Monday, December 10, 2012

Tuan Ibrahim Tuan Man Menyebar Fitnah Tengku Azlan Keluar UMNO Bukti Ulama Penipu!



Inilah Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat telah turut menyebar fitnah Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut keluar dari UMNO bersama dengan twitter Fuziah Salleh, ahli parlimen Kuantan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau pada malam 9 Disember 2012.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kerdau semalam, menerima kejutan apabila Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Ahli Parlimen Jerantut YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Sultan Abu Bakar meninggalkan UMNO hari ini.

Akibat kenyataan ini rakyat bertempik gembira di Kerdau malam tadi. Namun, mendukacitakan apabila siasatan dibuat ia hanyalah khabar angin semata-mata sebenarnya. Soalnya sekarang, kenapa Fuziah begitu berani mengeluarkan kenyataan berkenaan sedangkan tidak ada satu pun sumber berita dari akhbar atau media berbahasa Melayu yang mengeluarkan kenyataan demikian hatta portal paling popular di negara kita iaitu Malaysiakini. 

Susulan twitter tersebut menyebabkan Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man telah memaklumkan perkara berkenaan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Darul Hikmah Kerdau malam tadi. Pengumuman itu mendapat tepukan gemuruh dari kalangan rakyat yang mendengarnya, namun ramai juga yang was-was dengan apa yang diwar-warkan itu sebenarnya. Susulan kenyataan Fuziah itu juga banyak blog-blog pro-Pakatan Rakyat telah melaporkan berita "tidak sahih" berkenaan.

Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyebar fitnah Tengku Azlan keluar UMNO ini bukti beliau adalah ulama penipu! Tolak tepi Fuziah Salleh sudah memperdaya rakyat Kuantan berkenaan isu Lynas tanpa merujuk fakta saintifik.

Tuan Ibrahim Tuan Man ulama PAS Pahang boleh mengumumkan Tengku Azlan keluar dari UMNO di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang. Cerita belum tentu benar, ulama ini dah sebarkan kepada umum.

WZWH faham Tuan Ibrahim Tuan Man mahu bertanding di parlimen Jerantut tapi jangan sampai menyebar fitnah Tengku Azlan keluar UMNO. Jangan jadi ulama pungkor!

Ini bukan sahaja fitnah kepada Tengku Azlan memalukan kredibiliti nama baik anak Raja Pahang...ini adalah satu pengistiharaan perang kepada the oldest clan in Pahang...Siapa di belakang Tengku Azlan di Pahang yang berakar umbi diseluruh negeri Pahang? Jangan cuba menjolok sarang tebuan!

Kalau Tuan Ibrahim Tuan Man  begitu berminat dengan parlimen Jerantut mari bertanding di parlimen Jerantut PRU 13 sebagai anak jantan, WZWH welcome.....

14 comments:

Anonymous said...

Itu Makkal Osai punya reporter saya ingat ada sikit-sikit faham kurang Melayu bercakap. Belakang, dia takda faham itu cakap mahu politik juga berenti, bukan UMNO juga keluar.

Lagi, dia juga ada ingat mahu berhenti itu politik sama mahu masuk lain parti. Itu sudah ada salah, Macha...

Rong Sepeling

Anonymous said...

ularmak pas ni kebanyakannya memang penipu. Budaya fitnah tu memang budaya pas.Yang paling berkuasa pun bapak penipu.Dah lah telinga pekak nyanyuk pulak. Macamana le pengikut pas ni bodoh2 belaka. Tuhan bagi otak gunakanlah sebaik mungkin.

Anonymous said...

tkpe tipu pon..ramai yg termakan dan percaya..

Anonymous said...

Haahahaa...

Kecut WZWH terima berita MP Jerantut keluar Umno ya...

Kalau lihat dari kedaan Ku Lan sekarang memang tak mustahil beliau atau keluar UMNO...setidak2 akan letak semua jawatan dalam umno dan tidak bertanding pada PRU akan datang...

Sebenarnya beliau amat rapat dengan Ku Li..Ku Li tubuh Semangat 46,Ku Lan join S-46..Ku Li join UMNO..Ku Lan join umno juga..dan skrg Ku Li menyokong royalti minyak Kelantan dan menubuhkan AMANAH..so bagi aku, paling tidak Ku Lan menolak jadi wakil umno dan menyertai AMANAH kerana byk perkara yg beliau tidak setuju dgn umno seperti Ku Li...
So tunggu la pengumuman seterusnya dari Ku Li dan Ku Lan..

Anonymous said...

http://www.keadilandaily.com/ahli-parlimen-jerantut-akui-sokong-perjuangan-pakatan-rakyat/

Tunggu komen WZWH..

Anonymous said...

Tuan2 masih ingat lagi tak....melalui blog ini, Bro Wan telah memfitnah bahawa Sdr Suhaimi said telah meletakkan semua jawatan dan meninggalkan partinya. Tetapi dalam perhimpuna rakyat dikerdau Sabtu lepas...tetiba beliau (sdr Suhaimi) berapi2 berucap dipentas PR dan menghentam BN...


Wan, wan!! Sudahlah...suka mencerita keburukan orang lain...awok tu bergelumbang dgn tahi!!!

Anonymous said...

Anon 7.00 bodoh, apa yang WZWH tulis mengenai Suhaimi Said meletak semua jawatan adalah dari tulisan isi hati dari Blog Suhaimi Said sendiri kerana tidak puas hati....Suhaimi Said sendiri menulis mahu letak jawatan dan akan mengumumkannya....yang ternyata Suhaimi Said tidak mengota apa yang beliau tulis. Sila Anon 7.00 baca blog Spirit of Lubok Kawah blog Suhaimi Said.

Anonymous said...

Mulut Wan berbih2 (macam Najib juga) bila bercakap mempertahankan Tengku Azlan. Tapi biasalah orang UMNO...mulut kate lain tapi hati, "kalau boleh cepat2lah Tengku mengistiharkan berhenti menjadi calon MP J'tut, aku pastilah ada peluang".

Wan weh! kalau KU Lan berhenti atau letak jawatan bukan sampai BukiT Rang atau Bukit Nekmat ampuh dek banjir. Tak sampai pokok durian Gintong berhenti mengeluarkan buah baka baik, tak sampai pokok sawit Padang Piol menghasilkan buah jenis tak terpakai iaitu klon Dura...

Awok ni Wan suka buat lawak...
Kas syurkan awak bergandingan dgn Kutukan Dewata menyertai Maharaaja Lawak next year..kah, kah, kah.

Anonymous said...

wan meroyan

Anonymous said...

Sian wzwh,ni mesti banyak baca utusan

Kutukandewata said...

itulah mentaliti penyokong pas.mereka tidak dapat menerima bahawa ulama mereka ada buat salah.ulama mereka maksum belaka.

bila di dedahkan tentang keburukan yang nyata yang dilakukan oleh ulama mereka serta dengan buktinya sekali mereka mulalah mengalihkan topik dan melekehkan orang lain.inilah sebenarnya sifat assobiyyah yang amat tebal yang ada parti pas.

menghebohkan cerita tidak benar dan tidak sahih di majlis yang penuh dengan khalayak ramai di kerdau itu dan di sambut dengan teriakan gembira penyokongnya adalah jelas sekali tuan ibrahim tuan man berguru dengan nuar brahim.

penyokong pas ramai yang hipokrit.menolak kebenaran yang menimpa pemimpin mereka tapi menjaja keburukan orang lain.

jadilah manusia walaupun sehari wahai penyokong pas!nyatakanlah kebenaran.jelaskan di blog ini tentang perangai terbaharu tuan ibrahimtuan man di kerdau.

jangan nak menegakkan benang basah dengan mengalihkan topik asal dan merapu-rapu membabitkan orang lain.

ingatlah,PAS bukan jaminan syurga walaupun melakukan kesalahan memfitnah orang seperti yang dilakukan oleh TITM itu.

masuk pas lagi cepat masuk neraka kerana pas sinonim dengan:

1.assobiyyah-melindungi perlakuan buruk puaknya.

2.syiah- melebarkan pengaruh seperti syiah iran melebarkan pengaruh hingga ke malaysia.suka mengkafirkan orang lain.

3.khawarij-dia saja yang betul.orang lain salahbelaka.penuh dengan takabbur.

4.gulam mirza-tidak berdukacita langsung bila orang mengangkatnya menjadi nabi baru.nik aziz tidak berdukacita,bemakna dia bersukacita.

banyak lagi.malas nak cerita.sebab pengikut pas banyak pak turut kerana mata dan hati mereka telah pun dibutakan oleh indoktrinisasikan oleh ulamak syu' mereka!!!!!

aku tidur lena pun dijerkah oleh puak pencacai.

Anonymous said...

Kutukan Dewata,

Apa merepek ni...Hujah politik kena dibalas dgn politik...

Politik bermakna jalan untuk mendapatkan kuasa. Kalau zama dulu, peperangan merupakan jalan untuk berkuasa. Hari ini pula, setelah kita menerima demokrasi sebagai satu kaedah maka politik demokrasi yg melibatkan pilihanraya merupakan sebuah medan peperangan.

Dalam sesuatu misi peperangan (PRU13) strategi melemahkan musuh sangat diperlukan. Jadi dgn menyebut bahawa 'ketua' musuh sudah mengangkat bendera putih, pasti boleh melemahkan balatenteranya seterusnya memudahkan serangan berikutnya dilakukan. Ini salah satu cabang syiasah syariah dan bukan fitnah.

Contoh fitnah, "malam tadi aku jumpa Ku Lan (KL) bersama ketua puteri wanita Jerantut bermukah di hotel MS Garden, blik no 535". Sedangkan pada masa itu KL sedang bertalaqi dgn Ustaz Reduan Tee membuka kitab Syiasah Syariah...Ini baru betul2 fitnah.

Kesian aku melihat budak2 berhingus dalam UMNO ni tak faham
agama....

Anonymous said...

aku lagi kesihan tengok tuk guru pas mempolitikan agama,,sampai nabi pn boleh disamakn dengan mat mat kampung,,,memang tahap bangang ularmak ni,,termasuk la pencacai pas,,

Anonymous said...

hehe,,,mmg bangang pun ,,sambut maulidul rasul pn bi'daah, tp nik najis sambut harijadi rumah kapal sing tak pulak bidaah,, tu la pasal,,sebelum ni sambut harijadi makan kopok gan budu, bila dapat makan kek hilang bidaah..betul2 pemikiran 3rd class toi pencacai pembangkang ni,,buta hati,,

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...