Saturday, December 25, 2010

Program Karnival Juara Rakyat Parlimen Jerantut



Program Karnival Juara Rakyat Bulan Kerjaya Dan Bimbingan Parlimen Jerantut sedang diadakan bermula 24-26 Disember 2010 di Dataran MDJ. Pelbagai acara telah, sedang dan akan diadakan. Rakyat Jerantut dijemput hadir memeriahkan program tersebut.

Antara gerai-gerai yang terlibat wakil-wakil Insuran, CIMB, PDRM, Wanita UMNO, TF , Bomba, IPTA dan IPTS-IKIP, PSDC, Shahputra, SPR, KDN, Jabatan-jabatan kerajaan, Korporat perniagaan dsb. Pelbagai acara peraduan memasak, melukis, karoeke, treasure hunt, ceramah perdana diadakan. Ramai orang Jerantut mengujunginya.

YBM DS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut rajin betul buat program sekarang. Tiap-tiap minggu balik Jerantut. Beliau bersama AJK UMNO Bahagian Jerantut terutama Cikgu Nafisah telah bertungkus lumus menjayakan program Karnival Juara Rakyat ini.

Sedikit gambaran aktiviti program Karnival Juara Rakyat Parlimen Jerantut.

Memahami Aspirasi Juara Rakyat

juara
SEBAGAIMANA yang telah direncanakan mengikut agenda pembaharuan dalam perancangan memastikan UMNO terus kukuh dan teguh, Program UMNO Juara Rakyat telah menjadi realiti selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkannya.
Apa yang pasti, program tersebut bukanlah setakat hangat-hangat tahi ayam atau sekadar melepas batuk di tangga sebaliknya ia adalah agenda yang akan menjadi aspirasi bukan sahaja kepada para pemimpin dan ahli-ahli UMNO tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya, tanpa mengira peringkat usia, kedudukan atau pangkat apatah lagi perbezaan agama dan bangsa.

Program UMNO Juara Rakyat ini telah dibincangkan secara terperinci dan mendapat kelulusan oleh ahli Majlis Tertinggi menerusi mesyuaratnya yang bersidang pada 4 Disember 2009 lalu dengan kesinambungan secara langsung yang akan diteruskan oleh semua peringkat Bahagian melalui skala yang lebih kecil.

Sehubungan dengan itu, majlis pelancaran program tersebut yang telah berlangsung di Bukit Sentosa, Hulu Selangor dengan jangkaan seramai lebih 20,000 pengunjung telah turut serta bagi menjayakan pelbagai aktiviti dan juga melawat gerai-gerai pameran yang dibuka sepanjang tiga hari berlangsungnya acara.

Sesungguhnya program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Dengan kata lain, menerusi program ini akan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO.

Lantaran itu, program-program yang terkandung di dalam agenda ini tentunya berlandaskan inisiatif berterusan sepanjang masa dengan merangkumi pelbagai jenis bidang khususnya pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi.

Lantas hasrat ingin menjadi juara adalah keutamaan sebagaimana gagasannya dalam persaingan memenangi hati rakyat malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar terus unggul dinombor satu.

Dalam hal ini, program tersebut bukanlah untuk bermegah atau sombong khususnya apabila menyebut juara, tetapi kenyataan bersandarkan kepada hakikat bahawa selama ini pun UMNO dan BN yang merancang dan melaksana semuanya termasuklah projek pembangunan dan kemajuan negara.

Justeru, sememangnya tiada siapa yang dapat menafikan apa lagi memadam hakikat pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang termasuk pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain lagi.

Apa yang pasti, UMNO dan BN yang melaksanakan tetapi ada rakyat yang kurang sedar bahawa yang menjuarai kehidupan mereka adalah UMNO/BN waima golongan pembangkang juga pernah mengakuinya.

Dalam usaha untuk terus memperteguhkan survival bangsa, UMNO hari ini bukan hanya berdepan dengan cabaran bagi menangani pembangkang yang sentiasa sahaja mencari salah dan silap di samping pelbagai provokasi dan tohmahan dilemparkan sebaliknya, cabaran yang lebih besar lagi adalah berdepan dengan ahli-ahli dalam parti sendiri dan khalayak umum.

Apa yang perlu difahami, UMNO bukan sahaja berpolitik, UMNO juga telah menerajui reformasi budaya dalam mempertahankan diri kita ledakan maklumat dan kemewahan di samping krisis lain untuk terus berada di landasannya dengan tujuan demi agama, bangsa dan negara.

Selain sambutan peringkat negeri, semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara juga akan melaksanakan program tersebut pada skala lebih kecil dengan perancangan yang akan berlangsung selama dua hari satu malam setiap bulan.

Dalam menjayakan program tersebut, tentunya inisiatif dan kesungguhan dilakukan termasuklah dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Antara pengisian yang disediakan melalui program tersebut adalah Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia termasuklah mendaftarkan diri sebagai pengundi selain mendaftar keahlian UMNO secara terus.

Secara tidak langsung, program ini bertindak sebagai kempen kesedaran di kalangan golongan muda supaya mendaftar sebagai mengundi.

Dalam masa yang sama terdapat sebanyak 125 gerai melibatkan 100 pengusaha swasta dan badan bukan kerajaan, organisasi dan individu persendirian yang terlibat bukan sahaja untuk jualan tetapi juga terlibat dalam pameran pelbagai produk.

Apa yang lebih menarik, golongan pemimpin atasan termasuklah Perdana Menteri, timbalannya serta menteri-menteri kabinet lain juga akan turut serta dalam pelbagai program yang dirancang sebagai alternatif khusus mendekatkan rakyat kepada pemimpin.

Dalam masa yang sama, para pemimpin atasan juga akan dapat menyelami hati nurani masyarakat setempat apabila turut serta turun padang bersama-sama bergerak seiring dengan rakyat di peringkat akar umbi.

Sesungguhnya perancangan tersebut akan berjaya dan menjadi agenda berterusan parti dalam usaha untuk terus memperteguh dan mempertahankannya sebagai satu survival apabila semua lapisan masyarakat termasuklah pemimpin dan rakyat terus seiring, bersatu dan berpadu!

8 comments:

Anonymous said...

aku sokong juara rakyat ni. tapi kena buat post mortem n kajian samada capai sasaran atau tidak. nanti habiskan duit n tenaga je. aku rasa bntuk pgram yang lbih kesan ialah dengan mberi bantuan keinsanan bagi mereka yang perlu n layak. contohnya spt baiki rumah2 pnduduk miskin dgn cara gotong royong. barulah capai hasrat rakyat didahulukan n penyampaian diutamakan. pada aku, orang kampung kbanyakannya tak nak tahu n tak ambik tahupun apa2 pgrm yang akan atau sedang kita laksanakan, mereka cuma fikir bagaimananak kenyangkan perut mereka n menaikan lagi taraf hidup ke arah yang lebih baik. jadi, buatlah pgram yang ada kaitan dengan ini. payah sangat, bagi je beras 1 beg tiap2 rumah. yang ni bekesan. maksud aku lebih kurang macam tu la.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9.19,
Program baiki rumah-rumah penduduk miskin ini sudah ada programnya yang tersendiri. Contoh di DUN Tahan, WZWH lihat ada banyak rumah-rumah orang miskin dibantu. Orang kampung suka sekarang harga getah naik ke Rm7 lebih sekilo, kelapa sawit naik harga. Peneroka dapat bonus RM100 juta. Apa yang kerajaan perlu buat membantu sasaran miskin tegar keluar dari kumpulan itu.

chenerong ular said...

senag jer nak hapuskan miskin tegar keluar dari kumpulan itu?.

Tarik balik pemberian saham felcra yang telah di berikan kepada kaki tangan kerajaan, bini tok penghulu, bini tok empat, bini cigu cigu dan mereka mereka yang sudah senang, berikan semua kepada rakyat yang miskin tegar.

TAK TAU LAH PULAK KOT KOT DI BAWAH KERJAAN PIMPINAN DSN NE DAN BARISAN NASIONAL INI, TAKRIF MISKIN TEGAR ADALAH KAKI TANGAN KERAJAAN, BINI KAKI TANGAN KERAJAAN GAMOKNYA

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam CU,
kakitangan kerajaan yang bukan pegawai atau kakitangan rendah boleh dibagi saham felcra, guru-guru tak payahlah, bini-bini tok penghulu, tok empat susah mahu cakap sebab mereka pakat sama-sama kebetulan wakil rakyat dulu tidak semak betul, EXCO tenyeh sign saja. Apa-apa pun keputusan telah dibuat. Titik sealed. Harap jangan berulang lagi lain kali.

chenerong ular said...

Terima kaseh WZWH, rakyat tidak ingin tahu siapa dan kenapa jadi begini isu isu saham felcra, rakyat tidak akan menyalahkan orang terdahulu, yang di persalah kan orang arang yang mempunyai kuasa di masa sekarang.

KESALAHAN YANG DI LAKUKAN OLEH ORANG BAWAHAN DI SESEBUAH JABATAN, WALAU PUN TINDAKAN DISPLIN TELAH DI AMBIL TERHADAPNYA, TETAPI YANG BERTANGGUNG JAWAB SEBENARNYA KETUA JABATAN, INI CONTOH.

PEGAWAI BAWAHAN MEMANG LAYAK DIBERI PEMBELAAN, TETAPI DALAM SAHAM FELCRA INI, KENA BERI DAHULU KEPADA RAKYAT TERMISKIN, BARULAH BOLEH DI BERI KEPADA KAKITANGAN BAWAHAN YANG PENDAPATAN DIATAS PARAS KEMISKINAN, INI TIDAK, LAKI CIGU, BINI CIGI KEMAS, MISKIN KE ?, INI CONTOH, BELUM LAGI BINI TOK TOK SEMUA ?.

INSAF LAH ?

Bahtera Merdeka said...

Salam Tuan,
Mohon link ke blog tuan.
Teruskan perjuangan.
TQ

Anonymous said...

Rsenye Juara rakyat xspai pada sasaranye..yg capai sasaran mangkuk-mangkuk yang uat program nie..skit sebanyak ader lerrr utk die org, lebih baik byak program di masjid2 atau surau..Taniah patut di berikan kpada JKK Batu Embun yg membuat program anak Soleh sikit sebanyak ader feadahnye..terima kasih kepada bandan-bandan yg terlibat secara langsung dan xlansung..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 1:57,
Tak apa kalau tidak sampai pada sasaran. WZWH faham program itu dibuat secara ad hoc. Sepatutnya hebahan marketingnya dibuat 2 bulan dulu. Walaupun bajetnya RM10,000 ciput tapi program buat juga. Buat jangan tak buat. Kalau tak buat nanti KPI ahli parlimen jatuh...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...