Saturday, December 4, 2010

Mahukah Wan Azizah Minta Maaf Ikut Jejak SBY?

Rakyat Yogyakarta desak SBY minta maaf kepada Sultan Yogyakarta

Kenyataan Wan Azizah, Presiden PKR menghapuskankan ketuanan Melayu telah menguris hati orang Melayu dan samada secara tersurat mahu pun tersirat ramai pemerhati politik dan akademik membaca ini langkah pemula pioneer  melahirkan negara republik Malaysia dan mahu buang Raja-Raja Melayu.

Kenyataan  celupar dan sembrono Wan Azizah yang telah dirancang oleh Anwar Ibrahim dan DAP serta PAS ini boleh menimbulkan huru hara mengancam kestabilan dan keselamatan dalam negara. Orang Melayu mengharapkan ahli politik seperti Wan Azizah, Anwar Ibrahim, Tunku Aziz, Nik Aziz, dan Hadi Awang menjadi hulubalang mempertahankan konsep ketuanan Melayu tetapi sebaliknya harapan orang Melayu dibuang ke dalam longkang.

Jika benar Wan Azizah, Anwar Ibrahim, Tunku Aziz, Nik Aziz dan Hadi Awang mahu menjadikankan Malaysia ini sebagai negara republik, buang Raja-Raja Melayu, buang hak-hak kononnya rasis dalam "Konsep Ketuanan Melayu" yang termaktub dan terpelihara dalam perlembagaan maka WZWH mencadangkan negara Republik Indonesia boleh dibuat sebagai contoh.

Indonesia adalah negara republik. Kolonial Belanda telah lama menghapuskan kuasa Sultan-Sultan dan Raja-Raja kerana mahu mengawal rakyat Indonesia. Penduduknya hampir 250 juta. Walaupun negara republik namun ada ada beberapa kawasan yang diberi kuasa autonomi seperti Yogyakarta, Jakarta, Papua dan Acheh yang melaksanakan pemerintahan sendiri dan melaksanakan undang-undang Islam.

Dalam mesyuarat kabinet lepas, SBY, Presiden Indonesia beri pandangan sistem pemerintahan di Yogyakarta perlu dikaji semula kerana mengamalkan sistem monarki yang menghalang pelaksanaan demokrasi di daerah yang mendapat pengiktirafan sebagai daerah istimewa sejak tahun 1950.

Ini kerana semua daerah di Indonesia mengadakan pilihanraya bagi memilih gabenor dan timbalan gabenor tetapi di Yogyakarta gabenor dan timbalannya dilantik. Sebab itu Sri Sultan Hamengku Bowono X dan Paku Alam IX dipilih sebagai gabenor dan timbalan gabenor tanpa melalui proses pilihanraya.

SBY melihat amalan di Yogyakarta tidak demokrasi dan mahu satu undang-undang perlu digubal membetulkannya. SBY mahu merampas Yogyakarta yang lama dikuasai Golkar kerana Sri Sultan adalah pemimpin Golkar. Tanpa pilihanraya maka gabenor di Yogyakarta akan terus berada dalam genggaman Golkar.

Oleh kerana SBY menerima penentangan yang hebat maka beliau terpaksa memohon maaf dan memberi jaminan akan mengekalkan sistem yang sedia ada selain mengaku kesilapannya sehingga menimbulkan kontoversinya.

Permohonan maaf SBY tidak mudah diterima oleh masyarakat Yogyakarta yang masih lagi berduka terhadap tragedi ratusan penduduknya terkorban dalam tragedi letusan Gunung Merapi. Banyak pihak yang terguris perasaan kerana mereka masih lagi menghormati kesultanan yang ada walaupun kebanyakannya sudah tidak mempunyai kuasa pemerintahan.

Maka dimana-mana banyak demontrasi bawa kain rentang mengecam kenyataan SBY maka ianya menjadi topik panas barulah SBY tampil memberi penjelasan dan memohon maaf.

WZWH sangat menghormati SBY, Presiden Indonesia yang meminta maaf di atas kesilapan kenyataannya. ini ialah pemimpin yang luhur dan ikhlas dengan rakyatnya.

Mahukah Wan Azizah minta maaf ikut jejak SBY kepada orang Melayu atau terus mengadap kesemua 9 orang Raja-Raja Melayu, Sultan-Sultan Melayu minta maaf atas ketelanjuran kata-kata? Kita sudah lihat berbagai reaksi menentang kenyataan tidak bertanggungjawab Wan Azizah itu dari Orang Melayu, NGO-NGO Melayu, Ahli politik Melayu, Tokoh Akademik, dan Raja-Raja Melayu. Berbagai tunjuk perasaan demonstrasi telah dijalankan, dunia blog mengutuk kenyataan Wan azizah. 

Bagaimana? Mahukah Wan Azizah, Presiden PKR minta maaf ikut langkah SBY, Presiden Seluruh Republik Indonesia atas kesilapan tutur kata? Orang Melayu menanti tindakan Wan Azizah selanjutnya dan menunggu PRU 13 untuk membetulkan keadaannya!

Orang Melayu mahu Wan Azizah minta maaf kepada orang Melayu dan memohon kepada Sultan menjatuhkan  hukuman buang negeri ke atas Anwar Ibrahim perancang kekalutan politik Malaysia selama ini.

6 comments:

Anonymous said...

Salam WZWH, Fenomena Republik Malaysia semakim menjadi2 sekarang ini terutama oleh bukan melayu. Apabila bersembang dgn rakan2 bukan melayu mereka dgn lantang membangkitkan isu ini tanpa menghiraukan perasan saya. lebih menyedihkan ada juga org melayu yang menyokong mereka.

oRang kAmpong said...

MAAF mana ada dlm kamus org politik wan. yang ada CELAKO, KAPIRRRRRRRRRRR dan satu lg dan gemar digunakan olih pemimpim2 politik masa kini AAUUUUU TAK SENONOH LA U NI.GELIIII LAAAAAA'

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 12:20, Orang Kampung,
Orang bukan Melayu sudah lama tahu kalau mahu melemahkan orang Melayu kena buang Raja-Raja Melayu dulu, kena runtuhkan institusi Raja-Raja Melayu. Orang bukan Melayu mahu naikkan Melayu yang mahu hapuskan Raja-Raja Melayu maka 67% Melayu dan Bumiputera perlu bangkit menentang usaha dajal ini dalam PRU 13 nanti. Majoriti Melayu perlu tolak Melayu pemusnah bangsa ini.

bRAVEhEART said...

Salam tuan,
Saya menghargai ketabahan dan sebarang usaha dalam perjuangan tuan, justru kami telah memaut blog tuan dilink; Bukan Blog Picisan. Harap maklum dan selamat berblog ~ bh

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Braveheart,
Terima kasih kerana sudi memaut blog WZWH.

oghe tembeling said...

< memaparkan pandangan bebas politik demi kemajuan Jerantut >: mana pand bebasnya??? ni terang2 sokong umnogok..kalau dh cap keris tu mengaku je la

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024