Thursday, June 26, 2014

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 RM277 Juta Bermula...


25/6/2014 di Kg Pagi khabar gembira buat penduduk Lembah Tembeling menjelang Ramadan...Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 RM277 juta bermula.

Projek ini bermula bulan Julai 2014 dan dijangka siap 3 tahun lagi. Boleh siap sebelum PRU 2018.

Mesyuarat pertama Projek tersebut diadakan dihadiri Pegawai KKLW, Jabatan Kerajaan terlibat, Konsultan, Kontraktor, ADUN Tahan, dan Tok Empat Kg Pagi , Kg Kuala Sat dan Kg Mat Daling.

Peta topo dan pakej pembinaan jalan pada 2 rajah di atas dan di bawah jelas buat pembaca Blog WZWH.



Walau Projek fasa 2 tersebut dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang tidak sampai ke Kg Mat Daling kerana peruntukan hanya RM277 juta, ADUN Tahan bersama KKLW akan membina jalan-jalan intra kampung dalam Kg Mat Daling yang melibatkan beberapa sub-sub kampung lagi.

Keutamaan KKLW adalah memastikan segala peruntukan tambahan dicurahkan untuk membina jalan-jalan intra kampung di Kg Mat Daling.

WZWH berharap penduduk Kg Mat Daling harap bersabar. Kita tetap akan perjuangkan jalan tetap sampai ke Kg Mat Daling sehingga kerajaan akan menambah peruntukan hingga siap.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 RM121 juta dari Kg Tuit Kuala Tahan ke Kg Pagi akan disiapkan selewat-lewatnya 31/10/2014. Semasa melalui jalan tersebut, WZWH telah melihat banyak kenderaan jentera dan mesin pembinaan rancak bekerja buat jalan, menambun tanah, menyiapkan jambatan.

Malah Pengurus Kontraktor telah menyatakan kepada WZWH banyak lagi jentera mesin pembinaan akan dibawa menyiapkan Jalan Fasa 1.



















Wajah letih Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang bekerja kuat mendapatkan peruntukan dari kerajaan bagi menjayakan beberapa projek pembangunan di DUN Tahan.

Beliau sudah berusaha mendapatkan dana dan funder dari pelabur luar negara bagi menjayakan Projek Bandaraya Hutan Hujan Sultan Hj Ahmad Shah yang terdiri dari Projek Safari Park Tembeling Tengah, Bandar Baru Kuala Tahan, dan hub Ladang Gaharu.

Dana permulaan sebanyak USD 1 bilion ( RM4 bilion) akan dimulakan untuk melancar Projek tersebut bila mendapat surat kelulusan muktamad dari kerajaan.

Dalam masa 5 tahun lagi pelaburan RM30 bilion akan membiayai sepenuh projek-projek tersebut.

Kita berharap kerja kuat ADUN Tahan dan genius keupayaan beliau menarik para pelabur melalui marketing di London, Paris, Brussels, New York dan Dubai akan membiayai projek-projek di bawah ECER ini.

Hujung bulan Jun ini, Dato' Wan Amizan akan berlepas ke Eropah lagi sekali bagi mengesahkan minat beberapa kumpulan pelabur Eropah dan Arab.



















Dato' Wan Amizan memberi beberapa pandangan bagaimana mahu membina Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dari Kg Pagi ke Kg Bantal Seberang.



















Mesyuarat pertama bagi membina Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 yang terdiri dari Pegawai KKLW, Jabatan-Jabantan Kerajaan, Konsultan, Kontraktor dan pemimpin-pemimpin tempatan.



















Dato' Wan Amizan Wan Razak dan ahli mesyuarat menikmati makan tengahari di tepi tebing Sungai Tembeling Kg Pagi.



















Di Kg Pagi menu ikan kelah, patin dan jengkuor sungguh menyelerakan WZWH...

3 comments:

Anonymous said...

kurang innovatif.., kenapa tidak dibina flat walk up tiga tingkat - penggunaan tanah secara efisyen, ramai lagi keluarga yg boleh memiliki rumah, landscapping usah dibazirkan dgn berekar2 tanah, klu arkitek pandai, sgt berpengalaman serta efisyen, tanah terhad boleh dimaksimumkan kegunaannya. Bykkan tingkap utk ventilasi udara, sertakan catchment area utk tadahan air hujan, siap dgn tempat kitar putar utk empat jenis pembuangan sampah; semua penghuni perlu berasa bangga
mengamalnya; warna cat tempat penginapan ( mana ada org moden pakai warna unggu, merah jambu, merah, hijau tua, kelambu dapur / bilik pengantin lagi ? ).

Seharusnya architecture simple, kos sederhana, kordinasi warna cat dgn ventilasinya setanding banglo2 org kaya UMNO di bandar2 heheheh.

Dewan komuniti didesign dgn tingkap2 horizontally triple panels, multiple fungsi sebagai library, tempat bersukan, pusat pembelajaran berlanjutan serta latihan kemahiran. Guna kipas saja, tak payah bazir letrik, zero karbon print lagipun tersgt mahal bila dikenakan GST UMNO Baru BN hehehehheh.

Melalui planning yg serius utk jangka masa pjg, tandas2 wanita serta lelaki harus dibina di sudut jauh yg berasingan. Separa dinding luar tandas boleh dibina dgn blok kaca... utk nilai estetika serta moden spt apartment mewah org kaya - raya UMNO serta kerabat..heheh

tak perlu bina hotel mewah2, pelancung2 global bukannya pentingkan kemewahan, tempat2 penginapan mereka jauh lebih mewah. Binalah sustainable chalets serta rest houses, activities halls. Bina reflexology footpaths light trekking paths dgn konsep using the nature serta sediakan akitiviti2 yg berfaedah. Jgn tunjuk rooster - fighting, nanti berita negatif Malaysia terbiar di CNN, Al Jazeera serta BBC ke seluruh dunia. Rugi wang berjuta ringgit utk promosi Tahun Melawat Malaysia ...

Disebabkan tugasan di perantauan jauh serta byk melancung bersama rakan2 di sana, jadi tahulah saya sedikit sbyk...

Yg dipentingkan pelawat2 termasuklah Rakyat Malaysia kita sendiri ialah basics serta nilai yg tinggi: kebersihan first class, keselesaan ala kampung / tempatan yg sempurna, wifi percuma, water coolers, ( zero carbon - tanpa penggunaan plastik di mana pengisian air utk minum dgn menggunakan botol kaca ).

Anonymous said...

Pelbagai hidangan asli serta fusion yg sedap2 dihidangkan serta kebudayaan Malaysia majmuk dipersembahkan. Servis diberi dgn budi bahasa yg ikhlas, senantiasa dikawal supervisors yg peramah, diplomatik tapi elakkan dari " terlebih dgn Mat Salleh. Ramai yg baik2 di antara mereka lebih selesa kalau rakyat Malaysia setempat diberi layanan baik yg setaraf. Elakkan dari mempraktikkan layanan pilih kasih terhadap pelawat2 dari Asia.

Keselamatan sgt diutamakan : kehendaknya prioriti teratas di mana2 spt mana kita bila melawat ke mana2. Basic good English wajib. Basic bahasa ketiga / keempat penting juga utk menunjukkan kehalusan budi pekerti, budaya, adat serta transformasi keupayaan berniaga setempat yg membanggakan.

Semua gerai makanan serta minuman di seluruh Msia kena overhaul. Kalaulah brochures Visit Malaysia tunjuk gambar2 paradise, bila para pelancung asing datang, mereka tak nak ditipu dgn " lousy services and exorbitant pricings " macam sales gimmicks.

Pengunaan cutlery plastik teruk sgt - dlman cawan serta pinggan mangkuk plastik oren dah bertukar jadi warna lain, cuba recall. Seharusnya diganti dgn china cutlery set : simple, cleanline, modern. Tak perlu guna cutlery berjenama spt di hotel2 mewah.

Sinki2 utk basuh tangan sentiasa dlm keadaan terbersih. Malangnya tandas Msia awam, di restoran serta rest houses ( from the rating of 1 to 10 ) selalunya dapat 1 - 2 / 10.

Gunalah calculator serta beri itemised billings yg efisyen. Apron serta cap wajib dipakai, kain2 lap meja mestilah bersih. Yg best sekali, gerai2 org Melayu beri air kosong percuma.

Usahlah siang mlm baca Utusan; tengok TV 3, TV RTM hehhehehe pengacara2 byk cakap pagi2 lagi, gerak tgn terlebih. Dah 10 thn tak tengok media ini. Berilah masa utk penonton2 berfikir sejenak serta navigate ide2 ke dlm long term memory center dlm otak.

nak tanya, mananya peruntukan wang utk wakil2 Raub serta yg dll, mereka pun mencurah tenaga serta masa tersgt ikhlas utk penduduk2 setempat.

Anonymous said...

From now, inform our local expert and architect , allow them a little more time to innovate, to plan and design user- friendly staircases and overhead bridges. Straight staircases and overhead bridges in the configuration of Batu Caves should be replaced with practicality and maximum usefulness compliant. Instead it should be designed with every four steps ( ¼ ) comes a wide landing / platform with the safety depth of 1200 mm, maybe
Staircases for flats must be compliantly designed for all users. In eliminating the wrong usage of the staircases eg for hiding to pukul 2 org, ponteng sekolah, merokok, curi2 makan dlm bulan puasa ( dulu saya pernah dipulas sekali oleh abah kerana curi2 baca komik, sekali dipulas dah cukup, malu serta takut ) nasib baik kalau tidak , mana boleh belajar jauh di perantauan )
Or the walls of the staircases should be constructed with glass blocks . Or with half wall for open view. Or a staircase that doesn’t have risers where there is space in between all the treads.
And the old standard doors should be replaced with three- panel - doors – sebab nanti peti sejuk , mesin pembasuh, sofa saiz gajah serta TV LCD 40” mudah dinavigate. Mana tau, yang dah banyak makan burgers, badan susah masuk keluar rumah.
And our local expert contractors and builders should only construct as per specifications. But if the architect and contractors sit in plush swivel chairs and do not relate to the community’s immediate and long term needs and supervise all works like hawks, then all plans will only look good on paper to obtain mega allocation. A mega wastage or “ runtuh ”. Get it right and in precision the first time, with the right people who have integrity and expertise.

Mahal tau klu engage foreign consultant, jadi jgn belasah lah. Cuma berkonsgi pglman. Penyokong2, adun2 Pakatan pun baik2.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024