Monday, August 24, 2015

Sokong Dan Setia Kepada Presiden UMNO Adalah Formula Mudah Untuk UMNO Dan Negara Stabil, Kuat Dan Makmur



Ini formula paling mudah.

Sokong dan setia kepada Presiden UMNO adalah formula mudah untuk UMNO dan negara stabil, kuat dan makmur.

Inilah formula yang orang-orang Melayu amalkan sejak dari Kerajaan Srivijaya, Kerajaan Majapahit, Kerajaan Melaka dan Kerajaan Johor Riau menjadikan Kerajaan-Kerajaan ini kuat.

Apabila berlaku sebaliknya maka bergoncanglah Kerajaan-Kerajaan ini.

Selalunya masalahnya bila ada politicians atau proksi dan pelobi mahu jadi Presiden UMNO dan PM dalam menjayakan agenda mereka membuatkan parti UMNO dan negara tidak stabil dan kuat.

Bila ini berlaku apatah lagi keadaan dan situasi yang mencabar negara maka keghairahan ini boleh mendatangkan banyak keburukan dari kebaikannya.

Sokong dan setia kepada DS Najib Presiden UMNO adalah formula paling mudah untuk UMNO dan Negara menjadi stabil, kuat dan makmur.


Bersatu teguh, Bercerai Bangsat


Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa

Anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu.

Seandainya UMNO hilang kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam?

Orang Melayu akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu akan tertiarap.

Memilih perkataan bangsat kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika UMNO hilang kuasa.

Orang Melayu akan terbangsat kalau UMNO hilang kuasa. Terbangsat...tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan.

Oleh itu, segala permasalahan yang berlaku dalam parti perlu diselesaikan bagi memastikan UMNO kekal berkuasa.

Kalau ada masalah, cari penyelesaian, sama ada peringkat nasional, peringkat negeri, takkan tidak ada penyelesaian.

Pelbagai dugaan dan masalah pernah dilalui sebelum ini, dan ia berjaya diselesaikan.

Pengasas UMNO keluar UMNO dan tubuh parti lain, biro agama keluar dan tubuh parti PAS, UMNO diharamkan, presiden UMNO berlawan dan menang 41 undi sahaja, krisis kewangan 1997, zaman konfrontasi, komunis dan bermacam-macam...tapi UMNO berjaya melepasi daripada krisis-krisis tersebut.

Dengan adanya penyatuan dalam parti, tidak ada sebab UMNO tidak boleh kekal sebagai parti yang memerintah.

Sebagai sebuah parti, kita harungi lautan yang terbentang luas, adakala bergelora dan adakala dipukul badai.

Bahtera UMNO sebenarnya kuat dan telah diuji sekian lama dan telah banyak berjasa mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial sehingga dunia menganggap Malaysia di bawah UMNO sebagai sebuah negara model dan berjaya.

5 comments:

Anonymous said...

Memang la formula mudah kalau lah Presiden itu sendiri membawa Umno ke jalan kehancuran perlu ke disokong lagi?? Cer citer?? Ke kena sangup mati bersama presiden walaupun tahu Umno akan mati?? Agak2 lah nak membodek pun...

Anonymous said...

HIDUP ATAS DUNIA NIE BIARLAH BERPRINSIP................

Ini namanya sokong membuta tuli....
kalau dah terang2 president nak menjahanankan negara kita yg masih mempunyai akal nak sokong lagi???????????

Anonymous said...

Sejak belakang ni bro tulis banyak yg bagus. "Bercerai Bangsat", patutlah Najib jadi bangsat pasal dulu dia cerai bini pertama dia. Tapi dia lebih teguh bila berganding dgn Rosmah.
Bro dulu penah hidup zaman hindu sriwijaya ke? Patutlah kerajaan byk guna formula hindu. Suka cakap putar belit. Formula macam ni firaun je yg pakai. Suruh org hormat dan taat dia tanpa berfikir, tanpa kompromi.

Anonymous said...

Aiseh Dato?

Ni saya nak cadangkan formula yang lagi mudah...daripada menyatukan 3 juta ahli UMNO untuk menyokong PM bangsat lebih baik saudara usulkan supaya PM haprak 1Malaysia tersebut yang berundur...selesai masalah!

Anonymous said...

Artikal yg baik dari admin. Jangan tertipu dengan dakyah RBA2 yg menyalak kat atas ni. Cara cakap pun dah tahu macam desperado.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...