Monday, December 10, 2012

Janji Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang Kepada Parlimen Jerantut



Ini janji mudah pemimpin Pakatan Rakyat hanya dengan berpidato menjanjikan kepada parlimen Jerantut dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai. Antara jalan yang disebut dalam tawaran yang ditandatangani Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu ialah :

  • Jalan Jerantut – Benta
  • Jalan Jerantut – Maran 
  • Jalan Jerantut – Kuala Lipis – Gua Musang
  • Jalan Jerantut – Ulu Tembeling – Dungun. 

Jalan-jalan tersebut akan dibangunkan dengan perlaksanaan mengikut keutamaan demi memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Pahang.

Menarik hati WZWH bila Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Mat Sabu menjanjikan pembinaan jalan-jalan di parlimen Jerantut.

Parlimen Jerantut menerima paling banyak tawaran menaiktaraf jalan.

Blog WZWH terhasil 3 tahun dulu pun kerana memperjuangkan  projek jalan-jalan di parlimen Jerantut.

Jalan Jerantut-Benta sememangnya telah dinaiktaraf oleh kerajaan dengan beberapa pembinaan jambatan-jambatan. Kos menaiktaraf RM14 juta dan tambahan RM30 juta lagi.

Jalan Jerantut-Maran juga sedang dinaiktaraf dengan jalan dari Simpang Jengka 8 ke Maran perlu ditendar semula kerana kontraktor tidak berupaya.

Jalan Jerantut-Kuala Lipis terutama laluan sepanjang 19.5km sedang dalam kelulusan permohonan dengan bajet RM50 juta. 

Jalan Kuala Lipis-Gua Musang terutama dari Relong ke Merapoh sedang dalam pembinaan fasa ke dua. Fasa pertama sudah siap dengan kos RM35 juta sejauh 11.7km manakala fasa ke dua sedang buat dengan kos RM95 juta sejauh 16km.

Jalan Jerantut-Ulu Tembeling-Dungun pula fasa pertama RM121 juta sejauh 26km sedang dalam pembinaan dijangka siap 2014 manakala fasa ke dua RM340 juta sejauh 61.3km telah diluluskan dalam peringkat allignment. Jalan ke Dungun akan disambung selepas siap fasa 2 sejauh 55km dengan kos dijangka RM300 juta.

Apa yang WZWH mahu komen projek menaiktaraf jalan-jalan yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat di parlimen Jerantut itu telah kebanyakkannya diluluskan peruntukan oleh KKLW dan sedang dibuat serta  mendapat perhatian mendalam DS Najib.

Sudah hampir 3 tahun blog WZWH memperjuangkan semua jalan-jalan tersebut yang telah mendapat perhatian kerajaan BN.

Pakatan Rakyat baru hendak berjanji...!!!

Barisan Nasional sudah janji dikota dan janji ditepati...

16 comments:

Semut Hitam said...

Itu belum masuk Lebuhraya CSR (Central Spine Road) yang sedang dalam pembinaan. Info lanjut, klik sini: http://www.ecerdc.com.my/ecerdc/trans-p3.htm

Nampak sangat diorang ni suka ambik kesempatan. Nak buat janji baru, takut tak mampu nak tunaikan...

Anonymous said...

WZWH,

Betul ke berita Ku Lan, ahli parlimen jerantut dah keluar UMNO?

Anonymous said...

Ku Lan dah keluar UMNO sebab UMNO janji nak buat jalan Jarantut-Benta. Duit dah habis lebih 44 juta wehh. Jalan lagu tu jugak.Kaya kroni UMNO.
Jln Jerantut - Maran dah berapa kali buat dah. tak siap2.Tak siap2 tu maknanya terbengkalai. Yg Pakatan Rakyat janji ialah nak segerakan pembinaan naiktaraf jalan yg terbengkalai. WZWH ni ngaji kat mana ye. Ayat mcm tu pun faham2.
UMNO buat jalan bertahun-tahun.berapa kontraktor dah.tak siap2 juga.PR hanya nak tolong siapkan ye.Kalau WZWH tak faham lagi, awak masuk pondok je la gi bersih hati.mungkin kotor sangat kot hati dan fikiran awak tu.

Kampong man said...

Salam Wan,

Ini adalah satu secebis kecil perjalanan budak kampong yang belajar erti nilai murni.

Ya Wan,buat yang terbaik untuk Jerantut mu.Usha ini tidak akan merugikan kamu. "The pleasure is yours " kata orang puteh.

KM masih simpan autograph lama tahun 1967 semasa di sekolah STAR, Ipoh guru American Peace Corp mengajar Physics menulis:

Kampong man ,

" CONTINUE TO DO YOUR BEST ,YOU WILL ACHIEVE SUCCESS "

Bagi budak kampong zaman dulu ianya adalah satu challenge untuk diri senentiasa mahukan yang terbaik, nothing less !! kerana Miss Flavis Linda dari Los Angelis ini memberi kami juga satu galakan bahawa mengikuti jurusan Sains Tulin tidak susah dan ramai antara kami yang kebanyakan telah pun berjaya dalam karier masing masing di luar sana atas galakannya.Sekalong bunga bagi Flavis Linda.

@Flavis Linda kini tinggal di Ipoh dan berkahwin dengan saorang mining engineer ( telah meninggal) tempatan dan mempunyai keluarga.

Notable Alumni includes :
Awang Adik, Idris Jusoh,Zaid Ibrahim,Zainal Kling,Anuar Musa, Nohd Nasir Ahmad, Zamani Abdul Ghani,Hamzah Zainuddin dan list ini terlalu banyak.Mereka banyak berbakti dan menyumbang untuk negara cara mereka.SYABAS.

Wan juga harus meneruskan perjuangan ini untuk bangsa dan negara, cara Wan.

"Rome tidak dibina dalam sehari "

Anonymous said...

Bro Kampung Man,
Cerita naik taraf jalan Jerantut-Benta ini dah muncul berpuluh2 tahun dulu iatu semejak Wan masih budak2 lagi...

Bagi sahabat2 yg tinggal disepanjang jalan tsb dah merasa 'muak' malah ada yg dah teemuntah mendengar janji UMNO yg tidak tertunai...alasannya masih sama, 'peruntukkan dah diluluskan'!

Isu jalan J'tut-Benta ini lebih kurang sama dgn isu pembinaan LPT fasa ke2 yg tak siap2 sehingga kehari ini....asyik bertukar kontrektor. Inilah sdt BN dan UMNO.

Kita nak tukar BN kpd PR bukan sangat kerana BN tak buat pembangunan. Lebih drp itu...ia berkaitan isu integeriti, kewibawaan, keikhlasan membantu rakyat...bukan 'satu untuk kamu, 100 untuk aku'.

Anonymous said...

Dengarnya kerajaan PR amat banyak membantu rakyat .Kalau gitu aku nak tukarlah kerajaan nu .Tapi air di Kelantan masih kotor, rakyat miskin, 22 tahun di Kelantan tak ada hudud.Di Selangor lagi merapu .Janji lama banyak lagi yang belum ditepati.PR jujur, ikhlas dan berwibawa.Hidup PR !! Hidup Anuar pembela bangsa !!

Anonymous said...

Awok anon 1:32PM kalau kate 'bodo' nanti awok marah...dok tengok Kelantan buat mende. Tengoklah kat Jengka ke, Teriang ke, malah kat Jerantut sendiri...bekalan air dari JBA Pahang (sekarang PAIP) selalu terputus2. Paip air pecah sana pecah sini. Kesianlah dgn sahabat pekerja PAIP yg takde kerja lain..korek pagi petang pecoh, korek ptg malam pecoh.

Kat Jengka ni kalau tak dibantu oleh Felda (menyumbnag RM120 juta untk kerja2 menaik taraf bekalan air dikws Felda Phg), gamoknya sampai sekarang Wan Razak bapok kpd Wan Mizan serta penduduk J12 terpakasa menadah air paip yg sekadar 'tus macam air kencing' siang malam...

Mengapa Felda tak tolong sama sahabat2 kita kat kelantan tu...kate berjiwa Melayu. jiwa Melayu mesti tolong Melayu weh!

lain kali otak letak kat kepala jangan simpan dalam lutut...pandir!

Benci hipokrit said...

kau pun serupa,

kalau kelantan bagus sangat kenapa orang kelantan ramai lari lintang pukang berhijrah ke negeri orang.

duduk dan cari makanlah di kelantan.

ini datang cari makan kat negeri orang,pas tu kutuk orang tempat dia cari makan.lebih teruk lagi langgar undang-undang negeri ceroboh tanah kerajaan.

lebih malang lagi buat perangai samseng.jadi tukang tarik kereta,jadi kaki pukul kelab dangdut.hak betinanya ramai jadi gro dangdut.

tapi mulut asyik cakap isle kelate bagus.nik aziz bagus.

Anonymous said...

itulah hebatnya org kelantan. di U cuba chek dgn kementerian.40% pelajar di U adalah dari Kelantan. Org kelantan bijak2 dan minat berniaga. cuba chek pulak perangkaan pegawai kerajaan yg berpangkat tinggi 50% adalah org kelantan.
cuba chek pulak ahli korporat, % yg tinggi kebanyakannya orang kelanta.
kalau org kelantan boikot kerja sebg pegawai kerajaan dan boikot U dan boikot berniaga kama habislah org melayu.
Oleh kerana byk bijak maka terpaksa melimpah keluar kelantan. Bila keluar dari kelantan maka oleh kerana dia bijak dan kuat kerja maka dia blh hidup.Tak macam org pahang.duduk dlm negeri sendiri pun tak leh hidup. Ada tanah habis dijualnya kepada org kelantan. yang hebat lagi diberinya kepada cina spt geng lau lee.
cuba deme gi ke kelantan, rmh besar, gudang2, kedai2 semuanya milik org melayu. cuba tgk pulak di pahang.90 % gedung perniagaan milik cina.
aku org pahang tapi aku nak jadi org pahang yg cerdik.klu dah org pahang gitu gayanya takkan aku nak nafikan kegebatan org kelantan.

Anonymous said...

fakta anon 7.35 diatas adalah salah.Orang Pahang kena tipu bulat bulat...hehehe.

Anonymous said...

Anon 1:44AM,....kalau anon 7:35PM salah dari segi fakta angka tapi secara umumnya apa yg dia cakap betui belaka....

Awok ni dahlah bodo tapi suka cakap bende bodo2...bertambahlah kebodohan. Malunya org Pahang macam ni.

Anonymous said...

Saya rasa kita patut galakkan lebih ramai lagi org Kelantan berniaga dan memiliki harta-harta di Pahang. Sebabnya, kalau tidak, harta diPahang akan dimiliki oleh kaum bukan Melayu yg memang sudah terkenal kebijaksanaannya dlm perniagaan.

Nak harap orang Pahang, dengar komen2 dari org Jantut saje dah tahu tahap kebijaksanaan mereka.

Atau org UMNO Jantut lebih rela kaum lain memonopoli harta-harta diPahang tetapi jangan org Kelantan.

Begitu ke?

Anonymous said...

Kampong Man wrote : " Notable Alumni includes :
Awang Adik, Idris Jusoh,Zaid Ibrahim,Zainal Kling,Anuar Musa.... "

You mean Awang Adik that guy who said do not worry, our federal debt has not reached the 55% treshold. Idris Jusoh the former Monsoon Cup MB? Zaid Ibrahim, the former KITA president who is still confused of the direction of his political path? Annuar Musa who created bigger political mileage involving the poor in Skandal PPRT Kelantan than anything else...and you KM came out of the same mould?

I do have some reservations of your intelligence ( please distinguish from qualification )but now it's confirmed.



Anonymous said...

jln jerantut-ulu tembeling dah lame cantik..dekat hutan pdg piol ke jerantut feri tu, dah sesuai isi AWAS JALAN ROSAK SEPANJANG JALAN!!!!

Anonymous said...

islam mazhab kelantan,yang penting utamakan kelantan,agama dan bangsa.kerajaan kelantan sanggup bg tanah kepada cina kelantan,siam kelantan dan orang patani drpd bg kpd org melayu negeri lain.yang paling penting ialah puok kelate kito diutamakan dulu.itulah mazhab kelantan sekian terima kasih

Anonymous said...

duk berdengki sgt dgn orang kelantan tu nape..org kelantan kerja kuat,ceroboh tanah kerajaan pastu diorg mintak TOL ,lama2 jdi milik diorg jugak..patutnya lu org pikir mcm mana nak selamatkan tanah jerantut ni..tengok bukit di jalan benta yg botak tu..org kelantan ke buat tu?? siasat elok2..jgn nk tunding jari je. aku tgk kontractor kat jtut ni makin kaya, maklumlah setahun 2,3 kali buat jalan,..org kelantan ke kontractor tu??? phuiiiiii

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...