Friday, January 24, 2014

Hukuman Salang Bagi Isteri Yang Curang...



Ini cerita yang benar...dicerita kepada WZWH sejak kecil oleh orang tua-tua. Mula-mula WZWH tidak berapa faham plot ceritanya. Tetapi WZWH masih ingat tema cerita itu.

Hinggalah ketika WZWH habis belajar dari UK dan pulang berehat di sebuah kampung tepi Sungai Tembeling. Tanah kampung itu milik moyang kepada datuk dan nenek WZWH.

Oleh kerana moyang itu anak sedara dua pupu kepada Raja Pahang maka beliau menjaga kawasan sebatang Sungai Tembeling satu Lembah Tembeling.

Sebagai pembesar mentadbir kawasan yang luas dan kaya dengan hasil mahsul sudah tentu moyang itu orang yang kaya dan berharta. Banyak tanah , dusun, paya padi dan beribu kerbau.

Juga mempunyai ramai isteri. Sudah tentu memilih isteri-isteri yang cantik dan jelita. Pada waktu itu menpunyai ramai isteri hingga empat adalah norma biasa. Kalau dicampur yang mati dan dicerai mempunyai isteri dari sembilan ke dua belas.

Begitulah mewahnya moyang-moyang WZWH berpoligami...ada rupa, ada pangkat, ada harta siapa anak gadis dan ibubapa yang mahu menolak?

Sambung balik cerita WZWH...bila WZWH balik dari UK berehat di kampung itu WZWH mendapat cerita yang sama WZWH dengar sejak kecil dari seorang yang paling tua di kampung. Orang tua ini semasa kecil sempat membesar sewaktu moyang WZWH yang ketika itu sudah tua masih hidup disisa usia.

WZWH bertanya bagaimana rupa moyang itu? Orang tua itu menjawab moyang itu umurnya panjang lebih seratus tahun, orangnya putih, tinggi dan kaya serta pemurah. Bila beliau meninggal dunia dikuburkan di tanah sendiri. 


Seterusnya orang tua itu bercerita lagi. Moyang ada ramai isteri. Ada seorang isteri yang paling cantik dan muda. Kulitnya putih dan mulus umpama leher dan muka kehijauan. Ini isteri favourite moyang.

Ada kalanya moyang terpaksa mengadap Raja di Pekan. Bila menghilir Sungai Tembeling dan Sungai Pahang memakan banyak hari. Bila bertandang ke Pekan biasanya Raja bertitah supaya moyang tinggal di Pekan dua hingga tiga bulan.

Maka berlaku peristiwa dan seterusnya tragedi. Pada waktu itulah isteri moyang yang favourite ini dilaporkan bermukah (curang) dengan seorang lelaki. Berita ini telah disampaikan kepada moyang yang berada di Pekan.

Maka moyang pun sedih dan gundah gulana. Sudah tentu Raja pun perasan akan perubahan mood moyang. Akhirnya moyang pun terpaksa bercerita cerita yang sebenar kepada Raja. Apa lagi Raja terus murka sambil berkata pantang keturunan kita maruah dipermainkan.  Hukuman mesti ditegakkan.

Moyang mengerti apa maknanya titah Raja itu...walau isteri yang itu sangat disayangi namun kanun perlu dijunjung maruah perlu dijaga. Lalu moyang memberi perintah dari Pekan kepada utusan supaya hukuman menyalang isteri yang sangat disayangi itu.

Menyalang adalah hukuman menikam orang dengan keris panjang dari belikat hingga ke jantung.

Maka utusan pun datang ke kampung memberkas isteri moyang dan lelaki yang disyaki. Menurut cerita orang tua lelaki yang disyaki itu terus ditikam dengan keris panjang manakala isteri moyang sempat lari ke tebing sungai lalu dikejar oleh utusan hingga ke gigi air.

Akhir isteri moyang yang curang itu dibunuh walau beliau tidak mengaku dan sungguh sayu dengan tangisan yang syahdu. Dikatakan oleh orang-orang kampung selepas peristiwa tragedi itu selalu terdengar tangisan seorang perempuan di tebing sungai pada malam hari hingga ke hari ini.

Demikianlah cerita benar tentang hukuman salang bagi isteri yang curang.

Namun orang tua itu menambah lagi ada versi cerita yang dipercayai bahawa sebenarnya isteri moyang itu telah difitnah. 

Entahlah....keluarga WZWH yang tua-tua percaya bahawa isteri moyang itu curang tetapi orang-orang kampung percaya isteri moyang itu difitnah.


Bila moyang balik ke kampung beliau tidak bercakap dan membisu seribu bahasa. Hidup sudah tidak indah bagi moyang. Segala kedudukan, pangkat, harta, tanah, dusun, paya padi dan kerbau dua tiga padang sudah tidak bererti lagi bagi moyang.

15 comments:

Anonymous said...

Bete ke cter ni..ke nk kias ke abg wan mizan jer...

Anonymous said...

Norol izzah&wan amizan..sepadan dah tu..politik perdamaian...hehe

Anonymous said...

Beta Raja Melaka tak ada kena mengena dgn cerita ini...hehe.

Anonymous said...

Moyang aok hensem ikut cerita aok, wan amizan gemuk,pendek,,hitam, katanya anu pun kontot.



Halim Mehasan

Anonymous said...

Bro 8:29 Ikut kajian saintis size does not matter...hehehehehehe

Anonymous said...

Kas bab cerai x pelik dema,bersepah org cerai zaman ni,tapi hok bini xnk ngaku penah nikah tu yg tak tahannya,pungkor2 dompok abis rebah ditangan azma,planning awal2 dah,planning jangka panjang,jenis pempuan pulak tak tau agama halal haram bab nikah,yang laki pulak taknak tegak kan agama,hancus rmhtgga gitu je

Anonymous said...

bagi je azma tu ke dollah kicap kih kih kih

Anonymous said...

undang2 negara dema cipta kemudian yg langgar dema juga terutama yang berkedudukan.kenapa dompok tu nak kawin kat siam sedangkan di negara kita ada undang2.dompok juga ada kemampuan dari segi kewangan lebih2 lagi batin melainkan takut bini sebab tu kawin kat siam.sendiri buat sendiri tanggung termasuk saksinya usin gampang.

Anonymous said...

jadi gundik aje lepas tu kawin ramai mengikut nafsu bkn sunnah sebaliknya punah..

usin malaun said...

aku rasa isu dompok keluar ni nak tutup isu kangkung lebih2 lagi kos sara hidup semakin tinggi dan rakyat dah muak permainan dan sendiwara puaka2 UMNO.

Anonymous said...

Orang bndar xkn kupa usin malaun,org kampung,org jantet je yg bodoh je dengan menutup isu ni,biasala orang umno,kalau tak tipu,fitnah,alihkan fakta bukan umno namanya,hidup dah sebati dengan permainan jelek umno ni,contohnya macam hj nazlan,bukan orang x suka dia sebagai pemimpin tp org benci umno,umno banyak merosakkan orang melayu,betul dah skrip cite pendekar bujang lapok,alif mim tendang wau jawapannya sarkis,zaman p.ramli memg tau dah umno ni parti sarkis,serupa juga undang2 di mlaysia umno bn buat,undang2 monyet,p.ramli kabo mnda cite ABBL,jual belacan ada lesen jual ganja xde lesen,disitu boleh org mnilai sendiri law di malaysia,bunuh orang,seleweng duit rakyat 250juta,hina islam boleh lepas,tapi mp g melawat rakyat kt pulapol mse bersih ituhari boleh kena penjara,bahayanya jadi pemimpin kalau tidak belaku adil ke atas rakyat,dalam quran dah kabo orang pertama yang ditnya di akhirat nanti ialah pemimpinla,bayangkanla kalau pemimipin berlaku zalim ke seluruh rakyat malaysia,cam mana la nak tanggung azab akhirat kelak nauzubillah min zalik

Anonymous said...

moral of story...

bini-bini perlu bersikap jujur dan menjaga maruah. tapi tak kan bini dompok pun nak kena salangjuge ???

Anonymous said...

Mende awok merepek ni... Dah Sewel ke.?

Anonymous said...

Sabit dompok keluar cerita seumpama ini... aok mmg steady kuat sungguh mengampunnya :) - Aku Bukan keturunan wan - ABKW

Anonymous said...

Nikoh barula,yb byk pitis kan,bkn dia je pmpuan ada dlm dunia ni

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...