Thursday, December 2, 2010

Rakyat Pilih Leader Jangan Pilih Pseudo Leader PRU 13

Dalam posting kali ini WZWH mahu rakyat Malaysia menilai  siapakah pemimpin yang kita mahu memimpin Malaysia pada PRU 13 akan datang.

Sangat mudah untuk menilai pemimpin. Kita lihat apa pemimpin itu buat. Petuanya senang-ada dua soalan asas yang perlu kita tanya:
  • pemimpin mana yang banyak membuat kebaikan kepada negara?
  • Pemimpin mana yang suka buat kerosakan kepada negara?
Najib ialah Ketua Kerajaan Malaysia pimpinan BN dari UMNO. Anwar ialah Ketua Pembangkang Malaysia pimpinan PR dari PKR.

Kita lihat apa mereka buat seminggu dua ini.
  • Najib merancang pembangunan ekonomi untuk negara. 
  • Yang terbaru pelancaran projek-projek EPP perkukuh ekonomi negara. 
  • Najib mengarah TPM Muhyiddin Yassin ke Indonesia  menarik lebih banyak pelaburan di kalangan ahli perniagaan Indonesia menjadi tumpuan utama lawatan rasmi empat hari .
  • Najib sendiri dalam lawatan rasmi ke Kemboja selama dua hari selain diberi penghormatan menyampaikan ucap utama di Persidangan Antarabangsa Parti-parti Politik Asia.
Manakala Anwar pula;
  • Anwar memainkan isu "Ketuanan Melayu" untuk menimbul ketegangan hubungan kaum di Malaysia.
  • Anwar cuba memecahbelahkan perpaduan dengan membawa isu rasis untuk tarik pengundi bukan Melayu.
  • Anwar juga memain isu TPM diberi kepada DAP. Ini tidak disenangi oleh PAS.
  • Anwar bila pergi ke luar negara suka memburuk negara berlawanan dengan apa yang Najib dan Mahyuddin lakukan menarik pelaburan.
  • Anwar mahu merosakkan ekonomi Malaysia untuk mudah PR mengambilalih Putrajaya PRU 13.
Menjawab kriteria mudah WZWH soalan pemimpin mana yang lebih membuat kebaikan kepada negara? Pemimpin mana yang suka buat kerosakan kepada negara? 

Rakyat Malaysia mahukan Leader (pemimpin) bukan Pseudo Leader (pemimpin palsu). Leader membawa kebaikan kepada negara. Pseudo Leader membawa kerosakan, kekacauan, huru hara dan kehancuran negara.

Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk memilih kerajaan baru pada PRU 13 nanti. Yang mana satu pilihan?

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...