Di DUN Tahan ada banyak rangkaian jalan-jalan. Jalan dibuat macam-macam, ada jalan slack, ada jalan kampung, ada jalan pinggir bandar, ada jalan luar bandar, ada jalan highway...
Hikayat Jalan-Jalan DUN Tahan menceritakan perjalanan WZWH meninjau jalan macam-macam ini dari jalan sedang buat hingga jalan sudah buat yang cantik mata memandang dan juga jalan yang perlu baik pulih.
Banyak sangat peruntukan infrastruktur jalan dicurahkan ke DUN Tahan. Oleh kerana Kuala Tahan is getaway to Taman Negara maka sensitiviti brand negara perlu diambilkira memandangkan itulah persepsi dalam fikiran pelancong luar negara.
Pembaca blog WZWH diharap enjoy banyak foto yang WZWH present dalam posting ini...
Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Kuala Tahan-Kg Pagi
Projek ini sepatutnya mula 1 April 2010 dan siap 31 Mac 2013. Oleh kerana lokasi projek jalan ini terletak di tempat yang sensitif berhampiran Taman Negara maka terpaksa menunggu kelulusan lama dari berbagai jabatan-jabatan kerajaan.
Dari kelulusan penebangan balak yang memerlukan kebenaran terperinci Jabatan Hutan Pahang hingga laporan lengkap EIA. Semua itu ambil masa lama untuk diberi kelulusan.
Ditambah pula kesilapan survey oleh konsultan pertama menyebabkan survey yang baru terpaksa dibuat dan memerlukan pembuangan tanah dan bukit. Ini memerlukan kelulusan EIA yang ambil lagi setahun.
Projek ini kosnya RM120 juta tetapi Kerajaan tidak ada duit hanya mampu memberi peruntukan permulaan RM40 juta, lagi RM80 juta terpaksa ditanggung oleh kontraktor dulu.
Walau ada kesulitan dan kesusahan Projek Jalan ini dijangka akan disiapkan sebelum 31 Oktober 2014 by hook or by crook.
Berikut beberapa foto sempat WZWH ambil dalam rangka kerja lawatan meninjau projek jalan ini:
Projek Jalan menuju ke Kg Gol dan Airport Sg Tiang
Projek jalan ini sudah lama disiapkan lebih dua tahun namun masih macam baru kerana tiada lori berat yang lalu. Airport Sg Tiang perlu diupgrade fasiliti kemudahan infrastrukturnya supaya lebih banyak pesawat-pesawat kecil boleh landing,
Berikut beberapa foto menuju ke Airport Sg Tiang:
Terminal Airport Sg Tiang sudah mahu runtuh.
Airstrip Airport Sg Tiang.
Sebahagian airstrip landasan Airport Sg tiang. WZWH mahu lihat Airport Sg Tiang diupgrade hingga banyak pesawat kecil dan ringan boleh landing dan takeof.
Jalan Felda Sg Retang ke Kuala Tahan yang perlu dibaik pulih
Memang terdapat beberapa lokasi di Jalan Felda Sg Retang ke Kuala Tahan yang perlu dibaik pulih. ADUN Tahan telah mencadangkan kepada Putrajaya memohon peruntukan membaik pulih kerosakan di jalan tersebut.
Baru-baru ini Aduan Rakyat TV3 telah mengetengahkan isu ini. Berikut beberapa foto kerosakan di jalan itu:
Walau hanya 5% jalan yang rosak manakala baki 95% jalan boleh dilalui dengan selesa namun kerosakan jalan ini menganggu minda pengguna jalanraya ini. Semoga peruntukan membaikpulih disegerakan bagi menangani kesulitan ini.
Sememangnya jalan baru dari bandar Jerantut ke Kuala Tahan yang lebih besar amat diperlukan bagi kemudahan dan keselesaan infrastruktur penduduk dan pelancong.
2 comments:
selesa apa wan zuri jangan la minum air kencing dompok banyak sangat tu yang bahlol sampai ke tua.
selesa la aok lalu jalan hok molek... sekali sekala lalu boleh la cakap... naik kapal heli sokmo.... kome ney hamun dah lalu jalan ney berulang ke jerantet.... malu la kat orang luor yang mane hok nok datang melancong ke taman negara teh.... pastu mula la demeh doh tak nok datang...nyer kempem pulok kat kawan-kawan jangan datang ke taman negara sebab takut rosok kerete demeh... tapi yang penting jalan tu untuk penduduk sepanjang sungai tahan.... nok2 pulok orang ulu tembeling... dah le gatal jubo naik bot (bak kata dompok) pastu nok ke jerantut jalan pulok tok molek..... jangan sampai ada yang mati dulu dek mengelak jalan rosak....
Post a Comment