Tuesday, October 1, 2013

Kenapa Tengku Azlan Menjadi Darling Of Media Sosial Jerantut?



Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut pemimpin politik yang popular dikalangan media sosial Jerantut.

Kalau pembaca blog WZWH perhatikan media sosial Jerantut terutama Blog, Facebook juga Twitter banyak memberi sokongan moral kepada Tengku Azlan untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian.

Ditambah lagi UMNO Pusat melarang kempen secara terbuka mengumpul perwakilan UMNO dengan aktiviti makan-makan.

Politik ini santai mestilah ada perjumpaan dan makan-makan baru seronok namun oleh kerana itu adalah larangan yang dikuatkuasakan oleh  UMNO Pusat maka ahli UMNO kena akur.

Bagaimana pemimpin yang hendak bertanding berkempen? Tidak larat rasanya untuk pemimpin pergi  berjumpa perwakilan UMNO dari rumah ke rumah yang seramai 679 orang itu.

Tapi tidak ada masalah bagi Tengku Azlan yang rajin bekerja.

Namun UMNO Pusat membenarkan media sosial seperti Blog, Facebook, Twitter, Wassup, dsb bagi tujuan berkempen.

Di cybermaya Jerantut blog-blog yang aktif menulis posting menyokong Tengku Azlan selain blog WZWH ialah :



WZWH cuma menunggu apa blog Sri Tri Buana mahu ulas tentang pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut. Ini blog nasional yang membincangkan politik nasional UMNO tapi blogger Sri Tri Buana boleh mengulas politik Jerantut dalam blog Sri Tri Buana Untuk Jerantut.

Blog-blog yang WZWH senaraikan di atas akan bersuara dan lebih vokal menjelang pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut pada 19 Oktober 2013 nanti. Kita tunggu dan lihat...

Kenapa Tengku Azlan menjadi darling of media sosial Jerantut? Semasa Tengku Azlan menjadi ahli parlimen Jerantut beliau banyak memberi sokongan moral dan peruntukan untuk menjayakan beberapa siri perjumpaan dan bengkel media sosial Jerantut sila klik sini dan sila klik sini.

Sepatutnya Ketua Penerangan UMNO Jerantut ke depan dalam hal media sosial Jerantut tetapi lebih kepada sifat membisu. Sebelum ini banyak bloggers Jerantut seperti SPU, Urag Drrulug dan WZWH sendiri kritik UMNO Jerantut kerana ketinggalan jauh dalam media baru nampak peranan Ketua Penerangan tidak berjalan. Tapi setelah menjadi ahli parlimen Jerantut barulah Facebook digunakan secara aktif menyampaikan aktiviti-aktiviti ahli parlimen.

Selain dari itu Unit Media Baru Pemuda UMNO Bahagian Jerantut berperanan besar terutama menjelang PRU 13 semasa siri Program Kas Sayang Jerantut sila klik sini.

Media sosial Jerantut perlu memainkan peranan yang lebih ketara di dalam menyumbang kemenangan tokoh-tokoh politik UMNO Jerantut yang boleh memimpin UMNO Jerantut dengan lebih cekap dan berkesan.

11 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

WZWH minta maaf kepada Blog radio buruk one pati kerana tidak menyenaraikan blog dia dalam senarai menyokong Tengku Azlan. Bila Blog radio buruk one pati muncul kembali dengan posting baru menyatakan terasa hati dan terkilan maka WZWH telah senaraikan semula.

WZWH harap Blog radio buruk one pati teruskan berkarya dan menulis posting-posting berikutnya.

Anonymous said...

maaf wan zuri. kenyataan ini perlu wan zuri hadapi bahawa ku lan kalah
1. isu wang parlimen, daripada risikan yang kami buat kebanyakan pengundi ku lan akan swing kerana isu duit parlimen.
2. keperibadian hj lan lagi kuat daripada ku lan. hj lan orang masjid. kebanyakan orang cawangan suka kepadanya.
3. pertmabahan undi calon parlimen menambah kuat lagi kepercayaan cawangan kepada hj lan.
4. kempen hati ke hati hj lan n askarnya... lebih kuat dari red bena army
5. pembaca blog hanya sedikit, popular di blog bukan penentu

menurut risikan kami, hj lan akan menang

Lan Kelabit said...

ya saya setusu dengan anon di atas menurut sumber kajian yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dari kajian sikap yang dijalankan perwakilan akan memihak kepada Ahli Parlimen Jerantut disaat pengundian walau pun diberi wang berjuta kerana ramai yang berpegang kepada yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua. Saya berharap walaupun bukan lagi Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian jERANTUT tENGKU AZLAN terus mencurahkan baktinya kepada Parti kerana Umno bahagian masih memerlukan YM Tengku. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Sokong hj lan forever.. dah2 lah org lama..

Anonymous said...

Mana usin gampang ni atau usin anak haram(pemahaman orng melayu..gampang tu anak haram)

nadi utama said...

Hahaha lan kelabit? ke lan labit? neway itu pandangan wzwh kita terima cuma memang benar alam maya hamya sedikit sahaja pengikut bukan semia perwakilan. apa apa pun ikut keadah islam insyallah berjaya. so sy harap pemuda pun boleh buat keputusan yg tepat. JGN MAKAN RASUAH

Anonymous said...

oran melayu dah sedar, orang lama dalam umno yang punca melayu benci umno... dah lah orang lama kome dah tak nak... memang betul alam maya ni RAMAI YANG BERBAYAR untuk menulis atau mengampu..

Kg. Serama said...

betul tu org umno sendiri yang punca melayu benci umno..sekarang ni org tua2 blh la dimainkan..orang2 muda dah tau baik buruk pemimpin2 umno yang mengejar projek2 dan balak2 terutama tengku lan, dompok dan hj nazri..berita terbaru x lama lg minyak nak naik ke paras rm 2.50 seliter..barang dah melambung harga nak bertambah melambung lg jawabnya..pemimpin bertepuk tangan rakyat juga yang merana..WZWH budaya mengampu org dah x relevan lg..

usin gampang said...

kampung serama,awok ni layak berdebat di kedai kopi kg gintong aje.mulut asyik mengumpat.

anwar ibrahim guna agama untuk kepentingan politiknya. kini perangai itu dah jadi amalan pemujanya ia itu mat lan. buat kerja2 agama ni orang tak heboh sampai masuk dalam fb.

orang buat kerja2 agama dengan ikhlas bukan mewar-warkan kpd khalayak ramai.akhirnya nanti allah bayar tunai seperti yang terjadi kpd anwar ibrahim.

andai kau orang semua hanya andaian teori.praktikalnya kau orang tak buat kerja hanya dengar ampuan saje.ditambah dengan kempen memburuk2kan lawan oleh jentera mat lan akan membuat kan perwakilan berfikir banyak kali nak bagi undi kaat mat lan.

untuk pemuja mat lan aku naak tanya? selepas kamaruzaman digugurkan sebagai ahli parlimen kemana mat lan menghilang?hilang dari pandangan umno kerana dia kecewa bos dia tumbang.nampak sangat perjuangan bukan kerana parti tapi kerana individu.

nasib baiklah ku lan nampak wajah dia dan angkat dari lembah cohor dan dimandikan bersih-bersih kemudian diberi persalinan lambang status sebagai ketua penerangan.

sayang seribu kali kali sayang,ku lan rupanya melepaskan anjing yang tersepit.tangan ku lan akhirnya tergigit angkara si tanggang dan malim kundang!adakah allah akan membiarkan saja?

MANUSIA YANG TAK TAHU BERTERIMA KASIH DAN BERSYUKUR,TUNGGULAH AZAB ALLAH YANG MAHA PEDIH.INI JANJI ALLAH!

Anonymous said...

terimalah hakikat, ku lan perlu pergi kerana setelah parlimen dan ketua umno jerantut dia peganag tak mampu buat apa2...

berehatlah tuanku... ini zaman telus... zaman orang inginkan Islam... zaman menghambakn diri kepada rakyat jelata... biarlah kami golongan muda pulak buat kerja...

terima kasihlah segala kebaikan yg di curahkan...

hj lan lebih di hati org umno sebenarnya...

hati mereka tidak mampu dibayar dengan keduniaan...

sepatutnya ku lan ygkena terima kasih kerana hj lan telah mengembalikn kepercayaan org Melayu...

kalau harapkan ku lan tentu LINGKUP umno PRU lalu

kg serama said...

usin gampang awak tu bedebat hanya kat kedai bawah pokok depan kfc tu aje..melalak kesana sini..kipas jubor dompok tp x tercalon pon..tengku lan pun x pandang awak sebelah mata..memang betul anuar ibrahim guna agama sebab org seperti awak dengan dompok dan tengku lan x berpegang pada agama..tu yang rasuah sana sini makan harta rakyat..gi mkn kfc la plk awak tu dah bangang usin gampang..baca bismillah dulu sebelum mkn kfc nanti mati tercekit mati katak plk..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024