Tuesday, April 19, 2016

Tidak Ada Pembalakan Haram Di UIu Tembeling - ADUN Tahan






Tidak ada pembalakan haram di Ulu Tembeling-ADUN Tahan YB Dato' Sri Wan Amizan. Aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan adalah perlu bagi tujuan pembangunan sekaligus memberi manfaat kepada penduduk setempat.


ULU TEMBELING: Tiada pembalakan haram di kawasan Ulu Tembeling, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Dato' Sri Wan Amizan Wan Abdul Razak.

Beliau memberi jaminan itu sambil menyifatkan sekiranya berlaku aktiviti sedemikian, perbuatan itu akan mudah disedari orang kampung dan pihak berkuasa berikutan kedudukan kawasan berhutan di Ulu Tembeling yang begitu terpencil.

"Tiada. Tidak ada pembalakan haram sebab bagaimana nak buat pembalakan haram di kawasan ini kerana mereka tahu kawasan ini pedalaman. Apabila anda masuk, orang akan tahu. Hanya anda seorang sahaja yang masuk."

"Anda nak menggerakkan jentera, semua orang akan tahu. Nak lari macam mana sebab anda seorang? Keadaan itu menyukarkan kita nak bawa lari (balak). Jadi balak ini bukan macam 'cokelat' boleh sumbat dalam poket," katanya selepas melakukan tinjauan pembinaan fasa kedua jalan dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling pada Ahad.


Ia juga dikaitkan orang ramai dengan penyusutan ketara air Sungai Pahang khususnya di hulu iaitu Sungai Tembeling, ketika cuaca panas El-Nino yang melanda sekarang.

Ditanya mengenai hasil balak rampas oleh Jabatan Perhutanan Negeri di matau balak rampas Kampung Pagi, kata Wan Amizan rampasan berkenaan dibuat atas kesalahan melanggar peraturan ditetapkan.

"Dia bukan pembalakan haram. Selalunya berlaku kesilapan dalam kerja-kerja perhutanan ini seperti lebih tebang, had tebangan lebih luar kawasan zon penampan. Itu berlaku disebabkan keadaan geografi bukan kerana mereka datang dengan niat untuk mencuri balak semata-mata."

"Nak curi balak atau pembalakan haram itu bermaksud anda berniat nak curi balak, bawa mesin dan apa sahaja untuk mencuri balak. Tetapi kadang-kadang pembalakan ini contohnya di kawasan zon penampan bina jalan raya, katakan zon penampan adalah 13 meter tetapi pokok tumbang itu ada yang 100m, ada yang 50 meter dan ada yang 20 meter. Kalau kita simpan kerajaan pun rugi, kita pun rugi. Baik kita tebang dan ambil," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan adalah perlu bagi tujuan pembangunan sekaligus memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Ia khususnya bagi kepentingan 12 kampung pedalaman di Ulu Tembeling yang melibatkan kira-kira 2,600 penduduk agar dapat menghubungkan penduduk dengan dunia luar.

"Maka kita perlu membuka hutan bagi tujuan membina kemudahan infrastruktur kepada rakyat. Kerajaan telah membina lima buah sekolah di kawasan pedalaman. Kita perlu dedahkan mereka dengan dunia luar dengan memberikan segala kemudahan dari segi pengangkutan bagi mengubah nasib mereka," katanya.

Namun pada masa sama, kerajaan negeri telah menetapkan zon penampan dengan jarak 1.5 kilometer daripada kawasan penerokaan dengan sungai serta hutan untuk tujuan pemeliharaan alam sekitar.

"Sebagai kerajaan bertanggungjawab, kita cuba mininumkan kemusnahan hutan supaya apabila pelancong datang ke Taman Negara, mereka dapat lihat keaslian hutan kekal selama-lamanya," katanya.

YB Dato' Sri Wan Amizan juga turut mengesa pengamal media sosial jangan membesarkan isu ini dengan tanggapan negatif mendorong membuatkan pelancong membatalkan tempahan bilik-bilik hotel dan chalet sehingga 50%. Akhirnya ini merugikan pendapatan pengusaha dan penduduk Kuala Tahan, serta negeri Pahang dan negara.

5 comments:

Anonymous said...

Kalau dah spesis penyamun tu, penyamun jugak lah.....

Anonymous said...

masalahnya ...... patutkah lesen mengeluarkan balak dari kawasan itu dikeluarkan. adakah penyelidikkan ttg kesan pembalakan kawasan tersebut terhadap sungai tembeling dan sungai pahang telah dibuat dengan telus tanpa ada apa apa tekanan dari mana mana pihak berkuasa atau berkepentingan.

kalu pahang kena catuan air, adakah istana dan rumah MB akan dikenakan catuan seperti rumah rakyat biasa. adakah kawasan elite juga akan dikenakan catuan air.

Unknown said...

Niat membuka jalan utk menghubungkan kwnsan pedalaman kepada dunia luar tu bagus utk kpentingan penduduk kwsan pendlaman, yg x bagus nya bila balak di luar zon penampan turut ditebang Dan dijadikan alasan stuktur geografi Dan mcm2 alasan x munasabah.. Ni bkan nk buat jalan kebun , xkan xde masuk juru ukur bertauliayah utk penandaan kwsan yg terlibat.. Hehehehe

WMZ said...

Wan Zamzuri... jgn jd talibarut penyamun. Tak takut Allah ke??

WMZ said...

Wan Zamzuri... jgn jd talibarut penyamun. Tak takut Allah ke??

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...