Thursday, December 16, 2010

Projek Siap Dan Sedang Buat Di Ulu Tembeling


YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan komited untuk menunaikan janji-janji pembangunan menjadi realiti. Beliau  adalah pemimpin harapan penduduk Ulu Tembeling merealisasikan mimpi 53 tahun menjadi realiti.

Posting blog SPU bertajuk "Pembangunan Jerantut-Realiti dan Mimpi telah menulis begini.


"Blog WZWH mengisahkan pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan atas hasil usaha YB DUN Tahan selama ini. Beliau juga mendetailkan kos bagi setiap projek berkenaan. Untunglah orang-orang Felda Padang Piol, mudah-mudahan selepas ini mereka tidak lagi 'biol' seperti dahulu. Bagaimana dan apakah agaknya pembangunan yang didapati oleh kampong-kampong terdisional? Kuala Pengor, Kg. Pagi berapa juta RM agaknya? Kg. Lentun? Kg. Mat Daling?"


Oleh kerana WZWH adalah blog politik pembangunan Jerantut dan Penasihat Ekonomi dan Politik DUN Tahan adalah menjadi tanggungjawab WZWH menjawab persoalan SPU bertanya tentang pembangunan kampung-kampung tradisional Ulu Tembeling.

Kampung Bantal dan Kampung Gusai:
  • Jalan "slack" Kg Bantal - Kg Gusai RM1.5 juta. Projek PIAS 2008 sudah siap
  • Jambatan Kg Mogol RM450,000. Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jambatan Tasik Jemuan RM450,000.  Projek PIAS 2008 sudah siap.
  • Jalan "slack" dalam Kg Bantal RM1.5 juta. Projek PIAS 2009 sudah siap.
  • Tambahan bangunan SRK Kg Bantal RM8.2 juta. Projek PIAS 2009 sedang buat.
  • Masjid Kg Gusai RM600,000. Projek PIAS 2009 Sudah siap.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008.

Kampung Mat Daling:
  • Jalan seberang Kg Bantal-Kg Mat Daling 5km RM1.7 juta. Sudah siap.
  • Jambatan Kg Tanah Memindah, Pulau Besar RM500,000. Sudah siap.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2008

Kampung Kuala Sat:
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009

Kampung Pagi:
  • Jalan tar dalam Kg Pagi 4km termasuk jambatan Pengor RM12 juta. Sedang buat.
  • Jalan Kg Pagi-Kuala Tahan RM121 juta. Sedang buat.
  • Tower komunikasi Maxis RM750,000. Sudah siap akhir 2009.

Ada banyak lagi projek pembangunan yang telah diluluskan tetapi belum dikeluarkan tender lagi itu WZWH tidak mahu cerita. Pada posting akan datang WZWH akan memberi "progress report" jalan Ulu Tembeling fasa 1 dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi dengar gambar-gambar sekali.

Terdapat 2 team pasukan kerja. Satu team mula buat jalan dari Kampung Tuit dan satu team lagi mula kerja dari Kampung Pagi. Semua jentera mesin sedang bising buat kerja sekarang. Blog WZWH komited memberi laporan terkini perkembangan projek jalan Ulu Tembeling ini.

1 comment:

Anonymous said...

bila semua ni siap, orang ulu tembeling tak pandai lagi mandi sungai macam orang kuala tembeling

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...