Saturday, January 4, 2014

Sejarah Bible Melayu Dari Munsyi Abdullah Hingga Serbuan JAIS Di Pejabat Bible Society Of Malaysia


Munshi Abdullah yang dikenali  Bapa Kesusateraan Melayu Moden hidup di zaman Stanford Raffles dan misionari Kristian dari Inggeris dan Belanda yang berusaha gigih mengembangkan agama Kristian ke kepulauan Melayu.

Munsyi Abdullah adalah seorang scholar Melayu, translator, researcher, guru Bahasa Melayu kepada pegawai tertinggi Inggeris, saudagar, misionari, dan askar.

Bila misionari @ mubaligh ini mahu kristiankan orang Melayu kenalah buat bible Melayu ( Alkitab ). Mula-mula terjemah sendiri sejak 1821 tapi paderi sendiri tidak puas hati kerana tidak sedap bahasa. Banyak kali pula direvisi tapi hasil tidak memuaskan.

Misionari minta bantuan Munshi Abdullah atas galakan Inggeris hasilnya Alkitab yang lengkap tapi masalahnya Munshi Abdullah menyedari ada yang tidak kena dengan terjemahan Alkitab itu....

Dari : Revisi Terjemahan Leijdecker

Seorang utusan misi the London Missionary Society (LMS) yang bernama William Milne yang datang ke Semenanjung Malaka pada tahun 1814 meminta pandangan guru bahasa Melayunya mengenai terjemahan Leijdecker. Guru bahasanya adalah Abdullah bin Abdul Kadir yang dikenal dengan sebutan Munsyi Abdullah. Munsyi Abdullah menilai terjemahan Leijdecker kurang wajar bahasanya dan penuh dengan istilah asing. Karena Munsyi Abdullah mengakui keabsahan Kamus Bahasa Melayu William Marsden, maka kamus ini dijadikan patokan untuk merevisi terjemahan Leijdecker. Dan yang mendapat tugas khusus untuk pekerjaan revisi ini adalah Claudius Thomsen seorang utusan LMS yang lain. Ia bekerjasama dengan Munsyi Abdullah guru bahasanya dalam tugas revisi itu. Thomsen selesai dengan revisi Matius pada tahun 1821. Dengan bantuan Robert Burns, Thomsen menyelesaikan revisi 4 Injil dan Kisah Rasul-rasul pada tahun 1832. Hasil revisi 4 Injil dan Kisah Rasul -rasul ini dicetak sebanyak 1500 eksemplar. Tetapi Munsyi Abdullah tidak puas dengan hasil pekerjaan Thomsen ini. Tetapi masalahnya bukan saja pemakaian bahasa Melayunya, yang dipersoalkan juga istilah -istilah Kristiani seperti "Kerajaan Syurga", "Anak Allah", "Mulut Allah", (Sabda/Firman Allah), "Bapa-ku yang ada di Syurga" dsb.

Sebagai seorang Islam, Munshi Abdullah akhirnya menyedari dari segi teologi atau akidah tauhid terjemahan ini boleh mengelirukan orang Melayu Islam!

Alkitab telah tersebar ke Pulau Jawa, Sumatera , Borneo, Sulawesi dll. Sebab itu di Indonesia dan Sabah dan Sarawak kalimah Allah diguna dalam bible Melayu @ Alkitab.

Di Semenanjung Tanah Melayu, Inggeris berhati-hati kerana Raja-Raja Melayu, Sultan-Sultan Melayu membenarkan Inggeris menjadi penasihat, penaung @ protectate negeri-negeri Melayu; tadbirlah dengan cara apa memodenkan pentadbiran, eksploitlah hasil-hasil ekonomi TETAPI jangan sekali kali Inggeris menyentuh Adat Istiadat Melayu dan Agama Islam.

Inggeris sangat maklum akan Sultan-Sultan Melayu adalah Ketua Agama.

Hingga zaman moden dari awal pembentukan Malaysia dalam  Perlembagaan Persekutuan jelas Islam adalah agama rasmi; tidak boleh mana-mana pihak mengembang dan berdakwah agama lain-lain kepada orang Islam di Malaysia. DILARANG.

Serbuan JAIS di pejabat Bible Society Of Malaysia adalah berkenaan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 (Enakmen 1 Tahun 1988) berkenaan Alkitab guna kalimah Allah.

Enakmen sebegini juga ada di semua negeri-negeri yang Beraja di Semenanjung. Contoh negeri Pahang Enakmen 1989.

Serbuan tersebut adalah sah di sisi undang-undang dan JAIS mempunyai kuasa untuk berbuat demikian memandangkan serbuan dan rampasan kitab Injil tersebut di buat berdasarkan Enakmen.

Enakmen tersebut yang digunakan oleh JAIS adalah suatu enakmen yang telah diperbuat dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sejak tahun 1988 lagi.

Enakmen ini adalah selaras dengan peruntukan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa undang-undang negeri boleh diadakan untuk MENGAWAL atau MENYEKAT pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang yang menganut agama Islam.

JAIS juga boleh mendakwa Pejabat Bible Society Of Malaysia.

Setakat kajian yang dibuat, hanya sekali sahaja pendakwaan pernah dibuat berkait dengan kesalahan menyebarkan ajaran agama lain ke atas penganut agama Islam iaitu kes yang berlaku di negeri Pahang pada tahun 2002.

Di dalam kes tersebut iaitu kes Pendakwaraya v. Krishnan a/l Muthu dimana Orang Kena Tuduh (OKT) telah didakwa dan disabitkan di bawah Seksyen 4(2)(i) Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam Negeri Pahang 1989 kerana telah memujuk dan memaksa seorang wanita beragama Islam untuk memeluk agama Hindu.

Di dalam kes ini, OKT telah djatuhkan hukuman penjara selama 20 hari dan denda sebanyak RM1,500.

5 comments:

Anonymous said...

inilah bala yg allah taala bagi apabila islam dipermainkan oleh orang yg mengaku islam dia lebih baik dari islam lain dan bersentongkol dgn kristian serta nasrani utk menjatuh org yg seagama dgn mereka

usin malaun said...

murahnya denda untuk menghancurkan akidah org islam.kenapa pemimpin yang memimpin negara tak nampak perkara ni.salah PR la ni denda sikit kan sebab PR tak kuat mcm UMNO..

Anonymous said...

kenapa la allah jadikan usin manusia kalau dijadikan anjing kan bagus boleh juga salak babi maka ubi

Anonymous said...

kalau usin dah jd anjing dah tentu engkau babi nya..

Anonymous said...

Sebab umno la malaysia rosak binasa,ingat manusia,mati bila2 je memanggil,selama ni rakyat kena main je dengan umno ni,dulu boleh tutup tapi dunia siber tak boleh lagi menutup busuk dan bangkai mereka tinggalkan

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...