Monday, April 24, 2017

Santuari Gajah Jerantut Mendapat Perhatian ADUN Pulau Tawar Dan ADUN Tahan



Image result for sri lanka elephant sanctuary

Kini terdapat 1,200 ekor gajah Asia dan 1,500 ekor gajah pygmy Borneo di Malaysia. Gajah Asia lebih besar dari gajah pygmy. Gajah Asia terdapat di hutan Malaysia Barat dan gajah pygmy terdapat di Sabah.

Entah mengapa pemimpin politik Jerantut tiba-tiba minat menjaga alam sekitar flora dan fauna. Terbaru bila kes kumpulan gajah 20 ke 30 ekor merayau ke kawasan kampung berdekatan hutan dari DUN Tahan ke DUN Pulau Tawar Jerantut.

Ini membuatkan kan ADUN Pulau Tawar dan ADUN Tahan bersetuju bahawa satu kawasan santuari gajah perlu dicadangkan kepada Kerajaan Negeri Pahang bagi konservasi dan perlindungan gajah.

Bahkan sewaktu Sesi Dewan DUN Pahang, ADUN Pulau Tawar telah bawa isu ini.

YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail menjelaskan...


"Saya dah bawa perkara ini dalam Dewan Negeri. Kita memang memerlukan kawasan di antara 10 ribu ke 15 ribu ekar untuk konservasi gajah-gajah ini juga binatang lain saperti tapir dan lain-lain.

Bila sebut santuari gajah orang semua ingat Kuala Gandah. Yang betulnya itu tempat latihan gajah. 

Bila kita gazetkan tempat tu dia ada bajet, international funding pun akan bantu. Kita kena tanam bebagai tumbuhan untuk berbagai jenis spesis. Akan ada research dan kajian. Disamping kerajaan Federal pun bantu.

Keliling Gua Gelanggi tu saya sudah gazetkan sebagai reserve monument Gua Gelanggi. Kalau ada orang ceroboh cepat bagi tahu kita kuat kuasa. Doakan semoga ianya berhasil."



Gajah Asia dan gajah pygmy Borneo adalah spesis terancam dilindungi oleh Akta Hidupan Liar. Gajah adalah binatang unik dan mistik merupakan ikon Negeri Pahang Darul Makmur.

Ada Pusat Konservasi Gajah di Lancang, Temerloh selain dari Sabah di Sungai Kinabatangan dan Sungai Ketiar Tasik Kenyir.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. 

Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini telah berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar. 

Proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan spesies ini serta kerosakan harta benda dan kawasan pertanian.

Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk Unit Gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi gajah denak dan gajah liar yang memerlukan rawatan.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. 

Selain itu, pusat konservasi ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.



Masa depan gajah Asia di Pahang bergantung kepada komitmen penubuhan Santuari Gajah Jerantut yang dicadangkan oleh pemimpin.

Beberapa pemimpin NGO-NGO Alam Sekitar  turut menyokong penubuhan Santuari Gajah Jerantut.

Gajah Asia kini dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran yang kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. 

Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. 

Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon yang menjadi sumber makanan semula jadi yang sangat diperlukan untuk haiwan yang lebih kecil umpama jentolak semula jadi, serta menyebarkan biji-bijian di dalam najisnya. 

Walau bagaimanapun disebabkan oleh pengecilan habitat, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan yang telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. 

Pencerobohan ini menyebabkan berlakunya konflik dan kerugian pihak terbabit. Jika gajah tersebut tidak dipindahkan dengan segera, mereka mungkin akan mati sama ada ditembak atau diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024