Tuesday, December 11, 2012

Tengku Azlan Perlu Bersihkan Nama Dengan Meminta Makkal Osai, Fuziah Salleh dan Tuan Ibrahim Tuan Man Membuat Kenyataan Maaf!



















YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut dikelilingi oleh AJK UMNO Bahagian Jerantut di sebuah hotel di KL. Kelihatan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan dan YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar disisi.



















Tengku Azlan seorang pemimpin yang boleh menyatukan orang UMNO Jerantut. ADUN Tahan dan ADUN Pulau Tawar dan semua AJK UMNO Bahagian dengar cakap Tengku Azlan.



















Hubungan yang baik antara Tengku Azlan dengan beberapa mantan ahli parlimen Jerantut seperti Tuan Hj Ahmad Kamaruzaman Baria dan Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar banyak membantu Tengku Azlan mengendali hal ehwal parlimen Jerantut.

Tengku Azlan perlu bersihkan nama beliau yang dikhabarkan keluar dari UMNO ekoran laporan suratkhabar Tamil Makkal Osai yang entah macammana boleh difahami oleh beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Fuziah Salleh, ahli parlimen Kuantan (PKR) telah twitter bahawa Tengku Azlan keluar UMNO dengan keratan Makkal Osai.

Ekoran itu banyak blog Pakatan Rakyat telah memetik berita Tengku Azlan keluar UMNO membuatkan suasana menjadi haru dan juga beberapa blog BN telah bertindakbalas ke atas tindakan Tengku Azlan.

Lebih memeranjatkan lagi Tuan Ibrahim Tuan Man penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang  di Kerdau pada malam 9 Disember 2012 telah mengumumkan berita Tengku Azlan keluar UMNO lalu menerima tepukan gemuruh 30,000 yang hadir malam itu!

Tuan Ibrahim Tuan Man selaku Pesuruhjaya PAS Pahang dan Ketua Penerangan PAS Pusat sepatutnya perlu menyiasat samada berita sensasi itu benar atau palsu. Tapi sebaliknya perbuatan Tuan Ibrahim Tuan Man telah menjatuhkan kredibiliti nama baik Tengku Azlan.

Ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Pahang, orang UMNO dan Kerabat Diraja Pahang yang tidak suka seorang tokoh yang dikatakan ulama telah menghebahkan berita fitnah dan tidak benar serta palsu kepada rakyat Pahang.

Tengku Azlan perlu bersihkan nama baik kredibiliti beliau dengan meminta Makkal Osai, Fuziah Salleh dan Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan meminta maaf kepada Tengku Azlan di media.

Tengku Azlan perlu juga membuat kenyataan akhbar menafikan berita fitnah dan palsu itu.

7 comments:

Anonymous said...

Wan ni merepek abih! Kalau dah kate Tuan Ibrahim Tun Man dan Fauziah Soleh dah melakukan fitnah, apa perlunya Ku Lan bersihkan nama...

Macam2 hal orang politik murahan ni..carilah modal lain. Lagi pun orang Jerantut bukanlah berajakan TEngku Azlan...tiada hak bagi orang Jerantut untuk melafaaskan ketaatan atau baiah kpd Ku Lan...


Anonymous said...

tak perlu nak provok Ku Lan la wzwh...

beliau lebih dulu makan garam dari anda..tak perlu nak ajar itik berenang atau nak jadi batu api...

awak tu penasihat wan amizan...bukan pnasihat MP jerantut...

Anonymous said...

Sepatutunya WZWH bertepuk tangan kegembiraan dengan kenyataan Ku lan kerana ini adalah peluang terbaik buat WZWH nak jadi MP atau ADUN.

Anon-anon dua orang kat atas, no.1 dan no.2 masih cetek ilmu politik, tak faham tujuan WZWH dok meroyan soal ini.

WZWH kena bising la untuk menaikkan profil dia dimata Najib dan Ton Nan. Biar depa nampak sikit ketokohan WZWH yang ditenggelamkan oleh politik Dompok selama ni yang jauh lebih low class dari politik WZWH.

Aku sokong WZWH....hidup Wan Zurik. Bakal calon UMNO untuk kerusi parlimen jerantut dalam PRU 13.

Anonymous said...

La mamat Jantut nie..... lebih tempoyak dari patin. Kalu Ku Lan nak berhenti politik ke, nak keluar UMNO ke.. suka hati dia le, yg awaok menyebok tu nape? nak jadi calun?

Dibuatnya Ku Lan betoi-betoi support parti lain, camne awaok? Awaok nak suruh Ku Lan minta maaf, awoak nak kata apa pula kat dia? atau awaok yg akan mintak maaf kat Ku Lan.

Tulah, kalu berpolitik kat Jantut je, ramai org boleh sebab benchmark nya
rendah sangat.

Mat Sungai Jan

Anonymous said...

Lagi satu... bila tengok body language ( er dengan izin ) pengUMNO-pengUMNO yg ada bersama Ku Lan dlm gambar diatas, dah boleh baca apa yang tersirat..

Mat Sungai Jan

Anonymous said...

Yg tersirat..."kalau berhenti atau tak mau jadi MP lagi baik", kate Wan anak beranak termasuk dr sukri..

Anonymous said...

Nak tunjuk kantoilah tu. Mantan dan dan masih bermantan jer yang kenal untuk menyatukan. Satukan tapi poket lain2. Orang bawah terus berada di bawah tapak kaki. Kantoi...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...