Thursday, April 14, 2016

Kita Luruskan Jalan Jerantut-Benta Sampai ke Maran Selesaikan 2 Projek Terbengkalai Ini!




Kita telah bina Jalan Ulu Tembeling dengan jalan future besar dan lebar kerana kita mahu sambung terus ke Terengganu. Kita mahu ini menjadi jalan utama meransang pertumbuhan ekonomi tempatan.

Hampir RM1 billion telah dan sedang dibelanjakan untuk projek ini. Dari Kuala Tahan-Kg Pagi-Kg Kuala Sat-Kg Seberang Bantal-Kg Mat Daling.

Sebelum PRU 14 Jalan ini akan siap sepenuhnya.

Tidak cukup dengan itu kita mahu mengindah dan memakmurkan lagi Bandar Jerantut dengan Projek Jalan Lingkaran Jerantut dan 2 Flyover kos hampir RM200 juta Sila Klik Sini.

Jalan Sg Jan yang sempit melalui China Town Jerantut itu sudah tidak selesa akan diganti dengan Projek Jalan Alternatif Shortcut bermula dari Simpang 3 Masjid Baru Jerantut-Tanah PDRM-Taman Perumahan-Kg Lada kos RM60 juta.

Tapi masih penduduk Daerah Jerantut tidak berpuas hati. Sebab ada 2 projek jalan yang masih terbengkalai sejak 20 tahun dulu yang masyarakat Jerantut, Benta, Jengka dan Maran masih tidak berpuas hati.

Jalan Jerantut-Benta yang bengkang bengkok sejauh 70km perlu kita naiktaraf dan luruskan.  Jalan Jerantut-Benta antara jalan tertua di Malaysia.

Jika ini masalah yang buat pengundi DUN Damak marah hingga calon-calon Parlimen BN setiap kali bertanding PRU selalu kalah negatif majoriti lebih 2000 undi.

Maka kita perlu berusaha gigih menjayakan dan menyelesaikan isu masalah Jalan Jerantut-Benta yang terbengkalai ini.

Begitu juga Jalan Jerantut-Maran perlu dinaiktaraf  dan disiapkan kerja-kerja projek yang terbengkalai sejauh 66km itu.

Kita mahu juga warga masyarakat Jengka yang merupakan undi base BN di Jerantut dan Maran ini selesa dan selamat menggunakan infrastruktur tersebut.

Kita akan pastikan 2 Projek terbengkalai ini akan bermula kerja-kerja naiktaraf sebelum PRU 14.

WZWH akan memimpin taskforce ini, sebelum PRU 14 kita akan luruskan Jalan Jerantut-Benta sampai ke Maran menyelesaikan 2 projek terbengkalai ini.

1 comment:

Anonymous said...

apa gunanya jalan yg lurus tapi khazanah negara musnah. jalan mcm tu le ada seninya. cuma perbaiki keadaan jln tu je. kualiti jalan yg dibina teruk. tar nipis. kejab dah berlubang. biar le untung sikit tapi kualiti jalan tahan lama. pd kontraktor jgn le tamak sangat.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...