Wednesday, June 11, 2014

Sebenarnya Sultan Johor Meluaskan Negeri...Perdana Menteri-Perdana Menteri Melepaskan Wilayah...UMNO Perlu Muhasabah!!!

Isu rang undang-undang Lembaga Perumahan Dan Hartanah Johor (LPHJ) menimbulkan polemik. Orang luar Johor lebih banyak bercakap dari orang Johor sendiri.

Ramailah Rockstar-Rockstar yang bercakap...

Biar WZWH explain dengan lebih mudah.

Inggeris menggunakan tipu helah licik, paksaan dan kekerasan untuk mendapatkan Singapura dari Sultan dan Temenggong.

Tiada Sultan Melayu yang mahu menyerahkan negeri dan wilayahnya kepada orang asing. Begitulah terlepasnya Pulau Pinang dari Sultan Kedah.

Sejak Singapura terlepas....Temenggong yang menjadi Maharaja dan akhirnya Sultan Johor belajar dari sejarah sejak 1824.

Tidak mengapa kerana Pahang dikurnia kepada Bendahara.

Dari Kg Gelam Teluk Belanga, Sultan Johor meluaskan negeri hingga Muar, Kesang dan sebahagian selatan Pahang kerana bijaksana Sultan Johor hingga menjadi negeri Johor hari ini.




Bila WZWH berfikir...

Sultan Johor  (Temenggong) boleh setelah keluar dari Singapura meluaskan jajahan takluk Johor boleh dapat Muar dan Kesang serta sebahagian Selatan Pahang itu bukti betapa seriousnya Sultan Johor menjaga kedaulatan negeri.

Bab sebahagian Selatan Pahang terlepas ke Johor ini WZWH tidak puas hati sebab itu keputusan Bendahara Wan Mutahir. WZWH menyokong Bendahara Wan Ahmad yang menentang keras keputusan Bendahara Wan Mutahir tapi apa boleh buat Inggeris campurtangan walau Bendahara Wan Ahmad menang perang saudara Pahang pada 1863.

Akhirnya Daripada Utara Sg. Sedeli, hingga ke Selatan Sg. Endau diserah kepada Johor pada 1868.

Sebenarnya Sultan Johor meluaskan negeri.

UMNO perlu muhasabah kenapa Perdana Menteri-Perdana Menteri melepaskan wilayah?

Kenapa Tunku Abdul Rahman melepaskan Singapura keluar dari Malaysia pada 1965?

Kenapa Tun Abdullah Bedawi melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada 2008?

UMNO perlu muhasabah.

Sebagai seorang Sultan yang berpandangan jauh, Sultan Ibrahim sering meluahkan rasa kecewa kerana tidak banyak perumahan mampu milik untuk rakyat khususnya, orang Melayu dibina dengan cepat bagi mengimbangi kepesatan perumahan mewah di kawasan Iskandar Malaysia khususnya.

Dalam keghairahan kita mengkritik pembabitan Sultan Johor dalam campur tangan pentadbiran kerajaan negeri, jangan sesekali lupa projek Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Sultan Iskandar tidak akan dapat disiapkan mengikut jadual sekiranya, penduduk di flat Bukit Cagar dan Lumba Kuda tidak dipindahkan.

Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, keluarga diraja Johor mengurniakan tanah di Pasir Pelangi bersebelahan dengan Istana Pasir Pelangi, tempat bersemayam Sultan Ibrahim untuk pembinaan Rumah Mampu Milik bagi menempatkan penduduk flat Bukit Cagar dan Lumba Kuda.

Penempatan semula penduduk flat berkenaan dalam kawasan Parlimen Johor Baru itu juga sebenarnya, adalah untuk mengekalkan kuasa politik UMNO memandangkan penduduk di flat berkenaan majoritinya adalah penyokong tegar UMNO.

Malah, UMNO Johor juga kini, tidak boleh berbangga dengan rekod sebagai kubu kuat UMNO dan ia dapat dilihat dalam keputusan PRU13 lalu, apabila pembangkang mula merintis jalan masuk ke Johor dan BN Johor hanya mendapat kerusi DUN yang 'cukup makan' bagi membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua per tiga.

Sudah pasti, apa yang berlaku di Perak mungkin berlaku di Johor memandangkan komposisi Perak dan Johor tidak jauh berbeza dan tiada kawasan Parlimen atau DUN yang benar-benar selamat di Johor selain di Parlimen Kota Tinggi dan Pengerang.

Disebabkan itu juga, pembangkang awal-awal lagi sudah menyatakan hasrat untuk menawan Johor pada PRU14, dan jika BN Johor hanya menang tipis untuk membentuk kerajaan, tidak syak lagi Sultan Johor akan menjadi penentu terhadap survival UMNO di negeri itu, sekiranya krisis Perak pada 2009 berulang.

Sila klik article dibawah untuk lebih memahami isu:


7 comments:

Anonymous said...

Rakyat johor sudah bangkit lawan umno bn di johor,orang johor dah ramai sedar sultan ibrahim hanya buat bisnes dengan warga luar,jual tanah ke warga singapore,saya doakan bn akan kalah pada pru akan datang,ramai rakyat johor nak dapatkan rumah mampu milik pun susah,semua dijual dengan harga yang tinggi,orang pahang bolehla awak tipu zuriq,orang johor sedar semua ni,hanya sedikit masa lagi rakyat perlu tahu siapa sultan johor sebenarnya,nak cerita lebih lanjut https://m.facebook.com/profile.php?id=133508756797280 sila pergi page ini

Anonymous said...

Wei anoni Juun 11,2014 at 5:07 PM

Aku pun orang Johor, aku tahu apa Sultan buat untuk rakyat Johor. Tak usah nak citer BN yg sebabkan rumah harga tinggi, kat Penang apa citer? gebang kuat la ko ni.

Anonymous said...

adoi...

patutpun org melayu kena jajah... iye, patut pun - udah mangkok ayun.. ape punya citer dah, penuh dgn mitos, ilmu sesgt kurang...

org melayu bukan kena jajah dgn inggeris je tau... dan bukan sekadar 2-3 generasi.. beratus-ratus tahun tau.. dan bile kena jajah bukan org bawah je.. semua termasuklah dgn kerabat skali tau..

belajar lagi, gunakan akal berdasarkan ilmu.. jgn membabi buta jea.. ape2 pun takle taksub...

untuk anon 6:30pm... belajar lagi.. tau bskl? kat situ tempat sykt yg org awan boleh beli syer die.. dan semua sykt ni wajib nyatakan segala urusan rasmi kpd dunia.. semua black n white.. baca & belajar dulu seblm nak komen pasal harga ape2 pun lebih pasal rege tanah@rumah kat mana skali pun.

Anonymous said...

melayu tenging je feeling kena jajah beratus tahun. sedangkan portugis dan belanda hanya menawan kota melaka. dasar melayu tenging semoga cepatlah kau mati. kami bosan.

Anonymous said...

Tanpa campur tangan sultan secara rasmi pun, MB dah kecut perut dengan permintaan sultan....secara jujurnya. kat negeri mana MBnya berani menolak permintaan sultan????

. said...

to ;
June 11, 2014 at 5:07 PM and
June 11, 2014 at 11:37 PM

lu nak berkokok pun agak laa..
tengok2 laa lu punyer zip seluar sendiri beb.

Anonymous said...

Johor nak kluar ke ape ke aq x kisah yg penting melaka aman yeahhhhh melaka x mcm negeri lain selfish x sedar dek untung hermm melaka walaupon kecik je tapi kitaorang hadapi dengan tnng kat berita tuh negeri johor penng selangor ngn kl paling bnyk masok berita hampir setiap hari anywag kes jenayah kt johor tuh berlambak lah weyhh kat melaka ni kerajaan negeri berfikir mcm mana nk kurangkan jenayah walaupon jenayah negeri melaka paling rendah di malaysia think about it. Tak dpt disangkal lagi penduduk negeri melaka meningkat secara mendadak. Rakyat kami x protes sana sini. Walaupon melaka aq tengok mcm dipinggirkan dri malaysia ade kami protes ade kami buat kekaucauan ade ke. Rakyat melaka bersatu ngn kerajaan negeri bangun kn negeri sendiri. Kalau melaka x ade johor x ade weyhh so jngn nk bajet sangt2 nyerk johor. Melaka ade termasuk top 20 the safest in the world. Johor Bharu?? Hermm korang ni akal cetek gila

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024