Saturday, December 25, 2010

Program Karnival Juara Rakyat Parlimen Jerantut



Program Karnival Juara Rakyat Bulan Kerjaya Dan Bimbingan Parlimen Jerantut sedang diadakan bermula 24-26 Disember 2010 di Dataran MDJ. Pelbagai acara telah, sedang dan akan diadakan. Rakyat Jerantut dijemput hadir memeriahkan program tersebut.

Antara gerai-gerai yang terlibat wakil-wakil Insuran, CIMB, PDRM, Wanita UMNO, TF , Bomba, IPTA dan IPTS-IKIP, PSDC, Shahputra, SPR, KDN, Jabatan-jabatan kerajaan, Korporat perniagaan dsb. Pelbagai acara peraduan memasak, melukis, karoeke, treasure hunt, ceramah perdana diadakan. Ramai orang Jerantut mengujunginya.

YBM DS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut rajin betul buat program sekarang. Tiap-tiap minggu balik Jerantut. Beliau bersama AJK UMNO Bahagian Jerantut terutama Cikgu Nafisah telah bertungkus lumus menjayakan program Karnival Juara Rakyat ini.

Sedikit gambaran aktiviti program Karnival Juara Rakyat Parlimen Jerantut.

Memahami Aspirasi Juara Rakyat

juara
SEBAGAIMANA yang telah direncanakan mengikut agenda pembaharuan dalam perancangan memastikan UMNO terus kukuh dan teguh, Program UMNO Juara Rakyat telah menjadi realiti selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkannya.
Apa yang pasti, program tersebut bukanlah setakat hangat-hangat tahi ayam atau sekadar melepas batuk di tangga sebaliknya ia adalah agenda yang akan menjadi aspirasi bukan sahaja kepada para pemimpin dan ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya, tanpa mengira peringkat usia, kedudukan atau pangkat apatah lagi perbezaan agama dan bangsa.

Program UMNO Juara Rakyat ini telah dibincangkan secara terperinci dan mendapat kelulusan oleh ahli Majlis Tertinggi menerusi mesyuaratnya yang bersidang pada 4 Disember 2009 lalu dengan kesinambungan secara langsung yang akan diteruskan oleh semua peringkat Bahagian melalui skala yang lebih kecil.

Sehubungan dengan itu, majlis pelancaran program tersebut yang telah berlangsung di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan jangkaan seramai lebih 20,000 pengunjung telah turut serta bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan juga melawat gerai-gerai pameran yang dibuka sepanjang tiga hari berlangsungnya acara.

Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Dengan kata lain, menerusi program ini akan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO.

Lantaran itu, program-program yang terkandung di dalam agenda ini tentunya berlandaskan inisiatif berterusan sepanjang masa dengan merangkumi pelbagai jenis bidang khususnya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi.

Lantas hasrat ingin menjadi juara adalah keutamaan sebagaimana gagasannya dalam persaingan memenangi hati rakyat malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar terus unggul dinombor satu.

Dalam hal ini, program tersebut bukanlah untuk bermegah atau sombong khususnya apabila menyebut juara, tetapi kenyataan bersandarkan kepada hakikat bahawa selama ini pun UMNO dan BN yang merancang dan melaksana semuanya termasuklah projek pembangunan dan kemajuan negara.

Justeru, sememangnya tiada siapa yang dapat menafikan apa lagi memadam hakikat pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang termasuk pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain lagi.

Apa yang pasti, UMNO dan BN yang melaksanakan tetapi ada rakyat yang kurang sedar bahawa yang menjuarai kehidupan mereka adalah UMNO/BN waima golongan pembangkang juga pernah mengakuinya.

Dalam usaha untuk terus memperteguhkan survival bangsa, UMNO hari ini bukan hanya berdepan dengan cabaran bagi menangani pembangkang yang sentiasa sahaja mencari salah dan silap di samping pelbagai provokasi dan tohmahan dilemparkan sebaliknya, cabaran yang lebih besar lagi adalah berdepan dengan ahli-ahli dalam parti sendiri dan khalayak umum.

Apa yang perlu difahami, UMNO bukan sahaja berpolitik, UMNO juga telah menerajui reformasi budaya dalam mempertahankan diri kita ledakan maklumat dan kemewahan di samping krisis lain untuk terus berada di landasannya dengan tujuan demi agama, bangsa dan negara.

Selain sambutan peringkat negeri, semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara juga akan melaksanakan program tersebut pada skala lebih kecil dengan perancangan yang akan berlangsung selama dua hari satu malam setiap bulan.

Dalam menjayakan program tersebut, tentunya inisiatif dan kesungguhan dilakukan termasuklah dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Antara pengisian yang disediakan melalui program tersebut adalah Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia termasuklah mendaftarkan diri sebagai pengundi selain mendaftar keahlian UMNO secara terus.

Secara tidak langsung, program ini bertindak sebagai kempen kesedaran di kalangan golongan muda supaya mendaftar sebagai mengundi.

Dalam masa yang sama terdapat sebanyak 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta dan badan bukan kerajaan, organisasi dan individu persendirian yang terlibat bukan sahaja untuk jualan tetapi juga terlibat dalam pameran pelbagai produk.

Apa yang lebih menarik, golongan pemimpin atasan termasuklah Perdana Menteri, timbalannya serta menteri-menteri kabinet lain juga akan turut serta dalam pelbagai program yang dirancang sebagai alternatif khusus mendekatkan rakyat kepada pemimpin.

Dalam masa yang sama, para pemimpin atasan juga akan dapat menyelami hati nurani masyarakat setempat apabila turut serta turun padang bersama-sama bergerak seiring dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Sesungguhnya perancangan tersebut akan berjaya dan menjadi agenda berterusan parti dalam usaha untuk terus memperteguh dan mempertahankannya sebagai satu survival apabila semua lapisan masyarakat termasuklah pemimpin dan rakyat terus seiring, bersatu dan berpadu!

Jemputan Kepada Suhaimi Said Berdebat Isu Felda di DUN Tahan

Dun Tahan,Jerantut
YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan sedang menunggu jawapan Suhaimi Said untuk berdebat Isu Felda membabitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan.

Ini ialah Jemputan Kepada Suhaimi Said secara rasmi secara media baru untuk berdebat Isu Felda di DUN Tahan.

Masa: Ikut kesesuaian dan kelapangan Suhaimi Said Ketua PKR Cabang Krau, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal

Tempat : Felda Padang Piol atau Felda Sungai Retang, Jerantut

Pengerusi @ Moderator Majlis Debat : YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut

Jemputan: Kepada semua peneroka-peneroka Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat Jerantut.

Jemputan ini adalah secara media baru melalui blog. Suhaimi Said boleh jawab menerusi email : onetahan@gmail.com atau hubungi urusetia 012-2167676

Mukadimah
Pembangkang sekarang suka bawa isu Felda membabitkan kepentingan peneroka. Suhaimi Said dan Mazlan Aliman sebagai contoh mengatakan kerajaan BN tidak berlaku adil kepada peneroka.

Saman menyaman berlaku. Pembangkang hasut peneroka menyaman kerajaan. Lawyer pembangkang untung dapat cari makan. Lebih banyak saman lawyer pembangkang lagi suka.

WZWH tidak mahu bicara kelemahan Felda dengan mengambil kesempatan "Legal Loophole" yang boleh ditwist dan spin oleh lawyer pembangkang. WZWH mahu cakap simple facts of life secara bahasa peneroka.

Dulu masa Tun Razak bikin Felda ramai orang Melayu mohon masuk Felda. Kenapa tiada lawyer pembangkang mahu saman Felda?

Ramai orang Pahang yang masuk Felda lari balik kampung masing-masing. Ramai yang menyesal kerana tinggalkan Felda. Lalu Tun Razak atas perkenan Almarhum Sultan Abu Bakar telah jemput orang Melayu dari negeri-negeri lain. Maka datanglah berduyun-duyun orang Melayu dari serata Tanah Melayu datang ke Pahang.

Pahang mengamalkan "dasar pintu langit terbuka". 10 tahun duduk negeri Pahang sudah diiktiraf warga negeri. Kenapa tidak ada lawyer pembangkang saman kerajaan Pahang kerana menidakkan peluang monopoli rakyat asal Pahang dulu?

Bila Felda berjaya ekonomi berbilion-bilion. Ramai orang buka mata, dunia pun buka mata. Peneroka Pahang asal yang lari sangat menyesal. Ada yang sanggup bayar RM30,000, RM40,000 kepada kerajaan Negeri Pahang untuk diberi kebenaran masuk semula Felda tetapi nasi sudah jadi bubur.

Felda mengubah nasib peneroka. Pendidikan telah menjadikan generasi ke dua dan ketiga menjadi profesional seperti doktor, lawyer, akauntan, jurutera, arkitek, bisnesman, politikus dsb. Ada juga anak generasi Felda yang terjerumus dalam gejala negatif sosial.

Sudah tentu Felda yang menghasilkan industri berbilion RM ada sedikit kesilapan maklumlah mengurus ekonomi besar. Kebanyakan pegawai-pegawai Felda terutama di kilang-kilang yang membuat onar menipu pengredan kelapa sawit peneroka adalah pegawai-pegawai yang jiwa pembangkang, mengundi pembangkang mereka sebenar ini "culprit". Mahu tebus dosa dan kesilapan mereka maka masuk PAS, undi PAS bersih segala kesilapan mereka.

Siapa buat Felda? pembangkang? Kenapa pembangkang terutama lawyer pembangkang tidak "highlight" kejayaan Felda yang lebih besar? Kenapa ambil kesempatan. Mana idea sendiri?

Beritahu WZWH, siapa di antara beratus ribu peneroka yang mahu keluar dari Felda? Kalau betul kerajaan BN tidak berlaku adil kepada peneroka kenapa ratusan ribu peneroka itu masih kekal tinggal di kawasan Felda kenapa tidak pindah beramai-ramai tinggalkan Felda?

Friday, December 24, 2010

Dato' Dr. Shukri Tidak Sahut Cabaran, Dato' Wan Amizan Mahu Cabar Suhaimi Said Debat Isu Felda

YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan sahut cabaran terbuka Suhaimi Said (blogger The Spirit of Lubok Kawah) berdebat isu Felda membabitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan. YBM DS Tengku Azlan  ibni Almarhum Sultan Abu Bakar boleh menjadi Pengerusi Majlis Debat Isu Felda. Kita  boleh lihat nanti The Spirit of Lubok Kawah VS The Spirit of Tembeling.

Dalam posting WZWH yang lepas sila baca sini, Suhaimi Said blogger The Spirit of Lubok Kawah mencabar YB Dato' Dr. Shukri ADUN Pulau Tawar (parlimen Jerantut) berdebat isu Felda membangkitkan kepentingan peneroka di mana-mana venue di DUN Pulau Tawar di hadapan peneroka.

Ini dinyatakan secara terbuka oleh Suhaimi Said mesti baca sini. Oleh kerana Suhaimi Said berani mencabar secara terbuka kepada ahli politik Jerantut maka WZWH merasa tercabar dan Jerantut ialah tanah pahlawan Mat Kilau, Pawang Nong dan keluarga Bendahara.

Oleh itu Jerantut ialah tempatnya revolusi kepimpinan politik klasik kerajaan pemerintahan Bendahara Pahang, WZWH tidak mahu memalukan nenek moyang dan keturunan pahlawan Pahang. Oleh itu WZWH mahu mempelawa secara terhormat bahawa YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan mahu mencabar Suhaimi Said berdebat isu Felda membangkitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan. Suhaimi Said boleh pilih tempat samada di Felda Padang Piol atau di Felda Sungai Retang.

Jika Suhaimi Said masih mahu mengadakan debat di DUN Pulau Tawar pun tidak mengapa kerana YB Dato' Wan Amizan adalah Ketua UMNO cawangan Felda Jengka 12. Felda Jengka 12 terletak dalam DUN Pulau Tawar. Beliau ialah anak peneroka Jengka 12. Arwah bapanya Wan Razak pernah menjadi pemimpin peneroka hingga ke peringkat pusat. 

YB Dato' Wan Amizan ialah orang yang paling layak berdepan dengan Suhaimi Said. YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Ketua UMNO cawangan Jengka 12 pantang orang seperti Suhaimi Said memperlekehkan usaha kerajaan BN sejak Tun Razak membina martabat peneroka dan yang penting Suhaimi Said jangan memandang rendah orang Jerantut.

Wahai Suhaimi Said sila datang ke Jerantut, sila datang ke DUN Tahan, Welcome to Tembeling the land of the Bendahara-the Wan  clan. Here you will see the real Pahang warrior, the last defence of Pahang fort of culture, heritage and royalty. Bawa sekali Mazlan Aliman yang gadaikan tanah peneroka 10 ekar ayahnya sendiri  jika Suhaimi Said tidak yakin. Jangan berkokok di Temerloh saja.

My Photo
Ketua Cabang Krau PKR Pahang Dan Pengerusi Biro Felda & Orang Asal
Tuan Haji Suhaimi bin Said

Thursday, December 23, 2010

Guru Laku di DUN Tenang


DUN Tenang di Johor akan mengadakan PRK setelah kematian wakil rakyatnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha, Jumaat lepas.

Dua orang bekas guru besar disebut-sebut menjadi calon. Mereka ialah Cikgu Hashim Daud yang kini ahli jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian  Labis dan Cikgu Jaim Yunus, bekas ketua penerangan bahagian.

Kedua-dua nama itu dijangka dibincangkan dalam mesyuarat UMNO bahagian tidak lama lagi selepas Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya esok.

Cikgu Jaim dalam pemilihan Umno tahun lalu mencabar Sulaiman untuk jawatan ketua bahagian tetapi kalah dengan 11 undi. Beliau berumur 54 tahun, seorang graduan dan bekas guru besar sekolah menengah di Labis. Beliau aktif politik sejak dahulu lagi dan kerana itu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik di Tenang.

Manakala Cikgu Hashim pula berumur dalam lingkungan 60-an juga bekas guru besar sekolah menengah di Labis. Kedua-duanya orang tempatan.

Calon itu mestilah mempunyai faktor-faktor boleh menang seperti diterima penduduk dan pengundi, memahami suasana dan masalah rakyat dan berpendidikan di samping komited untuk berkhidmat kepada penduduk tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

UMNO dijangka berhadapan dengan PAS di DUN Tenang.

N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14, 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu, 38.24% Cina dan 12.07% India.

Parlimen Labis merupakan kubu kuat kepada Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek dan kini disandang anaknya iaitu Chua Tee Yong.

Pada Pilihanraya Umum ke 12 hampir tiga tahun yang lalu,pertandingan dua penjuru satu lawan satu di Dun ini menyaksikan pertembungan calon UMNO, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menentang calon PAS yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Labis ketika itu, Mohd Saim Siran. Berikut adalah keputusan rasmi pilihanraya bagi Dun tersebut pada tahun 2008:


Jika trend ini menular ke parlimen dan DUN-DUN di Jerantut maka WZWH merasakan ada harapanlah Cikgu Pian Kasim, Cikgu Zali Mezah, Cikgu Nasa dan Cikgu Encu Nazari menjadi calon PRU 13 nanti itu pun kalau DS Najib dan DSD Adnan Yaakob menghargai karisma seorang guru. Kalau di parlimen Pekan tempat DS Najib sendiri dua orang guru menjadi ADUN. Kita lihat siapa cikgu yang bertuah nanti!

Foto Saya

Cikgu Mohd Sopian Mohd Kasim, Jawatan Kuasa UMNO Bhg Jerantut, calon potensi harapan guru-guru di Jerantut pada PRU 13 nanti. Beliau aktif dalam UMNO dan seorang blogger yang semakin dikenali ramai dengan blog Laksamana Jebat. Klik sini.

Ayuh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Pulau Tawar Sahut Cabaran

YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar bersama peneroka-peneroka Felda Jengka. Pemimpin PAS meramalkan beliau akan mengantikan YBM Tengku Azlan sebagai calon parlimen Jerantut PRU 13.

Cabaran Terbuka kepada Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Pulau Tawar- Itu yang dicabar oleh blog The Spirit of Lubok Kawah. Blogger Suhaimi Said ini menulis...

Dr Shukri,

Kamu kena mengetahui bahawa peneroka-peneroka Felda adalah segolongan manusia yang telah memberikan pengorbanan kepada Negara, bahkan Felda melalui pengorbanan peneroka-peneroka menjadi penyumbang kedua kepada pendapatan Negara selepas Petronas.

Cuba pula kamu kaji dengan pemegang-pemegangan jawatan utama didalam Felda yang dikatakan memperolehi RM2 juta setahun, bandingkan dengan peneroka-peneroka Felda yang hanya mendapat RM1500.00 sebulan pendapatan kasar dan dibebankan dengan hutang antara RM60,000.00 hingga RM100,000.00.

90% lebih peneroka-peneroka Felda adalah orang Melayu, organisasi Felda sebagai suatu agensi Kerajaan adalah organisasi Melayu, maka kenapakah organisasi Melayu (Felda) sanggup menindas dan menipu peneroka-peneroka yang juga orang Melayu? Ketuanan Melayu ala-UMNO ini adalah penindas kepada masyarakat Melayu.

Akhirnya, saya cabar Dr Shukri untuk diadakan satu debat terbuka diadakan didalam mana-mana rancangan Felda termasuk didalam rancangan-rancangan Felda di Pulau Tawar iaitu kawasan DUN yang diwakili oleh Dr Shukri untuk mendebat isu Felda secara terbuka dan disaksikan oleh peneroka-peneroka Felda!

Dr Shukri,

Tidakkah anda telah dijemput oleh Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 1 di dalam kawasan Pilihanraya anda sendiri untuk menyelesaikan masalah hutang mereka yang sudah menjangkau RM90,000.00. Apakah yang anda buat?

Tidakkah anda diminta menyelesaikan isu geran tanah kepada peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 yang sudah menjelaskan bayaran hutang mereka dan CAC sejak 14 tahun yang lampau tetapi hingga kini masih belum dikeluarkan geran tanah. Alhamdulillah, pihak saya telah merujuk kepada Felda dan Felda telah memaklumkan bahawa pemprosesan geran sudah dihantar ke Pejabat Tanah Jerantut dan pihak saya sedang membuat follow-up dengan Pejabat Tanah Jerantut.

Harapkan YB kawasan Pulau Tawar? Tidur!

Dr Shukri sepatutnya kena terima cabaran berdebat mengenai isu Felda di hadapan peneroka Jengka.

Dr. Shukri cuma banyak menerima bulat-bulat akan kenyataan yang di buat Pengurusan Felda saja tanpa melihat sendiri masalah sebenar yang di hadapi oleh peneroka.

Sebagai Wakil Rakyat (BN) tentu lah akan cuba menyebelahi Kerajaan.

Tujuan beliau adalah bagi meredakan keadaan peneroka yang sekarang 'naik minyak' dengan kerenah Felda yang tidak cuba menyelesaikan masalah penipuan yang di dakwa peneroka telah menjejaskan pendapatan mereka.

Cara beliau menghina peneroka dengan mengatakan tidak mengenang budi dan sebagainya tidak boleh diterima. 

Siapa yang pernah duduk di rancangan Felda di Kawasan Jengka di tahun 60an tentu akan ingat akan keperitan yang terpaksa di tanggung ketika itu.

WZWH berharap ayuh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar sahut cabaran. YB ADUN Pulau Tawar perlu kembali bangkit dan ceria semula. Jangan biar orang memperbodohkan anda!

MCLM Mahu Ajar PR Politik Ha Ha Ha...

RPK dan Zaid Ibrahim mencetuskan "3rd Force" dalam politik Malaysia.

MCLM ialah Malaysian Civil Liberties Movement. Ditubuhkan dan dilancarkan di London pada 12 Disember 2010 oleh Pengerusinya Raja Petra Kamarudin dan beberapa peguam serta rakyat Malaysia untuk membentuk ketumbukan "3rd Force".

Nafsu MCLM sangat besar mahu membekalkan calon-calon berkualiti, bersih, berpendidikan seramai 18-30 orang kepada PR terutama di kerusi Parlimen bandar.

MCLM tidak puas hati kerana Anwar Ibrahim telah tangkap muat cakon-calon PKR pada PRU 12 lalu yang terdiri dari tukang kebun, tukang gunting, towkay SPA, penarik kereta, kerani, petani dsb. MCLM mempertikaikan calon-calon PKR tidak berkualiti ini. 

MCLM mengunakan alasan "frog festival" bilamana ramai ahli parlimen dan ADUN PR keluar parti dan pro BN. Padahalnya MCLM cemburu kepada "calon-calon tidak berkualiti ini".

MCLM dikritik kerana akan menyebabkan "3 corners fight". MCLM dikatakan tidak adil kepada PR kerana menekan kepimpinan PR supaya calon-calon MCLM diterima.

Jika kepimpinan PR menerima calon-calon MCLM sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati calon-calon inkumben PR yang punyai ramai grassroot di kawasan tertentu lalu "cas keting" berlaku.

Blogger Sakmongkol AK47 telah menyanggah  konsep "3rd Force" MCLM dalam blognya mesti baca sini.

Isu-isu yang dibangkitkan lebih sesuai di bandar. Ini ialah persatuan yang longgar dengan sedikit kefahaman apa itu demokrasi. Rakyat akan bertanya apa agenda dan perancangan sebenar "3rd Force"? Ianya tidak memberi kesan kepada politik negara.

Sakmongkol AK47 menambah lagi MCLM lebih terpengaruh kepada bacaan PRU 12. UMNO dan BN tidak akan dapat menguasai semua kawasan lama tetapi boleh dapat sebahagiannya. "3rd Force" yang sebenar ialah parti-parti politik Sabah dan Sarawak. Mereka boleh menjadi 'kingmaker" politik Malaysia.

WZWH percaya MCLM terpengaruh dengan budaya PR yang suka dan ghairah bertanding dalam PRU akan datang. Politik bukan hanya setakat bertanding dalam pilihanraya. Politik ialah bagaimana mahu berkhidmat kepada rakyat.

Jika PR yang dibantu MCLM terlalu ghairah dan asyik dengan calon-calon pilihanraya maka rakyat akan menolak parti yang begini sifatnya kerana rakyat mahu pendekatan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

UMNO dan BN tidak perlu pertubuhan seperti MCLM ini kerana sudah hampir 53 tahun UMNO dan BN punya mekanisma sendiri bagaimana hendak meletakkan calon baik di bandar atau di kampung.

Wednesday, December 22, 2010

Kekuatan BN Menghadapi PRU 13


DS Najib dijangka akan mengangkat sumpah sekali lagi di hadapan DYMM Yang Dipertuan Agong selepas PRU 13.

Berdasarkan PRU 12, jumlah yang layak menjadi pemilih ialah 15 juta. Jumlah pemilih berdaftar ialah 10.9 juta (72.8%). Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 8.1 juta (54.4%).

Jumlah undi untuk BN ialah 4,081,115 (27%) -140 kerusi.

Jumlah undi untuk PR ialah 3,786,732 (25%) - 82 kerusi.

Rumusan boleh dibuat daripada data di atas:
  • Kerajaan BN kini adalah pilihan 27.2% pengundi;
  • Pakatan Rakyat pula menjadi pilihan 25.3% pengundi;
  • Sejumlah 2.8 juta pemilih yang berdaftar tidak keluar mengundi; dan
  • Lebih kurang 4 juta warga yang layak mendaftar sebagai pemilih belum lagi berbuat demikian. 
Senario PRU 13 akan berubah bila DS Najib mengetuai BN dengan membawa perubahan dan pembaharuan pengurusan urus tadbir negara yang lebih baik dan rakyat bertambah yakin dengan kepimpinannya.

Realitinya ialah hasil PRU13 hanya akan ditentukan oleh 9 juta pemilih daripada 12 juta yang dijangka memiliki status pemilih berdaftar menjelang Januari 2011. Kiraan ini adalah berdasarkan purata nasional 75% yang biasa keluar undi dalam sesuatu pilihan raya.

Perbezaan pemilih yang akan keluar mengundi di PRU 13 akan datang berbanding PRU12 yang lepas adalah lebih kurang 900,000 orang.

Parti-parti politik bersungguh-sungguh cuba mempengaruhi pemilih baru dan atas pagar. Dalam scenario ini terdapat enam pola perkembangan semasa yang akan mempengaruhi keputusan muktamad PRU13.

i. Peningkatan ketara dalam bilangan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela). Mengikut kenyataan Menteri Dalam Negeri jumlah anggota Rela telah meningkat daripada 556,286 orang pada bulan April 2009 kepada 2,042,215 orang pada bulan Oktober 2010. Ini bermakna keanggotaan Rela telah bertambah hampir empat kali ganda hanya dalam tempoh 18 bulan! Timbalan Menteri Dalam Negeri pula telah mengumumkan bahawa Rela mensasarkan keanggotaan 2.6 juta sebelum akhir tahun 2010.

Disamping itu, kerajaan juga mengumumkan sasaran Rela untuk melaksanakan program ‘1Platun, 1Kampung, 1Taman’. Sekiranya anggota Rela dibahagikan secara purata kepada 222 kawasan pilihan raya Parlimen, ini bermakna setiap kawasan akan mempunyai hampir 10,000 pengundi anggota Rela. Perkembangan ini memberi kesan kepada ‘equation’ pilihan raya oleh kerana undi sebahagian besar anggota Rela kepada parti kerajaan boleh dianggap sebagai ‘simpanan tetap’. 

Tidak mungkin anggota Rela yang berperanan sebagai “mata dan telinga kerajaan” dan menjalankan tugas “geraksaraf khasnya dari segi mengawasi pihak-pihak yang dianggap sebagai musuh dalam selimut” akan memihak kepada parti pembangkang.

ii. Keputusan kerajaan pada April 13, 2009 untuk menubuhkan batalion Askar Wataniah di setiap kawasan Parlimen, kononnya untuk memantapkan sistem pertahanan negara.6 Setiap platun terdiri daripada 300 orang ahli dan kerajaan mahukan supaya ada sejumlah 600,000 anggota Askar Wataniah secara keselurahannya. Mereka-mereka ini juga boleh dianggap sebagai pengundi simpanan tetap BN.

iii. Pengumuman pihak SPR bahawa hak undi pos akan dihulurkan kepada suami/isteri pasangan anggota tentera dan polis. Berdasarkan rungutan mengenai proses undi pos yang untuk sekian lama tidak telus, pengecualian yang diperkatakan ini barangkali akan juga mempengaruhi keputusan PRU13.

iv. Sudah tentu 90% daripada kakitangan kerajaan yang berjumlah 1.2 juta akan menyokong kerajaan kerana  kerajaan bayangan PR terutamanya DAP mahu "downsizing civil service" yang 77% terdiri daripada kaum Melayu.

v. 75% daripada 222 kerusi parlimen terletak di luar bandar. Harga getah dan kelapa sawit yang semakin meningkat telah menaikkan ekonomi luar bandar dan di kawasan Felda dan Felcra. Orang kampung dan peneroka sudah tentu mempertahankan kerajaan yang ada.

vi. Majoriti orang Melayu dan Bumiputera sudah tidak percaya kepada DS Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri Bayangan kerajaan PR. Orang Melayu tidak mahu nasib mereka diperjudikan oleh DS Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, jelas bahawa golongan terbesar yang tidak akan mempengaruhi hasil PRU13 ialah mereka yang tidak berdaftar sebagai pemilih walaupun layak – seramai lebih kurang 4.3 juta warga.

Akan tetapi, satu perkembangan positif adalah sebilangan besar rakyat telah mula sedar bahawa kuasa sebenar adalah di tangan mereka.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...