Tuesday, January 28, 2014

Anwar Tidak Salah Bahkan Lebih Baik Dari Mahathir Mengurus PRK Selangor!



"The greatest Malay politician of all...the next PM of Malaysia. UMNO kena terima kemasukan kembali Anwar untuk kuatkan parti dan negara."- Is it a good theory or a paradox?


Ramai ahli politik mengecam Anwar Ibrahim ekoran PRK DUN Kajang. Mereka kata ini bazir wang rakyat. 

Bukan sahaja ahli politik BN menembak Anwar bahkan ahli politik PAS menempelak Anwar ugut mahu boikot, PAS akan tetap hantar borang pencalonan ADUN Kajang dan pencalonan MB Selangor jika perlu.

Tidak cukup dengan itu DAP melalui LGE dalam PC suruh wartawan bertanya Anwar sendiri tentang isu PRK DUN Kajang.

Lalu Anwar dilabel tiada moral , tiada etika, lebih kepada kepentingan politik peribadi, patut letak jawatan ahli parlimen Permatang Pauh dsb.

Sebenarnya Anwar tidak salah, dari segi legal tidak salah sebab peruntukan perundangan membolehkan sesiapa ahli politik baik ahli parlimen dan ADUN letak jawatan tanpa sebarang sebab.

Peruntukan itu ada. 

Bahkan Anwar lebih baik dari Mahathir mengurus PRK Selangor.

Ingat PRK 1997 melibatkan parlimen Kuala Selangor dan DUN Permatang untuk membolehkan Abu Hassan Omar mengantikan Muhammad Taib menjadi MB Selangor. Abu Hassan Omar bertukar kerusi dengan Jamaluddin Adnan.

Kalau isu PRK mahu bazirkan wang rakyat nampak Mahathir lebih banyak membazir dari Anwar di Selangor.

Mahathir kosongkan dua kerusi parlimen dan DUN.

Anwar cuma kosongkan satu kerusi DUN.

Tapi kalau mahu diambilkira PRK Parlimen Permatang Pauh 2008 untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding maka kira serilah!

DUN Kajang mempunyai hampir 40,000 pengundi di mana Melayu 49%, Cina 40% dan India 10 %.

Tidak kira apa BN kempen buruk Anwar, PAS boikot, dan DAP masih membisu....

Adalah dijangka Anwar yang dikatakan "anugerah tuhan, the most political animal in the world" atau mungkin Anwar dianggap "anak Allah" barangkali adik Jesus Christ dengan dibantu dengan kerja keras DAP yang berterimakasih kepada Anwar memujuk pengundi Cina terutamanya undi Anwar atas kertas, Anwar PASTI menang DUN Kajang.

Namun BN perlu aplikasi strategi-strategi dan tektik-tektik yang terbaik untuk kalahkan Anwar di DUN Kajang.

Dalam politik serba kemungkinan....tidak mustahil BN boleh menumbangkan Anwar di DUN Kajang.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...