Monday, December 20, 2010

Blog SPU dan Urag Drrulug Mahu WZWH Dedah Siapa Kontraktor?

Moron of The Year
Akan tiba masanya orang Jerantut dan orang Tembeling mengakui apa yang dicadangkan oleh "moron" ini memberi kebaikan dan faedah kepada orang Jerantut seperti peribahasa "Dikutuk-kutuk dulu, Dipuji-puji kemudian".

Baca blog SPU dan blog Urag Drrulug mahu WZWH dedah siapa kontraktor-kontraktor yang dapat kontrak melaksanakan berbagai projek-projek pembangunan yang bernilai lebih RM150 juta di DUN Tahan.

Apa yang SPU dan Urag Drrulug patut tanya ialah "ada lagi tak projek-projek pembangunan diluluskan di DUN Tahan?". Ini soalan yang positif dan boleh buat WZWH lebih motivasi memberi idea-idea kepada ADUN Tahan yang sangat cemerlang perkhidmatannya dalam membangun kawasan paling mundur di negeri Pahang.

Sekurang-kurangnya blog Parlimen81 dan blog Ideakita lebih positif suka melihat pembangunan. Yang penting bagi pengundi-pengundi di DUN Tahan ialah mereka lebih suka ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan membawa lebih banyak projek lagi.

WZWH dan YB Dato' Wan Amizan tiada kuasa untuk memilih siapa kontraktor-kontraktornya. Yang berkuasa ialah Pejabat Daerah Jerantut dibawah JD dan jabatan-jabatan yang terlibat. Kontraktor-kontraktor ini ada yang ditentukan oleh Kuantan dan Putrajaya.

Cuma secara kebetulan 90% kontraktor-kontraktor adalah dari DUN Tahan sendiri kerana kontraktor luar tidak berani buat kerja projek di Ulu Tembeling kerana kosnya yang lebih tinggi. Banyak kes projek terbengkalai seperti sekolah dan masjid maka terpaksalah kontraktor anak Tembeling ambil alih.

Sememangnya kontraktor-kontraktor Tembeling agak mewah sedikit lebih "elite" dari "kontraktor elite Jerantut" di era YB Dato' Wan Amizan menjadi ADUN Tahan. Ramai yang pakai kereta mercedes lampu bulat, kereta pacuan roda mewah, jetski-jetski berterbangan di atas jeram, duit berjuta dalam bank. Itu rezeki mereka. Sebab itu mereka menyokong idea-idea WZWH seperti yang dikatakan oleh blog Urang Drrulug:

  • Projek Greater Jerantut
  • Projek Greater Kuala Tahan-pembangunan eco -resort
  • Projek Greater Ulu Tembeling
  • Projek Hidro Sungai Tekai
  • Projek mini hidro
  • Projek loji tenaga nuklear
  • Projek Cable car
  • Projek lokomotif kereta api "Menikmati Sungai Tembeling dan jeram-jeram" dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi
  • Projek "Inland Port" Kampung Pagi
  • Projek-projek pembesaran kampung-kampung melibatkan infrastruktur, jambatan, kemudahan dsb
Tiada sebab orang Jerantut, orang Tembeling nak marah WZWH kerana mahu melihat projek pembangunan mencurah-mencurah datang ke Jerantut dan DUN Tahan. Ini adalah untuk kebaikan, kemakmuran, dan kesejahteraan orang Jerantut.

WZWH ingin mengingatkan YB Dato' Wan Amizan hanya menjadi ADUN Tahan selama 2 tahun 9 bulan. Bagi mereka-mereka di Jerantut yang "ANTI PEMBANGUNAN" jika anda tidak bersetuju dengan segala idea-idea WZWH maka SILA HALANG YB Dato' Wan Amizan dari menjadi ADUN Tahan sepenggal lagi.

Kalau YB Dato' Wan Amizan TERLEPAS masuk penggal ke dua, maka apa yang WZWH cadangkan seperti gambaran-gambaran idea-idea pembangunan WZWH akan menjadi kenyataan! WZWH tidak perlu menjadi ahli parlimen Jerantut untuk merealisasikan idea-idea pembangunan WZWH.

5 comments:

p81 said...

WZWH . tahniah kerana berjaya membawa pembangunan yang banyak untuk DUN Tahan . Tapi satu je yang koi tak suka ... WZWH seperti mengugut untuk menghentikan pembangunan kepada DUN Tahan jika Wan Amizan tak dipilih semula ke jawatan ADUN tahun dalam PRU13 nanti ... macam tak ikhlas je berkhidmat .

chenerong ular said...

Salam wzwh, tahniah lah membawa perojek banyak banyak ke dun tahan, tahniah sekali lagi, harap harap tok usah lah prujek mega mega di cadangkan seperti cable car, luji nuklear, hutel berbelas bintang ke?, padan lah dengan yang di perlukan uleh penduduk penduduk setempat dulu, Jikaq sudah abis doh prujek keperluan ikut gun lah nok buat apa pun, nok cadangkan cat langgit dun tahan pun tak apa, pilih lah kuntrek hok gun suka, nampak macam kelakar hajek saranan hakuk ne, tapi iti lah simboliknya, jika yang asas dah terlaksana rakyat doh tak marah dah. Tak gitu oh ?.

lagih satu hakul dok setuju, ong kata keputusan semua tender tender melibatkan pejabat daerah dan jd, negeri atau putra jaya hajaeq tak pecaya hakuk kalu tak ada penglibatan tangan tangan ghaib dari ahli pulutik neh, tengok prujek jalan lah sape yang di uruskan oleh rood care kumpulan manaq yang dapat dan nilainya berjuta juta,

Bukan nok mengata tapi cakap tu biar serupa bikin?, membaiki surau berilah ke kontrek kelas f sebabnya nilainya tak seberapa?.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam p81,
WZWH tidak mengugut tapi DUN Tahan boleh cuba letak calon yang berjurus, warakok, baik macam malaikat tapi kalau otak udang, tidak kreatif dan inovatif, kedekut, takut nak buat pembangunan itu buang masa orang DUN Tahan mengundi aje.

Salam CU,
Kuantan dan Putrajaya berkuasa memilih kontraktor. ADUN Tahan tiada kuasa. Projek mega bergantung kepada komitmen DS Najib. Jika PM bersetuju, apa yang WZWH cakap akan menjadi kenyataan.

Projek nuklear itu lambat lagi 2013-2014 baru buat kempen penerangan, 2016 keluar tender. Itu bergantung kepada orang Jerantut kalau mahu.

Anonymous said...

Betul tu WZWH tah apa2 la diaorang tu ye ..Memang selama ini semua adun tak de kuasa memilih kontraktor kan .... Pejabat daerah , kuantan dan putrajya je berkuasa .... Tak caya .. Baya sopp gomen dalam bab tender menender ni... Mana ada kuasa adun meluluskan projek ... Apa yg WZWH cakap tu betul ... Tah apa2lah korang kurang cerdik ... Tapi setau koi kuasa tunjuk-tunjuk ADUN ni memang power ... Mungkin dia gunakan kuasa tu kot ..

Anonymous said...

kalau orang2 di dun tahan tak suka,jangan undi wan mizan.apa yg susahnya.kita tengok next election,kalau wan mizan menang bermakna Allah mentakdirkan wan mizan utk memajukan lagi area dun tahan..jgn la nak boikot wan mizan mcm yg dibuat wan albahizam.makhluk ini hatinya sgt busuk.kalau xpercaya tanya dato bazain atau ku lan sendiri..belajar utk menerima setiap takdir Allah..ada tersirat disebalik tersurat..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...