Friday, November 1, 2013

Jangan Benarkan Perlombongan Di Ulu Sg Pengor

picture of

15 tahun dulu Sg Pengor cabang Sg Tembeling di Kg Pagi adalah lebih jernih. Gambar menunjukkan jambatan gantung di Sg Pengor. Sekarang sebuah jambatan konkrit sedang dalam pembinaan.


Menteri Besar Pahang DSD Adnan Yaakob menjala ikan bersama penduduk di Sg Pengau pada majlis Sehari Bersama Penduduk Kampung Gugusan Ulu Tembeling di Kg Pagi, minggu lepas.


WZWH terima inbox yang berikut:

Assalamualaikum, En.,saya XXXXX, ingin berkongsi cerita pada En. harap sangat Encik bantu kami...mengenai perlombongan yang akan bakal berlaku di Sg. Pengau Kg. Pagi..kami risau tentang kerosakan sungai dan akibatnya amat teruk sekali....mungkin En. WZWH  dapat beri pandangan....


Untuk pengetahuan pembaca blog WZWH, Sg Pengau adalah salah satu anak sungai atau cabang Sg Tembeling. 15 tahun dulu air sungai ini sangat jernih. Sebab itu Sg Pengau dicadangkan menjadi tempat pembiakan atau santuari ikan.

Jika dahulunya, air Sungai Pengau jernih dan menjadi habitat ikan air tawar bermutu tinggi malahan kawasan itu pernah dipilih sebagai lokasi projek pemuliharaan ikan air tawar oleh Jabatan Perikanan tetapi kini tidak lagi sesuai dengan habitat berkenaan.

Aliran sungai ini bertukar keruh dan tercemar, dipercayai terdapat kerja pembalakan di kawasan hulu dan kerap berlaku hakisan di kawasan yang gondol ketika hujan lebat.

WZWH melihat senario berkenaan juga memberi impak sehingga berlaku perubahan air Sungai Tembeling yang bertukar menjadi kotor kerana aliran Sungai Pengau masuk ke sungai berkenaan.

Hal ini menyebabkan air Sungai Tembeling juga tercemar dan menimbulkan kebimbangan penduduk Kuala Tahan dan pengusaha chalet dan resort di Taman Negara yang memperoleh bekalan air daripada sungai utama berkenaan.

Penduduk di pesisiran Sungai Tembeling juga semakin was-was untuk menggunakan air sungai berkenaan sebagai alternatif jika terputus bekalan air bersih akibat tercemar dan berkeladak.

Kekotoran sungai utama itu juga menyebabkan terbantut pembiakan ikan air tawar sejak akhir ini kerana habitatnya diancam pencemaran, malahan punca kekurangan serangga sebagai makanan bagi akuakultur apabila air sudah berlumpur.

WZWH berharap pihak berwajib memantau keadaan Sungai Pengau dan Sungai Tembeling yang menjadi sumber bekalan air bersih di sekitar Lembah Tembeling.

Apa yang lebih penting 'Kempen Sayangi Sungai Kita' yang diuar-uarkan oleh pihak tertentu wajar dihayati serta kerjasama semua pihak memulihara kebersihan sumber air dan habitat akuakultur di situ.

Sistem tagal yang diamalkan kaum Kadazan Dusun di Sungai Maroli, Ranau, Sabah mula diperkenalkan di Semenanjung sejak dua tahun lalu yang bertujuan menghindari kepupusan pelbagai spesies ikan air tawar di negara ini.

Mengikut bahasa Kadazan Dusun, 'Tagal' bermaksud 'tidak payah' atau 'tidak boleh' dengan membawa konotasi, melarang penangkapan ikan dalam tempoh tertentu bertujuan melindungi dan memulihara spesies ikan air tawar di dalam sungai.

Sistem itu melarang penangkapan ikan bagi satu jangka masa tertentu di kawasan zon sungai yang dipersetujui bersama oleh penduduk setempat untuk memberi peluang akuakultur berkenaan membiak.

Selepas itu, pada masa ditetapkan penduduk setempat akan bersama-sama menangkap ikan yang 'ditagal' lalu diagihkan sama rata.

Menerusi sistem itu, ia memastikan ikan dapat membiak dan menjadikan sumber makanan berterusan kepada penduduk setempat.

Justeru, kawasan perairan Sungai Tembeling, Sungai Pengau dan Sungai Serau di Kuala Medang, Kuala Lipis adalah projek perintis bagai sistem tagal yang diperkenalkan Jabatan Perikanan Pahang (JPP) dengan kerjasama masyarakat setempat.

WZWH faham sekarang ini Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 dari Kg Tuit ke Kg Pagi sedang berjalan dan disambung ke Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Mat Daling. Memang sedikit sebanyak projek ini boleh menjejaskan alam sekitar.

Sebab itu projek ini dipantau oleh berbagai agensi supaya kemusnahan alam sekitar dapat diminimakan.

Begitu juga WZWH difahamkan 50,000 ekar hutan dibuka untuk penanaman ladang getah oleh beberapa GLC. Ladang 50,000 ekar ini tetap akan menghasilkan hutan pokok getah jua. Lagi pun di Ulu Tembeling sememangnya sudah tiada kawasan hutan kerana banyak balak-balak sudah ditebang.

WZWH mahu cadangkan kepada kerajaan negeri Pahang supaya semua kawasan yang terlibat perlu bila siap semua projek-projek ini perlu di reforestation kan. Pokok-pokok hutan perlu ditanam semula oleh jabatan-jabatan kerajaan, GLC dan NGO.

Jangan benarkan sebarang aktiviti-aktiviti perlombongan apa-apa mineral di Ulu Tembeling baik untuk hari ini dan hari akan datang.

Sudah ada kesedaran dikalangan anak-anak muda Lembah Tembeling bahawa kehilangan hutan, pokok-pokok balak, flora dan fauna, sungai-sungai yang tercemar adalah satu kemiskinan khazanah Lembah Tembeling.

Ini saja harta Lembah Tembeling yang tidak ternilai dan memberi sumbangan kebaikan biodiversiti alam sekitar kepada Pahang, Malaysia dan dunia.

9 comments:

USIN GAMPANG said...

KALAU DOMPOK NAK BOLEH BUAT AJE..NI KAN SALAH SATU SUMBER PENDAPATAN NEGERI TP DUIT MASUK POKEK DOMPOK..TENGOK KAWASAN BALAK TAMAN NEGARA PUN BOLEH DIA AMBIL APE LA SANGAT KAWASAN PERLOMBONGAN..YANG UNTUNG AKU USIN GAMAPANG..

Anonymous said...

SAPE YG TAHU ADE MACAM2 TUUUUU..ORG KG KEE DOMPOK?
TANYE SAME HUD-HUD

Anonymous said...

WZWH ... kome dah bertahun menerima kesan dari pencemaran air sungai pahang... dah jenuh buat aduan.... aok dok bicara politk aje... rintihan hati makhluk yang sumber sampingan melalui anugerah Allah dalam sungai x dipedulikan.... pembanunan x ditolak tapi kesan nya yang kome tanggung.. harap tagai aje projek perlombongan yang hanya menguntungkan individu tertentu.... kas respek aok kalau ini diperjuangkan.....

usin gampang said...

ada lagi manusia nangoi yang suka menyamar jadi aku ni.ni nangoi hatinya benci sgt kat dompok.baginya dompok dah macam hantu yang sentiasa menghantui hidup dia.dia lupa semakin dia memfitnah dompok semakin melimpah rezeki allah kurniakan kat dompok.sedangkan dia tetaplah bangsat tiada apa2.yang dia ada hanyalah dosa2 memfitnah dan mengumpat.semua yang buruk yang berlaku di jerantut ini adalah perbuatan dompok.segalanya kerana dompok.cuma orang aje lupa bahawa allah memelihara orang yang sabar menerima penghinaan manusia yang penuh hasad dan dengki.

Anonymous said...

umah dompok di felda jengka katanya dah siap ragnya murah ajer macam ruumah kampong atap cucur RM250. akau suka duduk rumah kampong, macam rumah dompok. gampang mu nak kate apa rumah murah sangat tu.

Anonymous said...

sebab itu dari dulu lagi awak wzwh dan kerabat awak tu bodoh, tak tahu bahaya kemusnahan alam sekitar.

Anonymous said...

yang mengaku cerdik suka membodohkan orang.sebenarnya yang suka kata orang bodoh dialah yang bodoh sebab tak tahu perbuatannya itu memang bodoh.orang bodoh tak tahu yang dia tu bodoh.orang bodoh akan anggap orang lain bodoh sedangkan dia lah yang paling bodoh.sudahlah bodoh merempat pulak tu.itulah anon 4.19PM. manusia bodoh yang tak tahu dirinya tersangat bodoh!

USIN BELACAN said...

usin gampang memang betul la anak gampang dah la bodoh, bahlol nak mampos..wan zuri kamu hanya berpolitik2 bodoh tp masalah rakyat tidak dapat diselesaikan..memang betul kuasa dompok ada tp sampai bila dia berkuasa..sampai bila kita nak tengok balak gondol sana sini..sampai bila kita nak teguk air keruhan pembijihan, x pe jawapan wan zuri janji aman(kepala otak awak)..rakyat didahulukan tp banyak bala yang didahulukan..sampai bila kepala rakyat dipijak sedangkan undi rakyat diperlukan(bodoh sape yang pilih dompok)..

Anonymous said...

tunggulah sampai masa nya bodoh bodoh tembeling sedar kebodohannya. yang paling bodoh orang yang dapat makan pagi kais pagi

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...