Wednesday, December 12, 2012

Undi Golongan Miskin Dan Sederhana DAP Pulau Pinang Mahu...Tapi Rumah Mampu Milik Diketepikan Demi Rumah Mewah!



Projek Perumahan Mewah Di Batu Maung Yang Sedang Diusahakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

DS Najib dalam program Jelajah Janji Ditepatinya minggu lepas menjanjikan 20,000 rumah mampu milik. Tapi dalam kepala pemikiran pemimpin DAP Pulau Pinang lebih kepada kepentingan golongan kapitalis dan pemodal diutamakan.

Kenapa Kerajaan Negeri Lim Guan Eng Pulau Pinang tidak berminat dengan projek rumah mampu milik yang dalam rekod sejak 2008 memerintah Pulau Pinang tiada satu pun projek rumah mampu milik untuk golongan miskin dan sederhana terlaksana?

Pembinaan rumah murah seperti ini juga boleh menyebabkan meningkatnya gejala sosial yang mendatangkan ancaman kepada pelabur dan rakyat golongan tinggi dan sederhana seperti yang berlaku di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar kawasan Lembah Klang sekarang.

Dari segi statistiknya, kemiskinan telah menyebabkan, anak-anak PPRT/PPR ini lebih cenderung menjadi penjenayah dan seterusnya menghadirkan perasaan tidak selamat kepada majoriti rakyat lain yang mahu hidup dan bekerja dalam keadaan aman.

Semua ini berlaku kerana kegagalan kerajaan BN membuat pembangunan terancang yang memisahkan rakyat mengikut kelas dan kemampuan. Akibatnya, berlakulah seperti sekarang sehingga ada Pengerusi firma terkenal yang ‘berjiran’ dengan samseng, kaki pukul dan sebagainya.

Rakyat Pulau Pinang dan para pelabur yang menetap di bahagian pulau, sudah tentu tidak mahu masalah ini berlaku di kejiranan mereka. Ia bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak selamat tapi mampu menjejaskan kedatangan pelabur akibat tanggapan buruk yang disampaikan para ekspatriat ini.

Dengan pelbagai kemajuan dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sekarang, rakyat Pulau Pinang di bahagian pulau, berhak mendapat kualiti kehidupan yang lebih baik dan mengelak anak-anak mereka dari bercampur dengan unsur-unsur yang merosakkan.

Pakatan Rakyat, terutamanya parti DAP yang memerintah Pulau Pinang, mempunyai agenda besar untuk memajukan negeri tersebut di masa hadapan. Semua ini hanya boleh dijayakan dengan memberi perhatian kepada pembangunan hartanah bernilai tinggi , sepadan dengan nilai tanah di negeri tersebut.

Sudah tentu dalam menjayakan hasrat ini, ada yang perlu dikorbankan atas nama kemajuan terutama di kalangan kelompok masyarakat yang miskin dan tidak mampu.

Tapi itu masih tidak menekan sesiapa kerana ada pilihan lain di bahagian tanah besar yang boleh ditempatkan golongan tidak berkemampuan ini, sementara bahagian pulau dijadikan kawasan eksklusif untuk ekspatriat dan mereka yang berkemampuan sahaja.

Ini matlamatnya yang sedang diusahakan DAP dan Pakatan Rakyat tapi cuba dirosakkan oleh Najib dengan pengumuman pembinaan rumah mampu milik ini.

WZWH rasa pelik undi golongan miskin dan sederhana DAP Pulau Pinang mahu...tapi rumah mampu milik diketepikan demi rumah mewah!

Apa macam kalau majoriti golongan miskin dan sederhana Pulau Pinang menolak Pakatan Rakyat kali ini PRU 13 untuk membuktikan bukan sahaja DS Najib mampu membina 20,000 rumah mampu milik tapi lebih banyak lagi!

12 comments:

Anonymous said...

Aku heran dengan wan zurik ni....dalam 4 tahun ni macam-macam yang tak kena dengan pulau pinang.

nasib melayu pineng aka mamak-mamak tiba-tiba terpinggir. Rumah-rumah bagi golongan bawahan dan sederhana tiba-tiba tak cukup....1001 macam lagi masaalah timbul.

yang herannya, kebanyakan tender-tender terbuka dimenangi oleh orang-orang melayu. peruntukan untuk kemajuan ugama islam naik 300% dan berganda-ganda banyak dari zaman sebelum ni.

Agak-agaknya, wan zurik nak bagi tahu semua orang kat jerantut ni, dulu semasa BN memerintah pineng, rakyat sana semuanya hidup mewah macam kat monaco, tempat orang kaya raya tinggal di eropah. Kaya raya, terutama orang-orang melayu macam tok arab, duit RM 100 diguna untuk cucuh rokok daun je. rumah-rumah golongan bawahan dan sederhana semuanya macam istana Sultan Brunei yang ada 1000 bilik.

ishh...ishh...ishh wan zurik.

ps: nanti janji nak buat monorel kat pineng. Paklah dulu pun janji yang sama. Najib nak buat ni yang dia punya atau yang paklah tak buat?

Anonymous said...

xpayah sebok negeri org lah..umah kat jerantut ni dah cukup mampu ker.. wat a clown!

Anonymous said...

wan calon bn jerantut.yesss

Anonymous said...

Macam "punai" tak mematok ajer. Kolatahan tu ramai lagi tok bertanah nak ke tapak dusun pon demehnyer depemain ajeh ke komeh nih. Heeh sungguh weh... Komenih dahlah sesak laginyer sesak ini dah dekat dengai pileharaya nih weh...

Anonymous said...

lantok la ke org penang tu,jgn bg deme tu duduk kt pahang nnt mcm2 nyer mntok.tanoh la ape la.buat ape nk risau ke melayu ngan mamak penang nun PEKIDA,PUTRA,PENAWAR dan mcm2 lg la name geng 3 line yg ramai kt sn boleh jg deme.nnt dtg pahang buat semok jer.tanoh dh abis jual ke cina menyemok jer dtg mntok tanoh ke negeri org.yg tau minum air ketum jer

Anonymous said...

Wan ni sebok dgn PP. DiJ'tut, memang ada projek perumahan namun yg mampu beli org Cina. Di jalan menghala ke Temin banyak kedai tetapi yg mampu beli cuma orang Cina dan sahabat2 UMNO.



Anonymous said...

orang Jerantut jangan dok fikir pasal Jerantut sajslah beb.Fikir pasal dunia samalah ....Ridak hairan DAP/PR tidak ada langsong di hati seluruh orang Pahang.Awas dengan tindak tanduk DAP.PR bukan untuk rakyat miskin.

Anonymous said...

Apalah yang diharapkan dengan Pakatan Rapuh ni.Mereka tidak jujur sesama mereka pun.Mereka tidak bersatu.Mereka akan Korup sekira di beri kuasa.Biasa lah DAP dengan jenis ni pasti korup.Orang Melayu memang tak ada tempat di pulau P .Pinang.Kerajaan BN tetap menetapi janji .Contoh Jambatan Pulau Pinang kedua tetap di teruskan.Lihat Langat 2 kerajaan PR Selangor bantutkan.Bukankah ini untuk kebaikan rakyat.Punyalah tidak mempunyai perasaan untuk rakyat PR ni.Fikirlah sebelum di tipu PR dan ketua mereka Anuar.PR tidak layak dipilih memerintah.Fikirkanlah baik baik.

Scorpion

Anonymous said...

scorpion,

hahahahaha...mereka korup KALAU DIBERI KUASA. Abih dengan kuasa yang ada dinegeri selangor dan pulau pinang...tak ade pun SPRM dok pi dakwa depa kerana rasuah!...Sdra ingat kalau mereka tu korup, SPRM saja-saja takmo dakwa....hahahahaha, agak-agak le nak membohongpun

Langat 2 tu yang beria-ria nak buat adalah SYABAS dan kerajaan persekutuan. Nilainya RM 8 Billion lebih. SYABAS tu syarikat milek bekas Bendahari Selangor zaman Muhammad Taib. Noh omar yang kecoh.

Kerajaan Negeri Selangor kata, tak perlu buang duit RM 8 Billion tu, ada cara-cara lain yang lebih murah nak tingkatkan bekalan air kat selangor ni....kantoi abih le angan-angan nak songlap duit RM 8 Billion...hahahaha.

Sejak tahun 2010, SYabas dan konco-konco UMNO dok meroyan yang selangor dan wilayah akan mengalami krisis air yang terok. Sampai hari ni tak ade ape pun, malah Noh Omar pun dah senyap sepi pasai krisis air ni...hahahaha.

Scorpion...scorpion.....bagi le hujah yang masok akai skit....


Durian Gugur said...

Lawak,
Terdapat tulisan wzwh yg menjatuhkan standart analisa..
Bagi kes pulau pinang,mana mampu,DAP yg baru tadbir 4 tahun,mampu halau melayu dan mamak keluar dr P.Pinang?realitinya,penghijrahan melayu pulau pinang ke bagan serai,kulim,sg.petani dan ke kaw kg telah bermula sejak dulu lagi.kenaikan harga hartanah jg berlaku sejak sebelum pr tadbir PP lagi.
Ingatkah saudara,satu ketika dahulu,kelantan telah digambarkan dengan pelbagai isu negatif?contohnya,tiada peluang pekerjaan,masalah air,masalah banjir,masalah aids,masalah jenayah dan mcm2 masalah yg menggambarkan kegagalan kerajaan org melayu islam iaitu PAS.hari ini masalah tersebut mula berlaku di selangor,pulau pinang,kelantan dan kedah.
Jika kita "google " ttg masalah yg dipaparkan di negeri pakatan,tajuknya hampir sama,macam ada satu skrip je...org muda suka "google" jika mahu dapatkan maklumat....
Kpd wzwh,masalah yg utama adalah "kenapa kaum melayu masih ketinggalan berbanding kaum bukan melayu"..siapakah yg bertanggungjwb memimpin melayu ketika ini dan pada masa lalu?
Inilah yang harus dikupas bersama...

Anonymous said...

Tebing tinggi ,
Kenapa kaum Melayu ketinggalan ?.Kaum ini malas dan terlalu bergantung pada pertolongan politik ,tidak mahu berusha sendiri berniaga ,suks berbalah sesama melayu,tidak bersatu , cenderung hanya mahu jadi hamba makan gaji dan macam macam...lagi.Salahlahkanlah sikap diri sendiri.Melayu oh Melayu...bilalah kaum ini mahu berubabah...teruskan berpoliik ya !! manalah tahu boleh jadi kaya ala mee segera.Hebat melayu ku... @ km

Kampong man said...

sorry ,the above is written by Kampong man.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...