Friday, October 11, 2013

Selamat Tinggal Pemuda UMNO Bahagian Jerantut...






























YB Dato' Wan Amizan Wan Razak 4 penggal sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Seorang Ketua Pemuda yang berjaya mentransformasi pemuda Jerantut menjadi sayap yang proaktif membangunkan masyarakat Jerantut.

Dari kilang pemuda membina Dato' Wan Amizan menjadi ADUN Tahan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian.

Kini Dato' Wan Amizan terpaksa meninggalkan Pemuda UMNO Jerantut melangkah ke Bahagian. Kita perwakilan Pemuda UMNO Jerantut wajib menyokong beliau kemana beliau mahu bertanding.

Beliau banyak berjasa dan berkorban wang ringgit, idea, masa dan tenaga dicurah semata-mata untuk melihat Pemuda UMNO Jerantut menjadi sayap yang memangkinkan perubahan masyarakat Jerantut.




Selamat tinggal Pemuda UMNO Bahagian Jerantut...

WZWH terpaksa berundur atas faktor usia walau hati merasa sedih dan masih sayang dan kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut adalah kilang politik yang melahirkan WZWH hari ini. WZWH merindukan saat membentangkan dan membahaskan berpuluh-puluh usul politik, ekonomi dan sosial semasa Mesyuarat Agong Pemuda dan Bahagian UMNO Jerantut.



















Terimakasih kepada Saudara Mohd Zamri Abd Rahim Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang begitu sibuk bertungkus lumus menguruskan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut semasa kesibukan Dato' Wan Amizan mengurus politik UMNO Bahagian Jerantut dan DUN Tahan.

Senyuman dan sikap cool Saudara Mohd Zamri Abd Rahim akan membolehkan beliau menjadi pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.




Terimakasih jua kepada rakan sahabat AJK Pemuda UMNO Jerantut yang bekerja kuat untuk Pemuda UMNO Jerantut baik yang ada di dalam foto ini, atau tiada dan kepada seluruh Ketua-Ketua Pemuda cawangan UMNO di seluruh parlimen Jerantut merangkumi DUN Damak, DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar termasuk yang baru memegang jawatan dan yang lama.

Teruskan perjuangan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.


Sedutan ucapan WZWH di Mesyuarat Agong Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2012

Kenapa orang muda Jerantut menyokong UMNO? Ada 2 sebab:

  • Kepentingan Alif, Ba, Ta-agama, bangsa dan tanahair.
  • Pengisian.

Sekarang pengundi Jerantut hampir 58,000. 60% adalah orang muda yang mahu perubahan politik dan ekonomi bagi mencapai 2 kepentingan di atas.

Orang muda Jerantut mahu penempatan dan perumahan di parlimen Jerantut sekurang-kurangnya sasaran awal 5000 unit.

Orang muda mahu 4000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan. Siapa yang boleh usahakan ini semua jawabnya Pemuda UMNO yang bertanggungjawab.

Selama ini pun Pemuda UMNO yang memperjuangkan dan mendapatkan ADTEC-Kolej Lanjutan Teknologi Temin, Kolej Komuniti, Jalan Ulu Tembeling dan lain-lain.

Bila WZWH bawa usul renewal energy-hidroelektrik untuk Jerantut menjadi pembekal tenaga ramai orang gelak dan ketawa memperlekeh tapi hari ini kerajaan dan TNB dengan usahasama syarikat swasta bersetuju dengan usul WZWH dan surat kelulusan pun sudah dapat.

Sejajar dengan itu Felda Biomass juga dibina Jerantut. Sebuah 'fertilising Plant' bernilai RM1.1 bilion diluluskan dibina di Jerantut.

Dari segi pendidikan kelulusan sebuah politeknik di Kuala Tahan, negosiasi cawangan sebuah lagi universiti di belakang ADTEC Temin, penambahan bangunan sekolah-sekolah yang ada di Jerantut menambah mutu pendidikan Jerantut.

Program 400 guru aktif Jerantut dijangka mengangkat kedudukan martabat pendidikan Jerantut yang boleh menghasilkan murid-murid cemerlang terutama di pedalaman Jerantut.

Pendidikan agama di Jerantut dengan terdirinya beberapa madrasah dan maahad tahfiz dapat membina orang muda Jerantut yang berilmu dan berugama. Sebuah jawatankuasa bagi menguruskan dana membantu madrasah dan maahad tahfiz ini perlu diwujudkan. WZWH tidak mahu ada pihak menggunakan atas nama madrasah dan maahad tahfiz bagi kepentingan peribadi kononnya dana atau permohonan tanah, konsesi dsb untuk tujuan itu tapi disebaliknya.

Cadangan supaya Jerantut menjadi 'satelit town' dengan mensepadukan sinergi Institut Perikanan Perlok, Institut Biotech Tebing Tinggi, Institut Penyelidikan Sawit Sungai Tekam, Institut Perhutanan Tekai dan Santuari Kelah Taman Negara diharap boleh memberi peluang kepada orang muda Jerantut menambah 'value-added' bagi nilai komersil.

Bandar Jerantut perlu dibangunkan. Kita tidak boleh memandang serong kepada pelaburan yang ingin membina Jerantut. Bila semua properti, bangunan kedai, kompleks beli belah, hotel dan lain-lain dibangun semua itu memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada orang muda Jerantut.

Kita juga mahu sub-urban pinggir bandar Jerantut yang majoriti tanah masih dimiliki oleh orang Melayu juga menikmati limpahan ekonomi. Kelulusan pembinaan 'flyover' melingkari pinggir bandar yang bernilai RM190 juta itu sangat baik.

Pemuda UMNO mengalu-alukan pelaburan ke Jerantut kerana mahu 4000 peluang pekerjaan sekurang-kurangnya dapat disediakan untuk anak muda Jerantut pada peringkat awal disamping 5000 perumahan untuk orang muda.

Ya, kita orang muda Jerantut perlu bermimpi banyak mimpi. Menjadi mimpi-mimpi menjadi kenyataan itulah tugas dan cabaran Pemuda UMNO Jerantut. 

Orang muda Jerantut yang layak mengundi perlu memikirkan ucapan WZWH ini demi masa depan Jerantut. Sebab itu kita orang muda Jerantut perlu pastikan UMNO dan BN menang parlimen dan 3 DUN di Jerantut pada PRU 13.

P/S
Jamuan makan malam dan majlis memperkenalkan calon untuk semua peringkat sayap akan diadakan di Jerantut Hill Resort bermula jam 8 malam ini. Ayuh kita semua buktikan perpaduan didalam UMNO Jerantut akan terbukti esok. Jika calon-calon Wanita dan Puteri menyatakan akan hadir bersama diharapkan calon-calon Pemuda juga akan dapat hadir bersama..buktikan bahawa perjuangan kita adalah sama..memartabatkan perjuangan parti demi kepentingan AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR.

21 comments:

Anonymous said...

sebab tu taknak dah ku lan... pemuda nak perubahan ... betul dah ok tu

Anonymous said...

Era wan amizan nak abis lah tu. X yah dgn duit dah kali ni, bagi kome ambik, pangkah hok bgus ja

Anonymous said...

Bagus la cam tu,biar undur diri,bagi peluang plak pada org baru yg betul2 leh buat keje,cukup ler yg lama tu asyik dgn cakap memongkor je.aku sokong amat weh kalau wan mizan nk undur diri.kita Akan tgk perubahan yang cetera berlaku bila muka baru dok Di jawatan tu.era wan mizan dah berakhir .:-D

Anonymous said...

Dah nak sampai kepenghujung nya ke?. Macam rasa ada kerisauan cara penulisan blog WZWH ini. Masa dah tiba jadi permehati dan pengikut pula,

Baca dan analisis tulisan WZWH itu, macam ada unsur mengungkit dan mohon belas kesian pula. Untuk berubah kita perlu kejam sikit, pelajari cara Sun Tzu meneyelesaikan isu. Tranformasi dan perubahan memerlukan pengorbanan.


Anonymous said...

Wan.
Penanda aras kemajuan Jerantut yg kononnya diusahakan oleh geng2 Dato' Wan Mizan seharusnya tidak berdadarkan kpd bilangan projek atau bukan juga berdasarkan bil kontrak yg Dato' Wan tandatangi tetapi mesti dibanding dgn impak ekonomi dan pertambahan keselesaan masyarakat J' tut. Selain itu perbandingan yg adil mesti melihat juga kpd daerah yg lain seperti Temerloh dan Pekan.
Apa kurangnya J'tut dari segi sumber asli...jerantut ada Taman Negara, ada gunung Tahan, ada hutan dara, ada bijih dan berbagai2 lagi...
Wan, kalau setakat ada ADTEC, ada pusat serenti, ada kolej komuniti dan ada 5 biji pasar raya, kat Daerah Ulu Trengganu pun semuanya ada. Itu sebab kami mahu YB Hj Mat Lan menerajui kepimpinan Jerantut..orang baru biasanya ada iktizam tinggi dan pemikiran inovatif..

Tq

Anonymous said...

bukan wan mizan berundur dengan rela hati,usia dah lebih 40,terpaksa berundur mengikut pelembadaan,ikut hati dia mmg x nak berundur kalau bleh nak sampai mampus jd ketua perompak berlesen hahaha,.....dan 19 hb ni kita paksa dia berundur pulak daripada timbalan ketua bahagian bagi org barru blaka lagi baik....hahaha...

nadi utama said...

Kita ada pilihan yg lebih baik kenapa tidak pilih? Kita perlu hadapi umno sendiri utk maju. utk pru 14 kita perlu hadapi pr. ingat ydp pas jerantut org br so kaedah berperang pun mungkin br so kita perlu dptka. kp umno yg mantap dpt sampai kehendal org muda ke pihal teratas dan org jerantut menyukainya

Anonymous said...

salam

xyah nak propa la wahai wzwh ni. sepatutnya anda berkata benar dalam blog ni. sepatutnya anda berkata berdasarkan maklumat yg betul kerana org sekarng lagi pandai menilai & xsuke dengan pembodek.

betul byk yg wan mizan & tg lan bwk kemajuan. tapi berapa banyak lak yg dorg sebat dalam poket dorg.
sembang dalam tenet xgune bos. kalo nak hebat setup satu tarikh panggil wan mizan, tg lan, nazri kita debat umum. sebarang soalan boleh ditanya tapi jgn melibatkan keluarga. amacam, ada teluq?

Anonymous said...

"Kini Dato' Wan Amizan terpaksa meninggalkan Pemuda UMNO Jerantut melangkah ke Bahagian".

Kita perwakilan Pemuda UMNO Jerantut "wajib" menyokong beliau kemana beliau mahu bertanding.

Beliau banyak berjasa dan "berkorban wang ringgit", idea, masa dan tenaga dicurah semata-mata untuk melihat Pemuda UMNO Jerantut menjadi sayap yang memangkinkan perubahan masyarakat Jerantut.

Selamat tinggal Pemuda UMNO Bahagian Jerantut...

WZWH terpaksa berundur atas faktor usia walau hati merasa sedih dan masih sayang dan kasih kepada Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut adalah kilang politik yang melahirkan WZWH hari ini. WZWH merindukan saat membentangkan dan membahaskan berpuluh-puluh usul politik, ekonomi dan sosial semasa Mesyuarat Agong Pemuda dan Bahagian UMNO Jerantut.

Anonymous said...

berkorban dgn duit krajaan bkn duit dendiri..sapa pun bleh.hasil rompak agih 2 3 org je bjuta2 sapu,pengundi2 dapat batu pelir,tobat aku x menyokong walau pun dia bertanding tiket ape2 sekalipun...hahahaha

Anonymous said...

Saya berpendapat.sekiranya BN tidak mengambil serius penambahbaikan dlm perjuangan parti serta meningkatkan usaha perjuangan utk org melayu dlm selepas PRU13. Kerusi Dun tahan yg majoritinya cuma seribu lebih dan parlimen jerantut pasti akan terlepas ke tangan pembangkang. Pemimpin BN kene lebih menunjukkan gerak kerja yg berkesan bukan menunjukkan hasil kerja bila nak menjelang pilihanraya.Di dun tahan, bukan jalan ulu tembeling shj yang perlu diambik kira, tp jln ke kuala tembeling juga harus diberi perhatian. Sebelum pru13 sampai skrg byk kerosakan jln masih tidak dibaiki.dimanakah hasilnya klw bukan skrg.buktikan yg BN masih relevant utk bertahan utk pru14.

wan heru said...

anon 12.28aku wan heru mencabar mat lan berdebat dengan aku.cakap aje kat mana?biar semua perwakilan dengar dan saksi.apa saja topik aku bersedia.politik,agama,sosial,protokol,ict dan apa saja tajuk aku cabar mat lan berdebat dengan aku.

kalau berani tetapkan tarikh.lebih cantik kalau sebelum 19 hb.

ada telur ke boss kau tu!nampak gayanya kerandut pelir pun dah tak ada.aku benci cara penyokong mat lan berkempen.tak sah kalau tak menghina dan memfitnah.

kalau tak sahut cabaran aku ni mat lan sah pengecut dan tak layak jadi KB seprti tak layaknya dia jadi MP!!!

Anonymous said...

wzwh,

Setakat Wan Heru nak berdebat dengan YB Hj. Nazlan AP tak payah lah. Wan Heru tak layak dan tak setaraf lah. Kalau betul itu Wan Heru, cik gu SK. Yang layak kalau berdebat ialah Dompok baru sekupu. Cis kau penyamar wan heru. Kau berdebat dengan Dollah Kicap boleh lah.

Anonymous said...

anon di atas lagi bengong,nampak sangat takut mat lan berdebat dengan wan heru yang telah diisyhar oleh dato sharif shamsudin sebagai pemidato terbaik jerantut dalam perhimpunan umno jerantut.kau mana tahu ttg wan heru.dia ada dua ijazah,satu pendidikan,satu lagi sains politik.kalau mat lan ada batu pelir lawanlah jangan nak mengelak pulak.depan aku dia berdebat dengan tuan ibrahim tuan man.tak terlawan tuan ibrahim dengan hujah dia.kebetulan isteri tuan ibrahim satu kelas dengan wan heru semasa belajar di smart kuantan.mat lan,ijazah tepi longkang.asighment pun upah orang!

Anonymous said...

kalau ijazah tepi longkang,buat pa najib lantik dia sebagai AP jantut ni,serupa dgn najib juga kot?tepi longkang pun dapat juge,bos awak dompok ape cite plak?ijazah dalam jamban taik kot,masa pru13 dulu najib dah tak nak dompok jd calon dia dah tau kepala perompok harta rakyat,mb yang bagi tau,sultan dah tak nak,tengku mahkota pun tak nak,cuma raja muda yang nak,oleh kerana termakan budi hahaha...sebab ape dia org tak nak dompok jd calon sbb ijazah dapat dalam jamban,baik mat lan cikit la kalau g2,perwakilan jgn jd bodoh,angkat cikgu pulak sebagai pemimpin jerantut ni,tapi bila bg duit kebas je la,undi jgn bagi demeh weh...kesian la ke kome ni letih dah melayan wan mizan di pej tanah ni,semua nak suh prose yang dia dulu,pas tu rasuah kita pun x daya nak tangong dosa dah....ikhlas dari pekerja per tanah jrt

Anonymous said...

nampak sangat bengong dia ni,menyamar jd kakai tangan pejabat tanoh.bodoh melantun-lantun.pejabat tanah proses?kah kah kah!!!

najib lantik dia jadi calon sebab semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab sudah di beli oleh mat lan.setiap malam gi umah ketua sb,banyak juga habis duit melobi agensi.sebab tu dia nampak bersih sangat.dola majid siap lobi dan ugut mb.mubarak,ketua puteri,ketua wanita jumpa najib memburukkan wan amizan dan dr shukri!

najib terpaksalah memilih mat lan yang tak pernah buat keje pun kat jantet ni.sesen duit pun tak menyumbang kepada umno.nak free aje!orang lain bersusah payah berkorban tenaga,wang ringgit dan masa nak menguatkan umno,dia yang kedekut dan pemalas langsung tak sumbang kepada umno hanya tahu nak jadi yb!pirahhh!

Anonymous said...

dompok kekel di dun tahan pun beli dgn raja muda bahalol...

Anonymous said...

meme beli pon,hacur jeratut kito kalu mcm ni,sumo main peteh,dopok ni ore tok leh paka,puak kelate jatut ni lamo doh tak paka dopok ni,ngarot kuat,melawok.. sumo harto jatut nok gomo ke dio blako,mapuh kito kalu geng dopok ni naik,mitok sipe malekat 44..tanoh batu bala 250 eka pah ke dio blako,ore kapung mohon tok lulus,kito keno tolok pemipin lagu ni...

Anonymous said...

Idola Mat Lan adalah Nik Aziz. Setuju??

Anonymous said...

Idola Mat Lan adalah Nik Aziz. Setuju??

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 9:14,

Mu tok fahe, tanoh 250 eka itu tanoh itu ambo goyat ke mu itu tanoh PSK. Mu tahu ke dok, itu tanoh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang cuma dipajak kepada pemaju.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024