Thursday, April 28, 2016

NGO Alam Sekitar Komunis Yang Mahu Sabotaj Dan Gagalkan Pembangunan Negeri Pahang



Sungai Pahang dan Sungai Tembeling 'TIDAK MATI' masih lagi hidup.


Kini di Pahang ada satu pertubuhan NGO Alam Sekitar tapi malangnya, mungkin campurtangan elemen luar bersifat tanpa disedari subversif kerana suka fitnah tanpa fakta-fakta yang benar bagi membentuk public opinion dengan tanggapan negatif bagi menghasut rakyat dan pecinta alam sekitar membenci Kerajaan Pahang sekaligus membenci pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang.

Ini adalah NGO Alam Sekitar Komunis yang mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan negeri Pahang. 

Komunis dalam ertikata context definisi di Malaya pengganas yang suka merosakkan pembangunan infrastruktur negara. Komunis yang menyebar fitnah fakta-fakta pseudo saintifik bagi menghalang pembangunan ekonomi negeri Pahang.

Komunis yang suka menghasut membenci pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang.

NGO Alam Sekitar Komunis ini tidak faham betapa Kerajaan Negeri Pahang punya berbagai rancangan dan plan pembangunan.

Bila Kerajaan Negeri Pahang exercise pembangunan ekonomi melibatkan Kerajaan Pusat, GLC, sektor swasta dan pelabur sudah tentu Kerajaan Negeri Pahang ada perancangan mahu memperbaiki alam sekitar, reforestation dan pemulihan secara jangka panjang.

Bahkan perancangan mahu membersihkan sistem ekologi Negeri Pahang termasuk sungai-sungai, hutan dan tanah yang terlibat ada dalam agenda walau kosnya sangat tinggi namun Kerajaan Negeri Pahang mempertimbangkan alternatif cost-benefit analysis.

Bukanlah Kerajaan Negeri Pahang ini mahu membiarkan alam sekitar dan sistem ekologi ini begitu sahaja kerana ada guideline, ISO, KPI yang perlu dipatuhi.

Bukan terus menempelak Kerajaan Negeri Pahang agar mahu terus cepat menyelesaikan isu pemulihan alam sekitar on the spot.

Setiap Jabatan-Jabatan Kerajaan Pusat dan Negeri punya sistem pentadbiran yang boleh mengendali berbagai isu-isu alam sekitar secara efisien dan efektif dengan kepakaran masing-masing.

Tindakan dan perbuatan NGO Alam Sekitar Komunis ini cuba memperbodohkan dan memperlekehkan bukan sahaja pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Negeri Pahang malah mahu memandang rendah kepakaran dan bidang Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri dan Pusat.

Dengan menjadikan aktiviti pembalakan, pertanian perladangan dan empangan hidroelektrik sebagai alasan-alasan bahawa alam sekitar Negeri Pahang ini sudah rosak, hutan sudah gondol, Sungai Pahang, Sungai Tembeling dan Sungai Jelai dan beratus anak-anak sungai di Pahang SUDAH MATI adalah satu kenyataaan yang tidak tepat.

Dengan mahu mengharamkan aktiviti pembalakan, pertanian perladangan dan empangan hidroelektrik adalah secara tersurat dan tersirat NGO Alam Sekitar Komunis ini mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan Pahang terutama di pedalaman Pahang khasnya di Ulu Tembeling.

Mesej penduduk Ulu Tembeling jelas:

Kami sudah lama terpinggir.

Kami mahu pembangunan.

Jika anda tidak terlibat membantu kami TOLONG Jangan sabotaj dan gagalkan impian pembangunan kami kerana pemimpin kami adalah yang terbaik untuk menolong membantu kami mencapai impian pembangunan kami di era kepimpinan DS Najib yang begitu perihatin kepada permasalahan dan keperluan kami.

Ini mesej yang WZWH ingin sampaikan kepada NGO Alam Sekitar Komunis ini.

NGO Alam Sekitar ini mengambil kesempatan dan berluasluasa kerana pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang tidak menjawab dan mengambil pendirian berdiam diri begitu juga Jabatan-Jabatan Negeri Pahang dan Kerajaan Pusat.

Walau WZWH tidak nafikan ada seorang dua yang bersuara.

Ditambah lagi dengan media massa dan media baru yang mensensasikan berita-berita yang kurang tepat dan half truth.

Bila pemimpin-pemimpin dan Pemerintah Pahang serta pegawai-pegawai Jabatan-Jabatan mengambil sikap berdiam diri dan tidak mahu menjawab maka bermaharajalelalah media massa dan media baru ini yang difeed oleh NGO Alam Sekitar Komunis menyerang dan sabotaj serta gagalkan pembangunan Negeri Pahang.

WZWH mahu hentikan anasir-anasir yang mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan negeri Pahang.

NGO Alam Sekitar ini hanya mahu popular dengan agenda yang tersendiri buktinya TIADA NGO-NGO ALAM SEKITAR DUNIA baik yang berpengkalan di US dan Eropah menyokong NGO Alam Sekitar Komunis ini.

Sebabnya ini NGO Alam Sekitar yang berkepentingan diri:

  • Yang suka pau tokey-tokey balak.
  • Yang suka pau pemimpin-pemimpin.
  • Yang suka guna isu nature kerana mahu tanah untuk dibangunkan bagi kepentingan diri.
  • Yang suka cerita kemusnahan alam sekitar berlebihan tapi bila diberi job consultant maka akan berubah mengatakan bahawa kemusnahan ini boleh diatasi dan diberesi.


WZWH tidak percaya dan tidak yakin kepada NGO Alam Sekitar Komunis yang mahu sabotaj dan gagalkan pembangunan Negeri Pahang terutama di pedalaman khususnya di Ulu Tembeling.

7 comments:

Anonymous said...

Kenapa kerajaan negeri benci sgt dgn rakyat sendiri.

Anonymous said...

Jabatan Alam Sekitar kata boleh buat project sturgeon?
EIA pun tak buat!

Projek Bauxite - banyak dah hilang tanah & pendapatan untuk kelapa sawit. Siapa nak bagi makan anak bini?

cost-benefit analysis ada buat sekali dengan rehabiltasi alam sekitar? Cameron highland punya kes sampai RM2 billion nak baik pulih. Tanah lombong bauxite tak boleh pakai kurang2 70 tahun. Cukai bauxite mana - Ada kutip?

Jangan sembang kuat sangat sampai hilang akal tu ...

mungkin la... kalau dah ...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

DOE paranoid dgn Alam Sekitar Komunis-benda simple jadi complicated.
DOE Malaysia perlu gi lawatan belajar tengok bela ikan sturgeon kat Korea dan UAE ini paranoid suruh buat DEIA!

Projek bauxite masalah yang haram dan ditanah persendirian. Sendiri gi gadai, leasing sendiri sign agreement dgn pelombong haram sendiri tanggunglah risiko.

Cameron Highland perlu control n monitor. Rehabilitasi alam sekitar take time and cost.

Sebab itu dicadangkan Pahang Mineral Hubs untuk proses cuci bauxite jadi bersih. Ada makmal boleh test grade bauxite dan cukai boleh ditentukan dan bayar sebelum eksport. Memang tidak dinafikan kutip cukai bauxite ada kelemahan tapi boleh diperbaiki.

Ayah su said...

S3kadar berkongsi,saya ramai saudara di kampung bantal,mat daling ,Dan pengalaman kampung saya,Kampung Pasir raja Dungun,Dulu penuh dengan lubuk..ikan banyak,sekarang angkara balak tahun 1990an...apa yang jadi lubuk tiada lagi di sungai Dungun,air sekarang sudah bawah lutut,nak cari ika seluang pun payah.Rakyat tak membenci pembangunan,tapi kerakusan yg mengutungkan orang-orang tertentu terutama tauke2.Ora g kampung dapat bahana.Renung2 kan..pergilah ke pasir raja yang hanya dipisahkan Gunung Main Angin dengan Hulu Tembeling,dan kami memang ada hubungan kekeluarga dgn Org Hulu Tembeling.Bukan Benci Pembangunan,tapi kesan pembalakan hutan,Orang kaya mmglah tak kisah asalkan dapat tukar kereta besar

Anonymous said...

Ikan banyak hilang sebab ramai orang luar dan orang kampung yang bom, karan, tuba dan racun, tangkap ikan tidak terkawal PUPUS lah spesis ikan macam tu.

Anonymous said...

Koporat mintak tanah beribu hektar kat phg..org pahang miskin ni masih sibuk dgn ikan seluang ikan sepat yg tak banyak mcm dulu-dulu. Berubahlah

Anonymous said...

"Kerajaan Negeri Pahang ini mahu membiarkan alam sekitar dan sistem ekologi ini begitu sahaja kerana ada guideline, ISO, KPI yang perlu dipatuhi.

Bukan terus menempelak Kerajaan Negeri Pahang agar mahu terus cepat menyelesaikan isu pemulihan alam sekitar on the spot.

Setiap Jabatan-Jabatan Kerajaan Pusat dan Negeri punya sistem pentadbiran yang boleh mengendali berbagai isu-isu alam sekitar secara efisien dan efektif dengan kepakaran masing-masing."

1. Jangan cakap pusing2 sangatt hinggakan nak ngajar orang yang lebih arif dalam bidang dia. DOE suruh buat DEIA pi la buat, kenapa nak suruh dia pergi Korea & UAE? nak belanja di buat field work - boleh ja. Sebelum buat projek, dah submit kertas kerja ke DOE? pergi tebang balak dan ratakan tanah dulu buat apa? kan buang duit! DOE dah bagi green light? so, kenapa nak kata DOE paranoid! developer tak reti buat kerja atau projek manager yang half-past six?

2. Projek bauxite tu yang korek dari lombong haram bukan kerja sehari dua.. kenapa tak tutup? lori bauxite tu pun bukan kecil2 tak boleh tahan dek pihak berkuasa tempatan. dah tercemar dari tanah kuantan - rumah, kedai, kereta, motor dll sampai la ke laut pun jadi merah masih kata effisyen lagi? penulis ni lagi hebat dari MB Pahang? MB Pahang pun kata dia tak boleh handle dah pasal bauxite.oh ya, mana cost-benefit analysis untuk industri bauxite ni? setakat ni makan kos ja, benefit kat kerajaan negeri atau pusat takde langsung! cukai entah kemana, kena bersih pencemaran, kena buat rehabilitasi lagi - semua makan duit lagi. Entah berapa billion nak habis kerosakan yang dah ada. Ini belum kira kos kesihatan rakyat setempat yang terminum air tercemar (dari logam berat - agen carcinogen). dah la makan debu merah, nak rehabilitasi lombong bauxite ambil masa hingga 70 tahun! Industri bauxite yang bayar ?atau penulis kenal tauke besar yang mampu tanggung semua ni?

Sebelum industri bauxite dibuka ada fikir ke buat makmal, cara kutipan cukai? mana cost-benefit analysis tu?

3. Rehabilitasi Cameron Highland ambil masa 30 tahun dan kos RM2billion! duit siapa yang nk pakai untuk buat semua benda ni? tabung rakyat juga.

Terima saja hakikat jentera kerajaan negeri tidak berfungsi dengan baik. kata boleh diperbaikikan?

mungkin la kalau... mungkin ?!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...