersebut dalam hujah saya.

Kedudukan sdra juga seperti saya - kita tak ada maklumat sahih. dalam konteks komen sdra, sdra juga tidak mempunyai maklumat sahih untuk mengatakan dakwaan itu tidak benar, kan?

jadi, soalan sdra kepada saya untuk menjawab rasanya tidak tepat dan tidak kena tempat. Sdra kena tanya kepada orang yang membuat tuduhan itu ia itu GMail, apa bukti dia ada untuk buat tuduhan itu.

Satu lagi perkara mengenai agensi berita yang kita kena faham. Dia kena bertanggungjawab mengenai berita yang disiarkannya. Ia mempunyai tanggungjawab, adil dalam melapurkan sesuatu berita dan beretika dalam melapur berita. Jika dia gagal, dia terdedah kepada saman dsbnya. Contoh yang jelas kita tengok Utusan malaysia. Mengapa Utusan malaysia disaman dan selalu kalah dalam kes saman fitnah di mahkamah?

Jadi, apa juga berita yang kita baca atau dengar kita kena fikir dulu, jangan terima bulat-bulat. Apa bukti yang disertakan. Logik ke tidak. Al-Quraan telah memberi panduan mengenai perkara ini. Selidik dulu, jangan terima bulat-bulat. Jika kita tak pasti, tunggu dulu sehingga maklumat lebih sahih dan lebih munasabah.

Pasal mengapa Pak Aspan selalu menghentam Dr mahathir saya jawab dalam komen selepas ini.

Zack



Anonymous said...

Sdra Anon 4:50am,

Sdra bertanya mengapa Pak Aspan selalu menghentam Dr Mahathir?

Jawapan begini - mengapa WZWH juga menghentam Pakatan setiap kali ada kesempatan.Mengapa menghentam parti lawan, tidak memuji?

Sebab mereka adalah ahli parti pilitik berpihak kepada parti masing-masing dalam merebut pengaruh politik dari kita, rakyat.

Mengapa Dr mahathir, Najib, Anwar, TG Nik Aziz, ,Lim Kit Siang dll menjadi sasaran parti lawan masing-masing? Sebab mereka adalah pemimpin-pemimpin utama parti masing-masing. Mengapa parti lawan tidak menghentam, contohnya, Cikgu Ngah( UMNO) atau Pak Abu( ahli biasa PAS) di saluran media, sebab mereka bukan pemimpin utama parti masing-masing.

Paanjang lagi nak komen tetapi cukup setakat itu je dulu.

Zack

Anonymous said...

Pasal mengapa Pak Aspan selalu menghentam Dr mahathir saya jawab dalam komen selepas ini.

Zack

December 23, 2012 11:15 AM


Paanjang lagi nak komen tetapi cukup setakat itu je dulu.

Zack

December 23, 2012 11:31 AM

- Syok sendiri...

Anonymous said...

Anon 4:06

hahahahaha....meh kita dengar pulak pandangan sdra mengenai apa yang Anon 4:50 tulis....baru ade nilai, bro.....hahaha

Zack

Anonymous said...

Sdra Zack,
Ok lah tu.Boleh saya terima.Tidak komited jawapannya.Saya mengharapkan data itu adalah fitnah yang berunsur politik sebelum pilihanraya.
Banyak sebenarnya perbezaan blog wzwh vs Aspan.Aspan banyak berkhayal tanpa fakta yg kukuh.Sorang ada degree Sorang lagi tak pernah ada, itu ajer.Bandinglah.

Anonymous said...

Anonymous said...

Pasal mengapa Pak Aspan selalu menghentam Dr mahathir saya jawab dalam komen selepas ini.

Zack

December 23, 2012 11:15 AM


Paanjang lagi nak komen tetapi cukup setakat itu je dulu.

Zack

December 23, 2012 11:31 AM

Anonymous Anonymous said...

Anon 4:06

hahahahaha....meh kita dengar pulak pandangan sdra mengenai apa yang Anon 4:50 tulis....baru ade nilai, bro.....hahaha

Zack

December 23, 2012 4:18 PM

- Siotlah aok. Cukuplah bersiotnya.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...